Anda di halaman 1dari 2

KATA PENGUAT

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini
boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.

Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

1. Kata penguat hadapan


2. Kata penguat belakang
3. Kata penguat bebas

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Penggunaan dan Contoh Ayat Contoh

Kata penguat Digunakan di hadapan kata 1. Fikirannya agak buntu apabila


hadapan adjektif dalam ayat. memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Contoh: agak, paling dan terlalu 2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.
Kata penguat Digunakan di belakang kata 1. Petah nian pelajar itu berpidato.
belakang adjektif dalam ayat. 2. Sukar sekali baginya untuk memahami
Contoh: benar, betul, nian dan pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.
sekali
Kata penguat Boleh diletakkan di hadapan 1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu
bebas atau di belakang kata adjektif sangat panjang.
dalam ayat. b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu
Contoh: amat, sangat dan panjang sangat.
sungguh 2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh
menarik.
b) Potongan badan peragawati itu manarik
sungguh.

• Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya
tidak boleh diubah.
Contoh:
1.a) Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X)
b) Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)
2.a) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X)
b) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)

• Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja.
Contoh:
a) Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X)
b) Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√)
c) Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)

• Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat
seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter.
Contoh:
a) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. (X)
b) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)

2. Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
a) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


ramai. (X)
b) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang
ramai. (√)
c) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang
ramai. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu