Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 Pengenalan

Kesenian merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi.Dengan wujudnya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali
ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan
kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengorak langkah bagi memantapkan dan
memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia
sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi
unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan
sebagainya.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur
sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan
tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau
tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang
memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti
membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan
sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu

2
ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan
pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang keesaan
tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk
menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya
ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini
jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian
daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri
seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf
Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut
diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan menghayati
seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh
Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui
idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni
yang tidak ternilai.









3
2.0 Jenis-jenis kraf tradisional

Dewasa ini, kraf tradisional semakin luntur ditelan zaman.Generasi kini lebih cenderung
kepada dunia teknologi yang penuh cabaran.Oleh yang demikian,kraf tradisional perlu dihidupkan dan
diperkenalkan serta dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.
Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,songket, tembikar dan
barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses,
dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Kegiatan
perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman
berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar merupakan
lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini
kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang
diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk
menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.Antara produk kraftangan yang dihasilkan daripada
tembikar ialah Tembikar Sayong (labu sayong), Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak dan juga pasu
Sarawak.
a) Tembikar Sayong

Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu Sayong
berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang dikeluarkan
isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada zaman
dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang
sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia juga
digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan.
Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga
cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan
diminati kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang berasaskan nilai
estetika barangan tembikar itu.

4
Labu sayong ini digunakan sebagai bekas minuman, bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri,
pasu bunga, periuk, perhiasan dan sebagainya. Selain itu ia juga digunakan sebagai hiasan yang direka
khas atau sebagai cenderamata. Selain itu di Sarawak, kaum etnik menggunakan tembikar sebagai
bekas mengisi corak yang dimagangkan serta sebagai alat pengebumian bagi sesetengah suku kaum di
Sabah dan Sarawak.Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada labu seperti bahagian atas terdiri
daripada penutup, bibir, mulut, muncung, motif hiasan dan kepala. Manakala bahagian tengahnya pula
terdiri daripada leher. Bahagian bawahnya pula terdapat motif hiasan, bahagian badan, hiasan panai
dan tapak atau kaki
Proses menyediakan tanah liat :
Tanah liat dijemur untuk dikeringkan.

Kemudian tanah liat ditumbuk untuk dijadikan tepung dengan menggunakan lesung kaki
lalu di ayak.

Tanah liat diperam dalam pasu berair selama tiga hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu

Air dibuang dan mendapan tanah liat dan lembut dibiarkan pada permukaan kepingan
plaster Paris selama beberapa hari.

Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat

Kemudian disimpan di dalam bekas yang bertutup untuk kegunaan kelak.

















5


b) Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak

Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampir sama dengan dengan membuat
labu sayong. Perbezaannya hanya dari segi pembakaran.Labu Pulau tiga perlu dibakar
selama 6 jam sehingga warnanya bertukar kepada coklat tua kemerahan. Selepas itu
barulah dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan 700 - 800
darjah celcius.Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.











c) Tembikar Sarawak (pasu Sarawak)
Tembikar ini berasal dari China dan diusahakann oleh kaum Cina.Tembikar ini
berbentuk tempayan beraneka jenis dan diukir dengan hiasan kepala naga.Kebanyak
tembikar ini digunakan oleh kaum Kelabit di Sarawak untuk menyimpan barang
berharga,atau mengisi arak serta sebagai pasu bunga.Proses pembuatan tembikar ini
menggunakan mesin pemutar/ lempar alin dan acuan















6
2.2 Batik

Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan
melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia
dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan
pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua,
perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-
negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.
Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu
kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya
tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat
sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.Batik terdiri daripada
tiga jenis iaitu batik blok,batik conteng dan batik skrin.

a) Batik Blok

Batik blok dikenali juga sebagai batik terap atau batik cap. Proses membatik batik blok adalah
proses mengecap bahagian corak timbul pada permukaan blok yang berlilin cair ke atas
permukaan kain. Fungsi lilin adalah untuk menghasilkan kesan corak pada permukaan kain
setelah diwarnakan kerana pewarna tidak dapat menembusi bahagian kain yang berlilin..

Langkah-langkah membuat batik blok:
1. memateri kepingan logam
2. melekatkan kepingan logam ke atas blok ( sarang batik )
3. mencelupkan permukaan sarang batik kedalam cairan lilin.
4. mengecapkan lilin cair ke atas permukaan kain.
5. mencelupkan kain yang dicap dengan lilin ke dalam pewarna
6. merebus kain dengan air soda ash unutk menanggalkan lilin
7. menjemur kain.






7
b) Batik Conteng (batik canting/ batik lukis)

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah
kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan
tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.Harga bagi batik
jenis ini lebih mahal kerana memerlukan kemahiran dan ketelitian pembatik.


TEKNIK DAN PROSES BATIK LUKIS

1. Kain dibersih dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain
4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair.
5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain
6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna.
7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering
8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8 12 jam untuk mematikan warna
9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda
10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering











8

c) Batik Skrin

Batik ini berasal dari negara Thai.Batik ini mula dipratikkan di Kelantan pada kurun ke-
20.Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan
rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan
warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh hanya dicetak satu warna.Di
dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci,
dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.Ia
seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas
bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya. Kemudian blok skrin itu
dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan
untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah
dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan
semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang
dikehendaki.












9
2.3 Seni anyaman
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni
anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan
kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu
tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan,
penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang
diperbuat daripada pohon bemban.Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif
menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun,
Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu.
Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
2.3.1 Anyaman terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:-
a)anyaman mengkuang
b)anyaman pandan
c)anyaman buluh
d)anyaman rotan
e)anyaman lidi
f)anyaman ribu-ribu






10
a)Anyaman mengkuang dan pandan

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-
kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam
pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada
anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis
yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang
demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar
dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu,
bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Kaedah memproses bahan
1. Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai
2. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang
bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama
panjang.
3. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
4. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap
mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari
telunjuk.
5. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.
Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat
yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat
sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain.
Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah
dilurut.
6. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di
dalam air selama dua atau tiga hari.
7. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas
hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.
Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu.




11
Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta
corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun
di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon.
Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung
saji

















b. Anyaman buluh
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang
kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan
tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar,
buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh
minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.
Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai
baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya.
Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah
buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.






12
Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong
mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :
1. Merendam
Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam
dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu
direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang
terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa
pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun
berbau masam.
2. Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh
dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit
buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah
bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan
nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
























13
2.4 TENUNAN

2.4.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TENUNAN

Perkataan songket berasal dari Sungkit yang bermaksud teknik menyungkit menggunakan
lidi atau bilah buluh. Mula bertapak di 3 buah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu,
Pahang dan Kelantan.Kelantan dan Terengganu merupakan pengeluar kain tenunan benang
emas.Pahang pengeluar kain tenunan tidak berbenag emas di kenali sebagai tenun Pahang.
Tenunan dari Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Bugis) dibawa masuk ke
Pahang abad ke-16.Bermula sejarah songket sejak emerintahan Che Siti Wan Kembang (1610-
1677).Tokoh songket Wan Sharifah dari Kelantan.Kain tenunan asalnya hanya dipakai oleh
golongan bangsawan (kerabat Diraja).

2.4.2 JENIS-JENIS KAIN TENUN SEMENANJUNG

a)Kain Tenun
Kain ini bercorak tanpa benang emas.
Warna benang berbeza-beza digunakan untuk membangkitkan corak petak-petak yang dipanggil ragi
kain.

b)Kain Selit Benang Emas
Dikenali dengan nama kain hujan emas atau beras patah.
Awalnya benang emas diselit secara melintang, kemudian motif corak mula diperkenalkan.

c)Kain Cindai
Dihasilkan dari teknik ikat dan berasal dari India.
Terkenal dikalangan kaum Batak, Sumbawa, Toraja dan suku-suku di Sabah dan Sarawak.
Mengandungi 3-5 warna pada satu kain.

d)Kain Limar
Dibuat dari benang sutera.
Merupakan pakaian wanita istana zaman dahulu.


1

















Teknik dan Proses Tenunan

Melerai
- Proses dimana benang yang kering dimasukkan sejenis alat bernama rahak untuk diputar pada satu
alat lain dipanggil peleting.

Menganing
- Benang yang telah menjalani proses melerai dimasuk ke alat menaning untuk menentukan anjang
benang. Segulung benang loseng berukuran 26-31m dan boleh hasilkan 12-14 helain kain.

Menggulung
- Benang yang telah dianing digulung pada papan gulung ikut lebar gigi jentera. Loseng ialah benang
yang memanjang pada kek.

Menyampuk
- Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi jentera atau sikat.

Menghubung
- Proses menyambung benang daripada loseng kepada benag yang tertinggal pada jentera. Cara
ikatannya dipanggin ubung tindas.

Mengarak
- Proses melilit benag asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang loseng.

Alatan tenunan
Motif tenunan

2

Menyolek
- Menyolek rekacorak pada kain.

Menenun
- Proses terakhir dimana benag loseng dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain.


TENUNAN KAIN PUA
Mula disedari kewujudannya pada 1920-an dan sangat popular dikalangan kaum Iban di
Sarawak.
Kain pua dihasilkan dalam bentuk kain biasa, skirt, kelambi dan baju burung (jaket).
Digunakan dalam upacara-upacara rasmi kaum iban dan dianggap kain suci.
Kain pua yang menggunakan corak engkaramba hanya boleh dihasilkan oleh perempuan
ketua kaum sahaja. Menurut kepercayaan kaum iban ianya untuk mengelakkan penenun
dijangkiti penyakit atau mati.





















3
2.5 Seni Tekat

1 Tekat juga dikenali sebagai bersuji. Ia merupakan hasil kerja sulam menyulam benang
emas pada kain dasar biasanya baldu.
2 Asas menyulam memerlukan pemidang, kain baldu, mempulur, acuan motif dan benang
emas.
3 Hasil dimensi baru seni tekat ialah beg tangan, hiasan dinding, topi dan sebagainya.
4 Fungsi kain tekat:
(a) Menghiasi tudung saji
(b) Tepak sirih
(c) Penutup pahar
(d) Peralatan perkahwinan
(e) Pakaian diraja dan sebagainya
5 Motif seni tekat dipengaruhi oleh objek-objek alam yang memberi pengertian, kehalusan
dan kelembutan seperti unggas, tumbuhan, geometri dan awan larat.
6 Motif tumbuh-tumbuhan ialah pucuk paku, buah padi, pucuk rebung, bunga cengkeh, bunga
lawang, bunga kerawang, bunga cempakahutan dan sebagainya.
7 Motif geometri ialah segi tiga pucuk rebung, corak catur, swastika segi empat dan sebagainya.
8 Motif haiwan pula merangkumi pelbagai jenis burung.
9 Bunga sulaman tekat terdiri daripada:
(a) Bunga sulam penuh jenis bunga biasa
(b) Bunga sulam pahat bunga dibelah tengahnya.
10 Susunan bentuk motif:
(a) Susunan tunggul motif bersendirian
(b) Susunan sulur bayung motif disusun menjalur
(c) Susunan awan larat susunan motif bersambung-sambung dan bersentuhan
11 Alatan dan bahan tekat ialah pemidang kayu, cuban, jarum jahit, kain baldu, kain kapas,
benang emas, benang putih, rotan atau bilah buluh dan kertas manila untuk mempulur.

Jenis-jenis Tekat
1 Tekat timbul benang emas:
(a) Menggunakan mempulur sebagai awan untuk menghasilkan corak. Mempulur ialah
kertas yang dipotong mengikut bentuk corak
(b) Benang emas akan menutupi keseluruhan mempulur:









2 Tekat gubah:
(a) Tidak menggunakan mempulur. Sebaliknya corak dilukis pada kain dasar.
Corak ini kemudiannya disulam dengan benang emas atau perak.
(b) Hasil gubahan ditambah manik-manik atau labuci untuk menyerlahkan
keindahan seni tekat.
Motif Seni Tekat
1 Motif Flora - Motif tumbuhan ini sangat digemari ramai.

Tekat timbul bunga
emas

4
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik. Motif tumbuhan yang
diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada dalam lingkungan alam
Melayu.








2 Motif Fauna - Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan
unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif flora.








3 Motif Geografi - Motif geografi digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara
motif geografi yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika,
gandaan huruf S dan sebagainya.








Susunan Motif
Motif terbahagi kepada 3 corak seni tekat.
1 Susunan Satu atau Tunggal - Merupaka satu corak sahaja untuk disulam
seperti setangkai bunga lengkap dengan batang, daun, ranting dan kudup
Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak sirih, sarung bantal dan
kusyen.

2 Susunan Sulur Bayung
a) Menampilkan corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait
seperti keadaan semulajadi tumbuhan tersebut.
b) digunah memenuhi kain dasar. Bunga diletakkan di bahagian tengah kain
dengan diapit jalaran daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian yang
bertalian.
c) Susunan dibuat secara seimbang dengan reka bentuk atau bilangan motif
memenuhi kain dasar tersebut. Susunan sebegini dijadikan hiasan pada tirai, lemudi
pintu, pelamin dan lain-lain.



Bunga cempaka



Bunga asam batu
Ayam Jantan Burung
Pucuk rebung segi
tiga


Pucuk rebung segi
tiga


Buah padi
Pucuk paku
Lemudi pintu

5
3 Susunan Awan Larat
a) Susunan awan larat lebih kompleks dan rumit. Corat tumbuhan atau haiwan
disusun saling barkait dan rapat serta padat menghiasi permukaan kain.
b) Corak-corak ini saling bercantum membentuk lingkaran awan larat. Susunan yang
berlingkar dan berlengkuk ini menampakkan sulaman yang kreatif dan berkualiti.

Peralatan Tekatan
Pemidang kayu
a) Digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman.























Mempulur
1. Digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada rota sega. Kertas
tebal dan gam.
2. Rotan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat dan diraut mengikut bentuk yang
dikehendaki.
3. Kini kertas tebal lebih digemari sebagai mempulur kerana mudah untuk membuat corak
berbanding rotan. Setelah dipotong, kertas tebal dilekatkan pada kain dasar dan sulaman
dibuat mengikut rupa bentuk kertas tersebut.

Proses Menekat
1 Lukis motif atas kertas, potong untuk dijadikan mempulur.
2 Kain baldu digam atau dijahit dengan kain kapas. Ia diregang di atas pemidang.
3 Meletakkan mempulur di atas kain baldu dan dijahit.
4 Proses menyulam iaitu menjahit benang putih putih dengan jarum menyusup di bawah
mempulur dan mengikat benang emas yang berada di atas kain baldu.
5 Gunakan gunting untuk membuang benang berlebihan.




Pemidang kayu
Cuban

6

Anda mungkin juga menyukai