Anda di halaman 1dari 7

1

SEMINAR SOLIDWORKS 2014



MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN
9.30am Kata-kata aluan
Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,

Tuan Haji Nasaruddin bin Mohamad,
Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Melaka,

En Mohamad Nor bin Ismail,
Timbalan Pengarah Pengurusan ADTEC Melaka,

Tn Hj Mohd. Abd Fatah bin Mohd Ramly,
Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran ADTEC Melaka,

Pn Normazlinda binti Che Mahmood,
Ketua Jabatan Elektrikal dan Elektronik ADTEC Melaka,

pembentang kertas kerja, ketua-ketua bahagian, barisan pegawai dan
kakitangan ADTEC Melaka, para peserta, pelajar-pelajar serta hadirin-
hadirat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.



2

Pengenalan
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama berkumpul dalam Seminar Solidworks 2014.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Solidworks adalah merupakan perisian yang merangkumi semua
aspek reka bentuk produk dan proses pembangunan produk,
termasuklah, pengesahan reka bentuk dan pengurusan data reka bentuk.
Untuk itu, seminar pada hari ini akan dibahagikan kepada tiga sesi, iaitu,
sesi pertama, dengan tajuk 3D Design in Solidworks, seterusnya
diikuti dengan sesi kedua yang bertajuk Solidworks Simulation dan
sesi ketiga, Sustainability Design in Solidworks.

Taklimat
keselematan
Majlis diteruskan dengan menjemput, En. Mohd Zailani bin Abd Ghani,
untuk menyampaikan taklimat keselamatan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Selesai taklimat
keselamatan
Demikianlah tadi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh En. Mohd
Zailani bin Abd Ghani. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bacaan doa
Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, sukacita dijemput,
En Shah Rizan bin Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Selesai bacaan
doa
Amin. Amin. Ya Rabbulalamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada En Shah Rizan bin Mohd Nor untuk atas bacaan doa itu tadi.





3

Seminar
Buah markisa di atas peti,
Terbiar letak tidak dimakan,
Tibalah Masa Dinanti-nanti,
Seminar Solidworks Bersama Dengarkan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput, En Ken Foong,
bagi meneruskan acara pada hari ini. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Selesai seminar
Demikianlah tadi Seminar Solidworks 2014 yang telah disampaikan oleh En
Ken Foong. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih.

Majlis
perasmian
penutup
Acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup Seminar
Solidworks 2014.
















4

Kata-kata aluan
Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad,
Pengarah ADTEC Melaka,

Tuan Haji Nasaruddin bin Mohamad,
Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Melaka,

En Mohamad Nor bin Ismail,
Timbalan Pengarah Pengurusan ADTEC Melaka,

Tn Hj Mohd. Abd Fatah bin Mohd Ramly,
Ketua Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran ADTEC Melaka,

Pn Normazlinda binti Che Mahmood,
Ketua Jabatan Elektrikal dan Elektronik ADTEC Melaka,

pembentang kertas kerja, ketua-ketua bahagian, barisan pegawai dan
kakitangan ADTEC Melaka, para peserta, pelajar-pelajar serta hadirin-
hadirat sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.








5

Ucapan
pengarah
Bukan Rumput Sebarang Rumput,
Rumput Bersemi Bagaikan Hidup,
Bukan Jemput Sebarang Jemput,
Jemput Merasmi Majlis Penutup.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad, Pengarah ADTEC
Melaka, untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup dan
seterusnya menyempurnakan acara penyampaian sijil. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan

Selesai ucapan
pengarah

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh
Tuan Pengarah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan.

















6

Penyampaian
sijil
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin
Abd Samad, diiringi, Tuan Haji Nasaruddin bin Mohamad / En
Mohamad Nor bin Ismail, untuk menyampaikan sijil kepada para
peserta Seminar Solidworks 2014. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Untuk itu, dijemput seorang wakil daripada setiap institut untuk menerima
sijil. Dipersilakan wakil peserta daripada:

1 ILP Kuala Lumpur
2 ILP Kuala Langat
3 ILP Pedas
4 ILP Selandar
5 ILP Bukit Katil
6 ILP Ledang
7 ILP Mersing
8 ILP Pasir Gudang
9 ADTEC Batu Pahat
10 ADTEC Melaka
11 ADTEC Shah Alam
12 Politeknik Melaka
13 Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah
14 Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
15 Kolej Vokasional Juasseh
16 Kolej Vokasional Port Dickson

Seterusnya, dijemput En Ken Foong untuk menerima sijil dan
cenderahati. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



7

Selesai
penyampaian
sijil
Demikianlah tadi acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada
peserta-peserta seminar dan pembentang kertas kerja. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha, En Mohd Zabidin bin Abd Samad, atas
penyempurnaan acara sebentar tadi.

Penutup
Maka, dengan itu, selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

Gunung Nan Tinggi Di Balik Awan,
Bagai Terlihat Bintang Bertamu,
Sampai Di Sini Tuan Dan Puan,
Ada Hayat Kita Bertemu.

Sekian.
Wabillahi taufik wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai