Anda di halaman 1dari 1

Maksud Nama Jalur Gemilang

JALUR - menggambarkan Bendera


Malaysia yang mempunyai 14 jalur
merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur
pada Bendera Malaysia
menggambarkan satu haluan yang
lurus, hala tuju yang sama dan arah
yang sama yang dianuti oleh rakyat
negara ini dari Perlis hingga ke Sabah
dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya,
terang-benderang dan cemerlang. Oleh
yang demikian Bendera Malaysia Jalur
Gemilang memberi pengertian bahawa
jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan
rakyat Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun sama
ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan
kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.