Anda di halaman 1dari 18

EDU3109

KUMPULAN 2 :
NUR AIN BT ISMAIL
NUR ZAWANI BT RASHID
UMZARUL FATIHAH BT UMAR
NURFATIHAH BT MOHD NAZIR
SH. NUR FARHANI BT SYED AHMAD
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMALUDDIN
SAYED MUHAMMAD SAUFI BIN SYED AHMAD ZAIN
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER 8 AMBILAN JULAI 2011
DEFINISI
Pendemokrasian
Prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap
individu yang menganggotai sesuatu masyarakat.

Pendidikan
Satu usaha atau proses mendidik dan dididik yang
dikatakan berkait rapat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran
Pendemokrasian Pendidikan
Persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu
dalam proses P&P yang disediakan oleh sistem
pendidikan di sesebuah negara tanpa wujudnya
sebarang pendiskriminasian di semua peringkat individu
atau masyarakat.

KONSEP
Penyediaan peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira etnik,
latar belakang, status, sosioekonomi dan geografi.
Keterbukaan peluang yang sama rata dalam mendapatkan
pendidikan yang bermutu.
Bukan berasaskan kepada persamaan hak dan peluang untuk
mendapatkan pendidikan sahaja sebaliknya, peluang dan hak
kepada individu untuk memperoleh pendidikan yang berkualiti.
Keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara dalam
menyediakan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang luas,
adil dan saksama serta bermutu untuk semua lapisan masyarakat.
KEPENTINGAN
Merapatkan pendidikan antara sekolah bandar dan luar
bandar.
Membasmi pengwujudan kelas sosial di sekolah.
Menyamaratakan peratusan kemasukan pelajar ke Institut
Pengajian Tinggi.
Memberi pendidikan induksif kepada pelajar istimewa.
Memberi bantuan kepada pelajar untuk memberi bantuan
kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang
berkemampuan.
PENDEKATAN
1. Sistem Pendidikan

Rendah
Menengah
Rendah
Menengah
Atas
Tingkatan
Enam
Pendidikan
Tinggi

Wujudnya pendidikan swasta dan Sekolah Agama Rakyat
iaitu warisan dari Sistem Pondok sebagai pilihan untuk
mendapatkan pendidikan.
Golongan murid istimewa juga tidak diabaikan oleh sistem
pendidikan negara.
Langkah meningkatkan bilangan pelajar di universiti juga
memantapkan pendemokrasian sistem.


2. Pendidikan untuk semua
Tidak mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan
masyarakat khususnya untuk mendapat pendidikan.
Mewujudkan SPBT, RMT dan pemberian biasiswa oleh
Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka
yang layak selain daripada pendidikan percuma.
Pelaksana sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah
lebih peka dan memahami tentang agenda pendemokrasian
pendidikan.

3. Pendidikan Sarwajagat / Sejagat
Had umur bagi setiap individu untuk mendapatkan
pendidikan formal semakin diperluaskan.
Terjadinya isu yang menjadi cabaran dan harus ditangani
sistem pendidikan iaitu :
a) Kesanggupan pelajar yang memperolehi kelulusan
yang minimum itu sendiri untuk meneruskan
pelajaran.
b) Masalah kualiti pelajar.

4. Kemudahan dan infrastruktur
Kemudahan-kemudahan untuk proses P&P, asrama, Pusat
Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang
berkualiti, dan sebagainya.
Untuk perkembangan pendidikan di luar bandar asrama
desa dibina di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan
kepada kawasan pendalaman.
Dari segi kemudahan dan infrastruktur pendidikan luar
bandar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara
membangun yang mencatat rekod yang cemerlang.

5. Pendidikan Bertaraf Dunia
Malaysia diakui dan dikatakan di antara negara membangun
yang mencatat rekod yang cemerlang dalam bidang
pendidikan.
Untuk pendemokrasian, kita tidak seharusnya melihat dari
segi skop perbandingan antara bandar dan luar bandar atau
dalam negara semata-mata.
Skop perbandingan perlulah lebih luas dan lebih global
sebagai memenuhi cabaran semasa dan matlamat serta
tuntutan sistem pendidikan.
6. Pendidikan Berkualiti
Pendidikan berkualiti di semua merupakan ciri utama yang
akan menentukan taraf sesuatu sistem pendidikan.
Kementerian Pendidikan perlu menambahbaikkan sistem
pendidikan, kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan
fizikal dan kelengkapan serta keefisienan pengurusan.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan perlu
menerima pendidikan yang berkualiti tanpa mengira tahap
sosio-ekonomi, keadaan fizikal dan tempat tinggal sekurang-
kurangnya untuk tempoh 11 tahun.

7. Pendidikan Berterusan
Pendemokrasian pendidikan perlu memastikan yang sistem
pendidikan memperluaskan peluang pendidikan berterusan.
Tidak mengambil kira akan batas usia individu, mereka masih
disediakan peluang untuk menyambung pendidikan.

7. Sekolah Asrama Penuh
Satu usaha bagi pendemokrasian pendidikan di mana
menyediakan peluang pendidikan yang lebih berkualiti
khususnya pelajar yang berpotensi dan cemerlang.

IMPLIKASI
POSITIF
o Memberi implikasi positif kepada golongan kurang upaya.
o Tidak melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada
golongan istimewa.
o Mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum.
o Penubuhan sekolah Wawasan.
o Menyediakan kemudahan praarana atau infrastruktur
pendidikan yang seimbang antara semua sekolah.

NEGATIF
o Memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di
kelas bercantum.


CABARAN
Kos penyelenggaraan yang tinggi untuk mewujudkan
kemudahan dan prasarana di sekolah luar bandar.
Kekurangan kemasukan tenaga pengajar mahir ke
kawasan pedalaman terutamanya guru wanita.
Tahap kesedaran ibu bapa pelajar terhadap
pendidikan.
Kewujudan sistem kuota.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai