Anda di halaman 1dari 5

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata
nama konkrit seperti orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.
Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu.

angkatan das kajang longgok ruas


bakul deret kaki mangkuk rumpun
baris ekar kalung mayang senduk
batang ekor kandang naskhah sikat/sisir
bentuk gelung kapur orang susun
berkas gemal kaum papan suap
bidang genggam kawan pasang tandan
biji gerombolan kelompok pasukan tangkai
bilah gugus kepal patah teguk
botol gulung keping petak timbun
buah gumpal kepul pintu titik
buku helai kerat potong tingkat
bungkus hidang ketul pucuk tompok
butir hiris kotak puntung tongkol
carik ikat kumpulan raga ulas
cebis jambak kuntum rangkai untai
cekak jambangan laras rangkap urat
cubit jemput lembar rawan usul
cucuk jengkal lingkar rincih utas

Perhatikan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat di bawah ini.

Penjodoh Digunakan untuk Ayat Contoh


Bilangan
angkatan Kumpulan benda dan manusia. 1 Tiga angkatan perang itu telah diserang hendap
Contoh: kapal perang, penulis, oleh pihak musuh.
pelukis, tentera, sasterawan 2 Dua orang anggota angkatan tentera Filipina
telah terbunuh dalam kejadian pergaduhan itu.
baris Benda atau manusia yang 1 Tiga baris tulisannya itu tidak dapat dibaca.
berbaris. 2 Sebaris kedai itu telah dicat dengan warna
Contoh: bangku, kedai,, kuning.
murid, orang, pokok, rumah,
tulisan
batang Benda-benda yang panjang. 1 Sepuluh batang tiang lampu itu telah condong.
Contoh: sungai, pen, pensel, 2 Tujuh batang jejari basikal itu telah patah.
gigi, berus gigi, tiang, lilin,
galah, kapur
bentuk Benda-benda yang berkeluk. 1 Karim memancing udang itu dengan
Contoh: mata kail, cincin, menggunakan sebentuk mata kail yang halus.
subang 2 Tiga bentuk cincin itu telah berkarat.
bidang Benda-benda yang luas 1 Sebidang sawahnya telah dijual untuk
bidangnya. melangsaikan hutang-hutangnya itu.
Contoh: layar, tikar, tanah, 2 Dua bidang permaidani itu telah digigit tikus.
sawah, permaidani
biji Benda-benda yang bersaiz 1 Setiap pagi ayah makan dua biji telur ayam
kecil. separuh masak.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


Contoh: buah-buahan, telur 2 Pak Mat membawa pulang tiga biji nangka
muda dari kebunnya.
bilah Benda-banda yang tajam. 1 Tiga bilah parang yang tumpul itu telah diasah
Contoh: pisau, keris, parang oleh Salim.
2 Shima menyiang ikan itu dengan sebilah pisau.
buah Benda-benda yang tidak tentu 1 Tiga buah beg kulit itu dijual dengan harga
bentuk atau saiznya. yang paling murah.
Contoh: kenderaan, bandar, 2 Di dalam bilik itu terdapat beberapa buah
negara, bangunan almari lama.
buku Benda-benda yang berbuku 1 Zaidah menghulurkan sebuku roti keras kepada
atau berbongkah. adiknya.
Contoh: sabun, roti 2 Dia meletakkan tiga buku sabun itu di dalam
almari.
butir Benda-benda yang kecil 1 Adik telah memecahkan dua butir telur ayam
saiznya dan agak bulat yang terletak di atas rak itu.
bentuknya. 2 Dua butir mutiara itu amat tinggi nilainya.
Contoh: telur, manik, permata
carik/cebis Benda-benda yang telah 1 Secebis kertas yang berwarna ungu terletak di
dikoyakkan menjadi cebisan atas meja tulis itu.
kecil. 2 Jururawat itu membalut luka pada tangan
Contoh: kain, kertas pesakit itu dengan secarik kain putih.
cucuk Benda-benda yang dicucuk 1 Di atas meja itu diletakkannya sepuluh cucuk
dengan lidi. sate.
Contoh: sate dan buah-buahan 2 Manan menghulurkan dua cucuk buah mangga
yang telah dipotong dan itu kepada adiknya.
kemudiannya dicucuk dengan
lidi/buluh
das Bunyi tembakan atau letupan 1 Dua das tembakan penembak upahan itu tidak
senjata api. menepati sasarannya.
Contoh: senapang, meriam, 2 Dari arah bukit itu kedengaran bunyi beberapa
pistol das tembakan senapang.
ekor Haiwan atau binatang. 1 Adik memelihara beberapa ekor anak ayam
Contoh: ular, kuda, rusa, serama.
gajah, kucing, kambing, 2 Dua ekor kuda itu gagal sampai ke garisan
ungka, zirafah, kanggaru penamat kerana kakinya tercedera.
gugus Benda yang bergugus atau 1 Tiga gugus buah anggur yang dibeli oleh
berangkai. ayahnya itu telah busuk.
Contoh: buah anggur, kelapa 2 Beratnya segugus kelapa sawit itu ialah 100
sawit, pulau kilogram.
helai Benda-benda yang nipis dan 1 Ibu memakai sehelai selendang merah ke majlis
lebar. itu.
Contoh: baju, kain batik, 2 Beberapa helai daun kari dimasukkan ke dalam
tudung, kertas, daun, seluar, bahan penumis itu.
selendang
hiris Benda-benda yang dipotong 1 Adik meletakkan dua hiris bawang merah itu di
nipis. dalam piring.
Contoh: bawang, daging, 2 Ibu menghulurkan beberapa hiris timun kepada
tomato, timun ayah.
ikat Benda-benda yang berikat. 1 Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga
Contoh: rotan, kayu, sayur- RM1.00.
sayuran, buah-buahan 2 Adik membeli dua ikat rambutan gading.
jambak Contoh: kunci, bunga 1 Aidil menghadiahi tuannya itu sejambak bunga
mawar.
2 Kassim menggantungkan sejambak kunci di
tepi pintu biliknya.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


kaki Benda-benda yang seolah-olah 1 Siti meminta ibu membelikannya sekaki
berkaki. payung.
Contoh: payung, cendawan, 2 Dua kaki cendawan pelanduk itu telah busuk.
bunga
kawan Binatang 1 Sekawan burung merpati terperangkap di dalam
Contoh: kambing, burung, jaring yang dipasang oleh pemburu itu.
kerbau, lembu, gajah, zirafah 2 Sekawan kerbau sedang berkubang di tengah
sawah itu.
kelompok Benda, manusia, haiwan, 1 Beberapa kelompok bintang kelihatan di langit.
bintang, binatang, awan dan 2 Dua kelompok awan itu kelihatan berarak ke
pulau yang berkumpul sebelah timur.
kepal Benda-benda yang diambil 1 Ibu menyuapkan sekepal nasi ke dalam mulut
dengan genggaman tangan. adik.
Contoh: nasi, pulut, beras, 2 Karim mengambil dua kepal pulut kuning itu
pasir lalu beredar dari situ.
keping benda-benda yang nipis. 1 Dua keping poskad itu diterimanya dua hari
Contoh: kertas, papan, roti, yang lalu.
gambar, biskut, kad 2 Di atas meja tulis itu terdapat beberapa keping
gambar ayah Marzuki.
kerat Benda-benda yang telah 1 Ayah menggunakan sekerat rotan untuk
dikerat-kerat. memukul anak kucing itu.
Contoh: kayu, rotan, buluh, 2 Dua kerat kayu itu telah reput.
pensel
ketul Benda-benda yang berketul. 1 Hassan mengambil seketul batu lalu
Contoh: batu, air batu, daging melontarkannya ke arah anjing itu.
2 Dua ketul sabun itu berjenama Lux.
kotak Benda-benda yang diisikan di 1 Pak Ali menyuruh Salman membelikannya
dalam kotak. sekotak mancis api.
Contoh: mancis, sabun, rokok 2 Tiga kotak air minuman itu ialah hadiah
daripada abangnya.
kuntum Contoh: bunga 1 Di sanggul wanita itu terselit sekuntum bunga.
2 Dua kuntum bunga mawar itu telah layu.
laras Benda-benda yang berlaras. 1 Perompak tu bersenjatakan selaras senapang
Contoh: meriam, senapang patah.
2 Dua laras meriam lama itu masih tersimpan di
Muzium Pulau Pinang.
lembar Benda-benda yang panjang. 1 Beberapa lembar benang digunakan untuk
Contoh: benang, tali mengikat pensel itu.
2 Selembar tali rafia tersangkut di dinding bilik
itu.
naskhah Contoh: buku, majalah, surat 1 Ibu sedang membaca senaskhah surat khabar.
khabar, kitab 2 Rokiah melanggan dua naskhah majalah wanita
setiap bulan.
orang manusia/orang 1 Dua orang pelancong Jepun itu memuji
kecantikan negara Malaysia.
2 Lima orang juutera tempatan terbunuh dalam
kemalangan ngeri jalan raya itu.
papan Benda-benda yang berkeping- 1 Ayah meminta adik menyerahkan dua papan
keping. mercun itu kepadanya.
Contoh: petai, mercun 2 Kamisah membeli beberapa papan petai untuk
dibuat ulam.
pasang benda-benda yang 1 Halim membeli sepasang but bola berjenama
berpasangan. Nike.
Contoh: kasut, anting-anting, 2 Dua pasang subang itu bernilai RM5000.00.
subang, baju

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu


patah perkataan 1 Tidak sepatah perkataan pun yang keluar dari
mulutnya.
2 Anak kecil itu menulis beberapa patah
perkataan di atas kertas itu.
pintu rumah atau kedai yang 1 Tiga pintu rumah kedai itu telah dijual kepada
panjang dan berbaris. Bank Rakyat.
2 Hartawan itu memiliki beberapa pintu rumah
sewa.
potong Benda-benda yang telah siap 1 Dua potong kuih lapis itu sedang dihurung
dipotong. lalat.
Contoh: kuih, daging, roti 2 Beberapa potong kayu api itu masih bernyala.
pucuk Rebung, surat, pistol 1 Kakak menerima sepucuk surat daripada abang
yang sedang belajar di London.
2 Hasnah merebus dua pucuk rebung itu untuk
menghilangkan rasa pahitnya.
puntung Rokok atau kayu yang 1 Di atas lantai itu terdapat beberapa puntung
berlebih daripada yang dibakar rokok.
2 Hassan memindahkan beberapa puntung kayu
api itu ke bawah rumah.
rangkap Benda-benda yang berangkap. 1 Kakak Salmah mengarang beberapa rangkap
Contoh: pantun, syair, sajak, pantun.
gurindam, seloka 2 Ali tidak faham akan maksud dua rangkap
sajak itu.
rawan jaring atau jala 1 Pak Harun mencari ikan dengan menggunakan
serawan jala.
2 Dua rawan jaring itu digunakan untuk
menangkap ikan laut dalam.
sikat/sisir Benda-benda yang berbentuk 1 Tiga sikat pisang emas itu telah dijualnya
sikat atau sisir. sebentar tadi.
Contoh: pisang 2 Dua sisir pisang nangka itu telah dimakan
burung.
tandan Buah-buahan yang bertandan 1 Dua tandan kelapa itu berjaya diturunkan oleh
atau bergugus-gugus. monyet itu.
Contoh: kelapa, pisang 2 Kassim memikul setandan pisang dari
ladangnya.
tangkai Benda yang bertangkai. 1 Kamil memetik setangkai buah rambutan yang
Contoh: bunga, buah-buahan telah masak itu.
yang bertangkai 2 Zaidi memetik dua tangkai bunga ros lalu
memberikannya kepada Zainab.
ulas Isi buah-buahan. 1 Beberapa ulas nangka itu telah dimakan ulat.
Contoh: limau, nangka, 2 Siti meletakkan dua ulas cempedak itu di dalam
cempedak, durian piring.
untai Contoh: madah, pantun, syair, 1 Percubaannya untuk menulis seuntai madah
sajak akhirnya tercapai juga.
2 Tamrin menulis seuntai sajak di dalam buku
catatan hariannya itu.
urat Contoh: benang, rambut, tali 1 Di dalam pinggan nasi itu terdapat seurat
benang hitam.
2 Beberapa urat rambutnya telah bertukar warna.
utas Contoh: tali, rantai 1 Pak Seman menggunakan seutas tali belati
untuk mengikat lembu tu.
2 Kakak memakai seutas rantai emas yang baru
dibelinya itu.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 4 Alam Bahasa Melayu


• Dari segi penggunaan, penjodoh bilangan hanya digunakan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan menggunakan kata bilangan tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu
beberapa sahaja.
Contoh:
1. Tiga batang pokok itu perlu ditebang.
2. Beberapa buah kerusi itu perlu dibaiki.
3. Kedua-dua batang anak sungai itu telah tercemar.

• Dari segi penggunaan, benda abstrak tidak perlu diletakkan penjodoh bilangannya.
Contoh:
1.a) Kata Zul, “Sebuah pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
pada penghujung bulan ini.”(X)
b) Kata Zul, “Satu pertunjukan sarkas akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil
pada penghujung bulan ini.”(√)

• Dari segi penggunaan, elakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.
1. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang
dibilang dengan kata bilangan tentu.
Contoh:
1.a) Tiga jarinya kudung. (X)
b) Tiga batang jarinya kudung. (√)
2.a) Lima burung itu berbulu lebat. (X)
b) Lima ekor burung itu berbulu lebat. (√)

2. Kesalahan kerana tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan himpunan.
Contoh:
1.a) Kedua-dua buku itu masih elok. (X)
b) Kedua-dua buah buku itu masih elok. (√)
2.a) Keempat-empat kotak itu penuh berisi emas. (X)
b) Keempat-empat buah kotak itu penuh berisi emas. (√)

3. Kesalahan kerana meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan
kata bilangan tak tentu.
Contoh:
1.a) Banyak buah rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (X)
b) Banyak rumah di kawasan itu didirikan secara haram. (√)
2.a) Semua batang pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (X)
b) Semua pokok di tepi jalan itu akan ditebang. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 5 Alam Bahasa Melayu