Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN


Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan
Pra Perkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang
seragam bagi semua program latihan perguruan pra perkhidmatan di Institut Pendidikan
Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di
bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan
guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat,
maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu
menangani cabaran era globalisasi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-
bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.



2.0 MATLAMAT

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan
insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta
negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0 OBJEKTIF

Melalui Program BIG ini pelajar dapat mencapai objektif berikut:

Menerapkan semangat kekitaan dalam kalangan guru-guru pelatih.

Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat

Mendedahkan guru-guru pelatih kepada pelbagai persekitaran masyarakat atau
komuniti.

Memberi kesedaran kepada para guru pelatih supaya lebih peka kepada realiti
persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat.

Memupuk kesedaran berbakti secara sukarela kepada masyarakat.







4.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual Pelaksanaan Program Perkhemahan II dan Kembara Sosial



HARI 0800 - 0930 1000 -1200 1200 - 1400
1400 -
1500
1500 - 1730
13.09.201
2
Khamis
Perjalanan ke
SMK Padawan
Taklimat &
Penyeraha
n Anak
Angkat
Merarau
Sepetan
g
Bersama
Keluarga
Angkat
Kerja Amali /
Aktiviti
Kemasyarakata
n

14.09.201
2
Jumaat
0700 -
0730
0730 -
1000
1000 -
1030
1030 - 1200
1200 -
1400
1400 - 1700
Minu
m
Pagi
Khidma
t Sosial
Minum
Rehat
Khidmat
Sosial
Merarau Khidmat Sosial

15.09.201
2
Sabtu
0700 -
0730
0730 -
1000
1000 -
1030
1030 - 1200
1200 -
1300
1300 - 1430
Minu
m
Pagi
Khidma
t Sosial
Minum
Rehat
Majlis
Penangguha
n BIG
Merarau
Perjalanan
Balik Ke
IPGKBL





5.0 Kandungan (Sebelum Selepas Dan Semasa)

1.1 Sebelum BIG



Sebelum berlangsungnya program Bina Insan Guru, pelbagai persiapan telah dibuat
supaya segala kelengkapan dan keperluan semasa program tersebut berjalan lancar.
Beberapa perjumpaan di antara kelas yang terlibat telah diadakan bagi bermesyuarat
dan membincangkan hala tuju program ini serta membahagikan tugasan kepada setiap
peserta. Berikut ialah butiran perjumpaan atau taklimat yang telah diadakan sebelum
program Bina Insan Guru:



Perjumpaan Pertama



Sebelum program Bina Insan Guru bermula, semua pelajar PISMP Semester 4
dikehendaki berkumpul di TAZA bagi perjumpaan pertama bersama dengan Encik
Michael Tarang. Perjumpaan tersebut diadakan pada pukul 3.00 petang. Semasa
perjumpaan tersebut, beliau telah memberi penerangan tentang program BIG yang
bakal melibatkan pelajar semester 4. Kami akan terlibat dengan program BIG yang
berunsurkan aktiviti kemasyarakatan iaitu program anak angkat. Sebanyak tiga buah
tempat telah dipilih untuk melaksanakan program ini iaitu di sekitar Kuching. Kumpulan
PISMP Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas telah dipilih
untuk melaksanakan program tersebut di Kampung Belimbing dan kampung Praya.
Kami dimaklumkan bahawa program tersebut akan berlangsung iaitu selama 3 hari 2
malam. Oleh itu, semua pelajar dinasihati dan dikehendaki mengaturkan perjumpaan
kelas yang seterusnya mengikut kumpulan BIG bagi memastikan program ini dapat
berjalan lancar dan sistematik. Perjumpaan ini ditangguhkan pada pukul 5 petang.







Perjumpaan Kedua



Perjumpaan kedua yang melibatkan ketiga-tiga kumpulan iaitu PISMP
Pendidikan Pemulihan Dan Kajian Sosoal Dan Pendidikan Khas telah diadakan pada
pukul 10.00 pagi di dalam sebuah kelas. Perjumpaan ini bertujuan untuk perlantikan ahli
jawatankuasa program bagi menguruskan perjalanan program BIG ini. Setelah
perbincangan dibuat, satu AJK baru telah ditubuhkan yang melibatkan AJK tertinggi dan
AJK Biro. Setiap pelajar telah dipilih berdasarkan undian dan persetujuan daripada
semua pihak. Setelah sebulat suara dan kata sepakat yang dikeluarkan, maka
terbentuklah satu carta organisasi seperti yang terdapat dalam lampiran buku program.

Setiap jawatan mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan
dalam masa 2 minggu sebelum BIG bermula. Ahli jawatankuasa tertinggi seperti
pengerusi dan setiausaha memainkan peranan yang penting kerana perlu menyiapkan
kertas kerja dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan bendahari kerana perlu
menyiapkan laporan kewangan dan memungut sejumlah wang yang agak banyak bagi
setiap seorang untuk menampung kos makanan. Tugas-tugas ahli jawatankuasa lain
adalah mengikut bidang masing-masing.

Perjumpaan ketiga



Perjumpaan buat kali ketiga sekali lagi diadakan yang turut melibatkan ketiga-
tiga kelas. Perjumpaan ini diadakan di dewan kuliah B IPG Kampus Batu Lintang pada
pukul 3.30 petang. Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah bagi membuat semakan
terakhir persiapan sebelum tibanya hari BIG bersama-sama dengan semua AJK yang
terlibat. Encik michael tarang membahagikan semula keluarga angkat dan adik beradik
kami. Kami dimaklumkan tentang tentatif program, pakaian, pengangkutan dan
sebagainya. Encik michael tarang telah bagi menyampaikan amanah dan nasihat
terakhir daripada beliau. Kami berasa sangat kecewa dan sedih kerana beliau tidak
dapat bersama-sama kami semasa BIG kali ini. Beliau menasihatkan kami supaya
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan dapat mengikuti program BIG dengan
jayanya.



1.2 Semasa BIG

Semasa Program Bina Insan Guru dijalankan

PERKARA CATATAN

Hari Pertama (khamis, 13 SEPTEMBER 2012)
Pada hari pertama, semua peserta Bina Insan Guru telah
berkumpul di hadapan TAZA pada pukul 7.30 pagi bersama
barang keperluan peribadi dan peralatan penting yang akan


dibawa bersama. Peserta BIG telah mendengar taklimat penting
daripada Encik Michael Tarang sebelum bertolak ke Kampung
Belimbing. Segala aktiviti dan penginapan akan dijalankan di
SMK Padawan. Pelajar telah bertolak dari IPGKBL pada pukul
8.45 pagi dengan menaiki sebuah bas IPG Pada pukul 11.00
pagi, kami tiba di tempat yang dituju. Pada pukul 1.30 tengah
hari, semua peserta berkumpul bagi menikmati makan tengah
hari. Kami dihidangkan dengan makanan yang cukup lazat iaitu
nasi tomato. Selesai sahaja menjamu selera, peserta berkumpul
untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar secara
berjemaah.

Pada pukul 7 malam, para peserta berjumpa dengan
keluarga angkat masing-

Terdapat 17 buah keluarga angkat yang bersetuju
menerima kami sebagai anak angkat. Setiap keluarga
memperoleh dua atau tiga orang peserta sebagai anak angkat.

Saya bersama dengan Azeera, Hazwani dan Syakira telah
mendapat ibu angkat yang diberi nama Puan Rohana bt Sali.

Peserta telah membawa sedikit buah tangan kepada
keluarga angkat mereka seperti beras, teh, biskut dan lain-lain.
Peserta BIG akan bersama-sama dengan keluarga angkat
mereka dari pukul 7 malam sehingga pukul 9.30 malam.

Segala aktiviti yang akan dilakukan adalah bergantung
kepada keluarga angkat tersebut. Saya sempat menolong ibu
yang kami pabggil umi menjual di kantin sekolah.


Hari Kedua (14 SEPTEMBER 2012)
Menyiapakan mural dengan mewarna mural yang telah
dilukis oleh cikgu di sekolah SMKL bersama rakan-rakan.
solat berjemaah bersama rakan-rakan
kami juga turut membersihkan kawasan perkhemahan
sekolah tersebut.
pada sebelah petang kami mengangkut tanah untuk
diletakkan di pokok-pokok bunga.
Pada sebelah malam pula, kami tidur di dalam surau
sekolah.


Hari terakhir (15 SEPTEMBER 2012)
Pada pukul 8.00 pagi, para peserta berkumpul di dewan
makan SMKP. Encik ooi selaku Penyelaras Projek telah memberi
ucapan dan ketua kampung peraya telah menyerahkan semula
peserta kepada pihak sekolah.
Semua peserta makan beramai-ramai dan kami mengemas
barang untuk pulang ke IPGKBL

Kami bertolak pulang pada pukul 10 pagi dan tiba di
IPGKBL pada pukul 12 tengahari.



Selepas Program Bina Insan Guru

PERKARA CATATAN

Selepas program BIG berlangsung, setiap peserta
dikehendaki menyiapkan laporan program khidmat masyarakat
untuk dinilai. Segala aktiviti yang telah dilakukan sempena
program ini telah memberi impak yang mendalam kepada diri
setiap peserta.
Kami menghantar laporan pada 2012-09-20.







6.0 Refleksi Kendiri

Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan telah memberi
banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif.
Saya dapat menilai diri sendiri akan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui
aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang
mendalam dalam diri saya ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan khidmat
masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat membentuk diri saya ke arah melahirkan
modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Aktiviti keluarga nagkat pula adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi. Aktiviti ini
telah mendedahkan kami kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan
dalam hubungan sosial. Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia
kerana melalui komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah.
Komunikasi yang baik akan menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan yang lain.
Saya sedar sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan
mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana tugas seorang guru semestinya
sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru pada kali ini dapat
maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan peserta yang lain. Hal ini kerana
satu aktiviti yang agak mencabar telah terpaksa dilalui oleh peserta adalah mentyiapkan
kerja-kerja membersihkan kawasan perkhemahan, mengagkat tanah di tengah panas
yang terik. Aktiviti ini berjaya menguji ketahanan fizikal dan dengan semangat yang
kental saya dapat menyiapakn kerja Walaupun badan terasa kepenatan dan terdapat
sedikit luka-luka akibat terkena batu tetapi saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini
menyedarkan saya supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala cabaran dan
menempuhinya dengan sebaik mungkin apabila ditempatkan di kawasan pedalaman
nanti. .

Seterusnya, aktiviti kembara sosial pula yang melibatkan keluarga angkat telah
memberi peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan masyarakat di kampung ini
dengan lebih dekat. Program BIG kali ini telah memberi pengalaman yang begitu
berharga kepada peserta kerana dapat menghayati kehidupan sebagai anak angkat
dan meneroka sebuah kehidupan keluarga di kawasan pedalaman. Sikap prihatin dan
baik hati penduduk kampung berjaya menambat hati peserta BIG untuk merasa
nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang diberikan untuk bersama dengan
keluarga angkat sangat singkat telah membataskan hubungan yang lebih erat dapat
diwujudkan. Walau bagaimanapun, program ini ternyata mampu membina kemahiran
komunikasi dan membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru yang cemerlang di
masa hadapan.

Bagi saya pengalaman BIG kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana saya
dapat berinteraksi dan bergaul dengan pelajar-pelajar SMKD semasa menolong umi
menjual nasi dan air di kantin. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran interaksi sosial dalam diri saya sebagai seorang bakal guru yang merupakan
aspek terpenting bagi menjadi guru yang dikenali ramai. Oleh itu, saya seharusnya
sentiasa bijak dalam bergaul dengan sesiapa sahaja iaitu pandai mengambil hati orang
lain supaya orang dapat menerima kita seadanya. Sebagai seorang guru, sifat mesra
terhadap sesiapa sahaja seharusnya ada dalam diri walaupun dengan orang yang tidak
dikenali. Perasaan malu dan rendah diri harus disingkirkan bagi memberi keyakinan
kepada diri. Program BIG ini jelaslah dapat meningkatkan kemahiran sosial seseorang
bakal guru.

Selain itu, program ini mengajar saya dalam mempertingkatkan kemahiran yang ada
seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan. Kemahiran mengurus diri dan masa
sangat penting supaya kita menghargai setiap saat yang berlalu dalam kehidupan.
Contohnya, program ini mengajar saya untuk sentiasa menepati masa dan mestilah
bersedia dari awal untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Kemahiran kepimpinan
juga dapat diperolehi ketika menguruskan sesuatu aktiviti dan rasa bertanggungjawab
wujud dalam diri saya dan peserta. Ia penting kerana guru merupakan pemimpin
kepada pelajar dan sifat kepimpinan perlu ada bagi setiap bakal guru.

Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui program tersebut. Antaranya
ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sayang-menyanyangi.
Nilai mementingkan diri sendiri tidak harus dimiliki kerana sudah menjadi lumrah kita
hidup bermasyarakat dan bukannya hidup bersendirian. Kesemua nilai tersebut akan
membuatkan diri saya menjadi lebih prihatin terhadap persekitaran seperti dapat
meringankan tangan untuk membantu orang lain, sentiasa bertimbang rasa dalam
setiap perkara dan tidak suka melakukan pergaduhan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang penghayatan konsep kerja
sebagai ibadah. Hal ini kerana melalui program khidmat masyarakat yang telah
dilakukan dapat melatih diri untuk menyumbang sesuatu secara ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Aktiviti ini sangat bersesuaian kepada bakal-bakal
guru untuk melatih mereka bekerja menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada
semua pelajar tanpa memilih kasih dan juga tanpa mengharapkan wang semata-mata.

Di samping itu, program ini telah berjaya meningkatkan tahap kecerdasan emosi saya
kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bijak mengawal emosi dalam setiap
perkara. Sebagai contoh, emosi sabar perlu dimiliki ketika berhadapan dengan pelbagai
kerenah manusia dan halangan yang menimpa. Emosi sedih juga harus dikawal ketika
kita ditimpa sebarang musibah supaya orang lain tidak menilai diri kita adalah lemah.
Oleh itu, saya percaya program ini telah banyak membentuk emosi saya supaya
sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk diri saya
dalam membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri sendiri, orang lain dan alam
sekeliling.

7.0 Penilaian Kendiri

Kekuatan

Kekuatan program Bina Insan Guru pada kali ini ialah bergantung kepada tenaga
pensyarah pembimbing dan jurulatih yang banyak membantu dalam menjayakan
program ini terutama Encik Michael Tarang. Selain itu, peserta yang terdiri daripada tiga
kelas iaitu Pemulihan Dan Pendidikan Khasa dan Kaian Sosial mempunyai kebolehan
dan kecekapan masing-masing dalam menguruskan program ini. Kerjasama antara
peserta yang diberikan sangat berkesan dalam menjayakan program ini. Selain itu,
aktiviti yang diatur pula sangat berkesan dalam memberikan input dan manfaat kepada
peserta.

Kelemahan

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap peserta yang kadang kala lambat
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini menyebabkan perjalanan aktiviti menjadi
seperti yang tidak dirancang. Selain itu, masa yang singkat bersama keluarga angkat
telah membataskan segala aktiviti untuk dilakukan dalam masa yang panjang bersama-
sama. Masa untuk berkenalan juga agak singkat menyebabkan hubungan yang lebih
erat sukar untuk diwujudkan.

Peluang

Pelajar perlu bijak memanfaatkan peluang yang ada contohnya ketika bersama-sama
dengan keluarga angkat bagi menimba pengalaman dan ilmu baru terhadap kehidupan
masyarakat di kampung tersebut.

Halangan

Beberapa halangan yang telah menyebabkan sebahagian aktiviti tergendala
sebagaimana yang telah dirancang seperti keadaan cuaca dan keselamatan..

Cadangan Penambahbaikkan

Antara cadangan penambahbaikkan adalah seperti berikut:

Semoga program BIG di masa akan datang dapat dilakukan di tempat yang lebih
mencabar bagi menguji kemampuan peserta.

Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan tersusun supaya
perjalanan program berjalan lancar.

Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti supaya
dapat bersedia lebih awal.

Peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat mematuhinya
setiap masa.

8.0 Penutup

Sebagai kesimpulan, program Bina Insan Guru Fasa 4 berjaya dilaksanakan hasil
daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan
pelaksaan semasa program berlangsung. Semoga setiap pelajar dapat menghayati
dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan
keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki etika keguruan dalam diri
setiap bakal guru. Hal ini selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan guru yang
berperibadi mulia. Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.

Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar
supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat
memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan
dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis dalam
menghasilkan sesuatu perkara.

Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru dapat
diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat
yang berguna kepada pelajar. Inilah peluang bagi peserta untuk beramal dengan
menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan.
Diharapkan semoga semua bakal guru sudah terbina insannya selepas mengikuti
program tersebut.

Anda mungkin juga menyukai