Anda di halaman 1dari 37

Ekonomi Malaysia Masalah

dan Prospek
Ekonomi Malaysia akan terus dipengaruhi oleh
kedudukan ekonomi dunia. Ini adalah disebabkan
Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka.
Keadaan ketidakpastian masih di menyelubungi ekonomi
dunia. Pengangguran dan kadar faedah yang tinggi
masih melanda negara-negara perindustrian. Dalam
usaha untuk memperbaiki keadan ekonomi negara-
negara negara-negara ini telah mengurangkan
permintaan berkesan dari negara-negara membangun.
Di samping itu negara-negara ini melaksanakan
berbagai polisi perlindungan terhadap negara-negara
membangun dengan bertujuan untuk melindungi
kepentingan ekonomi mereka.
Dalam keadaan ketidakpastian ini, ramalan-ramalan yg tepat
sukar dibuat dan jika dilakukan pun kita tidak boleh terlalu
berkeyakinan terhadapnya. Oleh itu timbul persoalan sama ada
pemulihan ekonomi yang berlaku ini bersifat sementara, jangka
pendek atau jangka panjang.

Kelembapan ekonomi global disebabkan oleh kemorosotan di US
yang melebihi jangkaan, kelembapan ekonomi Jepun serta
pertumbuhan permintaan domestik dan keyakinan pengguna
yang lenah telah menjadi tidak menentu akibat serangan ke atas
US pada 11 Sept 2001 dan operasi ketenteraan US dan
sekutunya untuk memerangi keganasan.

Implikasi ekonomi dan kewangan berikutan insiden ini telah
menjejaskan keyakinan pengguna dan sentimen pelabur. Justuru
itu, hal ini telah meningkatkan tahap ketidakpastian tehadap
pemulihan awal pertumbuhan ekonomi global.

Pertumbuhan dalam keluaran dunia turun kepada 2.6 %.
KDNK benar bagi negara-negar maju turun kepada 1.35
pada tahun 2000 disebabkan oleh kelembapan ekonomi
US, kelembapan ekonomi Jepun yang berterusan
kelemahan permintan di kawasan Euro dsb. Pada tahun
2001, negara-negara perindustrian baru turut mengalami
pertumbuhan yang jauh lebih perlahan iaitu pada 1 %
akibat daripada permintaan yang jauh lemah terutama
bagi barang elektronik.
Inflasi di kebanyakkan negara maju kekal pada tahap
rendah iaitu 2.4 % berikutan keadaan deflasi harga yang
ketara di Jepun serta kenaikan harga pengguna yang
lebih rendah di US dan Eropah.
Kegawatan Ekonomi 1997/98
Pengenalan
Kegawatan ekonomi telah melanda rantau Asia pada pertengahan
tahun 1997. Kegawatan ekonomi ini dianggap sebagai krisis yang
paling buruk bebanding dengan kegawatan ekonomi tahun 1980an
kerana kemelesetan ini berlaku serentak dengan krisis kejatuhan
nilai mata wang.
Serangan spekulasi terhadap mata wang baht yang bermula pada
pertengahan tahun 1997 telah merebak ke seluruh rantau asia
Timur. Krisis mata wang dan keadaan pasaran yang tidak stabil ini
mencapai kemuncaknya pada September 1997, apabila kejatuhan
teruk pasaran saham BSKL turut dirasai oleh Bursa Saham Hong
Kong dan Tokyo.Kemerosotan mata wang yang melanda rantau
Asia Timur pada tahun 1997/98 adalah krisis ekonomi yang paling
serious dalam sejarah negara kita.
Peniaga dan spekulator dana kewangan dalam pasaran pertukaran
antarabangsa telah dikaitkan dengan kejatuhan nilai mata wang
negara-negara Asean.
Pengenalan
Kegawatan ekonomi ini telah mendatangkan pelbagai kesan buruk
ke atas negara-negara Asia, termasuk Malaysia. Kegawatan ini
telah mendatangkan kesan meruncing ke atas ekonomi Malaysia
dengan pertumbuhan ekonomi telah menguncup terutama pada
separuh pertama tahan 1998. Hakisan kekayaan kewangan negara
yang berlaku adalah mendalam. Hal ini dapat dicerminkan oleh
kejatuhan yang besar dalam pasaran saham BSKL. Perkembangan
ini telah mendatangkan kesan yang tidak di ingini terhadap ekonomi
dan kesejahteraan sosioekonomi negara.
Punca kegawatan

Pada umumnya punca kegawatan boleh
dibahagikan kepada faktor luaran dan
faktor dalaman.
Faktor dalaman kelemahan asas-asas ekonomi,
kelemahan sistem kewangan (perbankan) dan
kelemahan dasar ekonomi makro
Faktor luaran kelemahan sistem kewangan
antarabangsa dan kegiatan spekulator.
Punca Kegawatan
Krisis yang belaku di Asia bukan semata-mata disebabkan oleh
jangkitan dari negara-negara lain tetapi disebabkan oleh kelemahan
faktor-faktor asas makroekonomi negara masing-masing.
Ketidakseimbangan akaun semasa dan pertumbuhan yang pesat
hutang luar disebabkan oleh pertambahan pelaburan serta
penggunaan yang berlebihan dan sering berlaku dalam sektor yang
tidak sesuai iaitu dalam sektor aset benar dan spekulatif.
Pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa IMF krisis ekonomi
berpunca drp kelemahan sistem kewangan dan corak pentadbiran
negara berkenaan,. Struktur kewangan yang lemah ini disebabkan
oleh wujudnya pengawasan, penilaian dan pengurusan risiko
kewangan yg lemah, serta pengekalan kadar pertukaran yang relatif
tetap.
Kelemahan sistem pengurusan negara seperti penglibatan kerajaan
dalam sektor swasta yg menimbulkan saingan yg tidak sihat,
kekurangan ketelusan dalam perakaunan korporat dan penyebaran
maklumat kewangan telah menambah lagi masalah kegawatan ini.
Punca Kegawatan
Pendapat bank dunia-sependapat dengan IMF, kelemahan sektor
kewangan telah menyebabkan pelaburan yang merugikan dan
meningkatnya hutang yang tidak terbayar (NPL).

Pendapat Paul Krugman ( dari MIT), Corsetti, Pesenti, dan Roubini
- berpendapat bahawa krisis ini berpunca drp kelemahan struktur
khususnya dalam sektor perbankan dalam negeri dan dasar
ekonomi makro yg tidak kukuh di samping isu bencana moral (moral
hazard), iaitu, tanggapan pelabur bahawa terdapat jaminan kerajaan
ke atas pinjaman mereka drp pemberi pinjaman
antarabangsa.Seterusnya krisis di dikaitkan dengan isu financial
panic iaitu penyataan bahawa negara-negara yang terlibat dalam
kegawatan mempunyai asas ekonomi yang kukuh sewaktu prakrisis.
Pandangan ini telah memberikan penekanan kepada peranan
jangkaan, keadaan kucar-kacir, dan penyelarasan yang keterlaluan
yang menjadi punca krisis .
Punca kegawatan
Rudi Dornbusch (MIT) mengkaitkan kegawatan ekonomi Asia
dengan kemudahrapuhan ekonomi negara berkenaan apabila
terdedah kepada modal atau instrument kewangan luar kerana
ketidaksempadanan antara kematangan aset , donominasi mata
wang dengan tanggungan sistem kewangan dan bilangan
perbadanan yang banyak di Asia.

Jagdish Bhagwati (Universiti Columbia) sebahagiannya adalah
berpunca drp liberalisasi kewangan yang pesat di negara-negara
tersebut tanpa kerangka dasar dan institusi yang mencukupi.
Kegagalan dalam pasaran modal boleh menjadi lebih serious
ekoran drp maklumat yang tidak mencukupi dan masalah
ketidaksepadanan antara aset dan tanggungan
Punca Kegawatan
Dr. Mahathir Mohamad kegawatan mencerminkan kelemahan
dalam pengurusan kewangan antarabangsa. Beliau menegaskan
bahayanya aliran spekulasi aliran modal jangka pendek yg tidak
menentu terhadap perdagangan dan ekonomi negara. Spekulator
besar boleh mempengaruhi pasaran kewangan untuk faedah mereka
dengan menjejaskan ekonomi negara kecil . Perdagangan mata
wang menjadi besar berbanding dengan perdagangan dalam
barangan dan perkhidmatan hanya menyumbang kpd ketidaktentuan
pergerakan mata wang dan seterusnya mengakibatkan berlakunya
krisis kewangan di negara terbabit. Oleh itu beliau menyarankan satu
makanisma antarabangsa untuk mengawal aliran modal jangka
pendek.
Krisis keyakinan menjadi punca berlakunya kegawatan. Para pelabur
mempunyai keyakinan yang rendah terhadap ekonomi Malaysia. Ini
adalah jelas jika dilihat kepada apa yg berlaku kpd harga saham-
saham yang jatuh dengan mendadak dalam pasaran BSKL. Modal
pelaburan yang dahulunya dilabur dalam pasaran saham tempatan
telah keluar ke pasaran yang lebih selamat
Impak Ekonomi
Kesan krisis ekonomi mula dirasai pada akhir tahun
1997 apabila KDNK sebenar berkembang pada kadar
perlahan dan mencatatkan pertumbuhan negatif bermula
pada suku pertama 1998. Kadar pertumbuhan ekonomi
negara telah menguncup kepada -7.4 % setahun pada
tahun 1998 akibat masalah deflasi krisis kewangan
negara.
Penguncupan ini berlaku kerana kekurangan permintan
dalam negeri. Permintaan dalam negeri lemah
disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah hakisan
kekayaan sektor swasta akibat daripada kejatuhan harga
saham dan nilai aset dsb

Impak Ekonomi
a) Kadar petumbuhan yang lembap
b) Kejatuhan nilai ringgit
c) Kejatuhan pasaran saham
d) Pelaburan
e) Imbangan pembayaran
f) Pengeluaran mengikut sektor
g) Hutang luar negara
h) Peningkatan kadar faedah
i) Peningkatan kadar inflasi
Ekonomi negara kembali pulih pada tahun 1999 dengan
mencatatkan pertumbuhan positif 5.8%. Pemulihan ini
didorong oleh langkah-langkah dan tindakan dasar yang
telah dilakukan oleh kerajaan seperti dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi
Negara(MTEN) serta perkembangan yang menggalakan
dari dalam dan luar negeri .
Impak Ekonomi
Kejatuhan nilai ringgit
Krisis ekonomi telah menyebabkan pergerakan kadar
pertukaran ringgit Malaysia menjadi tidak menentu dan
merosot. Nilai ringgit mula merosot menjelang bulan
Julai 1997 sehingga Ogos 1998.
Kadar pertukaran terus berubah dan tidak menentu
sepanjang tahun 1998 sehingga kerajaan mengambil
keputusan untuk menetapkan ringgit pada kadar US
$0.2632 berbanding dengan satu ringgit Malaysia
(US$1 = RM3.80 )
Kesan kejatuhan nilai mata wang telah menjejaskan
ekonomi serantau. Antaranya ialah membawa kepada
penutupan 36 buah institusi kewangan di negara Thai
dan Indonesia.
c) Kejatuhan pasaran saham
Krisis mata wang menimbulkan kesan yang ketara kepada pasaran
aset kewangan tertamanya pasaran saham. Krisis ini telah
menyebabkan harga saham di BSKL jatuh dengan teruknya. Indeks
komposit yang berada pada paras 1100 mata pada bulan jun dan
Julai 1997 telah menjunam sehingga kira-kira 500 mata pada bulan
Januari 1998. Kejatuhan saham secara menyeluruh telah
menyebabkan hakisan kekayaan.
d) Pelaburan
Keadaan turun naik dalam ringgit yang tidak menentu telah
menyebabkab keputusan untuk melabur sukar. Keadaan tidak
menentu dalam ekonomi telah menjejaskan keyakinan pelabur
terhadap prestasi ekonomi dan tidak menggalakkan aktiviti
pelaburan. Pelaburan langsung asing (FDI) telah merosot drp US
$6.5 billion pada tahun 1997 kepada US$ 2.7 bilion pada tahun
1998.
e) Imbangan pembayaran
Kejatuhan nilai ringgit mewujudkan lebihan
akaun dagangan yang lebih besar dan
mengimbangi defisit yang lebih tinggi dalam
akaun perkhidmatan serta mengakibatkan
lebihan dalam imbangan pembayaran semasa
dan defisit imbangan pembayaran mengecil
dalam tahun 1998. Kejatuhan nilai ringgit
berbanding dengan pesaing negara lain boleh
menyumbang kpd peningkatan dalam daya
saing eksport Malaysia.
f) Pengeluaran mengikut sektor
Berikutan krisis ekonomi, permintaan telah berkurangan,
penawaran berlebihan dan kekangan penawaran
berlaku.Kesemua ini menyebabkan pengeluaran sektor
utama terjejas. Ekoran daripada ini, pengeluaran sektor
utama dan sekunder merosot manakala nilai ditambah
sektor perkhidmatan meningkat pada kadar yang
perlahan.
Sektor-sektor perkilangan,pembinaan,pertanian dan
perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan negatif pada
tahun 1998 akibat daripada krisis kewangan yang
melanda negara pada masa itu. Manakala pertumbuhan
sektor perlombongan adalah perlahan.
f)Hutang luar negara
Penyusutan nilai ringgit telah membawa kesan
negatif terhadap kedudukan hutang negara.
Hutang luar Malaysia dalam sebutan ringgit
telah meningkat sebanyak 48 % kepada RM171
bilion atau 64 % drp KDNK pada akhir tahun
1997 berbanding dengan paras hutang sebelum
krisis ,iaitu, RM115.3 bilion atau 43 % drp KDNK
pada Jun 1997. Hal ini menunjukkan negara
telah mengalami kerugian besar akibat drp
penilaian semula kadar pertukaran.
g) Peningkatan kadar faedah
Krisis ini telah menyebabkan kadar pinjaman antara bank meningkat.
Hal ini secara langsung memberikan implikasi kepada peningkatan
dalam kadar faedah ke atas pinjaman yang diberikan oleh bank
terhadap orang ramai. Peningkatan kadar faedah ini telah
menambahkan lagi masalah yg dihadapi oleh orang awam termasuk
peniaga terpaksa membayar khidmat hutang yang lebih tinggi.

h) Peningkatan kadar inflasi
Krisis ekonomi yang melanda negara juga telah menyebabkan harga
barangan naik secara mendadak bukan sahaja barangan import
tetapi juga barangan tempatan. Pada tahun 1997 kadar inflasi
adalah 2.6 % tetapi ianya telah naik kepada 5.3 % akibat drp
peningkatan harga-harga barangan.
Impak Sosial
a) Pengangguran yg tinggi
b) Kemiskinan
c) Pemilikan ekuiti Bumiputra merosot
d) Masalah penghantaran pelajar ke luar
negeri
Pelan Pemulihan Ekonomi
Malaysia (PPEM)
Langkah pemulihan awal ialah dengan
menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) yang bertanggungjawab
menyediakan Pelan Pemulihan Ekonomi
Negara (PPEN)
Matlamat dan Program yang dilaksanakan

Mensetabilkan nilai ringgit
Bertukar rejim pertukaran asing kpd
sistem pertukaran tetap
Meningkatkan rizab luar negara
Menerima pakai kadar faedah yg
berimbang
2.Mengembalikan keyakinan pasaran kawasan
Memperbaiki suasana ketelusan dan kawal diri
Mengadakan peraturan bagi membantu industri
dan syarikat yg menghadapi masalah
Meningkatkan konsistensi dasar kerajaan
Mengamalkan dasar-dasar liberal dan
berasaskan pasaran
Memperbaiki sistem penyebaran maklumat
ekonomi.
3. Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan
Mengekalkan integriti sistem perbankan
Menubuhkan agensi-agensi seperti Federal
Deposit Insurance Corporation (FDIC),
Danamodal, Danaharta dll.
Suntikan modal sektor perbankan
Mengawal dgn rapi pertumbuhan keseluruhan
kredit
Memperbaiki pasaran modal
Membangunkan pasaran Sekuriti Hutang
Persendirian (PDS)
4. Memperbaiki asas-asas ekonomi
Meningkatkan kualiti pelaburan
Memperbaiki kedudukan imbangan pembayaran
Mengekalkan kedudukan kewangan berimbang
sektor awam
Mengekalkan dasar kewangan yg bersesuaian
Mengekalkan kestabilan harga
Meningkatkan daya saing buruh
5. Merancakkan semula sektor yg terjejas
Komoditi-komoditi utama dan industri-industri
berasaskan sunber
Petroleum dan perlombongan lain
Perkilangan
Teknologi maklumat dan koridor raya multimedia
Industri motor
Pembinaan dan hartanah
Infrastruktur, pengangkutan. Penghantaran fret
Pelancongan
Institusi-institusi kewangan pembangunan perindustrian
Insurans dan insurans semula
Kawalan pertukaran terpilih
Tindakan balas Malaysia terhadap krisis yang terpenting adalah
dengan pengenalan kawalan pertukaran wang terpilih. Ini adalah
perlu kerana risiko terhadap ketidakstabilan yang berterusan telah
berlanjutan lebih daripada setahun semenjak permulaan krisis
walaupun Malaysia mempunyai asas ekonomi yang agak kukuh dan
program penstrukturan semula.

Langkah dijalankan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu, iaitu,
melenyapkan kebolehan spekulator mendapatkan ringgit dengan
mengurangkan ringgit di pasaran luar pesisiran dan menghadkan
bekalan ringgit kepada spekulator.

Selain drp ini, langkah ini juga bertujuan untuk menstabilkan aliran
modal jangka pendek dan dibentuk dengan teliti untuk
meminimakan kesan langkah tersebut kpd ekonomi.
Kawalan Pertukaran Terpilih
Mulai 1hb September 1998, kerajaan telah mengenakan
kawalan pertukaran terpilih dan menetapkan kadar
pertukaran wang pada RM3.80 bagi dollar US
menunjukkan yang ringgit telah mengalami susut nilai
sebanyak 34 % berbanding dengan paras sebelum
krisis. Dasar ini telah dilaksanakan dalam semua
perdagangan dengan kebanyakkan negara-negara
asing.
Dasar ini bertujuan untuk mengawal pembayaran dan
penerimaan negara di samping menggalakkan
penggunaan sumber kewangan negara untuk tujuan
yang produktif.
Cabaran dan Prospek
Sebelum kegawatan ekonomi melanda negara pada tahun1997/98,
Malaysia merupakan salah satu negara di Rantau Asia Tenggara
yang paling pesat membangun. Arah aliran pertumbuhan ekonomi
yang pesat dan berterusan dalam dekad 80an dan 90an menjadikan
Malaysia negara yg progresif, dinamik, berdaya tahan, makmur dan
memiliki sebuah ekonomi yang mampu bersaing menjelang tahun
2020.

Berasaskan ramalan pertumbuhan ekonomi yg kukuh dan
berterusan pada kadar 7 % sehingga tahun 2020, dijangkakan
KDNK negara bertambah drp RM115000 juta pada tahun 1990
kepada RM 920000 juta pada tahun 2020. Manakala pendapatan
per kapita meningkat kepada RM 26000 berbanding RM 6180 pada
tahun 1990. Jika kadar pertumbuhan ini dapat dikekalkan sehingga
tahun 2020, perkembangan ekonomi Malaysia adalah yang tertinggi
berbanding negara-negara perindustrian.
Pertumbuhan sektor utama seperti pertanian dan
perlombongan dalam tempoh 30 tahun akan
berkembang dengan kadar yg perlahan.
Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan
yang pesat menjelang tahun 2020 iaitu pada kadar 40 %
berbanding pertumbuhan keluaran sekarang 27 %.
Walaupun prestasi sektor pembuatan pada amya adalah
memuaskan, tetapi pembangunannya masih bercirikan
asas perindustrian yang sempit. Penekananan lebih kpd
usaha meningkatkan kandungan teknologi, kecekapan
dan daya pengeluaran produk-produk perlu
dikembangkan di sektor-sektor kecil tradisional.
Sektor perkhidmatan moden juga akan juga mengalami
perkembangan menggalakan dalam tempoh 30 tahun akan datang
walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka merosot.
Sektor ini dijangka meningkat kepada kira-kira 50 % pada tahun
2020.

Keseluruhan sumbangan keluaran sektor utama , perindustrian dan
perkhidmatan pada masa akan datang bergantung kpd peningkatan
nilai ditambah, kemahiran, pengetahuan dan intensiti aktiviti
teknologi yang digunakan. Berdasarkan anggaran sumbangan
sektor-sektor ini dalam ekonomi negara pada tahun 2020 , adalah
dijangkakan ekonomi Malaysia akan berada dalam lingkungan
ekonomi membangun atau boleh dikategorikan sebagai negara
maju, berbanding masa sekarang yang masih berada dalam
ekonomi berpendapatan sederhana.
Cabaran Malaysia pada tahun-tahun akan datang adalah
bergantung kepada sejauh mana keupayaan negara menyediakan
landasan yang kukuh melalui peroses penyerapan teknologi moden
di samping mempertingkatkan kemahiran dan pendedahan pekerja
kepada teknologi baru.
Prospek ekonomi Malaysia pada tahun-tahun akan datang
bergantung kepada bagaimana negara mengurus ekonominya dan
langkah-langkah yang akan diambil untuk menghadapi kegawatan
ekonomi yang melanda negara-negara Asia dan pemulihan ekonomi
dunia.
Strategi belanjawan dan rangsangan fiskal untuk memperbaiki
imbangan pembayaran seperti penjimatan perbelanjaan awam,
mengurangkan pinjaman luar, galakan fiskal dan kewangan dan
sebagainya perlu diteruskan.
Sektor swasta dijangka memainkan peranan yang lebih
besar dalam proses pembangunan ekonomi akan
datang. Dengan pengecilan saiz sektor awam peranan
yang lebih adalah diharapkan drp sektor swasta. Dasar
penswastaan yang lebih cekap akan menjamin
penyertaan yang lebih berkesan drp sektor swasta.
Permintaan luar akan banyak bergantung kpd arah aliran
dasar fiskal dan kewangan US dan bagaimana tindak
balas negara-negara perindustrian terhadap arah aliran
tersebut.
Prospek Ekonomi 2005
Ekonomi dunia bertambah pulih-bertambah kukuh. Pertumbuhan
ekonomi dunia dianggarkan 4.6 % dengan dagangan meningkat 6.8
% pada tahun 2004. Amerika dijangka menaikan kadar faedah
secara berperingkat untuk mengekang masalah inflasi yang
meningkat . Harga minyak yang tinggi dan tidak stabil mewujudkan
suasana tidak menentu yang mungkin akan memberi kesan kepada
pertumbuhan global.
Persekitaran luar yg menggalakkan ini adalah di antara faktor yang
telah melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara kepada 7.6 % pada
suku pertama 2004 dan 8% pada suku kedua. Pertumbuhan tersebut
merupakan antara yg tertinggi di rantau ini. Momentum cergas ini
dijangka berterusan bagi seluruh tahun 2004. Petumbuhan di
anggarkan pada 7 peratus tahun ini, lebih tinggi dari sasaran
awal.
Pelaburan swasta telah kembali pesat dengan pertumbuhan
sebanyak 14.8 % dalam tahun 2004 berbanding dengan
pertumbuhan negatif pada tahun 2001. Eksport juga berkembang
pesat didorong terutamanya oleh permintaan global barangan elektrik
dan elektronik, kimia dan produk kimia serta optik dan peralatan
saintifik.
Penggunan swasta turut cergas berkembang pada kadar 9.3 %. Ini
membuktikan sektor swasta mampu menjadi pemacu utama
menjana pertumbuhan ekonomi.Sumber pembiayaan tidak menjadi
masalah memandangkan tabungan negara tinggi,iatu sebanyak
34.5 % drp KDNK.
Pada keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi domestik adalah
berasas luas, diterajui oleh sektor pembuatan 10.5 %, perkhidmatan
6 %, perlombongan 5 % dan pertanian 2.8 %.
Negara terus mencatatkan lebihan jumlah dagangan luar sejak
November 1997 selama 81 bulan berturut-turut. Akaun semasa
imbangan pembayaran terus mantap dengan lebihan 14.1 % dari
KNK. Negara terus menikmati gunatenaga penuh dangan kadar
inflasi yang rendah. Kadar pengangguran adalah pada tahap 3.5 %.

Sumber : Ucapan Bajet 2005

Beri Nilai