Anda di halaman 1dari 14

MODUL BIMBINGAN

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1


PROGRAM GURU PENYAYANG



Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Salam Perkenalan (Bina Hubungan)
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Mengenali rakan baru
2. Berinteraksi dengan rakan baru
Masa : 60 minit
Bahan : Kad warna (merah, biru, kuning, hijau dan hitam)
Langkah-langkah :
1. Guru memperkenalkan warna-warna kepada murid
2. Guru mengedarkan kad-kad warna kepada murid
3. Guru mengarahkan murid beradar mengikut kad warna yang sama
4. Guru meminta murid memperkenalkan ahli dalam kumpulan warna yang
sama (nama penuh dan nama panggilan)
5. Guru meminta beberapa orang murid dating ke hadapan. Murid akan
memperkenalkan diri dan menyebut nama ahli kumpulan.
Penilaian : Murid boleh menyebut nama rakan baru
Rumusan : Murid akan dapat mengenali rakan-rakan baru di dalam kelas
Falsafah : Hidup perlu berkomunikasi di antara satu sama lain



MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG



Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Potensi Diri Siapa Saya
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Membina keyakinan diri
2. Menyatakan potensi diri memperbaiki kelemahan diri sendiri
Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran
Langkah-langkah :
1. Guru bersoaljawab tentang sifat-siafat terpuji.
2. Guru mengaitkan sifat-sifat terpuji dengan diri murid.
3. Guru mengedarkan lampiran kepada murid.
4. Murid menyiapkan lampiran
5. Guru dan murid berbincang mengenai lampiran
Penilaian : menyiapkan lampiran yang diberikan
Rumusan : murid menyedari dan menghargai potensi dirinya dan bakat yang ada
Falsafah : Harga Diri Sendiri





Siapa Saya

Nama :.........................................................................................
Tahun :.........................................................................................

Arahan : isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.







1 Yasmin memberi sedikit wang kepada kawannya yang miskin


2 Raihanah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh
gurunya.


3 Muhammad Luqman membongkokkan badannya apabila
berjalan di hadapan ibunya.


4 Fatin bersedekah kepada fakir miskin.
.

5 Farhan menolak ajakan akan-rakannya ke kafe siber


6 Ramzi membantu rakan-rakan di dalam kumpulannya.


7 Aiman tiba ke sekolah tepat pada waktunya.


8 Halijah memaafkan rakan-rakan yang telah membuat salah
kepadanya


9 Adi memberi salam kepada guru-guru yang masuk ke kelasnya


10 Nazri membantu ayahnya membasuh kereta setiap hujung
minggu.




bertanggungjawab berdisiplin bersopan santun
menghormati baik hati suka membantu
pemurah tegas diri rajin
kerjasama
MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Hormati Guru
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
3. Menyebut ucapan bertatasusiala dengan betul
4. Menunjukkan sikap hormat terhadap guru
Masa : 60 minit
Bahan : Kad Perkataan
Assalamualaikum cikgu
Selamat pagi cikgu
Terima kasih cikgu
Maafkan saya cikgu
Selamat sejahtera cikgu

Langkah-langkah :
Guru menunjukkan kad perkataan ucapan bertatasusila kepada murid
1. Guru membimbing murid menyebut ucapan bertatasusila berulang-ulang
2. Guru menerangkan kepada murid situasi yang sesuai menggunakan
ucapan bertatasusila tersebut.
Penilaian : Murid tahu menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi yang
sesuai
Rumusan : Murid menggunakan ucapan bertatasusial untuk menunjukkan rasa
hormat kepada guru.
Falsafah : Hidup perlu beradab
MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG



Bidang : Kerjaya
Tajuk : Cita-cita Saya
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Murid-murid dapat menyatakan pekerjaan yang mereka minat
Masa : 60 minit
Bahan : Kad Imbasan jenis-jenis pekerjaan
Langkah-langkah :
1. Guru bersoaljawab mengenai cita-cita murid.
2. Guru membentangkan kad imbasan jenis-jenis pekerjaan kepada
murid
3. Guru membuat rumusan secara keseluruhan tentang cita-cita

Penilaian : Murid menceritakan tentang cita-cita masing-masing
Murid dapat mengetahui jenis-jenis pekerjaan disekeliling mereka
Rumusan : setiap murid mempunyai cita-cita yang berbeza antara satu sama lain
Falsafah : Manusia harus mempunyai cita-cita untuk membentuk kehiduan pada
masa hadapan




MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Potensi Diri
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Mengurus diri sendiri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri tanpa bantuan orang lain
3. Menanam sifat menyayangi diri sendiri di kalangan diri murid
tersebut
Masa : 60 minit
Bahan : lampiran
Langkah-langkah :
1. Murid yang kemas dipilih menjadi contoh kepada murid lain.
2. Guru berbincang degnan murid tentang kebaikan kebersihan dan kekemasan
diri.
3. Guru menerangkan keperluan murid tentang pengurusan diri.
4. Guru membantu murid dengan memberi motivasi untuk menggalakkan murid
mengurus diri sendirii
Penilaian : Murid mengisi senarai semak pengurusan diri sama ada mereka
mampu mengurus diri secara praktikal
Rumusan : Murid mampu menguruskan diri secara praktikal
Falsafah : kita perlu menyayangi diri sendiri
Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita
Setiap anggota badan perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut
fungsinya
PENGURUSAN DIRI
Senarai Semak Pengurusan Diri

Nama :_______________________________________
Tahun :_______________________________________

Tandakan ( / ) pada petak yang disediakan

Bil Aktiviti Ya Tidak
1 Setiap pagi saya bangun tidur sendiri.

2 Saya memberus gii seminggu sekali

3 Saya mandi pada waktu pagi

4 Saya menyikat rambut dengan rapi

5 Saya memotong kuku setiap minggu

6 Pakaian saya bersih dan kemas

7 Saya mencuci sendiri kasut sekolah

8 Saya memastikan tubuh badan saya sentiasa
bersih

9 Selepas makan saya tidak mencuci tangan

10 Saya tidur dan rehat secukupnya







MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG



Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Pengurusan Tekanan
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Mempelajari cara mengatasi tekanan
2. Mempelajari teknik pernafasan yang betul
Masa : 60 minit
Bahan : lagu (jika perlu)
Langkah-langkah :
1. Guru membimbing murid melakukan aktiviti pernafasan ( menarik dan
menghembus nafas)
2. Guru memberi penerangan tentang kepentingan aktiviti pernafasan.
3. Guru membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
4. Murid diminta mengira 10 hingga 0 secara perlahan-lahan sebanyak 5
kali sambil dibimbing oleh guru (aktiviti di atas)
5. Guru menjelaskan kita menyedut oksigen dan membebaskan karbon
dioksida semasa bernafas.
6. Guru memminta murid melakukan semula aktiviti di atas.
(aktiviti ini sesuai dilakukan dengan iringan muzik)
Penilaian : Murid dapat bernafas dengan cara yang betul
Rumusan : Belajar car hidup yang sihat
Falsafah : Manusia perlu belajar cara mengatasi tekanan
: Kesihatan menjadikan hidup bahagia,
MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : pengurusan Diri
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Menyedar tanggungjawab mengurus diri
2. Mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
3. Mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri
Masa : 60 minit
Bahan : bedak, sikat rambut, pengetip kuku, getah pengikat rambut
Langkah-langkah :
1. Guru memulakan aktiviti dengan memeriksa kuku murid.
2. Guru memilih 2 orang murid (lelaki dan perempuan) yang berpakaian
lengkap dan kemas untuk dijadikan model.
3. Guru menerangkan tentang cirri-ciri kekemasasn diri yang ada pada
kedua-dua model tersebut.
4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan
5. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil dan menghiaskannya
untuk diajdikan model paling kemas.
6. Guru membuat rumusan dan penilain berdasarkan penampilan model dari
setiap kumpulan.
Penilaian : Murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara menjaga kebersihan dan
kekemasan diri
Rumusan : Kekemasan dan kebersihan diri adalah penting dalam kehidupan
Falsafah : Kebersihan sebahagia daripada iman
MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Keluarga saya
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Murid dapat memahami hierarki dalam keluarga
2. Murid dapat menyatakan salasilah keluarga mereka.
3. Murid dapat menghormati keluarga masing-masing dengan
panggilan yang betul.
Masa : 60 minit
Bahan : carta keluarga
Langkah-langkah :
1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai panggilan-panggilan yang
sesuai dalam keluarga.
2. Guru mengedarkan carta keluarga
3. Murid mengisi maklumat yang terdapat dalam carta
4. Murid membentangkan hasil kerja masing-masing
5. Guru membuat rumusan secara keseluruhan
Penilaian : Murid dapat menyiapkan carta Keluarga Saya
Rumusan : Setiap ahli keluarga mempunyai panggilan khusus berdasarkan
kedudukan dalam keluarga
Falsafah : Hormati ahli keluarga


MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Sekolahku
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Menanamkan kecintaan kepada sekolah
2. Mengenali budaya sekolah
3. Mematuhi peraturan sekolah
Masa : 60 minit
Bahan : lampiran
Langkah-langkah :
1. Guru bersoaljawab tentang sekolah murid.
2. Guru menerangkan secara ringkas tujuan datang kr sekolah
3. Guru membawa murid-murid berjalan disekitar sekolah
4. Mengisi lampiran
Penilaian : Murid dinilai daripada lembaran kerja yang diberikan
Rumusan : Murid berupaya menyatkan tujuan hadir ke sekolah dan peraturan-
peraturan yang perlu dipatuhi
Falsafah : Sayangi Sekolah Anda





SEKOLAHKU
Nama :_________________________________________
Tahun:_________________________________________
Nama Sekolah:_______________________________________________________

Arahan : Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul dan tandakan ( x )
pada penyataan yang salah

BIL PENYATAAN TANDAKAN
1 Liza akan membuang sampah ke dalam tong sampah


2 Ravi tidak berbaris ketika membli makanan di kantin


3 Salimah member salam ketika berjumap denngan gur-guru


4 Rahman membuat bising ketika guru tiada di dalam kelas


5 Wiza datang awak ke sekolah setiap hari


6 Razlan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh
guru

7 Lim sentiasa berpakaian kemas ketika hadir ke sekolah


8 Ramon tidak memakai stoking ke sekolah


9 Semua murdi di Kelas 1 Maju bangun dan mengucapkan
salam ketika guru masuk ke kelas


10 Murid berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan








MODUL BIMBINGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 1
PROGRAM GURU PENYAYANG


Bidang : Pendidikan dan Pencegahan
Tajuk : Kami Benci Rokok
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:
1. Mengetahui asap rokok membahayakan kesihatan
Masa : 60 minit
Bahan : lampiran
Langkah-langkah :
1. guru memaparkan lirik lagu SAkit Asap Rokok:
2. Guru membimbing murid menyanyikan lagu tersebut.
3. Murid menyanyikan lagu mengikut kumpulan
4. Guru mengedarkan lembaran
5. Murid melengkapkan lirik lagu tersebut
Penilaian : Murid dapat melengkapkan lirik lagu
Rumusan : Mengetahui bahaya asap roko
Falsafah : Merokok membahayakan kesihatan






Sakit Asap Rokok
( Lagu iraman Tok Wi )

Sakit apa Tok Wi,
Sakit paru-paru,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap rokok.

Sakit apa Tok Wi,
Tidak besar-besar.

Kesan asap rokok,
Badan tidak besar.

Sakit apa Tok Wi,
Sakit telinga, hidung,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap rokok.

Sakit apa Tok Wi,
Sakt lelah asma,
kenapa Tok Wi,
Sebab asap rokok.

Oleh itu kawan,
Jauhkan diri,
Bahaya rokok boleh cepat mati.

Anda mungkin juga menyukai