Anda di halaman 1dari 1

Selamat Sejahtera,

Guru ialah individu yang mengurniakan ilmu serta bimbingan kepada orang lain di
dalam hidupnya. Guru merupakan insan yang diumpamakan sebagai lilin yang sedang
menyala dimana guru sedia mengorbankan dirinya untuk memberi cahaya kepada
muridnya.
Perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan bermaksud keadaan
alam pekerjaan guru itu sendiri atau profesion guru. Antara kriteria yang perlua ada
kepada seorang guru untuk menjadi pendidik yang profesional ialah
pengusaan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk membolehkan
mereka mendidik serta meningkatkan keberkasanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Ini adalah kerana, guru merupakan individu yang membentuk, melahirkan
minat serta kesediaan untuk menimba ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk
pembangunan negara.
Selain itu, guru seharusnya mempunyai kriteria pematuhan kod etika perguruan. Kod
etika perguruan meruapakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan
perlakuan guru. Kod ini juga merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk
profesion perguruan dimana Guru merupakan sebuah profesion yang profesional dan
ini bermakna seseorang guru itu haruslah mematuhi peraturan yang terkandung dalam
kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion
dalam menjalankan tugas harian.
Seterusnya, guru seharusnya mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis supaya
proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan. Guru perlu mevariasikan
teknik mengajar berdasarkan konsep kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh
Horward gardner.Selain kaya dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi ,
guru juga harus mempunyai kemahiran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
tersebut kepada para pelajar secara efektif.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai