Anda di halaman 1dari 6

Andantino

Karya ini dihasilkan oleh Carcassi . Teknik broken kord telah diaplikasikan oleh beliau dalam
karya tersebut. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk melatih ketangkasan penjarian serta
ketepatan penjarian memetik pada tali yang betul. Seperti apa yang ditekankan oleh Carcassi,
beliau menitikberatkan teknik plucking dijalankan dengan isi jari. Justeru, karyanya hendaklah
dimainkan dengan teknik plucking sama ada rest stroke atau free stroke dengan isi jari.
Andantino merupakan salah satu movement yang diambil daripada Le nouveau Papillon op.5.
Lagu ini dihasilkan dalam meter 2/4. Lagu ini dimainkan dalam tempo sederhana cepat. Bass
note pada setiap bar perlu dimainkan dengan rest stroke di mana not-not tersebut berada dalam
irama krocet.


Gambar di atas menunjukkan not yang dipetakkan perlu dimainkan dengan rest stroke

Selain itu, karya ini dihasilkan dalam tanda nada C major. Latihan ini boleh dijalankan
sebelum memulakan permainan lagu Andantino. Skelnya mempunyai cirri-ciri bentuk tersendiri.
Ia bermula dengan not tonik C yang dimainkan dengan irama krocet kemudian diteruskan
dengan corak irama kuaver dan diakhiri dengan dua kord C major . Skel ini amat membantu
dalam permainan lagu Andantino. Walaupun ia dihasilkan dalam bentuk broken kord, pemain
gitar boleh melatih penjarian melalui latihan skel dahulu kemudian meningkatkan tahap latihan
kepada latihan broken skel atau broken kord melalui lagu Andantino. Walaubagaimanapun,
seseorang pemain gitar hendaklah beringat bahawa penjarian merupakan salah satu aspek
yang perlu dititikberatkan agar not-not seterusnya dapat dimainkan dengan lebih lancar dan
tidak berhenti-henti.

Gambar di atas menunjukkan contoh skel C major yang direka cipta oleh Carcassi

Bentuk karya Andantino dihasilkan lebih kepada latihan penjarian untuk broken chord.
Bagi menjalankan latihan broken kord, tangan kanan hendaklah memainkan not-not tertentu
dengan lancar dan tepat. Latihan broken kord bukan sahaja berfokus kepada jari tangan kanan
tetapi juga jari pada tangan kiri. Ibu jari hendaklah melintas neck gitar supaya kedua-dua
tangan dapat mencapai keseimbangan. Terutamanya bagi jari yang lemah ibu jari yang
sentiasa berada dalam keadaan melurus dan melintas neck gitar membolehkan jari yang
lemah dapat memainkan not dengan lebih bertenaga. Carcassi juga menyatakan bahawa
postur gelang tangan yang betul ketika memainkan gitar klasikal adalah seperti berikut:


Gambar-gambar di atas menunjukkan postur pergelangan tangan yang betul ketika
menjalankan latihan skel Carcassi

Kesimpulannya, karya Andantino ini amat berguna untuk latihan broken chord. Pemain
gitar hendaklah mengaplikasikan teknik plucking Carcassi iaitu memetik tali gitar dengan isi jari
dalam permainan lagu tersebut
Maestoso dalam FANTAISIE

Karya Maestoso merupakan salah satu movement daripada lagu Fantaisie yang dihasilkan oleh
Carcassi. Movement ini dimainkan dengan laju dan memberikan mud di mana seseorang itu
berada dalam sesuatu aktiviti atau kenduri yang besar dan hebat. Karya ini dimulakan dengan
kord tonik iaitu D major dengan powerfully dimana ia dimainkan dengan dinamik sf Teknik
yang boleh diaplikasikan dalam permainan kord serta memberikan efek powerful adalah
memetik tali gitar dengan isi jari serta meletakkan jari pada tali gitar seterusnya selepas
memetik tali gitar berkenaan. Teknik plucking tersebut dipanggil sebagai rest stroke. Lagu ini
dimulakan dengan motif yang pendek di mana ia dimainkan dengan kord I dan kord V. Efek
bunyi seperti air mengalir dengan cepat dapat dihasilkan melalui tenik glissando.


Gambar di atas menunjukkan contoh not glissando yang telah diaplikasikan dalam karya
maestoso Fantaise

Teknik teknik skel telah diaplikasikan oleh Carcassi dalam karya tersebut. Melodi utama
dimainkan dengan free stroke kerana ia perlu dimainkan dalam tempo yang cepat dan
kebanyakan iramanya ialah not semikuaver, dan kuaver manakala rest stroke pula dimainkan
untuk not kord. Ketika memainkan bentuk melodi yang berada dalam bentuk skel, pemain gitar
boleh mengaplikasikan scales studies Carcassi iaitu meastikan jari-jari tangan kiri sentiasa
diasingkan antara satu sama lain dan boleh bergerak dengan pantas dan tangkas. Hal ini
semuanya hasil daripada latihan skel yang gigih. Jangan mengerakkan jari tangan sesuka hati
dan sentiasa mengikuti penjarian yang telah diberikan dalam skor lagu agar melodi dapat
dimainkan dengan lebih lancar dan mengikut pharse sesebuah lagu.

Gambar di atas menunjukkan latihan skel untuk tanda nada D major

Latihan skel di atas merupakan contoh skel yang diciptakan oleh Carcassi. Penjarian
untuk latihan skel D major agak kompleks. Pemain gitar hendaklah menganalisis penjarian bagi
setiap frasa skel agar dapat menguasai bentuk permainan skel tersebut dengan penjarian yang
betul. Contoh skel not yang telah diaplikasikan oleh Carcassi dalam karya maestoso adalah
seperti berikut:


Gambar di atas menunjukkan contoh skel D major yang diaplikasikan oleh Carcassi
dalam karya maestoso Fantaisie

Konklusinmya lagu maestoso merupakan sebuah lagu yang agak kompleks dan
memerlukan teknik permainan yang bagus. Oleh itu, pemain gitar hendaklah rajin menjalankan
latihan skel dan membuat warm up dengan teknik hammer agar jari lebih berfleksibel untuk
mengubah posisinya pada fret-fret tertentu. Pemain gitar juga hendaklah pandai
mengaplikasikan teknik permainan gitar seperti rest stroke dan free stroke mengikut kesesuaian
melodi.
Bibliografi

2010. Dirk Laukens. Finger picking. http://www.guitarchordsmagic.com/how-to-play-guitar-
chords/fingerpicking.html. Diakses pada 14 Ogos 2014.

2003-2009. Guitar Chords. http://www.all-guitar-chords.com/. Diakses pada 17 Ogos 2014.

David Raleigh Arnold. Carcassi Scale Exercises.
http://www.openguitar.com/files/carcscales.pdf. Diakses pada 23 Ogos 2014.

Mel Bay. Joseph Castle. (2010). The Complete Carcassi Method. Mel Bay
Publications.

Paul Henry. (1993). Matteo Carcassi - 25 Melodic and Progressive Studies, Op. 60:. Hal
Leonard.

Tim Gillesipe. Guitar chord in the key of G major. http://uncletim.com/Newsletter/Guitar-
Chords-In-The-Key-Of-G-Major.htm. Diakses pada 19 Ogos 2014.

Treccina. Diatonic Major and Minor Scales. http://www.classtab.org/segovia_scales.txt.
Diakses pada 20 Ogos 2014.

21 July 2004. Segovia Scales. The Importance Of Scales. http://www.ultimate-
guitar.com/lessons/scales/segovia_scales_the_importance_of_scales.html. Diakses
pada 24 Ogos 2014