Anda di halaman 1dari 3

5.

0 Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak


Saya akan menghuraikan tentang dua cara merekodkan tingkah laku kanak-kanak
daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.
6.1 Rekod Anekdot


Kelas : Pra Bestari
Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 8.35 Pagi
Tempat : Taman Permainan Prasekolah
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria
Peristiwa yang diperhatikan:
Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan
Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah
kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris
kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan
pula, tangannya sakit.
Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik
berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal
kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh
Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.
Ulasan Guru:
Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal
yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu
semasa bermain di taman permainan.
Cadangan:
Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula
peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang
lain.

Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Mac 2009
Masa : 9.15 9.20 pagi
Tempat : Pusat Main Pasir
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di

Mempunyai sifat kepimpinan











Aqilah memahami erti persahabatan dan bekerjasama sesama rakan-rakan.


pusat main pasir. Mereka bermain dengan
beberapa peralatan main pasir seperti pengorek,
pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya.
Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah
memberi cadangan kepada kanak-kanak yang
lain.
Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir.
Lepas
buat rumah, kita buatlah bukit dan sungai di
belakang rumah, buat pagar di sekeliling
rumah. Nanti tentu rumah kita cantik.

Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah
membahagikan peralatan permainan pasir
kepada kawan-kawannya. Jadi setiap seorang
mempunyai alat mainan tersebut.
Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni.
Jom
kita buat rumah kita cantik-cantik. Nanti
kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.
Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa
sebarang konflik hasil daripada peranan yang
dimainkan Aqilah.

Menunjukkan sifat toleransi dan pandai membahagikan peralatan sama rata.
Checklists are a guide. All children develop individually. If you have any concerns about your
childs development please seek professional assistance

Anda mungkin juga menyukai