Anda di halaman 1dari 3

KPM/SI/6/11(31)

Tarikh : 5 Sept 2014






Para graduan
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan


Saudara/saudari,


MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2014

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Tahniah diucapkan kepada saudara/i kerana telah berjaya menamatkan
pengajian peringkat diploma di Kolej Profesional MARA. Bagi meraikan kejayan ini,
saudara/i dijemput hadir ke Majlis Konvokesyen KPM 2014 untuk menerima
anugerah diploma yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2014
Masa : Sesi Pagi (HND BIT & HND BMK)
7.30 pagi hingga 1:00 petang

Sesi Petang (DIB)
1.00 petang hingga 5:00 petang

Tempat : Dewan Plenary
Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC)
Jabatan Perdana Menteri
Presint 5, Dataran Gemilang
6200 Putrajaya
Sesi Raptai : 10 Oktober 2014 (Jumaat) Jam 8.00 pg
3. Sehubungan itu, saudara/i dijemput hadir ke Majlis Makan Malam Pra
Graduasi KPM Seri Iskandar sempena Majlis Konvokesyen KPM 2014 yang akan
diadakan seperti butiran berikut
Tarikh : 10 Oktober 2014
Masa : 8.00 hingga 10.30 malam
Tempat : Hotel Everly
No. 1, Jalan Alamanda 2, Precint 1
62000, Putrajaya.
Pakaian/Tema : 1 Malaysia

4. Saudara/i boleh membuat bayaran yang dinyatakan dalam lampiran 1
melalui mana-mana cawangan CIMB atas nama Koperasi Kolej Profesional
MARA Seri Iskandar Berhad, No. Akaun 0809-0003616-05-7 ( Sila lihat
Lampiran 2). Sila kepilkan salinan slip bayaran bersama borang jawapan
kehadiran.

5. Saudara/i juga diminta untuk melengkapkan borang pengesanan graduan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui capaian
http/:graduat.moe.gov.my. Laman ini akan dibuka mulai 15 Ogos 2014
sehingga 31 Disember 2014. Saudara/I juga perlu melengkapkan kajiselidik dari
Bhg. Pendidikan Tinggi, MARA melalui capaian berikut :
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDZDeVowV
FUxdENYeV9qb2RDRGVKUnc6MA.

Graduan dikehendaki menjawab soal selidik ini dan mencetak SLIP
PENGESAHAN kajian untuk dikemukakan semasa mengambil Jubah
Konvokesyen

6. Bersama ini disertakan lampiran untuk tindakan saudara/i seterusnya :
i. Panduan Graduan (Lampiran 1)
ii. Akujanji Majlis Istiadat Konvokesyen (Lampiran 2)
iii. Borang Jawapan Kehadiran (Lampiran 3)
iv. Surat Pengesahan Pembayaran (Lampiran 4)
v. Borang keahlian Alumni (Lampiran 5)

7. Sila kembalikan perkara berikut ke Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
(Untuk perhatian Encik Khairuddin Sabri) sebelum 19 September 2014:
i. Borang jawapan kehadiran dan surat pengesahan pembayaran
ii. Dua (2) keping gambar terbaru berukuran passport (Tuliskan nama,
no. kad pengenalan dan nama kursus di belakang gambar tersebut)
iii. Borang Keahlian Alumni

8. Untuk mengelak sebarang kelewatan, Borang Jawapan Kehadiran dan
Surat Pengesahan Pembayaran bolehlah di faxkan terlebih dahulu kepada pihak
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar melalui no.fax: 05-3712385 (Untuk
Perhatian Encik Khairuddin Bin Sabri).

Semoga mendapat kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak saudara/i.
Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN





HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD TAIB
Pengarah
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan























Keusahawanan dan Pendidikan Global
Amanah Rakyat