Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA

PROGRAM RESTU ANAK-ANAK UPSR



Bismillahirahman nirrahim Alhamdulilllah hirabbil alamin, wasollatiwasola muala
asrafil ambia iwal mursalim, waala alihi washbihi ajmain
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana dengan segala limpah
rahmat serta keizinanmu, dapatlah kami sama-sama berhimpun dalam majlis
program restu UPSR peringkat sekolah kebangsaan bintasan tahun 2014.
Ya allah ya tuhan kami, kami memohon agar kau berkatilah majlis kami pada pagi
ini, jauhkanlah ia dari sebarang malapetaka dan lancarkanlah ia sehingga
keakhirnya.
Ya allah tuhan yang maha mengetahui

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa anak-anak kami ini akan menduduki
peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Olah itu,
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan
dan iradatmu jua.

Justeru kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan
anak-anak ini.. Lapangkanlah dada mereka dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dan anak-anak
dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang
mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan
taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan
negara.
Robbana atina fitdunya hasanah, wafil a hirati hasanah wakina azabannar,
wasallawah huala saidina muhammad, waala alihi washbihi wasallam,
walhamdulillah hirabbil alamin.

Anda mungkin juga menyukai