Anda di halaman 1dari 10

UJIAN SATU

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TINGKATAN 5


NAMA: ________________________ KELAS: __________________

1. Pendidikan Sepanjang Hayat dapat didefinisikan sebagai

A usaha pengajaran yang sistematik di sekolah atau di institusi pengajian tinggi
B usaha pembelajaran menimba ilmu secara berterusan tanpa had masa dan umur
C usaha pembelajaran yang memerlukan wang yang banyak dan terhad kepada usia muda
sahaja
D usaha pengajaran sistematis yang dirangka khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Pendidikan Sepanjang Hayat boleh dilakukan secara formal seperti di
I sekolah
II institusi pengajian
III pusat latihan vokasional
IV rumah

A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D I, II, III dan IV


Merebut peluang pendidikan tanpa had umur
Berdedikasi dalam menimba ilmu pengetahuan
Meneroka ilmu tanpa had masa
Menunjukkan daya saing yang sihat
Objektif masyarakat minda kelas pertama

3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan fakta-fakta di atas?

A Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah
B Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
C Merebut tempat di institusi pengajian tinggi
D Ciri-ciri Pendidikan Sepanjang Hayat







4. Apakah yang seharusnya mendorong seseorang individu untuk meneruskan pembelajaran
semasa di alam pekerjaan?

A Inginkan kenaikan gaji
B Inginkan kenaikan pangkat
C Ingin bersaing dengan rakan sekerja
D Menyedari kepentingan ilmu untuk memperkembang diri

5. Mengapakah kita harus mencontohi masyarakat negara Korea, Jepun dan Amerika Syarikat
dalam usaha menimba ilmu?

A Mereka mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan terhadap pembangunan negara
B Mereka telah menjelajah ruang angkasa lepas
C Mereka telah berjaya menakluki ekonomi dunia
D Mereka diberi bayaran gaji lumayan di negara mereka

6. Encik Santharasegaran yang berusia 74 tahun ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang
ICT. Mengapakah keinginan Encik Santharasegaran harus disokong?

A Beliau sudah tua
B Beliau harus celik IT
C Beliau mempunyai simpanan yang banyak
D Usia bukanlah penghalang kepada pendidikan

7. Yang manakah bukan istilah utama dalam dunia Internet?

A URL
B HTML
C WWW
D Search Machine











8. Monica yang berusia 17 tahun menghadiri majlis makan malam di rumah kawannya. Dia telah
memakai pakaian yang kurang sopan dan menjolok mata. Pada pendapat anda, apakah nilai
utama yang tidak diamalkan oleh Monica?

A Baik hati
B Kesopanan
C Menghargai nyawa
D Menjaga maruah diri













9. Apakah maksud yang tersirat dalam rangkap pertama (baris 2)?

A Kepentingan ilmu untuk kekayaan masyarakat
B Ilmu menentukan kerjaya yang baik
C Ilmu canggih mampu menentukan kejayaan negara
D Pendidikan boleh menjadikan negara mundur


10. Apakah maksud empati?

A Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain
B Daya membantu kesusahan orang lain dalam bentuk wang atau harta
C Daya memerhati kesusahan orang lain dengan jelas
D Daya memantau gaya hidup orang lain




Menuntut Ilmu Tanpa Had Masa
Ilmu adalah warisan bangsa
Ilmu inovatif mampu mengubah negara
Pengetahuan bestari ibarat memimpin bangsa
Pendidikan menunjukkan jalan dan cara.

Orang muda perlu tuntut ilmu
Orang dewasa juga perlu mengejar ilmu
Masyarakat akan cemerlang
Negara bangsa tentu gemilang.

Nukilan Penulis




11. Sifat-sifat yang wajar bagi manusia yang berperikemanusiaan termasuklah
___________________________________ .

I bersikap empati
II menjaga maruah
III menghargai nyawa
IV cinta akan keamanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV


12. Bagaimanakah anda menunjukkan cara hidup yang bersifat menjaga maruah diri di sekolah?

A Berpakaian seragam sekolah secara kemas
B Terjebak dalam gejala merokok dalam tandas
C Terlibat dalam kes salah laku sekolah
D Melepak bersama rakan sebaya di kafe siber



Perikemanusiaan merupakan landasan bagi kesejahteraan negara



13. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah bukan matlamat kerajaan Malaysia dalam
perancangan pembangunan negara ke arah kesejahteraan negara?

A Usaha pembentukan jati diri remaja
B Keutuhan bangsa dan negara
C Pembinaan insan kamil dalam masyarakat
D Pemfokusan kesejahteraan masyarakat minoriti Malaysia sahaja











14. Antara berikut, kata-kata hikmat manakah yang menasihatkan masyarakat supaya menghargai
nyawa orang lain?

A Berhati-hati di jalan raya
B Jiran sepakat membawa berkat
C Berbudi bahasa amalan kita
D Negara bersih, rakyat sihat


15. Antara berikut, peribahasa manakah yang menggambarkan sikap cinta akan keamanan?

A Bersatu teguh bercerai roboh
B Seperti kacang lupakan kulit
C Ada udang disebalik batu
D Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit










Ali bersikap empati terhadap rakannya
yang merupakan mangsa banjir setelah
membaca tentang kejadian banjir
di Internet.

16. Berdasarkan gambar di atas, jelaskan sikap Ali yang bersifat empati terhadap rakannya Ahmad
di Kota Tinggi, Johor selaku mangsa banjir.

I Memahami kesedihan
II Melahirkan perasaan simpati
III Merasakan perasaan mangsa banjir
IV Suka berbaik-baik dengan orang lain




------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------


A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

17. Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu negara untuk memupuk sikap menjaga maruah diri
dalam diri anak-anak mereka?

A Memberikan didikan agama secukupnya kepada anak-anak
B Memberikan pendidikan laman web kepada anak-anak
C Mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
D Menurut sahaja kemahuan anak-anak











18. Penyertaan B berkemungkinan __________________________ .

A menjelaskan konsep cinta akn keamanan dalam masyarakat
B menjadikan budaya kokurikulum yang baik di sekolah
C mempermudahkan permasalahan disiplin
D menjelaskan objektif kokurikulum dalam pengajaran sekolah


19. Berikut ialah cara-cara masyarakat Malaysia berusaha untuk memupuk semangat cinta akan
keamanan di kawasan taman perumahan, kecuali

A mengadakan aktiviti gotong-royong membaikpulih surau di kawasan taman perumahan
B mengadakan aktiviti rukun tetangga meronda kawasan taman perumahan pada waktu
malam
C mengadakan aktiviti larian muhibah di kawasan taman perumahan kepada jiran tetangga
D mengadakan kativiti jualan murah di kawasan taman perumahan




Pernyataan
B
Pengetua SMK Ladang Jong telah
mengadakan aktiviti antibuli di sekolah.
Kegiatan ini dilancarkan dengan
penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang memungut derma
untuk mangsa perang Bosnia.


20. Apakah komen anda terhadap kelakuan dua pelajar dalam gambar di atas berdasarkan konsep
perikemanusian ke arah kesejahteraan masyarakat di sekolah? Mereka sepatutnya
mengamalkan sifat ___________________

A empati sekolah
B menjaga maruah diri di sekolah
C menjaga harta benda sekolah
D cinta akn keamanan sekolah

21. Nilai-nilai perikemanusiaan penting untuk

A meningkatkan imej negara sahaja
B meningkatkan maruah keluarga sahaja
C mewujudkan persefahaman antara kaum
D memastikan manusia tidak disamakan seperti binatang

22. Berikut merupakan isu kemanusiaan kecuali

A penderaan
B buli dan gengsterisme
C kenaikan harga minyak
D penyalahgunaan dadah

23. Pernyataan yang manakah salah?

A Empati adalah simpati
B Memakai pakaian yang bersopan merupakan cara kita menjaga maruah diri
C Mensyukuri nikmat hidup dengan sihat merupakan cara kita menghargai nyawa
kita
D Mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat merupakan cara kita
menghargai nyawa

24. Faktor paling penting dalam menjaga maruah diri ialah memiliki

A harga diri
B kekayaan
C harta benda
D kasih sayang








Perikemanusiaan merupakan landasan bagi kesejahteraan negara



25. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah bukan matlamat kerajaan Malaysia dalam
perancangan pembangunan negara ke arah kesejahteraan negara?

A Usaha pembentukan jati diri remaja
B Keutuhan bangsa dan negara
C Pembinaan insan kamil dalam masyarakat
D Pemfokusan kesejahteraan masyarakat minoriti Malaysia sahaja


26. Mendapatkan restu daripada ibu bapa sebelum berkahwin bertujuan untuk

A mengampu orang tua
B membelakangkan orang tua
C menikmati kebahagiaan jangka pendek
D mengekalkan hubungan baik dalam keluarga


Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan, iaitu
perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang
tengah dan perkahwinan implisit

27. Pernyataan di atas merujuk kepada adat perkahwinan orang
A Sikh
B Melayu
C India
D Cina

28. Peminangan dari sudut Islam dilakukan untuk semua tujuan berikut kecuali

A mengenali wanita yang sahih
B mengenali sifat lelaki yang baik
C mencari isteri yang manis rupanya
D melambat-lambatkan pernikahan sekiranya pasangan tersebut sudah bercinta










29. Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit dikenali sebagai

A Hepatitis B
B Talasemia
C AIDS
D SARS


Sejenis penyakit keturunan yang akan menjejaskan proses pembentukan
sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah


30. Penyakit yang dinyatakan di atas ialah

A HIV
B sawan
C talasemia
D Hepatitis B

Disediakan oleh,


(PN NURUL HUNAINI MD TAHIR)
Guru Mata Pelajaran
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Disemak oleh,


(PN NAAZIFAH MOHD ZAIN)
Ketua Panitia
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Disahkan oleh,

(CIK CHAN NELEE)
Ketua Bidang Kemanusiaan
SMK Raja Jumaat