Anda di halaman 1dari 4

1

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PT3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PITAS
TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN
PT3 adalah satu daripada komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
di mana murid ditaksir untuk menilai pencapaian akademik mereka di peringkat
menengah rendah iaitu di Tingkatan 3. PT3 yang dilaksanakan adalah satu komponen
pentaksiran berasaskan sekolah, manakala PMR adalah peperiksaan berpusat yang
dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara.

Bengkel Teknik Menjawab PT3 ini adalah satu pendekatan yang difikirkan berkesan
dalam menyampaikan input-input yang bermakna kepada pelajar SMK Pitas bagi
menghadapi peperiksaan bertulis dan kemahiran mendengar pada bulan Ogos nanti.
Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan khususnya teknik-teknik menjawab
soalan, diharap pelajar dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk
menghadapi peperiksaan nanti.


2.0 RASIONAL
Setelah mengalami beberapa kali perubahan bagi mengantikan peperiksaan PMR,
akhirnya PT3 telah mula dilaksanakan dengan pentaksiran instrumen mulai Julai
2014.memandangkan sebelum ini pelajar hanya terdedah dengan PBS, seharusnya
para pelajar Tingkan 3 diberikan pendedahan yang lebih menyeluruh tentan
pelaksanaan dan tarikh- tarikh penting dalam PT3.


3.0 TEMA
PT3 2014, SMK PITAS MENJANA KECEMERLANGAN

4.0 MATLAMAT PROGRAM
Bengkel Teknik Menjawab PT3 merupakan program yang perlu diadakan
memandangkan ramai pelajar masih tidak mengetahui dengan sepenuhnya tentang
perubahan format yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi menggantikan PBS

5.0 OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Mencapai target 100% pelajar memahami tentang peperiksaan PT3
2

5.2 Mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik yang paling asas dan mudah
menjawab peperiksaan PT3
5.3 mewujudkan pentaksiran yang dapat merubah teknik pengajaran dan
pembelajaran di sekolah bagi melahirkan modal insan yang berketerampilan
dan lebih yakin dengan potensi diri.



6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM
Tarikh : 11 Ogos- 14 Ogos 2014 ( Selasa- Khamis)


7.0 TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan PITAS, Sabah.

8.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 3 seramai 130 orang

9.0 ORGANISASI
Sila lihat Lampiran 1


10.0 TENTATIF PROGRAM
Sila lihat Lampiran 2

11.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan. Perubahan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada
PT3 dirasakan ini perlu bagi menjayakan program transformasi pendidikan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,


........................................... . ..................................
Penyelaras (JUSTIN RUMPOD)
Program KecemerlanganPT3 Pengetua
SMK PITAS SMK PITAS



3

LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PT3
Pengerusi : EN. Justin Rumpod(Pengetua)
Timb. Pengerusi 1 : En. Jopilin Mogimbal (PK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 2 : En. Ismail Abu Bakar (PK Hem)
Timb. Pengerusi 3 : En. Saib Sukor (PK Kokum)
Penyelaras 1 : Pn. Raja Syariffah bt. Raja Yusoff (Ketua Bidang Bahasa)
Penyelaras 2 :En. Metol Lawazi ( Ketua Bidang Sains & Mate)
Penolong Penyelaras 1 : Pn. Chin Fui Lan (Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
Penolong Penyelaras 2 : Pn. Kamariah Jamil (Ketua Bidang Kemanusiaan)

AJK PELAKSANA TINDAKAN
Persediaan
Tempat
En. Soliman - Memastikan tempat selesa untuk
menjalankan program
PA Sistem &
LCD
Ustaz Yahaya Mujir - Memastikan PA sistem boleh
digunakan
- Menyediakan PA Sistem setiap kali
sesi ceramah dijalankan.
- Menyediakan LCD dan Paparan
skrin di tempat program berlangsung.
Dokumentasi En. Janius Pangawat - Mengambil gambar setiap aktiviti
sepanjang program.
Kawalan Pelajar En. Marasri Omar
Pn, Nur Faidzah
- Memastikan pelajar terlibat
mengikuti program.
- Memastikan pelajar bersedia
sebelum ceramah dimulakan.
Pengenalan &
Penyampaian
Cenderamata
Guru Mata Pelajaran
Ketua Panitia
- Membuat pengenalan dan
menjemput penceramah memberikan
ceramah.
- Menyampaikan cenderamata kepada
penceramah jemputan.

8. Geografi
Pn. Aemilyana Kopoh/
Pn. Chatoilda Sibin

4

Anda mungkin juga menyukai