Anda di halaman 1dari 11

UTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


OBJEKTIF KURSUS
KETAMADUNAN
Objektif Kursus Ketamadunan
Kursus TITAS telah digubal atas kehendak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
dan menjadi kursus wajib bagi semua
pelajar ijazah pertama universiti
tempatan mulai sesi akademik 1998/99.
Objektif umum kursus TITAS yang telah
dikemukakan oleh Jawatankuasa
Penggubal mengandungi 10 matlamat,
iaitu:

Objektif Kursus Ketamadunan
(1) menyemai dan memupuk persefahaman tulen
dan sikap saling menghormati di kalangan
rakyat pelbagai agama, keturunan, bangsa dan
budaya di negara ini, khususnya di kalangan
generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
negara demi perpaduan dan keutuhan negara,
(2) memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia
yang dicapai melalui musyawarah dan ijmak
(consultation and concensus),
(3) memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara
majmuk yang mengamalkan toleransi yang
tinggi,
Objektif Kursus Ketamadunan
(4) memupuk nilai-nilai universal di kalangan
rakyat Malaysia,
(5) melahirkan para siswazah yang berfikiran
luas dan berpandangan sejagat selaras
dengan peranan global Negara Malaysia
kini dan akan datang,
(6) melahirkan bangsa Malaysia yang
berperadaban tinggi dan sanggup
memperjuangkan nilai-nilai
ketamadunan universal yang luhur dan
murni,
Objektif Kursus Ketamadunan
(7) memantapkan penghayatan nilai-nilai murni
di kalangan rakyat Malaysia.
(8) melengkapkan bakal pewaris kepimpinan
negara dengan ilmu yang membolehkan
mereka memahami dan menghadapi
pergolakan dunia dan cabaran global
semasa,
(9) membantu melahirkan masyarakat
madani dalam erti kata yang sebenarnya,
(10) memajukan ilmu sains peradaban demi
kemajuan ilmu pengetahuan seluruhnya.
UTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Bagi mencapai matlamat dan
tujuan yang murni ini, terdapat 4
strategi mesti dilaksanakan:

(1) menekankan dengan sejelas-jelasnya
bahawa manusia secara fitrah (semula jadi )
dijadikan Tuhan dalam bentuk kelompok
dan budaya yang berbeza-beza, dan kita
semua mesti menerima dan menghormati
kepelbagaian dan perbezaan itu, sebagai satu
lumrah dan hukum alam yang akan terus
berlaku. Firman Allah SWT yg bermaksud:
"Wahai manusia, Kami (Tuhan) telah menjadikan
kamu daripada lelaki dan perempuan, berbagai
bangsa dan bersuku kaum supaya kamu saling
berkenalan dan beramah mesra antara mereka.
( Qur'an, 49:13),
(2) menekankan hakikat bahawa kepelbagaian dan
perbezaan itu bukan faktor untuk kita berpecah-
belah dan bermusuh-musuhan, tetapi supaya kita
kenal-mengenali dan bantu-membantu antara satu
sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup
bersama dapat dicapai. Firman Allah SWT yg
bermaksud:
"Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku
adil, berbuat kebajikan dan memberi bantuan
kepada kerabat, dan Dia melarang kamu daripada
melakukan perbuatan yang keji, mungkar dan
kezaliman, Dia mengajar kamu supaya kamu
mengambil peringatan. (Qur'an, 16:90),
(3) menyemai, memupuk dan melestarikan
beberapa unsur sepunya di kalangan rakyat
Malaysia demi perpaduan, pengukuhan dan
keperkasaan negara bangsa dan tamadun
Malaysia yang kita cintai, iaitu:

a) bahasa Melayu sebagai alat
komunikasi dan interaksi bersama,
supaya saling persefahaman dan jati
diri sepunya bangsa Malaysia yang
tinggi dapat direalisasikan,
b) prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai
asas identiti dan jati diri rakyat dan
bangsa Malaysia,
c) nilai etika dan moral yang murni
(seperti yang terkandung dalam
Kurikulum Pendidikan Moral di
sekolah): bersih fizikal dan mental,
belas kasihan, rajin, berterima kasih,
jujur, adil, kasih sayang, hormat-
menghormati, semangaber masyarakat,
tidak angkuh, bebas, baik hati,
berdikari, berhemah tinggi, berani,
sederhana, rasional.

(4) mengelakkan sama sekali unsur-unsur
ekstremisme, dogmatisme, cauvinisme,
fanatisisme, prasangka buruk dan
mengherdik budaya lain; sebaliknya
mengamalkan prinsip keseimbangan,
kesederhanaan, toleransi, sikap terbuka,
baik sangka dan hormat sesama budaya.
( Prof. Dr. Hashim Musa : 2005 )