Anda di halaman 1dari 4

Maksud ideologi ,

" Ideologi ini dalam bahasa ringkasnya adalah aliran pemikiran manusia . " ideologi
lahir dari sifat akal manusia yang memerhati dan berkembang dengan suasana
sekelilingnya . Ia bukan agama - atau wahyu yang diturunkan yang bersifat abstrak .
Politik dan negara sebahagian daripada Islam
Islam berbeza dengan tarif agama menurut orang-orang yang bukan Islam ,
kerana perkataan agama menurut mereka ialah ajaran yang berkaitan dengan
perkara - perkara kerohanian dan akhlak semata - mata dengan memberi
penekanan kepada syiar ibadat dan perkara - perkara yang berkaitan dengan
kerohanian dan budi pekerti manusia,tetapi Islam seperti yang dinyatakan di dalam
ajarannya daripada al-Quranulkarim,sunnah Rasul SAW dan pandangan ulama -
ulama muktabar dikalangan salaf dan khalaf yang mencakup dalamnya segala
aspek yang ada dalam fitrah manusia dan keperluan mereka dalam segala
bidangnya,dalam hubungan manusia dengan Tuhannya , dengan
dirinya,keluarganya,individu dan masyarakat,rohani dan jasmani ,pemimpin dan
rakyat,damai dan perang,bahkan hubungan manusia dengan makhluk - makhluk
yang lain yang mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia di dunia dan
akhirat .
Maka kedatangan Islam dari Allah SWT Tuhan Pencipta Alam dan Yang Maha
Mengetahui apakah yang baik dan paling baik disamping rahmat-Nya yang tidak
terhingga itu tidaklah ajaran-Nya itu dalam aspek aqidah yang benar semata -
semata,tetapi terpancar daripadanya segala tindak - tanduk yang berkaitan dengan
syiar ibadah hanya kepada Allah SWT tetapi juga menyebut dan memerintah kepada
akhlak yang baik , yang perlu dalam kehidupan manusia dalam segala aspeknya ,
dengan disertakan syariat yang bijaksana lagi adil yang mengatur,mentadbir dan
menghukum kegiatan - kegiatan hidup manusia dalam hubungannya dengan semua
perkara yang tersebut di atas , oleh itu maka Islam menyentuh perkara - perkara
yang mereka namakan agama dan perkara-perkara dunia .


Peranan manusia
Al-Quranulkarim menegaskan peranan manusia itu kepada tiga perkara penting
iaitu :
A. Ibadat
Firman Allah SWT :
4`4 e^UE= O}_^- "^e"-4 )
p+lu4Og ^)g .4` CjOq
gu+g` }g)` -^ejO .4`4 CjOq
p pOg;CNC ^)_ Ep) -.- 4O-
7--EeO- O jEO^-
-g-E^- ^)g
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
mengabdikan diri kepada Aku.Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka
dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan,sesungguhnya
Allah Dialah Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeqi,yang mempunyai Kekuatan Lagi
Kukuh (Surah Az-Zariyat: 56-58)
B. Amanah
Firman Allah SWT :
^^) E4;4O4N O4^4`- O>4N
g4O4OO- ^O-4
4:^-4 -u-4 p
Og+Ug^4 =}^E;-4 Ogu+g`
E_U4EO4 }=O^e"- W +O^^)
4p~E 4`OU LO_E_ ^_g
=OENOg +.- 4-g4L^-
gegE4^-4
--)O;^-4
geE)O;^-4 =O+-4C4 +.-
O>4N 4-gLg`u^-
geE4g`u^-4 4p~E4 +.-
-4OOEN 1gOO ^_@
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bukit-bukau dan
gunung-ganang,maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir
akan mengkhianatinya dan memikullah amanah itu oleh manusia,sesungguhnya
manusia itu amat zalim dan amat jahil.Sehingga Allah mengazab orang-orang
munafik lelaki dan perempuan,dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan,dan
sehingga Allah menerima taubat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan
dan adalah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang (Surah Al-Ahzab:72-73)
C. Khalifah
Firman Allah SWT :
4O-4 Og~-.- :UEE_
E-j^UE= ^O- E74O4
7_u4 -O *u4 eE_4OE1
74OUl41g O) .4` 7>-47
Ep) El+4O 7C)O= g^-
+O^^)4 EOO4 l7gOO ^g)

Dan Dialah yang menciptakan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di
muka bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian lain beberapa
darjat untuk menguji kamu tentang apa yang diberikan kepada kamu.Sesungguhnya
Tuhan kamu amat cepat seksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang (Surah Al-Anam:165)
Kewajipan tersebut telah disimpulkan oleh ulama dengan kata mereka yang
bermaksud :
Menegakkan agama dan mentadvirkan dunia dengannya,yakni dengan
agama.Maka Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Maha
Berkuasa lagi Maha Bijaksana tidaklah membiarkan manusia begitu sahaja,lalu
diutuskan para rasul a.s dikalangan umat dan zamannya yang bersifat dengan sifat-
sifat manusia paling baik dan paling mulia disamping mentarbiah dan memelihara
mereka secara langsung dari Allah SWT dan diwahyukan dengan ajaran yang
sempurna dan lengkap untuk keperluan manusia di zaman masing-masing.Diantara
mereka ialah Nabi akhir zaman,Saidina Muhammad SAW
Di antara keperluan hidup manusia dan fitrah mereka ialah hidup bermesyarakat
dan menggunakan bahan - bahan kurnia Allah di muka bumi ini disamping mereka
dipertanggungjawabkan selepas mati , maka sudah tentu diantara keperluan hidup
mereka ialah mentadbir sesama mereka dan benda - benda keperluan mereka .
Oleh itu Allah tidaklah membiarkan mereka walaupun mereka mempunyai akal
fikiran , tetap mempunyai kelemahan - kelemahan,lalu mereka dipandukan dengan
petunjuk Allah dalam banyak hal .
Oleh itu , maka perkara pemerintahan dan politik yang menjadi keperluan manusia
itu menjadi sebahagian daripada ajaran Allah yang bernama Islam itu dan menjadi
satu juzuk yang tidak boleh dipisahkan daripadanya,sehinggalah fahaman ini
menjadi ditanam dengan teguhnya ke dalam diri umat Islam,kerana ianya sabit
secara nyata di dalam nas - nas Al-Quranul Karim , sunnah Rasulullah saw secara
qauli dan amali dan disambung oleh para sahabat r.a.h dan ditegaskan oleh para
ulama yang muktabar secara lisan dan tulisan,seterusnya dianggap pandangan dan
pendapat yang memisahkan agama dengan politik dan pemerintah adalah asing
daripada Islam dan penyelewengan . Kerana bukan sahaja dari segi kenyataan nas
tetapi menjadi sebahagian daripada keperluan melaksanakan syariah Islam dan
menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini .