Anda di halaman 1dari 8

Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai bagi

sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan menyumbang banyak


kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini
mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan
pengetahuan am berkaitan politik ini disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita
membiarkan mereka mengadap buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun
yang berlaku di sekeliling mereka?

Dari segi sejarah, Akta Universiti dan Kolej Universiti diluluskan oleh
parlimen pada tahun 1971. Ini berikutan dengan sikap dan aktiviti para
pelajar dan persatuan pelajar terutama PMUM (Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya) yang secara berani dan tegas telah mengambil
bahagian
di dalam arus perdana politik Malaysia. Pada pilihanraya 1969, PMUM
telah mengeluarkan Manifesto Pelajar yang telah mendapat sambutan
hangat
daripada rakyat. Manifesto ini adalah pengumpulan pandangan-pandangan
para mahasiswa dan anak-anak muda generasi enam puluhan. Manifesto ini
tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi menyuarakan pandangan
pelajar, mahasiswa dan generasi muda untuk apa yang wajib dilakukan
untuk melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama.
Di bandar-bandar besar seperti Melaka, Seremban dan Pulau Pinang, PMUM
dan pemimpin pelajar telah mengadakan rapat-rapat umum yang telah
menyaingi dan melebihi keupayaan United Malay National Organisation dan
Perikatan untuk mengumpul pendengar. Di Pulau Pinang rapat umum PMUM
masih menjadi sejarah kerana hingga ke hari ini tidak ada lagi rapat
yang dapat menjemput puluhan ribu rakyat datang mendengar seperti rapat
PMUM 1969. Rapat ini telah menjadi sebahagian dari ingatan kolektif
penduduk pulau itu.
Pandangan dan pendapat pelajar/mahasiswa di waktu itu diberi perhatian
yang berat oleh rakyat kerana sikap pelajar yang tidak menyebelahi
mana-mana parti politik. Orang ramai melihat pelajar/mahasiswa sebagai
satu kumpulan yang tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dasar dan
garis
polisi persatuan dilahirkan daripada keikhlasan mereka dalam usaha
untuk
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh rakyat di dalam memilih
perwakilan.
Keberanian pelajar di zaman ini telah menggoncang kekuatan dan pengaruh
United Malay National Organisation/Perikatan. Banyak pemimpin kerajaan
telah 'terbungkus' termasuk kerusi Dr. Mahathir sendiri. Huru-hara
telah
dimulakan pada 12 Mei untuk membolehkan Perikatan terus berkuasa. Bila
Parlimen dipulihkan pada 1971, Akta Universiti telah dikanunkan.
Dari mula pengenalan Akta ini sehingga ke tahun 1974 tidak ada satu
persatuan pelajar yang mengambil endah tentang akta ini. Persatuan
terus
bergerak seperti biasa. Semua aktiviti berjalan terus. Nama akhbar
pelajar seperti Mahasiswa Negara, Gema Siswa, Suara Siswa terus dicetak
dan dijual untuk memberi pandangan alternatif daripada perspektif
pelajar. Persatuan pelajar/mahasiswa adalah satu-satu persatuan di
dalam
negara yang pemilihan pucuk pimpinan dilakukan secara demokratik dan
bebas daripada segala bentuk rasuah. Demokrasi berjalan lancar di
kampus-kampus sehingga tahun 1974 apabila sekali lagi demokrasi
diinjak-injak.
Kegawatan ekonomi pada tahun 1974 telah memaksa puluhan ribu petani
miskin di Kedah untuk bangun menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar
pro-barat, pro-kapitalis, pro-orang kaya dan pro-taukeh yang dijalankan
oleh United Malay National Organisation. Rakyat miskin penoreh getah
dan
kaum tani miskin telah bangun dan mengadakan demonstrasi. Pelajar dan
mahsiswa telah tidak dibenarkan memasuki Kedah terutama untuk turut
sama
berdemonstrasi di Baling.
Tetapi pada 3hb December 1974, seluruh ahli-ahli daripada pelbagai
persatuan mahasiswa di bawah badan induk seperti PKPM, PKPIM dan MBM
telah mengadakan demonstrasi secara aman di Padang Selangor (nama lama
-
harus dipanggil Padang Demokrasi) untuk menyatakan sokongan terhadap
Demonstrasi Baling. Jawapan daripada kerajaan sama seperti yang terjadi
hari ini. Ramai yang ditahan di bawah ISA dan Akta Universiti 71
diperketatkan lagi dengan pelbagai pindaan. Dan Akta yang wujud hari
ini
adalah membuktikan sejarah kegemilangan gerakan pelajar/mahasiswa untuk
menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Ruang demokrasi memang semakin sempit bukan sahaja di kampus tetapi di
seluruh tanah air. Pelbagai undang-undang dan akta telah dihimpunkan
dan
diluluskan melalui parlimen dengan tujuan agar para kapitalis, pemodal
tempatan dan pemodal luar negara dapat memunggah dan mengaut kekayaan
tanpa diganggu, diusik atau dikritik. Malah menteri pelajaran Dato Sri
Najib baru-baru ini telah menyatakan secara jujur yang dasar yang
dibawanya ialah ' we're pro business'.
Kerana dasar pro-business dan pro-kapitalis inilah yang telah
menyempitkan ruang demokrasi untuk pelajar dan rakyat. Kapitalis ialah
sistem ekonomi yang menggalakkan dan menghalalkan pengumpulan harta
kekayaan dan punca-punca pengeluaran ke dalam tangan segelintir
individu. Di dalam sistem kapitalis semuanya halal dan boleh dilakukan
asalkan perbuatan itu boleh membawa keuntungan. Keuntungan maksimalah
yang menjadi dasar utama sistem ekonomi ini.
Sistem ini telah diterima pakai di negara ini kerana sistem ini telah
dipaksakan kepada kita semenjak zaman British lagi. Hari ini kita
lihatlah sendiri porak peranda yang dibawa oleh sistem ekonomi
kapitalis
ini. Penswastaan telah menjadi satu tipu muslihat untuk merompak harta
rakyat. Harta yang dahulunya kepunyaan rakyat seperti air, api,
keretapi, kapalterbang dan lain kini telah diambil oleh individu.
Semasa
syarikat-syarikat ini mendapat untung semuanya masuk ke dalam saku
taukeh-taukeh ini tetapi bila mereka rugi, hutang mereka wajib dikongsi
sama. Inilah dasar sistem kapitalis yang didukung oleh United Malay
National Organisation dan Barisan Nasional.
Para pelajar/mahasiswa hari ini wajib berfikir dan meneliti sejarah.
Sejarah mendidik kita melihat perjuangan orang-orang yang terdahulu
dari
kita. Ruang demokrasi pernah wujud di dalam kampus dan ianya telah
terhakis hasil daripada dasar pro-kapitalis kerajaan. Pada tahap ini
perjuangan pelajar/mahasiswa seharusnya untuk mengembalikan dan
merampas
kembali ruang demokrasi itu. Ruang demokrasi cukup penting kerana hanya
dengan ruang demokrasi barulah potensi seorang pelajar, mahasiswa atau
seorang individu dapat dicanai untuk melahirkan seorang insan yang
berguna untuk kebaikan ramai. Untuk membuktikan cinta kepada ruang
demokrasi langkah yang paling awal ialah untuk turut sama di dalam
pertubuhan NGO seperti ADIL atau SUARAM yang sedang berjuang untuk
memperluaskan ruang demokrasi bukan saja untuk pelajar tetapi untuk
seluruh rakyat negara ini.

kta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh
kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta
sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan
peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej
universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada
tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.

AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar
hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti
sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)

Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on
MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi
makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja
kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.


Student Power

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah student power
membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang
mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang
anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan
khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak
praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan
khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

Salah Tafsir

Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang
melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu
untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar
seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam
Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf
pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya
semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa pemimpin tidak lahir dibilik kuliah
tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah,
menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat.

Kesedaran sebagai pengundi muda akhirnya meresapi mahasiswa institusi pengajian tinggi
(IPT) negara berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang
membolehkan mereka membabitkan diri secara bebas dengan aktiviti politik kepartian
kecuali di kampus.
Ini satu perkembangan yang sangat positif terutama dalam usaha kerajaan untuk membawa
golongan itu bersama-sama terbabit dalam proses demokrasi negara.

Bagaimanapun, di tengah perancangan dan perapian untuk melahirkan mahasiswa matang
politik serta mampu mendukung nilai murni, wujud segelintir mahasiswa yang bagaikan
mahu mencurah minyak terhadap proses yang dilakukan itu.

Mereka bukan saja memalukan imej sebagai mahasiswa terpelajar, malah sikap kurang ajar
atau berani tidak bertempat itu mampu menimbulkan kepincangan
terhadap mahasiswa lain.
Mengapa wujudnya mahasiswa yang berfikiran dangkal itu?

Antaranya gerakan penentangan daripada pihak tertentu dalam institusi. Meskipun hanya
sebilangan kecil, kesannya sangat berpengaruh terutama jika mahasiswa
yang mendengar bersikap ekstrem.

Biarpun hak kebebasan bersuara milik semua, kecenderungan pihak terbabit menggunakan
platfom seperti kuliah untuk menyampaikan hujah terhadap sesuatu parti politik amat
dikesali.

Institusi perlu dijadikan tempat berkecuali daripada sebarang aktiviti berbaur politik lebih-
lebih lagi politik kurang sihat.

Ini kerana kecenderungan mahasiswa hari ini terhadap sesuatu isu politik sangat kritikal.
Kewujudan pihak tertentu yang menyemarakkan lagi minat keterlaluan
terhadap isu terutama isu sensitif tidak disangkal lagi menjadi antara faktor wujudnya
mahasiswa bertindak di luar batasan.

Perkembangan politik tanah air yang menuju transformasi baru seharusnya turut
menjadikan mahasiswa semakin matang. Tindakan itu perlu selari dengan nilai intelektual
yang diajar serta dicambah di menara gading.

Provokasi melampau bukan saja menurunkan nilai mahasiswa di mata masyarakat, malah
akan menjadikan mereka seperti bahan gunaan pihak tertentu.

Justeru, jangan biarkan masyarakat menilai atau meletakkan tahap mahasiswa di tempat
paling bawah.

Jadikan nilai mahasiswa sebagai hak eksklusif yang tersendiri dan tidak boleh diganggu
gugat oleh sesiapapun.
- See more at:
http://www2.hmetro.com.my/articles/Jadilahmahasiswamatangberpolitik/Article#sth
ash.msjG2EEj.dpuf

Kewujudan AUKU telah berjaya melahirkan ramai mahasiswa yang kritis. Begitu
pun, ada sesetengah pihak melihat kewujudan AUKU ini sebagai menyekat
kebebasan mahasiswa meluahkan pandangan atau pendapat mereka terhadap
sesuatu isu yang berlaku di dalam dan di luar negara.

AUKU pada hakikatnya bertujuan untuk melahirkan golongan akademik yang
terdiri daripada pensyarah mahupun mahasiswa agar dapat menguasai kemahiran
intelektual secara total dan berdaya saing pada peringkat lokal mahupun
antarabangsa. Pemansuhan atau pemindaan AUKU sering diperlihatkan lebih
berbentuk memberi kebebasan mahasiswa untuk aktif dalam politik.

Pembabitan mahasiswa dalam politik secara aktif boleh mendatangkan kebaikan
dan kelemahannya tersendiri. Seperti yang termaktub di dalam AUKU, mahasiswa
dilarang terbabit secara aktif dalam politik tanah air.
Mahasiswa dilarang menjadi ahli mana-mana parti politik, sama ada di dalam
mahupun di luar negara. Namun, mereka tidak dihalang untuk menjalankan
tanggungjawab seperti mengundi bagi mereka yang telah layak mengundi.
Peraturan ini diperkenalkan bertujuan agar golongan mahasiswa boleh
membentuk jati diri yang berwibawa dengan identiti tersendiri tanpa terikat oleh
peraturan politik kepartian di dalam kampus.

Namun, persoalan seterusnya yang perlu dijawab sebelum mahasiswa terbabit
secara aktif dalam politik ialah adakah mahasiswa kritis ini mampu menilai
keseluruhan maklumat sebelum menyertai mana-mana parti politik secara aktif?
Pelbagai jenis maklumat perlu dipertimbangkan sama ada maklumat itu adalah
daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Perdebatan atau diskusi
secara profesional tanpa dipengaruhi oleh emosi dalam hal kebebasan bersuara
dan berpolitik sangat baik dan boleh memberi impak yang positif kepada
pembangunan pemikiran insan.

Bagaimanapun, pendedahan kepada maklumat yang tidak lengkap daripada
mana-mana pihak atau kebebasan bersuara yang dipengaruhi oleh emosi akan
menjurus kepada kelemahan dalam membuat keputusan yang tepat. Mahasiswa
kritis tidak boleh dipengaruhi oleh emosi semata-mata tanpa memberi
pertimbangan kepada fakta yang nyata dalam membuat sebarang keputusan.

Dari sudut pandangan yang lain pula, pembabitan aktif mahasiswa di dalam politik
boleh memberi kebaikan, iaitu mahasiswa yang kritis mampu menilai baik dan
buruknya sesebuah parti dalam sistem pemerintahan negara. Maka, kelebihan ini
boleh menyemarakkan lagi tahap pemikiran kritis mahasiswa dalam membuat
keputusan. Ini jelas memberi kebaikan yang nyata kepada mahasiswa itu dalam
mengasah bakat dan kemahiran berfikir.

Oleh itu, keperluan pelaksanaan AUKU tidak boleh dilihat untuk menyekat
kebebasan mahasiswa memberi pandangan mahupun mengkritik sistem
pendidikan atau pemerintahan negara semata-mata. Pelaksanaan AUKU secara
tepat dan telus sebenarnya memberi ruang dalam melahirkan masyarakat yang
harmoni. Selain itu, pelaksanaan AUKU boleh mengelakkan mahasiswa agar tidak
terlalu mendesak kepada kebebasan bersuara dalam politik tanah air. Ini
bertujuan mengelakkan mahasiswa terlalu leka berpolitik dan harus memberi
tumpuan sepenuhnya kepada bidang pengajian.

Pemikiran kritis yang dianugerahkan kepada sesetengah mahasiswa perlu
digunakan sebaiknya agar tidak dipengaruhi oleh elemen luar kampus yang boleh
menjejaskan tumpuan pembelajaran. Kerajaan telah membelanjakan berbilion
ringgit bagi melahirkan mahasiswa yang berkualiti untuk pembangunan negara.
Sekiranya kebebasan diberikan secara total tanpa sekatan atas alasan
menyemarakkan atau mengasah pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa,
dikhuatiri mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Ini akan
merugikan negara dan masa depan seseorang mahasiswa.

Bagaimanapun, sekiranya mahasiswa kini telah matang dalam membuat penilaian
dalam pelbagai isu dan perkara, maka tidak salah sekiranya kebebasan dengan
kelonggaran AUKU diberikan kepada mereka dalam menyuarakan pandangan. Hal
ini boleh memberikan percambahan idea dan kebaikan yang nyata agar pihak
pembuat dasar dapat mendengar secara terus daripada golongan ini.

Sekiranya hal ini perlu dilaksanakan maka satu garis panduan yang nyata dan jelas
hendaklah dirangka agar matlamat sebenar mahasiswa melangkah ke universiti
tidak tergadai disebabkan oleh emosi dalam meluahkan pandangan mengenai
kebebasan.

Kesimpulannya, manusia yang kritis selalunya akan meluahkan pemikiran yang
lebih kritikal atau pandangan yang tidak selari dengan fahaman kebiasaannya
kerana ada logiknya pandangan mereka ini. Namun, setiap individu harus
memahami bahawa hidup ini tidak boleh lari daripada mempunyai garis panduan
dan undang-undang dalam setiap hal kehidupan. Ini kerana kehidupan manusia
tidak akan aman sekiranya wujud kebebasan mutlak dalam sistem kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai