Anda di halaman 1dari 20

Kuliah 2

Peta menunjukkan negara yang mempunyai penduduk beragama Islam


Abad ke-19 era Tanzimat (pembaharuan)
dilaksana oleh Sultan Abdul Majid (1839-
1861).
Dua Dasar Utama -Hatti Sherif Gulhaneh
-Hatti Humayun
Kedua-dua dasar ini melibatkan reformasi
dalam bidang perundangan, institusi
masyarakat dan memberikan jaminan yang
sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira
bangsa dan agama
Perlaksanaan dasar ini juga kesan daripada
kekalahan dawlah Uthmaniyah dalam
Peperangan Crimea
Pembaharuan dalam bidang ketenteraan untuk
mengembalikan kekuasaan.

Sultan Abdul Aziz (1861-1876) mengadakan
lawatan ke Eropah meninjau perkembangan sektor
industri untuk dimanfaatkan oleh dawlah
Uthmaniyah

Dawlah Uthmaniyah berusaha menangkis
tanggapan Sick man of Europe yang
menggambarkan kelemahannya
Era Tanzimat imperialisme semakin memuncak
British, Rusia dan Perancis memberi tekanan
diplomasi dan ketenteraan untuk melemahkan
dunia Islam
Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) -gagasan
Pan-Islamisme untuk menyatukan umat Islam
menentang Barat
Pan-Islamisme seruan kepada kesatuan seluruh
dunia Islam dibawah khilafah Uthmaniyah utk
berhadapan penjajahan Barat.
Senario dunia Islam ketika itu Mesir di jajah
oleh British, Tunisia oleh Perancis dan Asia
Tengah oleh Rusia
Di antara tokoh pendukung Pan-Islamisme
Jamaluddin al-Afghani, Abu al-Huda al-Sayyadi
dan Abdul Rashid Ibrahim
Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II- dawlah
Uthmaniyah menghadapi ancaman Rusia dan
gerakan autonomi daripada Bulgaria, Albania,
Bosnia dan Serbia di Balkan.
Pada 23 Disember 1876-Perlembagaan
diisytiharkan untuk mengukuhkan pentadbiran.
Penentangan terhadap Sultan Abdul Hamid II
oleh Uthmaniyyah Muda dan gerakan Turki
Muda pada awal abad ke-20
Muhammad Ali Pasya (1805-1848)sebagai
wakil dawlah Uthmaniyah mentadbir Mesir.
Beliau melaksanakan program pembaharuan
mengikut model Barat terutamanya Perancis.
Muhammad Ali meneruskan perluasan kuasa
dan berpaling tadah daripada dawlah
Uthmaniyah dengan berusaha utk menguasai
Syria.
British menyokong dawlah Uthmaniyah untuk
menyekat kemaraan Muhammad Ali.

Pengganti Muhammad Ali Khedif Abbas Hilmi,
Muhammad Said dan Ismail berusaha untuk
membangunkan Mesir.

Keghairahan Ismail menjalankan usaha pembangunan
dan pemodenan -kepada kemelut hutang yang besar
daripada bank Eropah dgn jumlah 100 million pound.

Keengganan Khedif Ismail tunduk kepada kehendak
British dan Perancis menyebabkan beliau dipecat dan
digantikan oleh anaknya Taufiq.

Kepentingan Terusan Suez yang dibina oleh Ferdinand
de Lesseps pada 1865-1869 mendorong kuasa Eropah
campur tangan dalam ekonomi Mesir dan seterusnya
penguasaan ke atas negara tersebut.



Tekanan yang diberikan oleh kuasa Barat
membawa kepada penentangan oleh Kolonel Urabi
(dibantu oleh Ali Fahmi dan Sami al-Barudi) pada
1881-1882 yang membela golongan bawahan yang
tertindas.

Di antara perjuangan Urabi ialah mengurangkan
bebanan cukai dan menghukum para peminjam
wang yang menindas

Penentangan Kolonel Urabi mendukung gerakan
nasionalisme menentang campurtangan Barat

Julai 1882- British menuntut agar Urabi
membubarkan kubu pertahanan di Iskandariah
tetapi ditolak
Berikutan daripada itu, British membedil
Iskandariah, menawan Port Said, Ismailiah dan
Suez.
Pemimpin nasionalis termasuk Urabi dibuang
negara ke Ceylon dan Sheikh Muhammad Abduh
diusir keluar dari Mesir.
Mesir menjadi jajahan British dan Khedif Taufiq
yang menggantikan Ismail kembali bertakhta di
Mesir di bawah naungan British.


Abad ke-19, kebanyakan dunia Islam di Asia
Tenggara masih dibelenggu penjajahan

Semenanjung Tanah Melayu, (British), Hindia
Timur Belanda (Belanda), Selatan Filipina
(Amerika).

Penjajahan- masyarakat tempatan ditindas
dan ekonomi dimonopoli oleh penjajah. Sbg
cth : sistem tanaman paksa diperkenalkan di
Jawa oleh Belanda
Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20,
peningkatan yang tinggi pemergian masyarakat Asia
Tenggara ke Timur Tengah ekoran kemudahan
pengangkutan sprt pembukaan terusan Suez 1869

Ulama Melayu juga mengajar di Masjid al-Haram
seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari, Sheikh
Nawawi al-Bantani, Sheikh Abdul Latif al-
Minangkabawi dan Sheikh Muhammad Zain al-Fatani

Tokoh-tokoh seperti Tok Kenali, Hamka dan Haji
Sulong (Kemboja) mendapat pendidikan di Timur
Tengah memainkan peranan menaikkan semangat
menentang penjajah.




Sheikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fatani
dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai
penyelia percetakan Matbaah al-Mirriyah di
Mekah pada tahun 1884.

Beliau mencetak dan mentashih kitab-kitab yang
dihasilkan oleh ulama dari serantau ini seperti
kitab Sabil al-Muhtadin, Hidayah al-Salikin,
Bughyah al-Tullab, Minhaj al- Abidin dan
Hadiqah al- Azhar wa al-Riyahin

Hubungan Timur Tengah dan Asia Tenggara
menjadi menjadi elemen mengukuhkan hubungan
dunia Islam

Al-Targhib wa al-Tarhib li Bai i wa al-Syira - Karya penting mengenai tata
cara perniagaan dalam Islam pada abad 18-19

Kitab Hidayah al-Salikin
Pada akhir abad ke-19, umat Islam di India
meneruskan perjuangan untuk membebaskan diri
daripada penjajahan British.
Pada pertengahan abad ini, umat Islam melalui
situasi yg kritikal apabila hilang keistimewaan
dari segi undang-undang dan pendidikan.
Gerakan nasionalisme menentang penjajah di
dominasi oleh bangsa Hindu
Pada 1875- Sayyid Ahmad Khan menubuhkan
Anglo-Muhammad an Oriental College di
Aligarh


Kolej ini menjadikan University of Cambridge
sebagai model memberi peluang pendidikan
kepada masyarakat tempatan.

Mahmud al-Hassan seorang ulama di Deoband,
mengadakan pertemuan dengan pemimpin
dawlah Uthmaniyah di Mesir agar menyokong
India yang menuntut ke arah berkerajaan sendiri.

Gagasan Pan-Islamisme juga mendapat
sambutan daripada umat Islam di India dalam
usaha untuk menentang penjajah.
Pada 1857, penentangan berlaku terhadap British. Seruan
jihad dikeluarkan oleh Maulana Fadh al-Haq Khairabadi
dan Ahmedullah Shah

Maulana Abdul Bari dari Lucknow dan juga Dr. Ansari
dari New Delhi merupakan di antara tokoh penting yang
menyuarakan hasrat umat Islam.

Maulana Abdul Bari mengarahkan agar bendera Union
Jack tidak dikibarkan dan menegaskan bahawa Sultan
Turki Uthmaniyah mempunyai hak untuk dilantik sebagai
khalifah dan menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam
menjaga hak tersebut.

Secara keseluruhannya dapat dilihat dunia Islam
di akhir abad ke-19 di dominasi oleh penjajah
Barat. Campurtangan dilakukan oleh Barat
untuk menguasai aspek politik dan seterusnya
merampas kekayaan ekonomi rakyat tempatan