Anda di halaman 1dari 21

[Type text]

Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2014




2. DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG (T5)
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan remaja
tidak terpengaruh dengan gejala negatif yang datangnya dari negara Barat?
o kerajaan hendaklah mengawal kemasukan media Barat yang banyak memaparkan
unsur negatif
o ibu bapa hendaklah selalu menegur pelakuan anak, terutama fesyen pakaian anak-
anak
o guru hendaklah menekankan nilai barat yang boleh dicontohi dan yang perlu dihindari

2. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Man boleh mengeluarkan idea yang bernas
sedangkan dia hanyalah nelayan biasa?
o kerana hasil pergaulan dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang kerjaya dan pendidikan
o Pak Man suka berfikir mengenangkan nasib nelayan yang tidak berubah walaupun
bekerja keras untuk meningkatkan pendapatan
o ramai anaknya sudah berjaya dalam pelajaran dan hidup, dan hasil perbincangan
dengan anak-anaknyalah pengetahuannya semakin luas
3. Wajarkah kakak dan abang Sani tidak pulang apabila keluarga mereka ditimpa musibah?
Berikan tiga alasan anda.
o tidak wajar
o bapa mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan
o emak mereka bersusah payah membesarkan mereka
o menjadi tanggungjawab anak menjenguk keluarga apabila ditimpa musibah

4. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meneruskan niatnya untuk pulang bekerja di
Kuala Lumpur ketika keluarganya berada dalam
musibah?
o Tidak wajar
o Ayahnya yang hilang di laut belum lagi ditemui
o Peristiwa kehilangan ayah kandungnya di laut bukanlah perkara yang boleh dibuat
main-main
o Sebagai seorang anak, Shahrul sepatutnya banyak memberi perangsang/semangat
kepada ibunya
o Shahrul tidak sepatutnya membebani ibunya dengan masalah baharu
5. Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk bantuan yang sewajarnya dihulurkan kepada
mangsa-mangsa bencana alam seperti
banjir dan tsunami? Nyatakan tiga bentuk bantuan itu.
o Bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya
o Bantuan pakaian kerana pakaian basah, kotor, hilang
o Bantuan ubat-ubatan dan alat kebersihan diri
o Bantuan kewangan untuk pembelian barang-barang keperluan yang rosak
o Bantuan sokongan psikologi/motivasi untuk memulihkan mangsa daripada trauma
sebagai akibat kesan bencana alam tersebut


[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2014

6. Sebagai seorang anak, nyatakan tiga cara untuk membalas jasa ibu bapa.
o Saya akan menggembirakan hati ibu bapa saya
o Saya akan sentiasa menyayangi mereka
o Saya akan menjaga mereka semasa mereka tua nanti

7. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
walaupun mengetahui malapetaka yang bakal
menimpa apabila berada di tengah-tengah laut?
o Kerana pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja, jadi sudah sebati dengan jiwa
mereka
o Golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja
o Mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan Allah, jadi masalah tempat bekerja
bukan menjadi halangan untuk terus mencari rezeki
8. Sekiranya anda sebagai anak Jimah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan
untuk membahagiakan ibu bapa anda itu.
o Selalu menziarahi mereka di kampung
o Memberikan bantuan dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan oleh
mereka
o Membawa mereka ke rumah saya atau melancong ke tempat lain untuk
menggembirakan hati mereka
9. Sebagai pelajar, jelaskan tiga perkara yang dipertimbangkan untuk memenuhi keperluan
dan keinginan anda dalam kehidupan
seharian.
o Saya akan mengambil kira kemampuan diri.
o Sebagai contoh, saya membeli pakaian sekolah mengikut kemampuan dan bukan
keinginan untuk memiliki pakaian yang cantik dan berjenama
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan kesan yang akan
saya terima
o Sebagai contoh, saya akan membahagikan masa untuk bermain atau menonton
televisyen dengan masa untuk belajar di rumah agar tidak terlalu membuang masa
o Saya juga akan memenuhi keperluan dan keinginan saya berdasarkan peraturan dan
undang-undang
o Sebagai contoh, saya akan memastikan pilihan dan tindakan saya itu tidak menyalahi
peraturan dan undang-undang negara
10. Punca yang menyebabkan berlakunya penggangguran dalam kalangan siswazah di
negara ini.
o Sikap memilih pekerjaan
o Berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran
o Banyak syarikat swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah
berpengalaman bekerja
o Saingan daripada pekerja asing/upah tenaga kerja asing lebih rendah.






[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2014
4. CERPEN BIARKAN SAMUDERA (T4)

1. Jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kaum nelayan.
o memberikan bantuan peralatan dan perkakasan perikanan
o mewujudkan perkampungan nelayan yang bersih, selesa, dan lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas
o menubuhkan koperasi nelayan

2. Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk
memulihkan semanngat Mir?
o mengajak dia melancong
o selalu menemaninya berbual
o mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga
o membawanya berjumpa dengan pakar

3. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
o bersaing dengan rakan itu daripada aspek kecemerlangan dalam akademik supaya
rakan lebih menghormati saya
o mencungkil rahsia kejayaan keluarga rakan saya itu untuk dijadikan motivasi

4. Pada pendapat anda, adakah tindakan Hakimah yang selalu mendampingi Amirah itu
betul? Berikan alasan anda.
o Tindakan Hakimah itu betul dan memberikan faedah kepada Amirah
o Kerana sekurang-kurangnya Amirah ada tempat untuk mengadu masalahnya atau
berbual-bual
o Puan Kaunselor telah mengklasifikasikan kes Amirah sebagai pneyakit skizofrenia
awal yang bosan untuk hidup
o Jikalau Hakimah membiarkan Amirah keseorangan dan menurut perasaan kecewanya,
tidak mustahil Amirah akan membunuh diri

5. Jika anda sahabat baik Mir, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
menggembirakan sahabat anda itu? Nyatakan tiga tindakan.
o Saya akan mengajaknya bersiar-siar untuk menenangkan fikiran
o Saya juga akan menasihatnya agar bersabar menghadapi cabaran
o Saya akan selalu menemaninya agar dia tidak keseorangan

6. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada
samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera.
o Saya akan berbakti kepada samudera dengan cara menulis makalah tentang keburukan
mencemari samudera
o Saya juga akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihakn samudera
o Saya akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera

7. Pada pendapat anda, apakah perbuatan manusia yang boleh mencemari laut dan
hidupannya?
o Membuang sampah sarap ke laut
o Mengambil batu karang
o Membuang sisa toksik dan minyak ke laut
o Menyalurkan air kumbahan ke laut
o Menambak laut untuk membangunkan sesuatu projek

[Type text]

8. Sekiranya anda Hakimah, apakah tindakan yang anda ambil untuk membantu Mir
mengatasi tekanan perasaan yang dialaminya? Kemukakan tiga cadangan anda.
o Meminta Mir meluahkan masalahnya untuk mendapatkan pandangan
o Membawa Mir berjumpa dengan kaunselor di kolej
o Membawa Mir melancong ke tempat-tempat yang menarik

9. Jika anda daripada keluarga kurang berada, apakah yang akan anda lakukan jika
berhadapan dengan rakan-rakan daripada anak orang berada?
o Saya tetap mengutamakan sikap berbudi bahasa kerana masyarakat menghargai sikap
budi bahasa
o Saya berlawan dengan rakan saya itu daripada aspek kecemerlangan dalam
akademik supaya rakan saya itu lebih menghormati saya
o Saya mengorek rahsia akan kejayaan keluarga rakan saya itu unutk dijadikan motivasi


10. Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu
membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir.
o Hakimah sangat kasihan akan diri Mir
o Mir ialah sahabat rapat Hakimah
o Hakimah telah dididik menjadi orang yang berbudi oleh ibunya

11. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik?
o Menegur kesilapan yang dilakukan oleh rakannya
o Bersama-sama dengan rakannya semawsa senang dan susah
o Tidak memburuk-burukkan nama rakannya di hadapan orang laiin
o Sentiasa mengajak rakannya melakkukan perkara y ang berfaedah


5. CERPEN MELLISA (T4)

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut
anda ambil.
o memohon bantuan pihak keselamatan
o berlindung di balai polis atau di kem tentera
o berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

2. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain

3. Jelaskan kesan polarisasi perkauman yang digambarkan dalam petikan tersebut.
o Kesan polarisasi perkauman menyebabkan pengenalan kaum semakin jelas
o Hal ini terbukti apabila Inggeris menjalankan dasar devide et empera, setiap kaum
akan mementingkan kaum masing-masing
o Contohnya, kaum baba peranakan yang mempunyai identiti sendiri dan sudah
berasimilasi dengan masyarakat setempat, telah berubah secara mendadak
o Kalau dahulu gadis mereka memakai baju panjang dan jaket dalam serta berkainarung
dan bersanggul siput, tetapi sekarang tidak lagi
o Apabila mereka berpakaian begitu, mereka kelihatan seperti orang Melayu dan
identiti tersebut tidak melambangkan identiti kaum




[Type text]


4. Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara.
Nyatakan tiga masalah.
o Menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
o Membantutkan usaha kerajaan untuk membangunkan negara
o Imej negara juga akan terjejas

5. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui
Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
o Tidak akan mencari perempuan lain kerana
o Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
o Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
o Saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri

6. Pada pendapat anda, mengapakah dia merasakan cintanya kepada Hisyam adalah cinta
yang benar? Berikan tiga alasan anda.
o Hisyam terlalu menyayanginya
o Hisyam tidak pernah melukai hatinya
o Hisyam terlalu baik orangnya
o Hisyam tidak pernah melepaskannya

7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada peristiwa rusuhan kaum terhadap
negara kita? Nyatakan tiga kesan.
o Banyak nyawa terkorban
o Keadaan politik menjadi tidak stabil kerana rakyat bersengketa
o Aktiviti ekonomi lumpuh kerana urus niaga tidak dapat dijalankan dengan lancar

8. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut kita lakukan untuk memastikan rusuhan
kaum tidak berlaku lagi?
o Kita perlu bersikap baik dan berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum
o Kita jangan sesekali terpengaruh atau menimbulkan isu sensitif yang menyinggung
perasaan kaum lain
o Kita bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan keamanan tanpa ada perasaan
prejudis terhadap kaum lain

9. Pada pendapat anda, siapakah penjajah yang dimaksudkan pengarang dan mengapakah
penjajah itu mengamalkan sistem devide ae empera (pecah dan perintah)?
o Penjajah yang dimaksudkan pengarang ialah Inggeris
o Kerana hendak memastikan rakyat yang dijajah mereka hidup berasingan dan tidak
bersatu padu
o Dengan cara ini, kaum yang berbeza tidak akan bersatu untuk menentang penjajahan
mereka

10. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja?
o Kempen kesedaran
o Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah
o Didikan daripada ibu bapa
o Penglibatan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara


[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

11. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha
yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
o Melalui sistem pendidikan yang sama
o Kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan
o Melalui sambutan perayaan secara bersama
o Peranan media massa yang selalu memaparkan kepentingan perpaduan

12. Pada pendapat anda, apakah perasaan Farid apabila rakannya itu tertarik pada
Syahid? Berikan tiga alasan anda berpendapat sedemikian.
o Farid berasa cemburu
o Kerana dia mempunyai perasaan terhadap rakannya itu
o Rakannya itu telah lama dikenali
o Rakannya itu selalu bersama-sama dengannya
o Rakannya itu anak gadis dan dia pula masih bujang

13. Cadangkan tiga langkah untuk memajukan kampung tersebut.
o Bina jalan raya berturap yang lebar untuk memudahkan perhubungan kampung
tersebut dengan masyarakat luar
o Tanah sawah di kampung tersebut dinaikkan taraf menjadi tanah sawah moden yang
diusahakan dengan jentera dan teknik pertanian moden
o Pihak berkuasa juga perlu memajukan tanah terbiar untuk dijadikan kilang atau
tempat industri desa bagi memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan

14. Cadangkan usaha-usaha untuk menarik minat remaja menyertai pasukan keselamatan?
o Pihak polis/tentera menyampaikan penerangan terperinci kepada remaja
o Membuat promosi/kempen di media massa
o Pihak sekolah mewajibkan penyertaan pelajar dalam badan beruniform seperti
polis/tentera/JPA
o Dorongan daripada ibu bapa
o Kerajaan menyediakan gaji/elaun/kemudahan yang lebih baik




















[Type text]


7. CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah Pak Husain terkejut apabila mendapati ayah Khalid
sudah meninggal dunia?
o kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dan harapannya untuk bertemu tidak
kesampaian
o dia terasa baru sahaja menemui ayah Khalid, sedangkan hakikatnya sudah berpuluh-
puluh tahun tidak bertemu
o dia masih mengingati kenangan manis bersama ayah Khalid dan berharap kenangan
itu dapat dikongsi dengan anak cucu
2. Sekiranya anda ialah penulis, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda ambil untuk
membalas jasa Pak Husain.
o membawa Pak Husain tinggal bersama
o menjaga kebajikan Pak Husain
o berusaha mendapatkan pengiktirafan atas keberanian Pak Husain

3. Sekiranya anda ialah pakar psikologi, nyatakan tiga tindakan yang mungkin anda lakukan
untuk memulihkan semangat Pak Husain
kembali.
o Menemani Pak Husain sepanjang masa dengen cerita yang menggembirakan
o Menasihati Pak Husain agar tabah dan tenang menghadapi peristiwa lalu
o Mengajak Pak Husain mendekati diri dengan perintah Allah/ suruhan agama
o Meminta kerjasama daripada ahli keluarganya untuk sama-sama memulihkannya

4. Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan?
o Kerana peperangan boleh memisahkan mereka sekeluarga
o Peperangan boleh menyebabkan kalangan mereka ada yang terbunuh
o Peperangan menyusahkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat

5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh generasi kini
untuk mengisi kemerdekaan negara?
o Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencurahkan bakti kepada negara
o Menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat
o Tidak melakukan perbuatan jenayah yang mengancam kemakmuran dan keselamatan
rakyat serta negara




10. DRAMA FORUM REMAJA 2020 (T4)

1. Jelaskan tiga usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan bahawa rakyat
negara ini hidup bersatu padu dan harmoni.
o mewujudkan sekolah satu aliran
o mewujudkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
o merealisasikan slogan 1Malaysia dalam pelbagai lapangan kehidupan
2. Mewujudkan bahasa kebangsaan merupakan salah satu usaha memperkasakan integrasi
nasional. Cadangkan empat usaha lain yang dapat dilakukan untuk memperkasakan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat negara ini.
o melalui PLKN yang dapat mengukuhkan jati diri remaja
o melalui sukan
o melalui sistem pendidikan satu aliran
o melalui aktiviti kemasyarakatan dan sambutan perayaan

[Type text]

3. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mewujudkan
pembangunan fizikal?
o untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan

4. Pada pendapat anda, mengapakah, Salmah, Chandran dan Chong begitu yakin bahawa
Malaysia mampu menjadi sebuah negara model?
o Rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan budaya dapat hidup bersama-sama dalam
suasana yang aman damai, menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan, dan mengamalkan satu budaya nasional
o Walaupun negara Malaysia mempunyai satu agama rasmi, teatapi agama-agama lain
boleh diamalkan juga

5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang berwibawa?
o Berilmu dalam bidang akademik dan berpendidikan agama
o Berfikiran terbuka, bertoleransi dan adil
o Mentadbir negara secara demokrasi

6. Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
o Mewajibkan murid-murid mempelajari mata pelajaran sejarah di sekolah
o Menyiarkan lagu patriotik melalui media elektronik dan media cetak
o Memulihara tempat-tempat bersejarah

7. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh generasi kini untuk memastikan
pencapaian negara terus terjamin?
o Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama
o Menguasai ilmu dan teknologi terkini untuk membangunkan negara
o Menghayati aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020
o Menjauhkan diri daripada najis dadah dan gejala sosial
o Mengukuhkan semangat jati diri dan patriotik

8. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja harus bersedia menerima kritikan?
Kemukakan tiga sebab.
o Supaya mereka dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan
o Supaya mereka dapat membaiki segala kelemahan mereka
o Supaya fikiran mereka matang dan tajam

9. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia berusaha mengujudkan pembangunan
fizikal?
o Untuk kemudahan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian
o Pembangunan fizikal penting untuk merancakkan perkembangan ekonomi negara,
sekali gus mempercepat usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju
o Sebagai tanggungjawab sosial untuk memastikan terus mendapat sokongan rakyat
yang sentiasa dahagakan pembangunan

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan ibu bapa dalam menangani gejala
keruntuhan moral dalam kalangan remaja?
o Memberikan didikan agama yang sempurna
o Memberikan kasih sayang yang secukupnya
o Menasihati anak-anak ke arah kebaikan
Memantau segala akitiviti anak-anak




[Type text]

11. Berdasarkan hemat anda, kemukakan empat contoh usaha yang diambil oleh kerajaan
dalam menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
o Mengadakan Kempen Budi Bahasa
o Mewujudkan mata pelajaran Sivik di sekolah
o Menekankan aspek nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
o Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara untuk membentuk jati diri remaja

12. Anda sebagai anak muda, bagaimanakah tindakan anda apabila melihat rakan anda
berkelakuan tidak bermoral?
o Menegur dan menasihati mereka agar tidak berkelakuan demikian
o Mengajak mereka untuk membuat perkara yang berfaedah dan mengamalkan nilai-
nilai murni untuk diri, keluarga, masyarakat, dan negara
o Memberitahu ibu bapa mereka atau pihak berkuasa sekiranya perbuatan anak-anak
muda itu boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman orang ramai.

13. Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat yang akan berlaku jika masalah sosial
dalam kalangan remaja tidak diambil perhatian.
o Negara dan masyarakat akan kehilangan bakal pemimpin yang berkualiti
o Imej negara tercemar
o Negara akan kekurangan sumber tenaga untuk membangunkan ekonomi
o Akan lahir masyarakat yang tidak bermoral



SOALAN 2(c) : PROSA TRADISIONAL

1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA (T4)
1. Pada pendapat anda, mengapakan kedatangan rombongan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
(TPDSJ) disambut dengan penuh meriah?
o kerana TPDSJ daripada keturunan raja yang berpengaruh
o untuk menunjukkan negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat
o sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan
raja perlu disambut meriah
2. Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata
orang bawahannya tanpa usul periksa?
o timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau ditindas
o hilangnya rasa hormat orang bawahan kepada pemerintah
o berlaku perkara yang tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan,
dan sebagainya
3. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung?
Berikan tiga sebab.
o kerana Awang Sulung mempunyai sifat yang mulia
o seorang yang sangat bijaksana
o seorang pahlawan yang handal
o suka memaafkan kesalahan orang lain
o seorang yang sangat merendah diri

4. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.
Pada pendapat anda, mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika
bertanding?

[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

o untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya berusaha untuk
memenangi pertandingan
o untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu musuh mudah
untuk mengalahkan kita
5. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina, dan
Awang Sulung Merah Muda tidak mengalami nasib yang sama dengan isi geliung yang
lain?
o mereka memiliki ilmu sakti
o ketiga-tiga mereka sudah biasa berlayar dengan kelajuan begitu
o mereka bertiga mengamalkan petua tertentu untuk mengelakkan diri daripada mabuk
atau muntah

6. Berdasarkan petikan di atas, ramalkan kesudahan dan masa depan kehidupan Awang
Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
o Selepas Tuanku Nakhoda Tua mengakui kesilapannya, Awang Sulung Merah Muda
pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
o Selepas itu kapal tersebut pun meneruskan pelayaran ke Tanah Jawa
o Awang Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hidup bahagia dan
aman sentosa kerana kedua-duanya saling mengasihi antara satu sama lain.

7. Pada pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang
besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana? Kemukakan empat pendapat
anda.
o Tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah
o Meningkatkan rasa hormat tetamu kepada ketua negeri
o Menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut teatamu kehormat
o Mengelakkan tetamu rasa tersinggung

8. Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun itu sangat takut kepada Awang Sulung?
Kemukakan tiga sebab.
o Awang Sulung ialah anak Tuanku Si Helang Laut dan cucu Tuanku Si helang Mawai,
iaitu raja mereka
o Baginda pahlawan yang gagah dan berani

9. Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi. Pada pendapat anda,
mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding?
o Untuk mengelakkan pihak musuh mudah mengalahkan kita
o Untuk membina keyakinan kita berhadapan dengan lawan, seterusnya bermati-matian
memenangi pertandignan yang dijalankan
o Untuk mengelakkan langkah kita dalam persilatan menjadi janggal, lalu mudah
musuh untuk mengalahkan kita

10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila
kita merantau di tempat orang?
o Kita tidak akan dipandang serong
o Orang lain akan menghormati kita
o Kita mudah mendapat kawan

[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013


11. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan apabila
Awang Sulung menyatakan hasratnya hendak pulang ke Bandar Mengkalih?
o Terkejut apabila mendengar hasrat Awang Sulung itu
o Kecewa/sedih kerana Awang Sulung akan meninggalkannya
o Terlalu sayang akan Awang Sulung sehingga tidak sanggup berpisah
12. Wajarkah tindakan Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan
jurumudi?
Wajar
o Jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
o Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan
geliung itu.
o Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat keris jurumudi yang
berlumuran darah.

Tidak wajar
o Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata
jurumudi.
o Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain/puterinya
dalam membuat keputusan.
o Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang
berdarah.

2. HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN (T5)
1. Pada pendapat anda, mengapakah Raja Sulaiman mengahwinkan Opu Daeng Chelak
dengan adiknya?
o kerana baginda (RS) menyakini akan sikap yang ditunjukkan ODC sebagai seorang
lelaki yang bertanggungjawab
o baginda (RS) mahu ikatan persaudaraannya dengan ODC akan lebih kukuh
o baginda (RS) mahu menjadikan adiknya sebagai `perisik` andainya ODC
menyeleweng daripada tanggungjawabnya sebagai Yang Amtuan Muda

2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian?
Berikan tiga sebab.
o supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat
o memperoleh ganjaran/pulangan sebagaimana yang ditetapkan
o tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari

3. Pada pendapat anda, apakah bentuk penghargaan lain yang boleh dibuat untuk
menghargai jasa seseorang selain memberikan
anugerah gelaran kepadanya?
o Mengundang ke majlis makan malam/ membuat kenduri/ jamuan
o Memberikan bantuan kewangan dalam bentuk elaun bulanan secara tetap/ gaji
o Memberikan ganjaran dalam bentuk harta seperti pemberian tanah
o Untuk tapak rumah/tapak pertanian
o Melantik seseorang itu memegang jawatan penting dalam organisasi
o Membina sebuah memorial/galeri yang memuatkan kisah/ peristiwa bersejarah
tentang tokah tersebut
4. Pada pendapat anda, mengapakah orang Bugis menyerang Negeri Siak? Berikan tiga
alasan anda.
[Type text]

o Untuk meluaskan jajahan takluk/ wilayah
o Untuk membuktikan kehebatan/keberanian bangsa Bugis berbanding dengan Orang
Siak
o Supaya pemerintah Siak mengiktiraf kesultanan Bugis di Kepulauan Nusantara
o Untuk menunjukkan bahawa bangsa Bugis merupakan bangsa yang perlu digeruni di
Kepulauan Nusantara
5. Sekiranya anda Opu Daeng Perani, sanggupkah anda membantu Raja Kedah untuk
merampas takhta kerajaan negeri Kedah?
Berikan tiga alasan.
o Sanggup
o Hendak membantu baginda untuk mempertahankan haknya daripada dirampas oleh
orang lain
o Selain itu, saya perlu membantu orang yang memerlukan bantuan berdasarkan
kemampuan saya.
o Di samping itu, saya juga akan menerima upah seperti yang dijanjikan sekiranya
Berjaya menewaskan musuh baginda
6. Dikatakan Sebukit merupakan negeri lama. Pada pendapat anda, mengapakah negeri itu
ditinggalkan oleh penghuninya?
o Kerana yang memerintah negeri itu telah mengarahkan rakyat jelata meninggalkan
tempat itu untuk mengelakkan ditawan oleh musuh
o Kemungkinan juga, negeri tersebut tidak sumbur untuk bercucuk tanam menyebabkan
penghuninya mencari tempat lain
o Kemungkinan negeri itu diserang malapetaka seperti penyakit atau banjir
menyebabkan ramai penghuninya meninggal dunia, lalu mereka yang hidup mencari
tempat baru untuk meneruskan kehidupan
7. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan berlaku antara
negara di dunia ini?
o Mewujudkan persefahaman antara Negara
o Setiap Negara perlulah mematuhi undang-undang atau piagam yang ditetapkan oleh
PBB serta menyelesaikan persengketaan melalui meja rundingan

8. Sekiranya anda Opu Daeng Menambun, bagaimanakah anda menyesuaikan diri sepanjang
menetap di negeri Sambas?
o Bergaul dengan rakyat jelata di negeri itu
o Menghormati adat resam dan budaya masyarakat setempat
o Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan
9. Pada pandangan anda, mengapakah Sultan Muhammad Zainuddin mahu menjodohkan
anak-anaknya dengan Daeng Opu bersaudara?
o Kerana baginda mengetahui keturunan Daeng Opu daripada golongan yang baik-baik
untuk menjadi pemerintah di negeri tersebut
o Perkahwinan itu dapat menghalang Daeng Opu terus berlayar dan meninggalkan
negeri yang baru dibuka oleh Sultan Muhammad Zainuddin
o Hal ini demikian kerana baginda mahu Daeng Opu melindungi negeri yang baru
dibuka itu
o Baginda mengetahui Daeng Opu bersaudara mampu meneruskan pemerintahan
baginda di tempat baru tersebut kerana kebijaksanaan mereka






[Type text]


SOALAN 2(d) : PUISI TRADISIONAL / SAJAK

1. SAJAK HARGA REMAJA (T4)

1. Remaja selalu dikaitkan dengan gejala sosial.
Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu remaja lakukan untuk mengatasi masalah
gejala sosial daripada terus berleluasa?
o remaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu sahaja yang
dapat menilai sesuatu itu baik atau buruk
o remaja perlu memilih kawan yang berwawasan dan berakhlak mulia
o remaja perlu mendengar nasihat ibu bapa yang terlebih dahulu memahami percaturan
hidup
2. Pada pendapat anda, mengapakan zaman remaja amat penting?
Berikan empat alasan anda.
o remaja mencorakkan hidup mereka pada usia ini
o remaja memperoleh pendidikan awal sebelum melangkah ke menara gading
o mudah untuk membentuk keperibadian seseorang pada usia remaja
o zaman remaja ialah zaman transisi/peralihan sebelum melangkah ke alam dewasa

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menyumbang untuk kemajuan negara?
Cadangkan tiga sumbangan yang boleh diberikan oleh remaja.
o menuntut ilmu agar dapat membangunkan negara
o menjaga tatasusila agar imej negara tidak tercalar
o mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang

4. Sajak Harga Remaja menggambarkan akan perlunya remaja mempertahankan maruah
diri.
Berikan pendapat anda, mengapakan renaja perlu memelihara maruah diri?
o untuk membendung gejala sosial seperti hubungan tanpa nikah
o remaja dapat menjaga nama keluarga dan agama
o remaja dapat dididik menjaga tatasusila orang Timur yang mengutamakan kesucian
diri

5. Nyatakan tiga mesej penting yang dinyatakan dalam sajak ini.
o Golongan remaja perlulah mengisi zaman remaja dengan perkara yang berfaedah
o Remaja juga perlu mempunyai pendirian untuk menentukan hala tuju masa depan
mereka
o Mereka juga perlu berani menghadapi pelbagai cabaran hidup dalam menuntut ilmu
pengetahuan
6. Nyatakan cara-cara menanam semangat patriotisme dalam jiwa remaja. Berikan tiga
cadangan anda.
o Mata pelajaran Sejarah diajar semenjak sekolah rendah
o Mata pelajaran Sejarah wajib lulus pada peringkat SPM
o Menyiarkan rancangan-rancangan berunsur patriotik dalam televisyen dan radio
o Menggalakkan pelajar menyertai perbarisan menyambut Hari Kemerde

[Type text]



Koleksi Soalan KBKK KOMSAS Tahun 2013

7. Pada pendapat anda, mengapakah remaja terlibat dalam gejala sosial pada hari ini?
o Tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kerana ibu bapa sibuk mengejar
kemewahan
o Ibu bapa mengabaikan pendidikan agama kerana lebih mementingkan bidang
akademik
o Remaja terdedah pada media massa yang bersifat negatif
o Terpengaruh oleh rakan sebaya

8. Pada pandangan anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh remaja pada zaman sekarang?
Nyatakan empat cabaran tersebut.
o Cabaran untuk memperoleh ilmu pengetahuan
o Cabaran untuk emningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang
o Cabaran dalam percintaan
o Cabaran kehidupan yang penuh dengan pancaroba
o Cabaran untuk mencapai cita-cita
9. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang sering dihadapi oleh golongan remaja pada
masa ini untuk mencapai impian hidup mereka? Berikan tiga cabaran.
o Remaja terdedah kepada banyak gejala sosial
o Remaja terpengaruh oleh keadaan persekitaran yang kurang sihat
o Remaja menerima pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dapat
mencemarkan fikiran mereka
10. Sajak Harga Remaja menggambarkan akan perlunya remaja mempertahankan
maruah diri. Berikan pendapat anda, mengapakah remaja perlu memelihara maruah diri?
o Untuk membendung gejala sosial seperti hubungan tanpa nikah
o Menjaga nama keluarga dan agama
o Menjaga tatasusila orang Timur yang mengutamakan kesucian diri

11. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab seorang remaja terhadap tanah air?
o Bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan tanah air
o Belajar bersungguh-sungguh untuk membangunkan tanah air
o Sanggup menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada tanah air

12. Jelaskan tiga perkara yang perlu diamalkan oleh remaja untuk menghargai usianya.
o Belajar dengan bersungguh-sungguh ketika remaja untuk mencari ilmu dan
pengalaman supaya mampu bersaing untuk mengejar kejayaan
o Menjaga maruah diri agar tidak mudah terpengaruh dengan keruntuhan moral serta
jenayah yang boleh menjatuhkan maruah diri
o Berpegang kepada agama agar tidak tersesat dengan fahaman yang tidak benar
13. Pada pendapat anda, bagaimanakah pendirian dapat mengangkat martabat remaja?
o Pendirian yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang akan
menjadi penggerak kejayaan remaja
o Pendirian teguh yang teguh untuk mencapai cita-cita juga akan memastikan kejayaan
sehingga dapat mengangkat martabat remaja









[Type text]


3. SAJAK ADAT SEZAMAN (T4)

1. Pada pandangan anda, mengapakan masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan
budaya Barat.
Nyatakan tiga alasan anda.
o masyarakat meniru budaya Barat melalui media massa
o masyarakat memisahkan nilai dan hukum agama daripada kehidupan sehari-hari
o budaya Barat sudah menular dalam kehidupan sehari-hari sejak sekian lama

2. Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan peradaban zaman dahulu dalam kalangan
remaja hari ini?
Berikan tiga cadangan anda.
o memberikan didikan agama/moral kepada remaja
o mengukuhkan institusi keluarga
o menyekat pengaruh budaya luar/budaya kuning
3. Pada pendapat anda, mengapakah anak muda sekarang gagal mempertahankan nilai-nilai
ketimuran?
o terpengaruh dengan nilai-nilai negatif kerana unsur tersebut sering dilihat di media
massa dan media elektronik
o sudah berasa jemu dengan peraturan masyarakat Timur yang dianggap mengongkong
kebebasan mereka
o tidak mempunyai jati diri untuk melawan sebarang unsur yang berada di hadapan
mereka

4. Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan berlakunya perubahan dan persepsi
masyarakat sekarang terhadap adat dan budaya masyarakat lama?
o Peredaran zaman
o Apabila zaman sudah berubah, maka banyak unsur negatif atau budaya kuning
menjadi ikutan anggota masyarakat khususnya golongan remaja
o Hal yang demikian menyebabkan adat dan budaya masyarakat yang memandang
tinggi terhadap ketaatan ajaran agama serta kesopanan budi bahasa telah menjadi
luntur sedikit demi sekikit
o Pengaruh media massa juga menyebabkan amalan ini terhakis kerana sering
memaparkan perkara atau perbuatan yang berunsurkan negatif

5. Apakah yang akan berlaku jika amalan berbudi bahasa semakin luntur dalam masyarakat.
Berikan tiga pendapat anda.
o Kurang rasa hormat golongan muda terhadap golongan tua
o Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri
o Runtuhnya institusi keluarga dalam masyarakat
o Berlaku pelbagai kemungkaran dalam masyarakat

6. Nyatakan langkah-langkah untuk melahirkan remaja berakhlak mulia. Berikan tiga
pendapat anda.
o Remaja berazam mahu menjadi warganegara yang baik
o Masyarakat menegur remaja yang berkelakuan buruk
o Komuniti membanyakkan aktiviti dalam masyarakat supaya remaja dapat membuat
kerja-kerja kebajikan
o Kerajaan melancarkan kempen Budi Bahasa Amalan Mulia untuk menerap nilai
murni dalam kalangan remaja




[Type text]

7. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan hilangnya santun si dara dan
warak si teruna? Kemukakan empat punca.
o Remaja kurang didikan moral dan agama
o Kesibukan ibu bapa pada urusan kerja
o Remaja terpengaruh oleh budaya kuning
o Masyarakat tidak proaktif untuk menegur dan membimbing remaja

8. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan adat warisan budaya nenek
moyang kita? Kemukakan tiga cara.
o Pihak berkuasa mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk nilai menyayangi
warisan budaya nenek moyang dalam kalangan generasi muda
o Media massa menyiarkan dan mempersembahkan jenis-jenis adat warisan
o Pihak sekolah menjadikan adat warisan ini sebagai kurkulum wajib di sekolah

9. Pada pendapat anda, mengapakah anak muda sekarang gagal mempertahankan nilai -nilai
ketimuran?
o Terpengaruh dengan nilai-nilai negatif kerana unsur tersebut sering dilihat di media
massa dan media elektronik
o Berasa jemu dengan peraturan masyarakat Timur yang dianggap mengongkong
kebebasan mereka
o Tidak mempunyai jati diri untuk melawan sebarang unsur yang berada di depan
mereka

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja? Nyatakan tiga cadangan anda.
o Memberikan panduan tentang kehidupan yang baik kepada golongan remaja
o Golongan dewasa perlu menegur remaja yang terlibat dalam gejala negatif
o Orang dewasa perlu menjadi contoh kepada remaja
o Mengadakan kempen kesedaran tentang keburukan gejala sosial dalam kehidupan

11. Pada pendapat anda, bagaimanakah peranan sekolah dalam mendidik pelajar agar
menjauhi kegiatan yang tidak bermoral? Nyatakan tiga peranan tersebut.
o Memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya
o Mengadakan ceramah tentang keburukan dan kesan negatif penglibatan pelajar dalam
kegiatan yang tidak bermoral
o Mengadakan sesi kaunseling kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini
o Mengambil tindakan kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral

12. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengekang
generasi muda kini daripada terpengaruh dengan budaya kuning?
o Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak di rumah
o Pihak berkuasa menapis filem dan muzik Barat sebelum dipertontonkan kepada
masyarakat, terutama generasi muda
o Pihak berkuasa mengawal laman sesawang yang tidak bernilai dan tidak bermoral
daripada diakses oleh masyarakat, terutama generasi muda

13. Mengapakah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing sejak akhir-
akhir ini?
o Remaja kurang menerima pendidikan agama
o Remaja kurang menerima kasih sayang daripada keluarga
o Remaja terpengaruh oleh kata-kata dan perlakuan rakan-rakan




[Type text]


5. SAJAK DI PERPUSTAKAAN (T4)
1. Remaja hari ini lebih cenderung menghabiskan masa melepak di pusat beli-belah.
Nyatakan empat pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk menarik minat mereka
mengunjungi perpustakaan.
o mengadakan kempen bergerak untuk mengajak remaja yang berpeleseran
mengunjungi perpustakaan
o mengadakan pertandingan atau aktiviti yang dapat menarik remaja ke perpustakaan
o menjadikan hukuman menelaah pelajaran sebagai salah satu hukuman bagi pelajar
yang gemar ponteng kelas
o mempelbagaikan kemudahan di perpustakaan misalnya menyediakan kemudahan
internet dan sebagainya
2. Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di perpustakaan?
Kemukakan tiga pandangan anda.
o membuat rujukan pelbagai bahan bacaan/bahan ilmu
o mengulang kaji pelajaran atau ilmu yang telah dipelajari
o membuat kajian tentang pelbagai perkara
3. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pelajar kurang berminat untuk mengunjungi
perpustakaan sekolah?
o buku-buku keluaran lama yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
o kesibukan mengikuti kelas dan aktiviti kokurikulum menyebabkan masa pelajar
menjadi terhad
o suasana di perpustakaan kurang kondusif menyebabkan tidak selesa untuk mengulang
kaji pelajaran

4. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan sesetengah anggota masyarakat tidak
memanfaatkan perpustakaan?
o Mereka tidak memiliki budaya membaca
o Mereka tidak ada masa untuk berkunjung ke perpustakaan kerana sibuk dengan
kerjaya dan mencari kekayaan berbanding dengan mencari ilmu pengetahuan
o Mereka juga beranggapan bahawa pergi ke perpustakaan hanya membuang masa
kerana mereka lebih gemar membuang masa dengan berfoya-foya atau melepak

5. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh menerusi aktiviti membaca?
o Merangsang minda untuk berfikir
o Mengetahui hal-hal semasa
o Meningkatkan penguasaan dalam sesuatu bahasa
o Mengisi masa yang terluang dengan kegiatan yang berfaedah

6. Pada pendapat anda, apakah faedah membaca akhbar pada setiap hari?
o Mengetahui perkara yang sedang berlaku di dalam dan di luar negeri
o Tidak malu untuk bercampur gaul dengan masyarakat kerana mengetahui peristiwa
semasa
o Menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang misalnya, agama, kesihatan,
politik, teknologi dan budaya - menambah keyakinan diri
o Dapat berhibur dan mengisi masa lapang - mengelakkan daripada membuang masa

7. Mengapakah generasi kini kurang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku?
Kemukakan tiga pendapat anda.
o Generasi kini lebih gemar membaca menerusi internet
o Bahan bacaan mudah diperoleh di pasaran
o Perpustakaan hanya terdapat di lokasi-lokasi tertentu sahaja
o Suasana di perpustakaaan seolah-seolah mengongkong mereka
[Type text]




8. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mewujudkan suasana perpustakaan
yang kondusif di sekolah anda supaya menarik minat pelajar membaca buku di tempat
tersebut? Kemukakan tiga langkah.
o Pihak pengurusan perpustakaan sering menambahkan koleksi bahan bacaan yang
baharu
o Pihak pengurusan perpustakaan melengkapkan kemudahan di dalam perpustakaan
seperti internet, komputer, dan pendingin hawa
o Pihak kerajaan dan swasta mengadakan pertandingan membuat ulasan buku atau
novel yang terdapat di perpustakaan
9. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah pelajar kurang berminat untuk mengunjungi
perpustakaan sekolah?
o Buku-buku keluaran lama, yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
o Kesibukan mengikuti kelas dan aktiviti kokurikulum menyebabkan masa pelajar
menjadi terhad
o Suasana di perpustakaan kurang kondusif menyebabkan tidak selesa untk mengulang
kaji pelajaran

10. Mengapakah para pelajar tidak suka mengunjungi perpustakaan. Nyatakan tiga alasan
anda.
o Mereka leka dengan aktiviti lain
o Mereka tidak minat membaca
o Keadaan perpustakaan yang tidak kondusif
o Mereka tidak mempunyai kesedaran

11. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang dihadapi oleh seseorang pelajar yang
kurang berminat untuk menimba ilmu?
o Sukar membezakan perkara yang salah dengan yang benar
o Sukar memperoleh pekerjaan yang baik pada masa depan
o Menjadi insan yang cetek pengetahuan

















[Type text]


7. GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM (T4)
1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih kawan?
Nyatakan empat alasan anda.
o kerana kawan mempengaruhi perbuata kita
o kerana kawan mempengaruhi kecemerlangan kita dalam pelajaran
o kerana kawan yang baik dapat memberikan nasihat dalam sesuatu hal
o kerana kawan yang baik dapat membantu kita dalam kesusahan
2. Apakah ciri-ciri seseorang yang layak menjadi kawan kita? Kemukakan tiga ciri
tersebut.
o membantu kita semasa susah
o seorang yang sentiasa memberi nasihat yang jujur
o setia kepada kita


3. Pada pendapat anda, bilakah sahabat kita itu boleh dianggap sebagai ubat?
o apabila sanggup menyelesaikan masalah yang kita hadapi
o sentiasa memberi kata-kata positif untuk memberi motivasi kepada kita
o sanggup bersama-sama menghadapi saat suka dan senang
4. Apakah kesan sekiranya kawan yang kita pilih itu tidak setia dan berlaku curang kepada
kita?
o Kawan yang tidak setia atau berlaku curang kepada kita akan menimbulkan kesusahan
dalam hidup kita
o Sekiranya menjadi kawan dalam perniagaan, tidak mustahil dia akan membocorkan
rahsia syarikat ataupun pecah amanah yang menyebabkan syarikat bankrup.
o Kawan sedemikian juga tidakmampu untuk menyimpan rahsia peribadi kita serta
tidak mungkin akan menolong apabila kita berada dalam kesusahan

5. Pada pendapat anda, apakah kebaikan jika kita menurut pesanan yang terdapat dalam
Gurindam 12 Fasal yang Keenam?
o Tidak keseorangan apabila menghadapi masalah kerana sahabat boleh menasihati kita
o Cepat belajar sesuatu perkara kerana guru yang mahir dalam bidang yang diajar dapat
menerangkan dengan lebih jelas
o Terbentuk keluarga bahagia kerana isteri sering membantu suami

6. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri isteri yang baik? Kemukakakn tiga ciri tersebut.
o Isteri yang menghormati dan taat akan suami
o Menjaga makan dan pakai suami
o Sentiasa membantu suami dalam sesuatu kerja
o Menjaga maruah atau nama baik suami
o Meminta izin suami apabila ingin keluar rumah

7. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika seseorang itu memilih sahabat yang tidak
berakhlak? Berikan tiga kesan buruk.
o Mungkin berlaku perbalahan dan permusuhan dengan sahabat itu
o Mudah ditipu dan dikhianati
o Mudah terpengaruh oleh akhlak buruk sahabat

8. Pada pendapat anda, bilakah sahabat kita itu boleh dianggap sebagai ubat?
o Sanggup menyelesaikan masalah yang kita hadapi, seperti dalam soal kewangan
o Memberi kata-kata positif untuk memberi motivasi kepada kita
o Sanggup bersama-sama menghadapi saat susah dan senang

[Type text]

9. Pada pendapat anda, apakah yang sewajarnya dilakukan oleh seorang murid untuk
membalas jasa gurunya?
o Sentiasa menghormati guru
o Belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan
o Sentiasa mendengar nasihat guru

7. PANTUN LAPAN KERAT (T5)

1. Berikan tiga pendapat anda untuk memastikan bahasa ibunda kita terus dimartabatkan?
o para pemimpin sering bertutur dengan bahasa Melayu yang baku
o mengadakan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan di sekolah dengan pengisisn
pelbagai aktiviti yang menarik
o menggunakan bahasa Melayu secara meluas di bank, hotel, pasar raya dan mahkamah

2. Nyatakan tiga pendapat anda tentang cara untuk kita mengelakkan anak muda
terpengaruh dengan budaya Barat yang negatif.
o dedahkan mereka dengan budaya masyarakat tempatan yang kaya dengan nilai-nilai
murni
o kerajaan perlu memastikan pengaruh filem lucah menerusi video atau internet
hendaklah disekat
o masyarakat hendaklah menjadikan asas agama sebagai pegangan hidup

3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah
terpengaruh dengan budaya Barat?
o longgarnya pegangan agama dan leburnya jati diri sebagai orang Timur
o suka meniru/terikut-ikut dengan budaya asing, seterusnya menyebabkan keutan
budaya mudah berlaku dalam diri mereka
o pengaruh media dan teknologi maklumat yang banyak memaparkan rancangan dari
negara Barat
o gemar akan budaya berhibur yang melampau yang dibawa dari Barat
4. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang memungkinkan manusia diutuskan oleh
Tuhan untuk menjadikan pemimpin di bumi?
o Manusia mempunyai akal dan pemikiran yang sempurna
o Manusia mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi
o Manusia mempunyai keisitmewaan/ kelebihan berbanding dengan para jin
5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelak diri daripada godaan syaitan?
Berikan tiga cadangan anda
o Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran agama
o Tindakan kita janganlah terlalu mengikut nafsu
o Kita hendaklah berfikiran secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara

8. SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA (T5)

1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap berbaik-baik dengan
bangsa-bangsa lain di seluruh dunia?
o kita memerlukan kedatangan mereka untuk merancakkan sektor pelancongan negara
o ramai rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di negara mereka untuk mendalami
sesuatu kemahiran
o kita saling memerlukan mereka dalam pemindahan teknologi, makanan, dan
pertahanan negara
2. Apakah yang wajar dilakukan oleh Malaysia untuk memelihara keamanan sejagat?
Kemukakan tiga pandangan anda.
o tidak mencampuri urusan negara lain
o tidak membangkitkan isu-isu provokasi yang dapat mengundang persengketaan
o menjalin kerjasama yang baik dengan negara jiran dalam pelbagai bidang
[Type text]

o mengutamakan perbincangan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul
o memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di negara-negara yang ditimpa
musibah

3. Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dunia sejagat wajar kita pupuk dan
pelihara?
o Supaya hubungan diplomatik dapat terjalin dengan erat antara semua negara di dunia
o Supaya masyarakat dunia dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang kekacauan
o Supaya masyarakat dapat bertukar-tukar idea dan maklumat melalui program
pendidikian dan program pertukaran kebudayaan pelbagai negara
o Supaya kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sains, dan teknologi
berkembang dengan pesatnya


4. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap berbaik-baik dengan
bangsa-bangsa lain di seluruh dunia?
o Kerana kita memerlukan kedatangan mereka untuk merancakkan sekto pelancongan
negara.
o Selain itu, rakyat Malaysia ramai melanjutkan pelajarandi negara mereka untuk
mendalami sesuatu kemahiran
o Akhir sekali, kita saling memerlukan mereka dalam pemindahan teknolgi, makanan,
dan pertahanan negara
5. Pada pendapat anda, apakah faedah mengamalkan konsep kesamarataan hidup tanpa
membezakan warna kulit dan fahaman?
o Dunia kan aman/ tiada peperangan
o Masyarakat hidup saling membantu /saling menghormati
o Rakyat bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing
o Tidak wujud golongan yang teraniaya