Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR



,


Allahumma Antal Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafia al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa anak-anak didik kami akan menduduki
peperiksaan UPSR pada hari ini yang akan menentukan kejayaan mereka dan kejayaan
kami dalam medan perjuangan kami sebagai pendidik. Kami menyedari bahawa segala
usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru kami pohon padaMu Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah
ingatan anak-anak didik kami dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada anakanak didik kami ini dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan peperiksaan itu nanti dan janganlah engkau persulitkannya.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami memohon dan hanya padaMu kami berserah. Kurniakanlah kejayaan
kepada anak-anak didik kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai