Anda di halaman 1dari 7

Hubungan Sekolah Dengan

Masyarakat
Sekolah merupakan sebahagian daripada
masyarakat yang membayangkan matlamat dan
hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat.

Sekolah dilahirkan untuk kepentingan dan keperluan
masyarakat serta menyediakan pelajaran secara
formal untuk anak-anak ahli masyarakat dan melatih
mereka untuk melahirkan tenaga rakyat
berkemahiran untuk masyarakat dan negara.

Kurikulum sekolah adalah sejajar dengan keperluan
masyarakat, iaitu ia dapat mengekalkan nilai, norma,
kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.
Hubungan antara sekolah dengan masyarakat adalah rapat. Dari
semasa ke semasa, sekolah memberi pertolongan kepada
masyarakat dan sebaliknya.

Contohnya, ahli-ahli sekolah yang menjalankan khidmat bakti di
rumah tua, membersihkan kawasan yang berhampiran dengan
sekolah.

Ahli-ahli masyarakat juga memberi sumbangan kepada sekolah
dengan menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ahli-ahli PIBG akan membantu sekolah mengutip derma,
menjual kupon untuk pasar ria atau menderma untuk acara-
acara seperti walkathon readathon, dimbathon dan
sebagainya.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran akan menyebabkan sekolah menyediakan ilmu
pendidikan yang tinggi tarafnya.
Masyarakat yang bergantung pada pertanian telah
mempelbagaikan ekonomi agar dapat bergantung pada
perindustrian dan perkhidmatan seperti pelancongan,
bank dan insurans. Lanjutan ini, pelbagai mata pelajaran
baru seperti Sains Pertanian, Kemahiran Manipulatif dan
Kemahiran Hidup Bersepadu mula diperkenalkan di
sekolah.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan tentu sekali
akan berusaha untuk menyediakan seberapa banyak
sekolah yang mungkin agar mengurangkan atau
menghapuskan gejala buta huruf di kalangan
anggotanya.
Hubungan sekolah dengan Ibu Bapa
Pihak sekolah sering berusaha ke arahpencapaian
kecemerlangan dalam pelbagai bidang, khasnya
akademik dan kokurikulum.Usaha ini guru besar dan
guru perlu bersama dengan murid-murid dan ibu bapa
mereka supaya dapat mencapai kejayaan.

Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
tujuan untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dan
ibu bapa.

PIBG membantu para ibu bapa mendapat maklum balas
tentang kekuatan dan kelemahan anak-anak. Ini
membolehkan ibu bapa bertindak ke atas maklum balas
itu dan langkah-langkah sesuai bagi menangani
kelemahan-kelemahan anak sama ada dari segi
akademik mahupun sosial.

PIBG memastikan murid-murid memperoleh faedah yang
maksimum daripada kemudahan-kemudahan persekolahan.

PIBG membolehkan para ibu bapa memainkan peranan aktif
untuk memantau kerja persekolahan anak-anak mereka.

PIBG dapat membantu murid-murid miskin membayar yuran
peperiksaan, pakaian seragam, cermin mata atau tambang
bas sekolah.

PIBG dengan kerjasama sekolah menganjurkan projek
gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah,
menyediakan taman mini sekolah dan membina tempat
perlindungan murid-murid ketika menunggu kenderaan ibu
bapa.

Menyediakan satu tempat di mana ibu bapa dan guru-guru
sekolah boleh berunding tentang cara-cara meningkatkan
prestasi akademik anak-anak.



Hubungan sekolah dengan guru

Pengurusan Persekitaran
Di sesebuah daerah, terdapat banyak sekolah rendah
dan menengah. Setiap sekolah mempunyai infrastruktur
yang mencukupi seperti bangunan sekolah, makmal
sains, makmal computer, bilik sumber, dewan dan
padang.
Pihak sekolah harus memastikan bahawa kemudahan-
kemudahan digunakan dengan baik tanpa membazir.

Anda mungkin juga menyukai