Anda di halaman 1dari 2

Pada pandangan anda, mengapa seorang muslim perlu berfikir dalam kerangka yang

ditetapkan oleh syariat Islam? Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi menjelas dan
menyokong hujah anda.
1.0 Pendahuluan
Sebagai seorang muslim yang mengaku dengan nama Allah dan Rasulnya sebagai muslim
kita tidak boleh lari dari menurut atau taat dalam mengerjakan disiplin - disiplin agama Islam
yang syumul yang telah disempurnakan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Segala kewajipan itu harus dituruti kerana sebagai hamba siapa kita untuk mempertikai setiap
suruhan yang wajib kita sebagai makhluk menyempurnakannya dengan rasa ikhlas, merendah
diri dan mengharap redhaNya. Dalam kertas kerja ini akan saya huraikan tentang mengapa
seorang Muslim itu perlu berfikir dalam kerangka yang ditetapkan oleh syariat.
2.0 Definisi pemikiran Islam
Pemikiran secara umumnya dimaksudkan sebagai satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang
ada dalam diri manusia, samada dengan pengamatan dan pengkajian untuk menemukan
makna tersembunyi dari sesuatu persoalan.
Pemikiran Islam pula ialah semua hasil pemikiran umat Islam sejak diutusnya Rasulullah
SAW sehingga sekarang. Ia meliputi pengetahuan kauni umum, ketuhanan, alam dan
manusia. Meskipun pemikiran Islam berasal daripada wahyu yang turun daripada langit, itu
bukanlah bermaksud ia semata-mata tentang urusan ukhrawi (akhirat). Intipati wahyu dalam
al-Quran dan hadis sebenarnya berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dalam menjalani
kehidupan di dunia disamping mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.
3.0 Mengapa perlu berfikir dalam kerangka yang ditetapkan oleh syariat Islam.
3.1 Teori Epistemologi Ibnu Khaldun. Dalam bukunya al-Muqaddimah, Ibnu
Khaldun menjelaskan manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka berfikir
untuk mengatur dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan manusia. Menurut
Ibnu Khaldun, ilmu yang wujud dalam diri manusia mempunyai dua sumber, iaitu akal dan
wahyu. Keupayaan akal jugalah yang membezakan manusia dengan makhluk lain.
Berbekalkan ilmu pengetahuan juga, darjat manusia berupaya ditingkatkan untuk menjadi
semakin hampir dengan Tuhan. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa hidupnya manusia kerana
ilmu pengetahuan, dan gelapnya hati manusia adalah kerana miskinnya ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan dikelaskan kepada dua jenis :Ilmu-ilmu Tradisional (al-Ulum al-Naqliyyah
al-Wadiyyah) . Ilmu yang didapati melalui rasul Allah berdasarkan al- Quran dan al-Sunnah.
Ilmu Tafsir yang menjelaskan lafaz-lafaz al-Quran.Ilmu Qiraah yang menyatakan bacaan al-
Quran. Ulum Hadith yang menjelaskan sanad dan perkhabaran perawi-perawi tentang Sunnah
Rasulullah.
Melalui teori yang dicetuskan oleh tokoh pemikir yang masyhur ini dapat saya nyatakan
bahawa perlunya kita berfikir dalam kerangka yang telah ditetapkan oleh syariat demi
menjamin kemaslahatan dan kesejahteraan alam sejagat. Melalui pemikiran akan lahirlah satu
perbuatan yang selaras dengan cara kita berfikir. Jika cara berfikir itu positif, maka positiflah
segala tindakan yang lahir dari cetusan pemikiran tersebut. Sebagaimana yang telah
dijelaskan ciri-ciri pemikiran Islam itu hendaklah bersifat rabbani, berakhlak, manusiawi,
universal, toleransi, pelbagai dan syumul, seimbang dan bersepadu. Melalui gabungan 8 ciri
tersebut, jika umat manusia dapat mempraktikkannya, sudah pasti matlamat utama manusia
diutuskan kedunia ini sebagai hamba yang bersyukur dan memakmurkan muka bumi ini
dengan segala perbuatan yang makruf akan terlaksana. Jadi peranan ilmu disini amat penting
dalam memberikan kefahaman yang sebenar-benarnya kepada seluruh umat manusia. Sebagai
contoh kepada akibat daripada tidak merealisasikan pemikiran secara Islam yang telah
ditetapkan oleh syariat iaitu berlakunya kerosakan dimuka bumi hasil daripada kerakusan dan
berpunca daripada tangan-tangan manusia itu sendiri. Ini telah dinyatakan sebagaimana
firman Allah yang bermaksud :

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di
muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat
kebaikan.
Surah Al-Baqarah; Ayat 11

Anda mungkin juga menyukai