Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

KEBUDAYAAN MELAYU
I. Animisme
II. Kewujudan kebudayaan hindu Buddha yang seragam di bahagian Asia Tenggara.
III. Cara hidup islam.

Hal-hal yang bersangkutan dengan kebudayaan:
-Kebudayaan itu adalah ciptaan manusia(man-made).Manusia yang menghasilkan
bahasa,sistem kekeluargaan,kemasyarakatan,pengetahuan,kepercayaan,
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adat resam, dan segala
keupayaan serta tingkah laku yang terdapat dalam sesuatu masyarakat itu.
(kecuali agama Islam kerana bukan ciptaan manusia, tetapi agama ciptaan ALLAH
yang diturunkan melalui wahyu;releaved religion)

-Ciri-ciri atau unsur-unsur yang menjatidirikan sesuatu kebudayaan yang ada dan
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang pada masa kini mempunyai pertalian
dengan unsure-unsur(symbol) yang telah wujud pada zaman lampau. Kebudayaan
yang ada kini adlah persambungan unsure yang berakar umbi pada zaman
sejarahnya.


KEBUDAYAAN MELAYU PRA ISLAM
Sejarah perkembangan budaya semua bangsa di dunia bermula dengan animisme.
Animisme membawa pengertian kepercayaan kepada makhluk halus dan roh yang mula-
mula tumbuh alam pemikiran manusia primitif(spiritual beings). Ciri-ciri animisme yang
diamalkan oleh orang melayu:
A)Kepercayaan Kepada Nyawa Dan Roh
-orang melayu mempercayai bahawa nyawa orang yang telah mati terutama yang mati
dibunuh akan kembali ke dunia dalam bentuk hantu dan mengganggu manusia.
-hubungan antara orang yang hidup dengan arwah datuk nenek akan renggang jika tidak
dipuja.oleh sebab itu pemujaan harus dilakukan dalam bentuk pemberian sajian.

B)Semangat
-mempercayai semangat wujud pada uri , setiap anggota bdan, pada air ludah, keringat,
potongan rambut dan kuku,pada bayang-bayang seseorang,nama seseorang,air mandi
manusia dan binatang serta pada bekas tapak kaki manusia di tanah. Semangat juga
dipercayai wujud pada tubuh-tumbuhan ,manik-manik, tanah dan besi.
-untuk memulihkan semangat,orang-orang melayu menggunakan khidmat bomoh atau
pawang yang diktatakan mengetahui semua hal berkaitan itu. Mereka menggunakan jampi
serapah.
-contohnya : semangat padi,semangat nabi yusuf.

(C) Sakti/Mana
-pemikiran orang melayu terhadap kekuatan yang ghaib yang dapat mempengaruhi sesuatu
dengan cara yang luar biasa.
-misalnya,jika seseorang itu mendapat unutng,maka keuntungan itu dipercayai diperolehi
dengan bantuan sesuatu azimat.
-kepercayaan sakti mendorong penggunaan tangkal sebagai pelindung diri.


(D)Pantang Larang
-berasal daripada kepercayaan kepada kuasa ghaib.
-dipercayai bahawa jika dilanggar pantang larang itu,perkara buruk akan menimpa diri.
-misalnya,dilarang bakar tempurung apabila padi sedang bunting.jika dilanggar padi akn
dimakan tikus dan anak gadis dilarang duduk di muka pintu kerana dipercayai sukar dilamar
orang.


(E) Rites De Passage/Transisi Ritual
-upacara yang tertentu yang diadakan apabila perubahan hidup atau masa berlaku dalam
diri individu.waktu tersebut dianggap sebagai waktu genting.
-transisi ritual dalam hidup individu melayu bermula dari kanak-kanak hingga ke liang kubur.
-misalnya:
Adat melenggang perut - upacara membelah mulut upacara menanggalkan tali pusat
naik buai atau mencuci lantai istiadat mencukur rambut adat memijak tanah..