Anda di halaman 1dari 5

Daripada blogspot : Pemulihan dalam komuniti (PDK) Putrajaya

1. Terapi Muzik
2 wangian aromaterapi yang menenangkan pelatih apabila berada di dalam bilik Snoezelen
Peppermint, lavender, geranium, rosemary, tea tree, ylang ylang, sweet oren,
grapefruit, bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood,

Bilik Snoezelen
Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk
menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua
kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah gabungan 2
perkataan Ducth: Snuffelen(Mencari kesenian dan menjelajah) dan Doezelan (Menenangkan)
Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :-

1. Kepada Pelajar

a) Lebih tenang dan merehatkan
b) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberi
c) Meningkatkan tumpuan
d) Mengurangkan masalah tingkahlaku
e) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensori
f) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab
g) Mampu membuat pilihan sendiri

2. Kepada Guru
a) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajar
b) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajar
c) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajar
d) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur





PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN
1. BILIK
a) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah digunakan
b) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakan
c) Digunakan bagi tujuan latihan atau aktiviti sahaja
d) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit bagi setiap pelajar
e) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

2. GURU
a) Hanya guru yang terlatih sahaja dibenarkan menjalankan latihan
b) Memastikan pelajar membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu
c) Mengenalpasti peralatan yang digemari dan tidak digemari oleh pelajar sebelum
latihan dimulakan
d) Setiap aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan oleh guru selepas tamat latihan
e) Pelajar perlu ditemani oleh guru, ibu bapa atau penjaga

Menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik snoezelen, kanak-kanak istimewa yang
menjalani latihan di PDK dapat menikmati program terapi yang lebih efisien dan selesa. Bilik
snoezelen dilengkapi beberapa perkakas khusus untuk kanak-kanak istimewa daripada pelbagai
kategori seperti Sindrom Down, Autisme dan Dyslexia.
Pelatih akan menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi mental dan fizikal
melalui rawatan Multi Sensory Therapy yang memberi penekanan kepada sistem motor halus dan
motor keras dalam anggota badan golongan istimewa terbabit. Pelatih akan menggunakan
peralatan secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan dijalankan secara
berperingkat. Antara peralatan tersebut ialah bola, lampu serta objek khas yang boleh digunakan
bagi merangsang mental dan fizikal secara berkesan dan dijamin selamat.
Menerusi ransangan empat deria utama termasuk deria lihat, bau, sentuh dan dengar,
penggunaan bilik snoezelen yang kerap boleh membantu perkemabangan minda dan fizikal
pelatih - pelatih di PDK ini dengan memberi ketenangan, memperbaiki kadar tumpuan dan
membantu mengurangkan hiperaktif, selain meningkatkan minat belajar mereka. Bilik snoezelen
juga boleh dijadikan alat pengajaran tambahan guru dan pakar terapi untuk meningkatkan
keupayaan deria kanak - kanak dan pelatih.
Untaian gentian optic bersalut vinil yang boleh berubah warna boleh melegakan otot
tegang pelatih cerebral palsy, dinding dinding yang diterangi lampu berwarna - warni dengan
paparan gambar bergerak, bau - bauan yang lembut serta aluan muzik yang menenangkan dapat
dirasai dalam bilik snoezelen Bilik Snoezelen di PDK Putrajaya merupakan sumbangan ikhlas
daripada :
Procter & Gamble ( M) Sdn Bhd
Sumber Maklumat : PDK SELAYANG/CBR SELAYANG blogspot.
http://pdkselayang.blogspot.com/2010/12/pdk-selayang-pdk-one-stop-center-untuk.html
PERANAN PDK
Maksud Pusat Advokasi :
Sebuah program anjuran Kumpulan-kumpulan Advokasi Diri dari PDK Kelantan telah diadakan iaitu:
Bengkel Advokasi Diri 2011. Program ini dirancang dan dikendalikan 80% oleh pelatih-pelatih PDK
yang mempunyai kumpulan Advokasi Diri. Pengerusi PDK Insani telah dilantik menjadi penyokong
utama kepada program ini untuk membantu dan memantau perjalanan program bersama
sukarelawan Jepun (JOCV).
1. PENGENALAN
- Advokasi Diri ialah cabaran kehidupan diri, membuat keputusan dan pilihan sendiri dalam
kehidupan Orang Kurang Upaya masalah pembelajaran.
- Advokasi Diri juga menggalakkan OKU mengetahui hak diri dan juga menyuarakan pendapat diri
sendiri kepada orang lain tanpa di paksa atau disuruh oleh orang.
- Program Bengkel Advokasi Diri ini adalah anjuran, kehendak dan idea dari kumpulan Advokasi Diri
sendiri. Mereka yang mengatur jadual dan pengisian program dengan mendapat sokongan dan
panduan dari kumpulan penyokong yang terdiri dari sukarelawan Jepun (Aoi Takayama. Ayako dan
Kohei) , Mohd Razali Md Din (Pengerusi PDK Insani), Mohd Nasir (Pengerusi PDK Wakaf Baru) dan
jemputan sebagai Penilai: Pn. Hjh Norasikin Hamzah (Penyelaras PDK Negeri Kelantan)
2. OBJEKTIF.
i) Memberi peluang kepada kumpulan advokasi (Pelatih PDK masalah pembelajaran) mengendalikan
satu bengkel menyuarakan pendapat, pandangan, kemahuan dan isi hati untuk dikongsikan dengan
pelatih-pelatih lain.
ii) Sebagai satu klinik untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada Petugas dan pelatih tentang
cara, tujuan dan keperluan kumpulan advokasi diri ditubuhkan di PDK.
iii) Memberi peluang kepada mana-mana pelatih PDK menyerlahkan kreativiti dan kehendak masing-
masing.
iv) Meningkatkan kesedaran penyelia dan Petugas PDK sebagai Penyokong Aovokasi diri

Makna Advokasi yang jelas ialah "Bercakap (Berusaha) Untuk Diri Sendiri", tetapi mungkin ramai
yang mempunyai tanggapan dan terjemahan tersendiri, walau apapun yang diungkapkan itulah
maknaya, tetapi yang paling penting ialah:
Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain kakitangan PDK harus dan mesti
memberi peluang kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU untuk menyuarakan sendiri pandangan,
kehendak dan keperluan OKU.
Mewujudkan keadaan atau sistem pemulihan, pembelajaran dan latihan kearah advokasi.
Menyediakan ceramah, kursus dan latihan untuk advokasi kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU di
PDK

Pusat Pendaftaran OKU :
1. Membantu Jabatan Kebajikan menjalankan pendaftaran untuk OKU.
2. Memudahkan Ibubapa/penjaga OKU untuk mendaftarkan anak mereka dengan
menyediakan 2 jenis pendaftaran untuk OKU iaitu:
1. Borang Pendaftaran untuk OKU 0-18 tahun.
2. Borang Pendaftaran untuk OKU 18 tahun keatas.
3. Mengetahui dan memahami proses pendaftaran mempunyai 3 langkah penting, dengan
mengikuti langkah-langkah tersebut pendaftaran untuk OKU akan lebih mudah.
1. PENGESANAN OKU: Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk ibubapa/penjaga/
keluarga, Jawatankuasa/Penyelia PDK dan Petugas PDK serta lain-lain anggota
masyarakat.
2. PENGESAHAN OKU: Hanya dilakukan oleh Doktor bertauliah (jika kanak-kanak
Doktor Paediatrik adalah lebih utama).
3. PENDAFTARAN OKU: Dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri
di mana OK
Pusat Rujukan OKU :
1. Rujukan di sini mempunyai 2 maksud:
1. Dirujuk: menerima seseorang OKU yang dirujuk oleh samada JKM, Hospital, Klinik,
BBK, lain-lain PDK, ibubapa, penjaga, keluarga dan/atau sesiapa sahaja yang
merujukkan mereka ke PDK OSC.
2. Merujuk: apabila menerima rujukan tersebut, jika PDK tidak dapat membantu atau
program untuk mereka tiada di PDK OSC, PDK OSC tersebut haruslah merujukkan
mereka ke tempat atau institusi yang tepat dan sepatutnya bagi memudahkan
mereka.
2. PDK OSC, samada Jawatankuasa dan Penyelia PDK mestilah mengetahui banyak tempat bagi
program pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan untuk seseorang OKU
tersebut.
Pusat Intervensi Awal OKU (EIP):

1. Program Intervensi Awal ialah satu program yang biasanya dijalankan untuk kanak-kanak
yang berumur di bawah 6 tahun yang telah di diagnos sebagai mempunyai 'specific/general
developmenyal delay' atau dalam lain perkataan 'kelewatan pertumbuhan'.
2. Ada beberapa program atau pengkhususan perlu diberi atau disediakan dalam EIP seperti:
1. Penilaian Pelbagai Disiplin/Kepakaran:
1. Jurupulih Carakerja.
2. Jurupulih Pertuturan dan Bahasa.
3. Jurupulih Anggota.
4. Jurupulih Psikologi.
5. Doktor-Doktor Perubatan:
1. Doktor Paediatrik.
2. Doktor ENT.
2. Kaunseling dan kursus untuk ibubapa/penjaga dan keluarga.
3. Pemulihan Carakerja.
4. Pemulihan Pertuturan dan Bahasa.
5. Pemulihan Anggota.
6. Pendidikan Khas.
7. Pemulihan Psikologi.
3. Untuk PDK, yang mana biasanya perkhidmatan di atas terhad atau tiada langsung, mereka
hanya bergantung kepada pengetahuan asas mengenai EIP atau 'tiru apa orang lain buat',
tetapi ia adalah lebih baik dari langsung tidak berbuat apa-apa.
Pusat Sumber Maklumat OKU:
1. PDK haruslah menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh memberi maklumat kepada
OKU, ibubapa/penjaga dan keluarga OKU, Jawatankuasa dan Petugas-Petugas PDK serta lain-
lain, seperti:
1. Buku-buku mengenai Kategori dan Jenis-Jenis Kurang Upaya.
2. Buku-buku mengenai Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk
OKU.
3. Sambungan internet untuk memudahkan usaha mendapatkan maklumat secara
'online'.
2. Bahan-bahan tersebut mestilah mudah untuk digunakan oleh pengguna-pengguna di atas
(bukan buat hiasan atau muzium-untuk ditengok, pandang dan lihat sahaja).

Sumber maklumat : PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SERI BARINAH blogspot.
("Community -Based Rehabilitation"(CBR). http://pdkseribarinah.blogspot.com/
Contoh Aktiviti-aktivti PDK:
WARNA WARNI SUKANEKA PDK SERI BARINAH
RIADAH DAN REKREASI
BENGKEL KUIH RAYA
CERAMAH KESEDARAN KEIBUBAPAAN TENTANG ANAK OKU
jEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI 2009 BERSAMA PN SRI FAWZIAH BEGUM (ISTERI TAN
SRI NOR MOHAMED YAAKOB)
PENGLIBATAN SUKANEKA OKU PERINGKAT DAERAH