Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikehendaki dan dimiliki secara
persendirian oleh facebook sejak 2006.Facebook membolehkan pengguna menambah rakan
dan saling menghantar mesej serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman
rakan-rakan.
Nama facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan
oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di
Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.Facebook diasaskan oleh
Mark Zuckerberg bersama-sama teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer iaitu
Eduardo Saverin,Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Pada mulanya,keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard,tetapi kemudian
beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston,Liga Ivy dan Universiti
Stanford.Selepas itu,facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar
universiti,kemudian pelajar sekolah tinggi dan akhirnya sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke
atas.Kini,tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Kini,facebook sudah menjadi satu fenomena.Laman sosial networking ini bukan sekadar dikenali
di kalangan remaja dan golongan muda,malahan semua orang sedang dan mula mendekati dunia
facebook ini.Fenomena laman sosial networking yang menghubungkan seorang individu dengan
individu yang lain bukan sesuatu yang baru.Sebelum facebook,sudah ada laman sosial seperti
Friendster,Myspace,Hi5 dan sebagainya.Laman ini berfungsi dengan cara yang sama iaitu
menghubungkan setiap individu yang tidak mungkin dapat disatukan di dunia nyata ke dalam
satu media dengan bantuan capaian internet.Seterusnya,media ini mewujudkan jaringan sosial
yang luas dalam satu laman web.
KONSEP
Pada asalnya,facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademik Philips Exeter,iaitu sebuah
sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zulkerberg.Beliau telah menerbitkan dan mengedar
manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun yang dikenali
sebagai facebook.
Facebook juga berdepan dengan pelbagai kontroversi.Antaranya ialah:
1.1 Pada mulanya,facebook pernah disekat secara sementara di sesebuah negara termasuk
Syria,China,Vietnam dan Iran.
1.2 Kebanyakan tempat kerja telah melarang tapak web ini bagi mengelakkan para pekerja tidak
membuang masa bersama perkhidmatannya.
1.3 Pencabulan privasi para pengguna facebook juga merupakan salah satu daripada isu
kontroversi.Facebook pernah menjejaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan
harta intelek.
1.4 Tapak web ini juga terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.
Laman web ini dirancang secara sederhana,mudah digunakan dan yang paling
penting,mempunyai elemen seduktif.Pengguna yang menggunakan laman ini sebagai alat
penghubung dapat melihat profil rakan-rakan mereka dan membuat posting maklumat diri
mereka sendiri seperti nombor telefon,data peribadi dan sebagainya.



Facebook juga menjadi satu medium yang penting dalam menyampaikan maklumat dan berita
terkini.Pengguna yang ingin memiliki facebook harus mempunyai alamat e-mel rasmi kampus
elit terlebih dahulu.Hal ini dapat mendorong pengguna facebook mendaftar menggunakan
informasi yang sebenar mereka,bukan identiti tidak jelas dan penyamaran seperti yang benyak
berlaku di Myspace dan Friendster.
Facebook tidak ditampilkan dengan penganturcaraan yang kompleks tetapi lebih kepada
organisasi elegan.Laman web ini lebih teratur dari segi aplikasi pengguna,maklumat yang jelas
dan gambaran sebenar daripada hubungan pergaulan yang nyata.












OBJEKTIF
Facebook merupakan laman web yang sangat penting pada masa ini kerana pelajar-
pelajar di seluruh IPTA kebiasaannya menggunakan facebook sebagai alat pengantar
untuk memaklumkan sesuatu info yang berkaitan dengan universiti.
Selain itu,laman sosial networking ini dapat membantu para pelajar di IPTA untuk
berhubung daripada seseorang individu ke individu yang lain.Facebook dapat
menghubungkan setiap individu yang tidak mungkin dapat disatukan di dunia nyata ke
dalam satu media dengan bantuan capaian internet.
Facebook bukan semata-mata mengenai pengaturcaraan yang terjadi di dunia,tetapi juga
cara untuk mengaktifkan manusia termasuklah pelajar-pelajar IPTA.Pelajar IPTA dapat
membangun dengan lebih pesat lagi dengan hanya aktif di dalam akaun facebook ini.
Laman web sosial ini juga dapat membantu pelajar-pelajar IPTA untuk belajar
berkumpulan bersama rakan-rakan sekelas secara online.Para pelajar hanya perlu
postingkan tugasan itu dan mengirimkan e-mel kepada rakan sekuliah.Apabila mereka
siap menerima mesej tersebut,pelajar-pelajar akan bersama-sama berkumpul di dalam
kumpulan itu untuk menyelesaikan tugasan tersebut secara online.
Melalui facebook juga,pelajar-pelajar IPTA dapat melangsungkan perniagaan secara
online disamping menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.Kaedah ini dapat
membantu para pelajar untuk mencari duit simpanan yang lebih untuk menampung kos
pembelajaran.
Seterusnya,facebook juga dapat membantu para pelajar IPTA dalam membuat
pengiklanan.Ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan malah dapat menjinakkan lagi
para pelajar dalam bidang IT.
Apa yang paling penting ialah para pelajar dapat mencari rakan melalui facebook dengan
pelbagai cara.Antaranya adalah dengan mengakses dan bergabung dengan jaringan yang
dibahagikan kepada empat kategori,iaitu daerah atau Negara,institut pengajian,tempat
kerja, dan sekolah.Selain itu,kita juga dapat mencari rakan berdasarkan
jantina,status,hubungan,pandangan politik,dan kriteria lain.



















FACEBOOK MERUPAKAN LAMAN WEB HEBAHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA
Bagi sesiapa yang belum mengenali facebook,mereka perlu tahu yang laman web itu menjadi
rebutan mahasiswa Harvard.Kita mesti membuka akaun keahlian yang sangat mudah dilakukan
dan percuma bagi meneroka laman web facebook.Syarat menjadi ahli yang berusaha 13 hingga
18 tahun,mereka harus mendaftar di bawah senarai sekolah.Jadi,tidak mustahillah laman web ini
dimiliki oleh semua pelajar-pelajar IPTAkerana ia merupakan satu keperluan kepada mereka
untuk memudahkan kerja dalam sistem pembelajaran.
Laman facebook ini merangkumi beberapa bahagian,antaranya ialah:
PROFILE
Profile ialah halaman yang boleh dilihat oleh semua ahli Facebook apabila mereka ingin
melihat profil kita.Profil memaparkan mengenai maklumat kita termasuk perkara-perkara yang
kita sukai.Facebook juga dapat memadankan kita dengan individu lain yang mungkin kita ingin
hubungi.Padanan ini berdasarkan maklumat tempat kerja,sekolah/institusi pengajian tinggi
ataupun kawasan tempat tinggal yang sama.Jadi,ini amat membantu para pelajar IPTA untuk
mencari rakan sekuliah dengan mudah.
Antara bahagian Profile yang dapat diubah termasuk:
Menu Photos (foto) pada profil yang boleh diupload.
Menu Friends (rakan) yang menyenaraikan ahli Facebook yang dijadikan sebagai rakan.
Bahagian yang memaparkan maklumat peribadi yang dibenarkan bagi dilihat oleh orang
lain.Maklumat ini termasuk tarikh lahir,tempat kerja,institusi pengajian dan minat kita.
Mini-feed yang membolehkan rakan kita mengetahui paparan mengenai setiap perubahan
yang kita lakukan pada profil ataupun menambah rakan,mini-feed memaparkan berita
mengenainya.
Bahagian komentar yang dikenali sebagai wall atau dinding,iaitu ruang bagi rakan
ataupun ahli lain menulis mesej kepada kita.
Apabila kita mengunjungi profil rakan ataupun ahli lain yang belum dimodifikasi,kita dapat
melihat maklumat dan bahagian yang sama seperti milik kita.Namun begitu,di bahagian bawah
gambar profil mereka,kita boleh melihat beberapa pilihan seperti:
Pesanan segera,dalam bentuk aplikasi Facebook IM client (IM:instant
messenger,mengirim pesanan dengar kadar segera)
Menghantar pesanan kepada orang lain,yang mirip seperti e-mel.
Pilihan bagi menambah ahli lain sebagai rakan kita.Semasa ahli itu login ke akaun
Facebooknya,dia melihat permintaan kita bagi menjadi rakannya dan dia boleh
memutuskan sama ada ingin menerima,menolak,ataupun menabaikan permintaan itu.
Jika seseorang pelajar itu login ke akaun Facebook,halaman homepage peribadi kita akan
terpapar.Layout laman laman web itu merangkumi laman web News Feed yang
membolehkan kita mengetahui semua aktiviti rakan-rakan kita pada profil mereka.Terdapat
juga ruangan Update Status yang mengandungi pemberitahuan menerima mesej,undangan
acara(event) dan maklumat mengenai aplikasi yang digunakan oleh rakan yang mungkin kita
juga boleh cuba.Melalui homepage Facebook,para pelajar juga dapat memberitahu rakan
mengenai perasaan ataupun aktiviti yang sedang kita lakukan.Selain itu,terdapat link yang
membolehkan para pelajar menjemput rakan-rakan yang lain untuk menyertai Facebook.

NEWS FEED
Sebelum ini,ketika login ke Facebook,para pelajar dapat melihat profil yang diubah
sendiri.Namun begitu,dengan adanya News Feed,para pelajar dapat melihat kegiatan rakan
mereka yang mengemaskinikan secara terus-menerus.News Feed mengandungi maklumat
ringkas mengenai perubahan profil,acara yang berlangsung dan peringatan tarikh
lahir.Perbualan antara Wall rakan kita dengan rakannya yang lain juga dapat dilihat melalui
News Feed.Salah satu daripada bahagian News Feed ialah Mini-Feed yang memaparkan
kegiatan pengguna dapat meluputkan maklumat aktiviti Mini-Feed supaya pengunjung profil
tidak dapat melihatnya.
Di peringkat awal,cirri News Feed mendapat kritikan daripada pengguna Facebook.Mereka
mengatakan News Feed terlalu sesak dan dipenuhi dengan maklumat yang tidak
penting.Tetapi,bagi pelajar-pelajar IPTA merasakan News Feed memudahkan mereka
mengetahui aktiviti seperti perubahan status hubungan,kegiatan dan perbualan pengguna
lain.Kini,para pelajar ataupun pengguna Facebook yang lain juga dapat menghalang rakan-rakan
daripada melihat pembaharuan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan kegiatan
peribadi.Walaubagaimanapun,beberapa aktiviti yang lain masih dapat dilihat.
WALL (Dinding)
Menu Wall atau Dinding terdapat di setiap halaman Profile pengguna.Menu ini
membolehkan rakan kita menghantar pesanan ringkas ke Profile kita berserta catatan masa
pesanan itu ditulis.Sesiapa sahaja dapat membaca pesanan pada Wall apabila melihat Profile
lengkap kita.Setiap maklumat mengenai pesanan pada Wall rakan mereka bagi menulis pesanan
ringkas yang bersifat sementara.
Bagi pesanan yang lebih bersifat peribadi pula selalunya dihantar dalam bentuk Pesanan
(Message) dan diterima di ruangan Inbox.Pesanan seperti ini dapat dibaca oleh pengirim dan
penerima sahaja.
Pada Julai 2007,pengguna Facebook dapat menghantar lampiran seperti gambar dan video
pada Wall.Sebelum ini,pesanan berbentuk teks sahaja yang dapat dihantar di ruangan Wall.Hal
ini dapat membantu pelajar-pelajar IPTA dalam menyelesaikan tugasan yang meminta untuk
mengakses video dalam kumpulan masing-masing.Pelajar hanya perlu menanda rakan-rakan
yang mempunyai Facebook pada video tersebut.
Dalam New Facebook atau penampilan baru Facebook,ruangan Wall digantikan
dengan News Feed peribadi dalam format streaming mengenai pemilik akaun.Format baru ini
membolehkan rakan-rakan memberikan komen secara berterusan.









APLIKASI FACEBOOK
Aplikasi dalam Facebook berbeza dengan laman sosial networking yang lain.Antara
aplikasi yang ada dalam Facebook ialah foto (Photos),(Posting),catatan (Notes),dan hadiah
(Gifts).Semua aplikasi ini dibangunkan oleh Facebook bagi semua ahlinya.
Yang berikut ialah huraian mengenai setiap aplikasi itu.
Foto (Photos)
Photo ialah aplikasi yang paling popular di Facebook yang membolehkan kita upload
seberapa banayak foto yang diinginkan.Sekiranya kita memilih foto yang terdapat ahli
Facebook yang lain,kita boleh meletakkan tag atau kata kunci pada nama ahli itu.Apabila kita
meletakkan tag,foto itu akan muncul di dalam album kita dan juga pada Profile ahli itu.
Video
Aplikasi video di Facebook hamper sama dengan perkhidmatan YouTube.Setiap ahli
Facebook dapat mengupload video dalam hampir semua format.Bagaimanapun,saiz fail
video mesti kurang daripada 100MB ataupun tidak lebih daripada 20 minit.Format setiap
video akan diubah sendiri dalam format flash (.flv).
Cuit (Poke)
Poke ialah aplikasi yang menunjukkan seolah-olah kita mencuit ataupun mengusik rakan-
rakan secara maya.Apabila kita membuat poke kepada ahli lain,Facebook mengirimkan
pesanan dan menyatakan kepadanya yang dia dicuit.Kebanyakan pengguna menggunakannya
sebagai satu cara bagi merayu,tetapi yang sebenarnya cara ini tidak memberikan apa-apa
maksud.Poke hanya satu cara berinteraksi secara suka-suka.
Kumpulan (Group)
Aplikasi kumpulan membolehkan kita bergabung dengan ahli lain yang mempunyai minat
yang sama.Kita juga boleh membuat kumpulan sendiri.Aplikasi ini sesuai bagi tujuan
perbincangan,pengumuman,aktiviti,dan sebagainya.Aplikasi ini juga digunakan bagi
menggabungkan sejumlah pengguna secara online,bertukar-tukar maklumat dan berbincang
mengenai topic yang diingini. Biasanya aplikasi ini digunakan olek kelab,syarikat,dan
organisasi kemasyarakatan yang melibatkan orang awam,karyawan,pemegang
saham,pelanggan,dan sebagainya.Aplikasi ini biasanya merangkumi ahli yang
bergabung,berita terkini,panel perbincangan,Wall,foto,mesej,dan video yang boleh dikomen.
Acara (Events)
Menu acara membolehkan kita menjemput rakan supaya menyertai perjumpaan ataupun
acara lain yang dirancang.Dalam aplikasi ini,kita perlu menyatakan nama acara,kata
kunci,penganjur,jenis acara keterangan,waktu mula dan selesai,lokasi dan senarai tetamu
yang diundang.Acara boleh dijalankan secara terbuka,tertutup ataupun rahsia.Ketika
menyusun menu acara,pengguna boleh memilih bagi membenarkan rakan mengupload
foto,video ataupun membuat kiriman lain.
Pasar (Marketplace)
Aplikasi ini ialah system jual beli secara online seperti e-bay dan Craigslist.Ciri ini
membolehkan ahli berhubung dengan orang lain yang ingin membeli ataupun menjual
barangan.Semua transaksi antara ahli berlaku secara langsung dan Facebook bertindak
sebagai penyelaras tetapi tidak terlibat dalam aktiviti jualan.
Aplikasi ini mula diperkenalkan pada Mei 2007 dengan pelbagai kategori jualan seperti
perumahan,iklan jawatan kosong dan sebagainya.Pengguna boleh menyertakan cirri
barang yang dijual ataupun barang yang dijual.
Kiriman (Post)
Aplikasi ini dapat digunakan bagi mengirim video,lagu,foto dan sebagainya yang ada di
laman lain ke laman Profile kita.Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya
memasukkan URL atau alamat laman web ke ruangan kiriman Facebook.Selepas
itu,thumbnail atau gambar kecil muncul kepada Profile Facebook kita dalam bentuk
hyperlink.Rakan-rakan kita juga dapat terus mengunjungi laman web dengan hanya
mengklik pada thumbnail itu.Oleh itu,aplikasi ini sangat berfungsi kepada para pelajar
IPTA kerana dapat membuat hebahan dengan satu klik sahaja tetapi dapat memberitahu
apa yang hendak disampaikan kepada semua rakan-rakan.
Catatan (Notes)
Aplikasi nota berfungsi sama seperti buku catatan harian dan kita dapat menulis
nota,meletakkan foto atau menyertakan fail lain pada laman web ini.Sebarang nota yang
dibuat di sini dapat dibaca oleh rakan-rakan yang ada dalam jaringan.Aplikasi ini juga
berguna kepada para pelajar IPTA kerana ia dapat membantu para pelajar dalam
membina nota dan dapat menarik perhatian yang lebih sedikit berbanding nota yang
ditulis.Ini kerana nota ini dapat dibincangkan sekaligus dengan rakan-rakan yang sedang
berada dalam talian.


Hadiah (Gifts)
Melalui aplikasi ini,kita dapat mengirim hadiah sebenar kepada ahli lain dalam bentuk
ikon kecil.Terdapat banyak pilihan hadiah hasil ciptaan Susan Kare yang dicipta bagi
sistem Macintosh asli.Pemberian hadiah pertama adalah percuma tapi pemberian yang
seterusnya dikenakan bayaran sebanyak USD1 dan perlu dibayar melalui kad kredit
(Facebook tidak menerima bayaran melalui Paypal).Facebook kemudiannya
menyumbangkan hasil penjualan hadiah itu kepada organisasi amal.Di samping itu,kita
boleh memilih sama ada memberikan hadiah secara peribadi ataupun umum dan boleh
menyertakan pesanan bersama dengan hadiah yang dipilih.











FACEBOOK MOBILE
Kini,kebanyakan pelajar IPTA menggunakan Facebook Mobile ini bagi memudahkan
urusan.Dengan adanya Facebook Mobile,para pelajar dapat mengakses Facebook dengan
menggunakan telefon bimbit dalam tiga cara,iaitu SMS,upload dan melayari internet dengan
menggunakan telefon bimbit.Caranya adalah seperti berikut.
1. Cara pertama adalah dengan menggunakan cara memindahkan teks standard seperti SMS
ataupun MMS (Multimedia Messaging Service).Antara cara SMS ialah kita mengirim
dan menerima pesanan teks melalui laman web,pesanan suara (voice mail) dan server
e-mel.Bagaimanapun,pesanan SMS terbatas kepada 160 karakter sahaja.MMS pula
adalah pembangunan daripada SMS,dapat mengirimkan pesanan tanpa batasan (tetapi
pesanan yang sangat besar memerlukan jaringan 3G khusus yang dapat memindahkan
data melalui sistem).Namun begitu,tidak semua telefon bimbit memiliki keupayaan
MMS.Apabila pengguna mengirimkan pesanan berupa berupa teks dari telefon bimbit ke
Facebook,pesanan itu dihantar ke MobileSwitching Center (MSC),yang mengirimkan
signal ke Signal Transfer Point (STP).Pesanan kemudiannya dilanjutkan ke SMS Center
(SMSC) yang mnegirimkan pesanan ke telefon bimbit kita,proses yang sebaliknya
berlaku.Dengan menggunakan pesanan teks,kita dapat mencari maklumat di Profile
ahli,menghantar pesanan (termasuk melakukan poke dan mengirimkan pesanan pada
Wall),menambah rakan ke jaringan kita dan berhubung dengan beberapa aplikasi
Facebook.
2. Cara kedua adalah Upload mobile yang berfungsi melalui cara yang hampir sama dengan
pesanan teks,tetapi menggunakan pesanan secara MMS.MMS membolehkan kita menghantar
pesanan yang bukan sahaja terdiri daripada teks,malahan fail audio,video dan gambar juga dapat
dihantar.Cara pemindahannya sama seperti SMS,tetapi memerlukan telefon bimbit yang
menyediakan perkhidmatan MMS.Namun begitu,disebabkan ada telefon bimbit yang tidak
mempunyai perkhidmatan MMS,maka ada kalanya service provider menyediakan cirri yang
memberikan pesanan kepada pengguna semasa mereka menerima MMS.Pesanan itu biasanya
memberitahu pengguna supaya mengunjungi link laman web itu bagi melihat pesananya.
Melalui pesanan MMS yang dikirim melalui telefon bimbit,kita dapat mengupload foto ke
Profile yang muncul di bahagian khas Upload Photos.Kita juga dapat upload catatan ataupun
video dari telefon bimbit ke Profile.Dalam kedua-dua keadaan ini,kita perlu membuat pesanan
multimedia terlebih dahulu sebelum engirim ke alamat e-mel.
Telefon bimbit kita harus memiliki keupayaan melayari internet supaya dapat mengunjungi
Facebook.Kita dapat mengaktifkan browser di telefon bimbit dan kemudiannya terus menuju ke
m.facebook.com.,iaitu alamat laman Facebook yang dibina khusus bagi dilayari melalui telefon
bimbit.Cara membuat catatan di Facebook adalah dengan memposting ke
mobile@facebook.com.
Tidak seperti laman Facebook biasa,kod yang menghubungkan intenet di telefon bimbit
ialah Extensible Hypertext Markup Language standard.Hal ini kerana World Wide Web
Consortium (W3C),iaitu sebuah organisasi antarabangsa yang mengembangkan teknologi bagi
web internet mengakui perlunya bahasa web yang lebih mudah difahami dalam teknologi telefon
bimbit.Komputer memiliki sumber yang lebih lengkap daripada telefon bimbit sehingga dapat
memahami bahasa yang jauh lebih rumit berbanding telefon bombit atau gadget
seumpamanya.Ternyata XHTML sangat bermanfaat dalam mengatasi hal ini.
3.Cara ketiga ialah cara SMS Madness.Facebook bukanlah satu-satunya laman sosial
networking yang memanfaatkan teknologi pemindahan teks SMS.Twitter,layanan microblog
juga menggunakan SMS dan membolehkan ahlinya menghantar pesanan yang dikenali sebagai
Tweets.
TIP DAN TRIK FACEBOOK YANG BERGUNA KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPTA
Guna foto terbaru
Facebook membolehkan kita mengirim sebanyak gambar yang kita inginkan dan menentukan
sendiri tag (kata kunci) pada gambar.Laman web ini membenarkan kita meletakkan satu gambar
sahaja pada profil,jadi kita perlu memilih gambar yang sesuai.Kita harus memastikan gambar itu
jelas dan berkualiti serta menampilkan diri dan personaliti kita kerana halamanProfile sentiasa
dilihat oleh orang ramai.Kita sepatutnya tidak memaparkan gambar yang kurang sopan sebagai
gambar profil utama kerana semua orang dalam Facebook dapat melihat gambar itu walaupun
kita sudah menentukan privasi seketat mungkin untuk halaman Profile lebih-lebih lagi para
pelajar IPTA.Ini kerana dapat menjejaskan reputasi sesebuah institusi itu sendiri.
Deskripsi minat
Ada kalanya ahli Facebook yang lain ingin mengetahui minat kita.Mereka tentunya meneliti
profil kita untuk mengetahuinya.Kebanyakan milik akaun Facebook cenderung mengisi Profile
Facebook mereka dengan perkara yang tidak sesuai ataupun kurang tepat dengan kehidupan
peribadi mereka.
Contohnya para pelajar menghabiskan waktu bersama rakan, membaca buku yang menarik,
ataupun menonton cerita lucu, sebaiknya dijelaskan seperti Meluangkan masa bersama Ina dan
Tati di Wangsa Maju, Membaca buku menarik karangan Zamri Mohammad, ataupun
menonton cerita Mr Bean yang lucu, yang tentunya lebih terperinci dan mendiskripsikan minat
para pelajar.


Menu Favourite Music
Muzik menggambarkan karakter seseorang.Sewajarnya kita jujur dalam memasukkan nama
band,ahli muzik ataupun lagu yang kita sukai di bahagian Favourite Music.Jangan hanya
memasukkan Muzik Rock, Dangdut,ataupun Muzik yang sedap didengar.Perincikan
deskripsi itu misalnya Crawling Linkin Park, Memori Daun Pisang Amelina dan Iwan,
ataupun Starlight Muse.Sekiranya kita menyukai satu album muzik,nyatakannya berserta
nama penyanyi dalam menu itu.Hal ini dapat menggambarkan diri seseorang pelajar atau
pengguna Facebook kepada ahli Facebook yang lain.
Undang seluruh rakan dan keluarga
Sekiranya kita lahir pada era pra Facebook,kadangkala amat sukar mencari rakan lama.Namun
begitu,kini kita dapat melakukannya kerana jaringan sosial membolehkan kita menjangkau
komuniti yang lebih luas yang dapat mempertemukan kita dengan rakan lama serta menjalinkan
hubungan dengan rakan baru.Laman web ini beroperasi sebagai jaringan dan melalui jaringan
rakan kita,tentunya membentuk peluang mendapatkan rakan-rakan baru.Oleh itu,mula
mengundang rakan ataupun ahli keluarga yang kita kenal di dunia realiti kealam maya.Oleh
sebab itu Facebook sangat popular dikalangan pelajar-pelajar IPTA.
Jangan menambah rakan secara rawak
Selalu terjadi di Facebook,mereka yang asing dan tidak dikenali ingin menjadi rakan
kita.Memang tidak dinafikan yang laman web ini dicipta untuk menyesuaikan hal-hal seperti
ini.Namun begitu,sekiranya kita bercadang untuk menerima pelawaan mereka,sebaik-baiknya
kirimkan mesej perkenalan terlebih dahulu.

Rajin-rajin menulis di Wall rakan
Aplikasi Wall pada Facebook bukan sekadar memberikan pesanan,tetapi adalah alat terpenting
dalam komunikasi interpersonal di Facebook.Para pelajar disarankan untuk sentiasa menulis di
Wall rakan-rakan dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut.Pertama,ketika
menulis,jangan tinggalkan sebarang maklumat peribadi bagi tatapan umum seperti Saya boleh
dihubungi di talian 019-277 7777,pesanan yang sensitive seperti Saya sedih mendengar kisah
keluarga awak, ataupun isu yang dianggap rahsia seperti Ingatkah rakan,sewaktu kita tinggal
serumah di Gombak dahulu.Jadi,etika sewaktu menulis di Wall rakan perlu diambil perhatian.
Sentiasa menggunakan Privacy Setting
Mungkin kita pernah mendengar seorang bos memecat pekerjanya gara-gara terlihat Profile
Facebook pekerjanya itu.Bos itu meneliti kegiatan dan produktiviti pekerjanya melalui maklumat
Facebook.Jangan biarkan kejadian ini berlaku kepada kita lebih-lebih lagi pelajar IPTA.Gunakan
Privacy Setting bagi menyekat sesiapa sahaja yang boleh melihat beberapa bahagian dalam
Profile kita.
Selenggara Profile sebaiknya kerana ada potensi syarikat besar sedang mencari kita
Sewaktu awal kemunculan Facebook,kita tidak perlu risau sekiranya semua orang boleh melihat
senarai rakan,foto,profil dan maklumat mengenai kita yang lain.Hal ini kerana,semua orang
bergabung dalam laman web ini dan jangan terkejut sekiranya suatu hari kelak,kita menerima
panggilan kerja daripada syarikat yang melihat profil kita di Facebook.Walaupun kita boleh
mengharapkan perkara itu berlaku,tetaoi adalah lebih baik sekiranya kita lebih-lebih lagi pelajar
yang mempunyai kelulusan mengisi ruangan pendidikan,pekerjaan dan minat dalm Profile
kita.Mungkin itu boleh menjadi tapak bagi kita mencari pekerjaan yang kita impikan.
Selain itu,elak meletakkan gambar yang kurang sopan supaya keperibadian kita tidak
dipersoalkan sekiranya syarikat besar itu sedang meneliti keperibadian kita di Facebook.
Perbaharui Status kita sekerapnya
Biarkan rakan-rakan kita mengetahui bagaimana ataupun apa yang sedang kita lakukan melalui
status Facebook.Ciri ini seperti gelombang ucapan di laman web.Orang sering menggunakan
cirri yang ringkas dan praktikal ini bagi memberitahu rakan-rakan mengenai hal peribadi
mereka,seperti Ali sudah bernikah dengan Laili,ataupun aktiviti terkini seperti Abu gembira
kerana pasukan bola sepak kegemarannya menang.Namun begitu,jangan sesekali menulis
maklumat yang tidak sopan,misalnya Wati seorang pisau cukur.Seelok-eloknya status yang
ditulis dapat menyenangkan pembacanya dan biarlah status itu dikemas kini setiap dua hari
sekali kerana tidak semua orang selalunya ingin mengetahui status kita serta pastikan status itu
menarik untuk dibaca.
Menambah Berita RSS ke dalam Facebook
Para pelajar juga boleh mengambil isi berita daripada laman web lain ke Facebook
kita.Teknologi ini lazimnya dikenal sebagai RSS Feed.Caranya sangat mudah.Pertama,cari
alamat URL laman web ataupun blog yang kita mahu import ke Facebook.Kemudian,cari
aplikasi catatan pada halaman Home.Di bahagian kanan,di bawah menu Notes,terdapat pautan
Import Blog.Klik di atasnya dan kita tentu dapat melihat ruangan kosong yang perlu diisi dengan
alamat URL laman web atau blog.Selepas kita memasukkannya,klik Start Importing.Berita
kegemaran kita akan muncul dalam halaman Facebook kita.


Jadikan Profile kita mudah dicari search engine atau mesin pencari
Aplikasi ini sangat sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar IPTA.Profile pelajar dapat dicari
dengan mudah menggunakan search engine seperti Google,Yahoo!,Webcrawler,dan
sebagainya.Oleh yang demikian,meskipun ada orang yang tidak mempunyai akaun
Facebook,namun mereka juga dapat melihatnya melalui pencarian umum dengan menggunakan
search engine.Bagi mengaktifkan menu ini,buka bahagian Privacy Setting pada bahagian kanan
atas halaman Profile dan klik butang Search.Pada menu, Create a public search listing for me
and submit it for search engine indexing,klik kotak di depan menu itu bagi mengaktifkan profil
kita supaya dapat dicari di search engine.Para pelajar juga dapat menentukan hasil
carian,misalnya yang hanya terbatas pada foto profil,senarai rakan,halaman favourite dan
sebagainya.Namun begitu,sekiranya hal ini mengganggu privasi dan kita tidak ingin dicari
dengan menggunakan search engine,nyahaktifkan menu itu.










RUMUSAN
Kesimpulannya,Facebook bukan sekadar berdiri di atas kemampuannya dan berevolusi
sendiri,tetapi Facebook juga merangsang perubahan total kepada aplikasi-aplikasi lain yang sedia
ada.
Pengenalan Facebook ke dunia internet merevolusikan penggunaan aplikasi lain yang
diperkenalkan sebelum ini.Aplikasi laman sosial dan enjin carian lain telah mengintegrasikan
sistem sedia ada supaya pengguna Facebook secara langsung menggunakan sistem mereka.
Konsep jiran maya dalam pembangunan aplikasi ini jelas menguntungkan
pengguna.Survival aplikasi di dunia internet adalah soalan yang perlu dijawab oleh pembangun
sistem.Teorinya,aplikasi yang sedia ada perlu berkembang jika ia mahu kelihatan relevan kepada
pengguna baru dan pengguna sedia ada.
Facebook juga menggunakan server standard bagi operasi dan pemantauan semua
server.Facebook turut menyewa satu ruang besar bagi tujuan penyimpanan server.Pada
2007,Facebook menandatangani satu perjanjian bersama dengan Dupont Fabros Technology
(DFT) bagi menyewa 100 ribu kaki persegi pusat penyimpanan di ausburn,Virginia.
Facebook dapat membayar pembiayaan ini melalui penghasilan beberapa pendapatan
melalui jualan iklan pada web membolehkan mereka memperoleh sebahagian
pembiayaannya.Bagaimanapun,sebahagian besar dananya lebih USD40 juta sejak Facebook
dilancarkan 2004.
Jadi,jelaslah bahawa laman web Facebook ini sangat digalakkan dan berguna kepada
pelajar-pelajar IPTA.

Anda mungkin juga menyukai