Anda di halaman 1dari 3

BAGAIMANA SESEORANG GURU INGIN MELAKSANAKAN MODEL ASSURE

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tema : Keselamatan Jalan Raya
Menganalisis pelajar
Menganalisis pelajar adalah perkara utama yang perlu dilaksanakan oleh guru iaitu
dengan mengenal pasti ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau pengalaman sedia ada
serta juga gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk Bahasa
Malaysia ini ialah umur, tahun, kelas aliran, jantina, taraf sosioekonomi, petempatan /
daerah / kawasan dan budaya. Guru juga bolehlah menganalisis sama ada pelajar tersebut
dari segi taraf sosioekonomi. Kebanyakannya pelajar daripada golongan sederhana dan ibu
bapa bekerja sebagai penoreh getah, berkebun, peniaga kecil, buruh da nada yang bekerja
sebagai kakitangan kerajaan. Perkampungan pelajar adalah perkampungan tradisional dan
budayanya masih lagi agak kekampungan. Murid-murid kelas ini berada di dalam sederhana
dan potensi. Pemilihan kaedah dan media serta bahan sumber pembelajaran dapat
disesuaikan dengan tahap pelajar yang dikenal pasti. Pelajar yang lemah penguasaan
bahasa contohnya, dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar,bahan
konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Pelajar yang kurang meminati mata pelajaran adapt
dirangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestetik termasuk lakonan, permainan dan
sebagainya. Jika pelajar berasal daripada kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan
bolehlah berasaskan unsur budaya etnik.
Tahap pengetahuan sedia ada atau pengalaman pelajar mengenai tajuk
Keselamatan Jalan Raya, guru bolehlah menguji pelajar tersebut melalui sesi soal jawab
atau pun pra bertulis. Ketika sesi soal jawab, guru juga bolehlah bertanya atau berbincang
dengan pelajar-pelajar mengenai tajuk Keselamatan Jalan Raya sekiranya guru ingin
mengingatkan kembali apa yang diketahui oleh pelajarnya. Sebagai contohnya, guru perlu
menyoal dan berbincang dengan pelajarnya tentang cara menjaga keselamatan diri semasa
menunggang basikal. Di samping itu juga, ujian pra bertulis juga bolehlah dilaksanakan.
Contoh media yang dapat guru gunakan dalam pengajaran tajuk Keselamatan Jalan
Raya adalah seperti video cara melintas jalan raya dengan betul dan selamat Tayangan
video ini akan membolehkan murid-murid memahami dan mengetahui dengan lebih jelas
lagi cara melintas jalan raya dengan betul dan selamat. Di samping itu juga, penggunaan
media seperti radio juga digunakan, iaitu menyanyikan lagu Insaflah Diri. Dengan
menyanyikan lagu ini, murid dapat membuat pergerakan anggota badan dan menghayati
serta sentiasa ingat bahawa menjaga keselamatan diri ini adalah penting.
Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Keselamatan Diri
adalah bahan konkrit seperti basikal sebenar, topi keledar, kasut, dan contoh pakaian yang
sesuai. Bahan ini boleh digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menunjuk
cara menunggang basikal dengan selamat.
Objektif atau hasil pembelajaran
Sasaran dalam pembelajaran ini adalah murid tahun enam daripada kumpulan
sederhana dan potensi. Obejektif pembelajaran ini adalah:
a) Menghuraikan maksud ayat yang dibaca.
b) Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan jalan raya.
c) Melakonkan cara melintas jalan raya dengan selamat
d) Menyusun maklumat dengan mengemukakan alasan.
e) Menulis kata-kata hikmat dalam bentuk tulisan berangkai.
f) Menyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan.
g) Melaksanakan arahan serta pesanaan dengan cepat dn terancang.
h) Memberi arahan tentang cara menunggang basikal dengan selamat.
i) Menjalankan aktiviti permainan telefon karat.
Kemahiran yang digunakan adalah seperti berikut iaitu :
5.1 Aras 3 (ii) Menghuraikan maksud ayat yang dibaca.
6.5 Aras 2 (i) Membaca dan mengimbas fakta yang releven daripada pelbagai bahan untuk
mengukuhkan maklumat.
8.3 Aras 1 (i) Menulis perkataan dengan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
1.3 Aras 2 (ii) Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan terancang.
1.3 Aras 2 (i) Melaksanakan arahan serta pesanan dengan teliti untuk membuat tindakan
wajar.
1.3 Aras 3 (i) Memberi arahan secara tingkas dan tepat.
9.3 Aras 3 (i) Menentukan kesesuaian susunan maklumat dengan mengemukakan alasan.
7.1 Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan
grafik.
Menggunakan media dan bahan
Guru perlulah melihat sama ada bahan yang akan digunakan berada dalam keadaan
selamat. Contohnya basikal, topi keledar dan kasut yang akan digunakan bagi pengajaran
keselamatan jalan raya. Selain itu, guru juga perlu menyediakan bahan pengajaran yang
betul, lengkap dan cukup untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
perlulah merancang penggunaan model dan bahan tersebut dalam sesi lakonan dan tunjuk
cara. Persekitaran yang sesuai juga perlu disediakan agar objektif pembelajaran dapat
dicapai. Penggunaan bahan tersebut perlulah digunakan secara optimum.
Memerlukan penglibatan pelajar
Untuk memastikan proses pembelajaran berlaku, penglibatan pelajar perlu dalam
setiap aktiviti yang dirancang. Aktiviti lakonan, nyanyian, permainan, perbincangan,
menyampaikan arahan, menyusun maklumat dan menghuraikan ayat dapat membantu
murid menjadi aktif jika proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan. Bahan-
bahan yang digunakan seperti carta, video, kad gambar dan kad arahan dapat membantu
mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Melalui aktiviti ini, diharap ia
dapat meningkatkan perubahan tingkah laku serta mempraktikkan cara-cara menjaga
keselamatan di jalan raya.
Nilai dan semak
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Guru
menggunakan aktiviti seperti laporan perbincangan, menghuraikan maksud pernyataan,
menyampaikan arahan, mencipta kata-kata hikmat dan menyusun maklumat tentang lalu
lintas untuk menguji hasil dapatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu. Melalui aktiviti ini, guru dapat membuat refleksi tentang pengajarannya sama ada
berkesan atau tidak. Dengan ini, guru dapat membuat post - mortem dan menambah baik
penyediaan bahan dalam perancangan pengajaran seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai