Anda di halaman 1dari 26

TAJUK

LAPORAN EXPERIENTIAL


KURSUS :
PEMBANGUNAN SAHSIAH (KUMPULAN Q)

KOD KURSUS :
KKD 2063


NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR
NO MATRIK : D20121058364
SEMESTER : SEMESTER 1 2012/2013
NAMA PENSYARAH : DR.FAUZIAH HANIM BINTI JALAL
TARIKH HANTAR : 18 DISEMBER 2012



Laporan Experiential D20121058364
2

PENGENALAN
Program Experiential ini adalah merupakan satu program yang dibina untuk mewujudkan
suasana pembelajaran pengalaman terus iaitu dengan lebih ringkas boleh disebut sebagai belajar
dari pengalaman. Diambil daripada kata-kata Aristotle, beliau berkata perkara yang kita perlu
belajar sebelum melakukannya, kita belajar dengan melakukannya. Dewey menyokong bahawa
pendidikan berdasarkan kualiti pengalaman. Dewey percaya bahawa parameter tertentu yang
perlu dipenuhi, yang paling penting adalah bahawa pengalaman mempunyai kesinambungan dan
interaksi. Kesinambungan adalah idea bahawa pengalaman itu datang membawa kepada
pengalaman yang lain, pada asasnya menggerakkan seseorang untuk mengetahui lebih lanjut.
Interaksi adalah apabila pengalaman memenuhi keperluan dalaman atau matlamat seseorang.
Dewey juga mengkategorikan pengalaman yang mungkin menjadi salah pendidikan dan bukan
pendidikan. Satu pengalaman salah pendidikan adalah salah satu yang berhenti atau mengganggu
pertumbuhan untuk pengalaman masa hadapan. Satu pengalaman yang bukan pendidikan adalah
salah satu di mana seseorang tidak dilakukan apa-apa refleksi dan sebagainya telah mendapat
apa-apa untuk pertumbuhan mental yang berkekalan (Pengalaman & Pendidikan, Dewey).
Program pembelajaran berasaskan pengalaman ini direka dengan teliti untuk membantu
peserta memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota
pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di antara rakan kerja,
peserta akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan
dan membolehkan mereka berdikari di tempat kerja. Peserta juga diajar bahawa dalam hidup,
mereka akan sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran. Melalui program ini, peserta akan
mengetahui bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, berfikir di atas kaki sendiri dan
menjadi pekerja yang lebih baik kepada majikan, masyarakat dan negara. Peserta akan
menjalankan tugasan dan aktiviti yang akan membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga
berjaya untuk berdikari.

Program ini berlansung selama 2 hari iaitu pada 7 Disember 2012 (Jumaat) dan 8
Disember 2012 (Sabtu) yang dijalankan di Dewan SITC. Pada hari Jumaat, program bermula
pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Aktiviti hanya berjalan di dalam
dewan sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalan. Selain daripada itu, pelajar juga
Laporan Experiential D20121058364
3

dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu sebanyak 10 kumpulan dan setiap kumpulan
mempunyai ahli lebih kurang 18 sehingga 20 orang. Kemudian setiap kumpulan pula diarahkan
untuk menciptakan nama kumpulan masing-masing bersama dengan tag line serta sorakan untuk
kumpulan masing-masing serta berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Selain daripada
itu, kami juga membuat beberapa aktiviti yang meningkatkan semangat kami. Setelah semua
program ini selesai, kami dibenarkan pulang dan diberikan makanan.

Bagi program pada hari Ahad pula, bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30
petang. Program bermula dengan senamtari dan kemudiaannya sarapan pagi. Setelah selesai
sarapan pagi, kami membuat beberapa aktiviti yang bertujuan untuk membuat kami lebih
bersemangat untuk membuat aktiviti yang berikutnya iaitu program khidmat masyarakat. Di
dalam program ini, kami diminta untuk membuat kerja-kerja amal disekitar pekan Tanjung
Malim. Kami ditegah sama sekali untuk meminta upah daripada mana-mana individu atau
syarikat tempat kami membuat kerja amal. Namun begitu, kami diminta untuk mengusahakan
bagaimana untuk meminta dana untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim. Kumpulan saya
telah berjaya mengutip dana sebanyak RM100 lebih. Kami diberikan masa daripada jam 9.30
pagi sehingga 1.30 petang untuk melakukan kerja-kerja amal dan mengutip dana. Kumpulan saya
telah melaksanakan kerja amal di sebuah pasaraya di pekan Tanjung Malim, Pejabat TNB dan
seterusnya yang terakhir di sebuah restoran makanan.
Setelah selesai melaksanakan kerja-kerja amal kami kembali semula ke dewan untuk
makan tengah hari serta solat Zohor. Setelah selesai solat Zohor kami kembali ke dewan dan
membuat aktiviti Motor Mania. Permainan Motor Mania ini memerlukan kami untuk kreatif
untuk melakukan kenderaan yang tela dipilih berdasarkan undian. Contohnya, kumpulan kami
telah mendapat kenderaan lori ayam. Maka kami perlu memikirkan bagaimana untuk
melakonkan lori ayam supaya para peserta yang lain dapat meneka kenderaan yang kami
lakonkan tersebut. Berikutnya kami melakukan aktiviti senamtari dan refleksi. Refleksi ini
dilakukan untuk menceritakan mengenai apa yang telah kami dapat daripada aktiviti yang
dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar seorang
wakil untuk menceritakan apa yang telah dapat dipelajari sepanjang program tersebut
berlansung.
Laporan Experiential D20121058364
4

OBJEKTIF
Program berdaya-pantas dan cergas dengan suasana pembelajaran ceria dan menyeronokkan ini
akan membantu peserta membina keyakinan diri serta meningkatkan prestasi organisasi.

Objektif utama program ialah untuk:
Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati setia-kawan.
Memperkukuhkan nilai tanggungjawab dan bertanggungjawab yang dikongsi bersama.
Menerokai cara-cara untuk membina motivasi pasukan dan menggiatkan semula
komitmen
Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai
kecemerlangan.
Memahami kepentingan komunikasi berkesan antara rakan pasukan.
Mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian masalah
cara
kreatif untuk mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan dengan berkesan.
Memperbaiki kordinasi, kerjasama dan perhubungan antara satu sama lain
Mencapai satu tahap sinergi yang lebih tinggi dalam pasukan dan organisasi

Program ini telah disusun supaya menjadi sangat interaktif, berdaya pantas dan bertenaga tinggi
dengan jaminan masa henti atau menunggu antara aktiviti yang minima. Dari permulaan
fasilitator akan menyemarakkan semangat dengan rentak pantas dan cergas energizer serta
semangat berjuang dan bersaing untuk menang. Aktiviti-aktiviti dan permainan yang dijalankan
tidak memerlukan terlalu banyak tenaga fizikal tetapi lebih mengenai kekuatan mental dan
psikologikal. Tujuan program Kerja Berpasukan ini ialah untuk menguji kemampuan peserta dari
segi mental dan psikologikal bukannya untuk menguji keupayaan fizikal. Melalui pendekatan
sebegini peserta akan masih bertenaga dan pulang dengan semangat untuk mengaplikasikan apa
yang telah mereka pelajari.


Laporan Experiential D20121058364
5

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Pada pendapat saya, program ini telah sedikit sebanyak membuat saya lebih bersabar dalam
menghadapi pelbagai masalah sepanjang bergelar mahasiswa UPSI. Sebagai seorang mahasiwa
terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang boleh memesongkan matlamat sebenar semasa
kali pertama menjejakkan kaki ke UPSI. Persekitaran yang semakin membangun ini bertambah
maju ini juga banyak memberikan implikasi kepada setiap mahasiswa termasuklah diri saya
sendiri.
Berdasarkan seluruh program yang telah dijalankan terdapat dua perkara yang dapat
diklasifikasikan iaitu kelemahan dan kelebihan diri. Di antara kelemahan yang dapat saya
kenalpasti sepanjang melaksanakan program ini adalah sifat malu untuk berkomunikasi. Saya
merupakan seorang yang malu untuk memulakan sesuatu komunikasi. Namun begitu saya mudah
ramah apabila sudah memulakan sesuatu. Sebagai contoh, saya cuba untuk elakkan daripada
menjadi orang tengah untuk bertanyakan sama ada kami dibenarkan untuk membuat kerja amal
di tempat tersebut.
Saya juga ada terbaca mengenai akibat daripada sifat malu ini iaitu malu membuatkan
seseorang itu sangat sukar untuk bertemu dengan orang baru, berkawan dan bergembira,
menghalang seseorang untuk menyatakan kebenaran/hak dan menyatakan pendapat dan nilai
mereka, membataskan seseorang daripada penilaian yang positif daripada orang lain berhubung
kekuatan personaliti seseorang, membuatkan sesorang sangat sukar untuk befikir secara jelas dan
berkomunikasi secara effektif dan malu juga mampu mewujudkan perasaan negative seperti,
kemerosotan, kebimbangan dan keseorangan. Oleh itu, setelah berakhir program ini, saya akan
cuba untuk membina keberanian untuk berkomunikasi dengan orang ramai supaya segala
implikasi tersebut idak berlaku kepada diri saya.
Selain daripada itu, ramai yang mengatakan yang saya ini terlalu tegas atau dalam makna
lain sebagai garang. Saya merupakan seorang yang dibesarkan di dalam keluarga yang tegas dan
sentiasa berpegang kepada disiplin dan pelbagai peraturan dan mungkin itu menyebabkan saya
agak tegas apabila melaksanakan beberapa tugasan kerana saya mahu hasil tugasan yang
diamanahkan adalah terbaik.
Laporan Experiential D20121058364
6

Kelebihan yang dapat saya kenalpasti pula adalah sentiasa positif atau optimis walaupun
berada di dalam masalah. Inggris Oxford Dictionary mendefinisikan optimisme sebagai memiliki
"harapan dan keyakinan tentang masa depan atau hasil yang sukses dari sesuatu. Kecenderungan
untuk mengambil pandangan positif atau penuh harapan" Kata ini awalnya berasal dari optimal
Latin, yang berarti "terbaik. Menjadi optimis, dalam erti khas kata, pada akhirnya bererti
mengharapkan hasil terbaik dari situasi tertentu. Hal ini biasanya disebut dalam psikologi
sebagai optimism disposisional.
Di dalam program ini, dapat saya berikan satu contoh iaitu dimana kami hampir berputus
asa kerana terdapat banyak kedai yang menolak untuk menerima kami untuk melaksanakan kerja
amal digerai mereka. Namun saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya jangan berputus asa
serta cuba untuk mencari tempat-tempat lain. Hal itu juga menampakkan bahawa saya sentiasa
berusaha untuk mencapai sesuatu walaupun belum pasti mengenai kejayaannya.













Laporan Experiential D20121058364
7

MINAT TERHADAP PROFESYEN PERGURUAN
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan
aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan
bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan
dan kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum
dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara
satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa
dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala
hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini,
jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia
melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan
kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut
juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion
perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai
perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu
symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium
tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut
diadakan ( Lim Tay Boh 1948).

Laporan Experiential D20121058364
8

Di antara perkara perkara yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah
menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan
mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan
generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan
pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
Pada pendapat saya, berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, program ini masih
mengekalkan matlamat utama iaitu untuk melahirkan seorang graduan bakal guru yang
berkualiti. Pada contohnya melalui aktiviti khidmat masyarakat tersebut kita perlu menerapkan
nilai-nilai murni seperti sopan santun, kasih sayang, mesra, sabar turut perlu ada pada seorang
guru terutamanya pada seorang guru pendidikan khas yang perlu mendidik seorang pelajar yang
berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai karenah yang luar biasa. Bagi saya sebagai seorang
mahasiswa yang mengambil jurusan Pendidikan Khas perlu menetapkan matlamat bahawa kami
mendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah bukan untuk melihat mereka berjaya
mendapat sepenuh A di dalam peperiksaan sebaliknya kami dilatih untuk mendidik mereka
supaya sekuran-kurangnya mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, program ini dapat
memberikan sesuatu impak yang positif serta menyemarakkan lagi semangat kami untuk
mendidik. Sebagai seorang bakal guru, saya juga berharap agar saya mampu kanak-kanak
berkeperluan khas ini dengan jayanya agar mereka tidak lagi dipandang rendah oleh sesetengah
individu.







Laporan Experiential D20121058364
9

SEMANGAT MENDIDIK MURID SEKOLAH
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau
Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di
sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang
hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam
pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru
adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya
dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat
psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru
juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru
diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.
Komitmen dan bakat guru sekolah pendidikan khas terbukti apabila mereka berjaya
mendidik dan melahirkan pelajar pendidikan khas yang cemerlang akademik mahupun
kokurikulum. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bahagian Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan
berkata, melalui peranan ini mereka berjaya mendidik anak-anak daripada golongan istimewa.
Menurutnya, selain guru, pelajar juga memainkan peranan kerana dengan bakat dan
keistimewaan yang ditunjukkan oleh anak-anak istimewa ini, ramai dalam kalangan mereka telah
berjaya di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

Laporan Experiential D20121058364
10

Berlainan daripada tugas guru biasa yang hanya perlu untk menyediakan hanya satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tetapi seorang guru pendidikan khas perlu menyediakan
satu RPH dan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Namun begitu, itu tidak pernah
meluntukan semangat saya untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas ini. Berdasarkan
kelebihan yang telah saya senaraikan diatas, saya akn cuba menerapkan nilai-nilai tersebut dan
mengaplikasikannya di dalam pengajaran saya nanti. Program ini turut mendidik saya supaya
kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya, di dalam program ini
terdapat satu permainan Motor Mania yang memerlukan kami untuk kreatif untuk melakukan
kenderaan yang tela dipilih berdasarkan undian. Contohnya, kumpulan kami telah mendapat
kenderaan lori ayam. Maka kami perlu memikirkan bagaimana untuk melakonkan lori ayam
supaya para peserta yang lain dapat meneka kenderaan yang kami lakonkan tersebut. Perkara ini
juga sangat penting bagi seorang guru pendidikan khas. Seperti mana yang kita tahu, kanak-
kanak berkeperluan khas ini kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang diajar kecuali
mereka minat. Oleh itu, kami peril kreatif semasa mengajar mereka sebagai contoh terhadap
pelajar hiperaktif. Mungkin kaedah menggunakan computer, belajar melalui permainan turut
boleh di lakukan untuk menarik perhatian mereka.








Laporan Experiential D20121058364
11

STRATEGI / TINDAKAN DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN SAHSIAH DIRI
SEBAGAI BAKAL GURU
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.
Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang
berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan
minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan
potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang
menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan
baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk
memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997).
Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psikologi telah membahagikan pembelajaran kepada
dua bentuk iaitu: 1) Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan (procedural). Pembelajaran-
penjelasan melibatkan penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara pembelajaran-
pengkaedahan melibatkan proses penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan dengan
sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002) pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat
perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman
pendidikan.
Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembelajaran
adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai atau
bagaimana kita making meaning (membuat membuat maksud, makna, pengertian) (Marton &
Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru
adalah untuk memudahkan pengajaran & pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,
pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik
dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru
perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Laporan Experiential D20121058364
12

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar
dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan
secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara
berkesan.
Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai
urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya
aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti
empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu
pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re
inforcement) motivasi (motivion).
Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui
beberapa cara yang berikut:
Penyampaian harus cekap dan menarik
Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat
Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang
tinggi

Laporan Experiential D20121058364
13

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih
dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama
kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila
pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-
bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.













Laporan Experiential D20121058364
14

KESIMPULAN
Kesimpulannya, program ini seterusnya dapat menerapkan nilai-nilai BITARA UPSI di dalam
setiap mahasiswa ataupun peserta program ini. Kesemua nilai Bitara Upsi iaitu berintegriti,
profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta
kreatif dan inovatif dapat diterapkan kepada peserta terutamanya apabila melaksanakan aktiviti
berkumpulan dan khidmat masyarakat
Untuk bahagian cadangan pula,saya mencadangkan agar masa progam ini dapat dipanjangkan
supaya lahir semangat berpasukan lebih mendalam lagi serta dapat mengeratkan lagi hubungan
antara ahli kumpulan walaupun progam ini telah berakhir. Cadangan yang seterusnya adalah
untuk melakukan program ini di luar kampus seperti di kawasan pedalaman supaya mendapat
pengalaman yang tidak boleh dilupakan atau kami dibawa ke rumah-rumah kebajikan.
Harapan saya adalah untuk memperbanyakkan lagi program seperti ini di masa-masa akan
datang oleh pihak Universiti kerana sebagai pendidik anak bangsa kelak, pelajar terutamanya
bakal guru pelu mempersiapkan diri dengan sahsiah yang unggul dengan pegangan moral yang
tinggi. Sepanjang program ini berlangsung saya mendapat banyak input yang sangat berharga
dan sukar diperolehi di tempat lain. Segala ilmu yang saya dapat , saya akan praktikkan
sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru kelak malah sepanjang masa. Jelas sepanjang
program ini,saya telah mendapat pelbagai refleksi positif. Akhir kata, ucapan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang saya kira cukup bermanfaat dan
berguna untuk semua untuk dipraktikkan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan terima
kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur.





Laporan Experiential D20121058364
15

LAMPIRAN
Perjalanan pergi untuk membuat khidmat masyarakat

















Laporan Experiential D20121058364
16

Aktiviti Khidmat Masyarakat yang pertama iaitu khidmat masyarakat di sebuah pasaraya di
Pekan Tanjung Malim.
Laporan Experiential D20121058364
17

Laporan Experiential D20121058364
18

Laporan Experiential D20121058364
19

Laporan Experiential D20121058364
20


Laporan Experiential D20121058364
21

Aktiviti Khidmat Masyarakat yang kedua iaitu khidmat masyarakat di sebuah pejabat TNB
Tanjung Malim.

Laporan Experiential D20121058364
22








Laporan Experiential D20121058364
23

Aktiviti Khidmat Masyarakat yang ketiga iaitu khidmat masyarakat di sebuah kedai makan di
Pekan Tanjung Malim.
Laporan Experiential D20121058364
24

Laporan Experiential D20121058364
25

Laporan Experiential D20121058364
26

Anda mungkin juga menyukai