Anda di halaman 1dari 103

1

ISI KANDUNG
1. Soalan

2. Penghargaan 1


3. Portfolio Morfologi Bahasa Melayu 2

4. Perfoma Morfologi Bahasa Melayu 2.1-2.2


5. Tajuk 1 hingga 15 3 71

6. Golongan Kata Dalam Dokumen Rasmi Sekolah 72 95


7. Analisis Dan Justifikasi Kesilapan Tatabahasa dalam
Dokumen Rasmi sekolah 96 99


8. Refleksi 100-102


9. Bilbiografi 103








2

Penghargaan
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para
sahabatnya. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek ini dengan jayanya.
Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya menghadapi
pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ianya dapat disempurnakan juga,
walaupun tidak sebaik yang dipinta.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPG Tun Hussein Onn.
Terutamanya, khas buat Pn Zaini Binti Md Jamal di atas kesudian membantu dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuannya, sukar bagi
saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Biarpun subjek BMM 3109 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana
ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, di mana masa di peringkat diploma
dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang
gunakan oleh Pn Zaini Binti Md Jamal seperti teknik perbincangan dapat
membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya secara
tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah saya.
Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada
isteri saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Di samping itu juga,
ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan buat rakan- rakan sekelas
PPG Ambilan Jun 2011 di atas kesudian kalian membantu saya. Semoga
sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Bantuan dan
sumbangan kalian amat dihargai.
Sekian, terima kasih.





3



PORTFOLIO
BMM3109
MORFOLOGI BAHASA
MELAYU






4


1. Imbuhan dalam Bahasa Melayu
Awalan dan Akhiran
Awalan Akhiran
Maksud - Imbuhan yang
ditambahkan pada
bahagian hadapan
kata dasar.
- Imbuhan yang hadir
selepas kata dasar.

Contoh-contoh Imbuhan - di-, per-, ter-, ber-,
men.

- -an, -kan, -man,
-wati, -i.
Contoh perkataan - berlari, terkejut,
membaca dan lain-
lain.
- jahitan, seniman,
angkasawan dan
lain-lain.

Sisipan dan Apitan
Sisipan Apitan
Maksud - Imbuhan yang hadir
di celahan kata
dasar.
- Imbuhan yang hadir
serentak.
Contoh-contoh Imbuhan - -el-, -er-, -em-, -in-.

- per-..-an, ke-..-an,
me-..-kan, di-..-kan,
ber-..-an.
Contoh perkataan - telunjuk, gerigi,
gemilang dan lain-
lain.
- pelajaran,
perniagaan, melalui
dan lain-lain.

Mortem kosong dan Bentuk Fleksi
- Morfem Kosong

5

o Terdapat morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa mengalami apa-
apa perubahan pada bentuknya.
o Perubahan daripada bentuk tunggal kepada bentuk jamak dalam
perkataan sheep tidak melibatkan perubahan atau pertambahan
sebarang bentuk. Perkataan ini dinamakan morfem kosong.
o Gejala seperti ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu.

- Bentuk Fleksi
o Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau
melahirkan sesuatu makna nahu.
o Contohnya, dalam bahasa Inggeris, penambahan huruf s di belakang
perkataan telah melahirkan makna nahu yang baru.
o boy boys, book books.
o Bentuk fleksi tidak wujud dalam Bahasa Melayu

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk
membentuk kata terbitan.
- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk
kata terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja,
dan kata adjektif.
- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+
tapa (bertapa) dan ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang
menghasilkan kata terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata
dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Misalnya, ter-+libat (terlibat).
Terlibat + kean (keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Contoh:
Pe.pelari pem. pembawa pen.pendakwah

6

Peng.penggubal penge.pengebom pel.pelajar
- Imbuhan Akhiran.
Contoh:
-wan.angkasawan -man.budiman -wati.wirawati
-in.hadirin -at.muslimat - ah.ustazah
- Imbuhan Apitan
Contoh:
Mekan = melaporkan menkan = mendapatkan
Berkan = bertemankan dikan = dipamerkan
Kean = kemalasan memperkan = memperbetulkan
- Imbuhan Sisipan
Contoh:
Tunjuk.telunjuk
Gilang.gemilang
Tulang.temulang

Penggandaan
- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa,
dan kata gandaan berentak.
Kata Gandaan Seluruh
- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada
kata dasar tersebut berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata
adjektif atau kata tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah Orang....orang-orang Jari....jari-jari
Kata Gandaan Separa
- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di
belakang kata dasar.
- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.
- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
kura....kekura labi....lelabi rambut....rerambut

7

- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan
sebaliknya hanya kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia
melibatkan golongan kata adjektif dan kata kerja sahaja. Kata dasar boleh
terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh: berlari.berlari-lari, mencari.mencari-cari, kasih.kasih-
mengasihi.
Kata Gandaan Berentak
- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan
konsonan, dan pengulangan bebas.
Pengulangan vokal
- Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata
yang kedua. Misalnya vokal ui, au, ua, ia.
- Contoh:
Kuih.kuih-muih lauk.lauk-pauk
Sukasuka-duka hina.hina-dina
Pengulangan Konsonan
- Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.
- Contoh:
Gunung.gunung-ganang bukit.bukit-bukau
Lintang.lintang-pukang mandimandi-manda
Pengulangan Bebas
- Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi
konsonan.
- Contoh:
Lemah.lemah longlai tinggi.tinggi lampai
Gemukgemuk gedempol cerdikcerdik pandai

Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk
menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.

8

- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan
mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata.
- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas,
pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan.

i. Pemajmukan Rangkai Kata Bebas
- Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana
golongan kata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata
dasar tersebut.
- Contoh:
Gambar + rajah = gambar rajah
Jalan + raya = jalan raya
Rumah + tangga = rumah tangga
Perdana + menteri = perdana menteri

ii. Pemajmukan Istilah Khusus
- Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang
ilmiah.
- Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari
segi gabungan kata yang digunakan.
- Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung
sendi.

iii. Pemajmukan Bentuk Kiasan
- Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa
kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya
peribahasa atau simpulan bahasa.
- Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud
yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya.
- Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat
tulang, dan telinga lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.
Penggandaan kata majmuk.

9

- Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur
kedua dikekalkan.
- Contoh:
Alat tulisalat-alat tulis
Jalan raya..jalan-jalan raya
Garis pusat..garis-garis pusat

Pengimbuhan kata majmuk
Awalan
- Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata
pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih
bebas.
- Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.

Akhiran
- Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata
kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi
bebas.
- Contoh: daya serap.daya serapan, garis rintang....garis
rintangan.

Apitan
- Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata
sahaja.
- Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.

Akronim
- Proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas. Cara
pembentukkannya lebih merupakan proses penggabungan dan pembentukan
kata nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas. Lazimnya,
pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas dan proses
pembentukannya agak longgar. Oleh itu , proses pembentukan perkataan
dengan cara ini bukanlah satu kaedah pembentukan perkataan baharu atau
istilah yang tepat.

10

Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.
o Kata akronim dibentuk melalui percantuman huruf awal
beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama-
nama khas tertentu.
o Contohnya:
ABIM Angkatan Belia IslamMalaysia
LUTH Lembaga Urusan TabungHaji
PERKIM Pertubuhan Kebajikan IslamMalaysia

Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap
sebutan.
o Kata akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan
suku kata jumlah perkataan berdasarkan sebutan sedap tanpa
urutan tertentu.
o Contohnya:
Intan Institut Tadbir Awam
Bernama Berita Nasional Malaysia
Mara Majlis Amanah Rakyat

Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan
o Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata
awal sejumlah perkataan.
o Contohnya:



Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.
cerpen cerita pendek
kugiran kumpulan gitar rancak
pawagam panggung wayang gambar

11

o Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata
perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan
yang lain.
o Contohnya:
angkubah angka ubah
asbut asap sabut
debunga debu bunga



















12

2. Perkataan dan Bentuk Perkataan Bahasa Melayu
Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
o Bentuk kata yang hanya mempunyai satu bentuk dasar, iaitu tidak
menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata
tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku
kata.
o
o Dibahagikan kepada dua jenis iaitu
o Unit bebas
Dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat
Contoh: tidur dan makan
o Unit yang tidak dapat berdiri sendiri
Memerlukan satu unit bebas bagi menjalankan tugas nahi
Contoh: ke Kuantan dan dari Terengganu
Bentuk Kata Tunggal:
i. Kata tunggal satu suku kata
Contoh:
am - VK
had - KVK
wang - KVKK
brek- KKVK
skrip- KKKVK

ii. Kata tunggal dua suku kata
Contoh:
aku { a + ku }V + KV
syahdu { syah + du} KVK + KV
bulat{ bu + lat }KV + KVK
buih { bu + ih} KV + VK
bengkok{ beng + kok}KVK +KVK

ii.
iii. Kata tunggal tiga suku kata
Contoh:

13

bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
Gembira {gem+bi+ra} KVK+KV+KV
Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK

iv. Kata tunggal empat suku kata atau lebih
Contoh:
anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
masyarakat {ma+sya+ra+kat}KV+KV+KV+KVK
universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
klasifikasi {kla+si+fi+ka+si}KKV+KV+KV+KV+KV
personifikasi {per+so+ni+fi+ka+si} KVK+KV+KV+KV+KV+KV

v. Akronim
-Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat
dibahagikan kepada tiga jenis:
a)Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri
sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang,
gitar, pen, botol

b)Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri
tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas
untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada,
demi, untuk

c)Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses
penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu
perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri
daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

iii. Contoh :
berdikari berdiri di atas kaki sendiri
komuter keretapi berkomputer

14

kugiran kumpulan gitar rancak
pawagam panggung wayang gambar


Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan
o Kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.
o Imbuhan terdiri daripada morfem terikat, kata dasar ialah bentuk
morfem bebas sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Awalan: mendukung, dipukul, peragut.
Akhiran: kiasan, tarian, dahului.
Sisipan: gemuruh, telapak, seruling.
Apitan: pertunjukan, perniagaan, kejelasan.
o Bentuk Kata Terbitan:
i. Kata terbitan Berawalan
Awalan kata nama
o Contoh: pelari, pembuat, pendatang, pelajar.
Awalan kata kerja
o Contoh: melawan, memdaki, menggali.
Awalan kata adjektif
o Contoh: terbesar, teringan, secantik.
o Kata terbitan Berakhiran
Akhiran kata nama
o Contoh: pakaian, usahawan, budiman.
Akhiran kata kerja
o Contoh: buatkan, turuti.
o Kata terbitan Berapitan
Apitan kata nama
o Contoh: pelaksanaan, pembuatan, penggunaan.
Apitan kata kerja
o Contoh: memainkan, mendermakan, melalui.
Apitan kata adjektif
o Contoh: keakraban, kepanasan.


15

Kata terbitan Bersisipan
Sisipan dalam kata nama
o Contoh: telunjuk, seruling.
Sisipan dalam kata adjektif
o Contoh: kelebak, serabut.

Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
o Proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
-Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
-Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur
lain.
o Bentuk Kata Majmuk terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
Rangkaian Kata Bebas Istilah Khusus Mendukung Maksud
Kiasan
- nasi minyak
- bom tangan
- jalan raya
- air hujan
- Perdana
- Menteri
- Profesor Madya
- garis pusat
- pita suara
- urus setia
- cari gali
- kanta tangan
- kertas kerja
- batu kapur
- kaki bangku
- berat tangan
- ringan mulut
- duit kopi
- makan angin
- angkat bakul
- batu api

Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
Proses mengulangi kata dasar sama ada melibatkan keseluruhan atau
pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.
Tiga jenis penggandaan:
i. Penggandaan penuh
ii. Penggandaan separa
iii. Penggandaan berentak

16

Bentuk kata ganda:
o Penggandaan Penuh
- Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan
keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan
ataupun tidak.
- Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak
ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya :
~ negara-negara ~ guru-guru
~ pulau-pulau ~ mandi-mandi
~ buku-buku ~ suku-suku
~ cantik-cantik ~ minum-minum

o Penggandaan Separa
o Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan
sebahagian kata dasar sahaja.
o Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
o Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang
kata dasar.
o Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal
lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak
gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.
-lelaki -jejari
-sesiku -rerambut
-lelangit

o Penggandaan Berentak
o Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
o Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan
dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan
pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka
penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Pergandaan berentak pengulangan vocal
Pergandaan berentak pengulangan konsonan

17

Pergandaan berentak bebas

o Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:
o Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-
bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian
vokal.Contohnya :
~ sayur-mayur ~ kuih-muih ~ selok-belok
~ lauk-pauk ~ gotong-royong

Bentuk Perkataan Bahasa Melayu
Golongan Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi
untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku
kata. Contoh:
satu suku kata am, dan, roh, skru
dua suku kata itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan
kepada tiga jenis:

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai
satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi
memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan
tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses
penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang
utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf
tertentu. Contoh :
berdikari berdiri di atas kaki sendiri

18

komuter keretapi berkomputer
kugiran kumpulan gitar rancak
pawagam panggung wayang gambar

Golongan Kata Terbitan
o Bentuk Kata Terbitan:
ii. Kata terbitan Berawalan
Awalan kata nama
o Contoh: pelari, pembuat, pendatang, pelajar.
Awalan kata kerja
o Contoh: melawan, memdaki, menggali.
Awalan kata adjektif
o Contoh: terbesar, teringan, secantik.
o Kata terbitan Berakhiran
Akhiran kata nama
o Contoh: pakaian, usahawan, budiman.
Akhiran kata kerja
o Contoh: buatkan, turuti.
o Kata terbitan Berapitan
Apitan kata nama
o Contoh: pelaksanaan, pembuatan, penggunaan.
Apitan kata kerja
o Contoh: memainkan, mendermakan, melalui.
Apitan kata adjektif
o Contoh: keakraban, kepanasan.
o Kata terbitan Bersisipan
Sisipan dalam kata nama
o Contoh: telunjuk, seruling.
Sisipan dalam kata adjektif
o Contoh: kelebak, serabut.




19

3. Proses Pembentukan Bahasa Melayu
Kata Tunggal
o Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk
tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Kata tunggal ialah perkataan
yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses
pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks,
masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut
terdiri daripada pelbagai bentuk.
o Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri
serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai
contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh
disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas
memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada
benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan
rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam
kumpulan tertentu.

Kata Terbitan
o Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui
proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :
- Kata Terbitan Berawalan
- Kata Terbitan Berakhiran
- Kata Terbitan Berapitan
- Kata Terbitan Bersisipan









20

4. Bahasa Melayu Proses Pembentukan
Kata Majmuk
o Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua
kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna
tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja
berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru
laut dan telefon dail terus.
o Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan
digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan
maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah
batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang
batu) atau perkataan dan (rumah dan batu). Ini berbeza
dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang
( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh
menerima dan ( pinggan dan mangkuk).

Kata Ganda
o Proses mengulangi kata dasar sama ada melibatkan keseluruhan atau
pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.
o Tiga jenis penggandaan:
Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan
keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan
ataupun tidak.
Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan
sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata
terbitan.




21

Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau
dibelakang kata dasar.
Penggandaan berentak
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada
bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri
keharmonian vokal




















22

5 : GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU KATA NAMA DAN KATA KERJA
KATA NAMA
Sub golongan Ciri Jenis Contoh
Kata nama khas
Hidup
Manusia Nina, Ruby, Hani,
Ahmad, Jalil
Bukan manusia Tompok, Si Belang,
Vanda Diana (
sejenis orkid )
Tak hidup
Kuala Lumpur,
Pasir Mas, Proton
Saga, Sarawak
Kata nama am
Konkrit (
kebendaan )
tangan, rumah,
kambing, sungai,
lautan
Abstrak ( bukan
kebendaan )
mimpi, roh,
idaman, kehendak,
serapan,
perpaduan
Kata ganti nama
Kata ganti nama
tunjuk
sini, situ, sana
Kata ganti nama
diri
Kata ganti nama
diri tanya
siapa, apa, mana
Kata ganti nama
diri orang
Pertama :
saya, aku, beta,
patik, kami, kita
Kedua :
saudara, kamu,

23

awak, engkau,
anda
Ketiga :
ia, dia, beliau,
mereka, -nya

KATA KERJA
Subgolongan Ciri Jenis Contoh

Tak transitif
Tidak
memerlukan
objek untuk
melengkapkannya
.



Tetapi ada yang
memerlukan
pelengkap.


Tak
berpelengkap
Tidak
memerluka
n
pelengkap

Tak transitif
tak
berpelengka
p

Rumah itu sudah roboh.
Turunnya Union Jack,
jalur Gemilang pula yang
berkibar.

Berpelengkap
Memerluka
n
pelengkap

Tak transitif
berpelengka
p

Keadaan
Halim bertambah para
h.
Mak Limah beransur
pulih.



Transitif
Memerlukan



Aktif




Transitif aktif



menulis, menampar,
memakan

24

objek atau
penyambut.



Pasif


Transitif
pasif


ditulis oleh/dengan,
ditampar, dimakan
oleh/dengan


















25

6 : GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU KATA ADJEKTIF DAN KATA
TUGAS
KATA TUGAS
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat
yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa
utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi,
pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 14 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu :
1. Kata hubung : dan, atau, tetapi
2. Kata sendi nama : di, dari, daripada
3. Kata seru : wah, amboi, cis
4. Kata tanya : siapa, berapa, bila
5. Kata perintah : sila, tolong, harap
6. Kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
7. Kata bantu : akan, sudah, pernah
8. Kata penguat : sangat, amat, paling
9. Kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
10. Kata nafi : tidak, bukan
11. Kata pemeri : ialah, adalah
12. Kata pembenar : ya, betul, benar
13. Kata arah : atas, bawah, tepi
14. Kata bilangan : dua, segala, banyak






26

7 . KATA NAMA BAHASA MELAYU
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama

Kata Nama

Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat,
benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya.
Kata nama dapat digolongkan kepada:
Kata nama am
Kata nama khas

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang menyatakan makna benda, perkataan, atau
konsep yang umum sifatnya
Kata nama am hidup. Contohnya: pengetua, ayam, guru, tentera dan kambing
Kata nama am tak hidup. Contohnya: maktab, sekolah, persastuan,
pertubuhan dan padang
Kata nama am konkrit. Contohnya: kereta, lori, kapal terbang, gunung dan
komputer
Kata nama am abstrak. Contohnya: cerita, roh, masalah, pendapat dan kisah
Kata Nama Khas
Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu
benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar
Kata nama khas hidup. Contohnya: Perdana Menteri, Rosilawati dan Sang
Kancil

27

Kata nama khas tak hidup. Contohnya: Kedah Darul Aman, Malaysia, Masjid
Negara, Pahlawan Pasir Salak dan Panasonic
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti kata nama orang
Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
Kata ganti nama diri pertama. Contohnya: saya, aku, beta, kami dan
kita
Kata ganti nama diri kedua. Contohnya: awak, kamu, kalian, anda dan
engkau
Kata ganti nama diri ketiga. Contohnya: beliau, dia, nya, baginda dan
mereka

Kata Ganti Nama Diri Singkat

Beberapa kata ganti nama diri di atas dapat disingkatkan seperti yang
berikut:
Engkau menjadi kau
Aku menjadi ku
Kamu menjadi mu
Dia dan ia menjadi nya

Sungguhpun kata-kata di atas disingkatkan tetapi maknanya tetap sama

Dalam tulisan, kata singkat kau, mu, dan nya hendaklah dicantumkan
dengan kata lain yang menyertainya

Kata singkat kau diletakkan di awal kata sahaja
Lukisan yang kaulukis itu sungguh menarik.

Kata singkat ku boleh diletakkan di awal atau akhir kata
Datanglah ke rumahku pagi esok.
Kusakiti hatimu yang tulus cintaku.

28


Kata singkat mu diletakkan di akhir kata
Dengarkan sebuah lagu untukmu.

Kata singkat nya diletakkan di akhir kata sahaja
Lukisannya sungguh menarik.

Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan
seseorang, sesuatu benda, atau perkara
Ada dua kata ganti tunjuk sahaja, iaitu ini dan itu
Tugas kata ganti nama tunjuk dan ayat-ayat contohnya adalah seperti yang
berikut:
Sebagai penanda kata nama, iaitu yang hadir selepas kata nama
Sebagai subjek dalam ayat
Sebagai prediket yang dikedepankan dalam bentuk ayat songsang
Sebagai penentu belakang

Kata Ganti Nama Tempat
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama tempat. Kata ganti tersebut ialah sini, sana, dan situ

Kata Ganti Nama Tanya
Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membina ayat-ayat Tanya. Kata ini
digunakan untuk bertanya tentang manusia, binatang, benda, tempat, dan
bilangan. Contoh kata ganti nama tersebut ialah siapa, apa, mana dan berapa
Siapa digunakan untuk bertanya orang
Apa digunakan untuk bertanya tentang binatang atau benda
Berapa digunakan untuk bertanya bilangan atau jumlah sesuatu
Mana digunakan untuk bertanya tentang manusia, binatang, benda, dan
tempat

29

Kata Ganti Tak Tentu
Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau
seseorang secara tidak tentu seperti
Apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu
Mana-mana digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang
tidak tentu.




























30

8 : Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:
1. kata nama tunggal
2. kata nama terbitan
3. kata nama majmuk
4. kata nama ganda
contoh:
kata nama
tunggal
kata nama
terbitan
kata nama majmuk kata nama ganda
yu
roh
bapa
tempayan
belantara
poskod
pendaki
pekedai
kekasih
juruterbang
pinggiran
penantian
pekarangan
kedudukan
telapak
seruling
balai raya
Datuk Bendahara
deria rasa
anak emas
susu pekat manis
Timbalan Naib
Canselor
medan sinaran
buku lima

kawasan-kawasan
tadika-tadika
lelangit
sesumbu
jejantas
sayur-sayur
biji-bijian
kementerian-
kementerian
lauk-pauk
suku-sakat

Aspek pengimbuhan kata nama
Dalam bahasa Melayu proses pengimbuhan digunakan dengan amat kerap untuk
membentuk perkataan.
Imbuhan kata nama
Rencana utama: Imbuhan kata nama (bahasa Melayu)

31

awalan kata
nama
akhiran kata nama
apitan kata
nama
sisipan kata
nama
penN-,
pe-,
peR-,
ke-,
juru
hanya satu akhiran kata nama,
iaitu -an
penN-...-an,
pe-...-an,
peR-...-an,
ke-...-an
-el-,
-er-,
-em-
Sisipan kata nama tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu dan perkataan-
perkataan yang mengandungi sisipan dianggap sudah membeku.
KATA TUNGGAL

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata
dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain.
Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata am, dan, roh, skru
dua suku kata itu, ubi, aku
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga
jenis:
Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk

32

Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Contoh :
berdikari berdiri di atas kaki sendiri
komuter keretapi berkomputer
kugiran kumpulan gitar rancak
pawagam panggung wayang gambar
KATA TERBITAN

Takrif :
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik
awalan,sisipan,akhiran atau apitan ( imbuhan )
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan
harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Jenis Imbuhan

a. Awalan - hadir sebelum kata dasar.
b. Akhiran - hadir sesudah kata dasar
c. Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal dan akhir
kata dasar.
d. Sisipan - hadir di celahan kata dasar

Kata Terbitan Berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan.

Contohnya :

1. Awalan kata nama
pe- ( pelari, perakus,penyapu )

33

pem- ( pembawa,pembuka )
pen- ( pendatang,pendua )
peng- ( penggali,penggubal )
pel- ( pelajar )
ke- ( ketua,kelepek )
juru- ( juruukur,juruwang )
pra- ( prakata,prasejarah )
dwi- ( dwifungsi,dwibahasa )

2. Awalan kata kerja
me- ( melawan,menyikat,merasa)
memper- ( memperhamba,memperisteri)
ber- ( berjalan,berganti, berserta )
ter- ( terjebak,terbentuk )
di- ( diatur,ditimbang,disusun )
diper- ( dipercepat, diperoleh )

3. Awalan kata adjektif
ter- ( terbesar,terputih)
te- ( teruncing,terendah,teringin )
se- ( secantik,secerah,setebal )
Kata Terbitan Berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

1. Apitan kata nama
pean ( pelaksanaan,perasaan )
pengean ( pengesahan,pengehadan)
kean ( kelaianan,kelebihan )

2. Apitan kata kerja
mekan ( memainkan,melukakan )
memkan ( membaharukan,membaikkan )
berkan ( beralaskan,berlaukkan )
diperI ( diperdengarkan,diperbahaskan )

34

kean ( kehujanan,kehausan,kepanaskan)
dikan ( didekati,dimulai,diadili )
memper..i ( memperingati )

3. Apitan kata adjektif
kean ( keinggerisan,kearaban,kecinaan )


Kata Terbitan Bersisipan
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam

1.kata nama
2.kata adjektif

Contohnya :

i. Sisipan kata nama
-el- ( kelengkeng, telunjuk, kelabut )
-er- ( keruping, seruling, serabut )



ii. Sisipan kata adjektif
-el- ( selerak, gelembung )
-er- ( serabut, gerigi )
-em- ( gemilang, semerbak, gemerlap )

1.3 KATA NAMA TERBITAN
1. Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar
menerima sama ada imbuhan awalan, akhiran, atau imbuhan ampitan.
2. Kata dasar itu boleh berasal daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata
sendi nama, dan kata hubung.
Contoh :

35

Kata nama

jalan. Perjalanan Kata kerja
bangun.. bangunan Kata adjektif
bulat.... bulatan Kata sendi nama
untuk.. peruntukan Kata hubung
serta .. penyertaan
Peringatan
1. Semua perkataan yang menerima imbuhan membentuk perkataan baru mestilah
kata nama.
2. Sekiranya kata kerja yang terbentuk, maka perkataan yang baru terbentuk itu
bukanlah kata nama terbitan.
Contoh : Pasar .. memasarkan

KATA NAMA MAJMUK
Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi
membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan
makna tertentu.


1. Bentuk Kata Nama Majmuk
Bentuk kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu bentuk yang
ditulis terpisah dan bentuk yang telah mantap. Bentuk yang ditulis terpisah ialah kata
majmuk yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya:
balai raya
cakar ayam
Menter Besar
Setiausaha Sulit

36

Bentuk kata majmuk yang telah mantap ialah kata majmuk yang penggunaannya
sudag dianggap sebagai satu perkataan yang utuh, yang dieja sebagai satu
perkataan. Contohnya:
suruhanjaya
matahari
pesuruhjaya
bumiputera
2. Terdapat tiga jenis kata majmuk iaitu:
i. kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata yang bebas seperti:
sapu tangan
tengah hari
padang tembak
kapal terbang
ii. kata majmuk yang berbentuk istilah khusus seperti:
garis pusat
atur cara
lut sinar
mata pelajaran
iii. kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa seperti:
anak emas
kaki bangku
buku lima
lipas kudung

KATA GANDA
1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama
ada sebahagian atau seluruhnya.

37

3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada
bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
1. Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan.
Contoh :
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

38

buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
Sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

a) Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh - alat-alat, awal-awal, benar-benar, besar-besar,
b) Kata Ganda Semu

39

1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang
digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
2. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Semu
kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, layang-layang, oleh-oleh, onde-onde
c) Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
Bebawang, bebenang, bebudak, cecair, dedalu, dedaun, dedawai
Gegendang, geguli, jejari, jejarum, jejentik, kekabu, kekisi, lelangit
d) Kata Ganda Bersajak / Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan
atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.

Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan
sebagainya.

40

persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan
sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret Pindah-randah gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut Kacau-bilau
Gerak-geri kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian
perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain
bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :

41

lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-
langgang
tanah-tanih semak-samun bengkang-
bengkok
gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti
dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong-
menolong
jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-
menyulam
tawar-menawar kata-mengata sepak-
menyepak
karang-
mengarang
tari-menari tangis-
menangis
rampas-
merampas
tumbuk-
menumbuk
simpan-
menyimpan












42

9: KATA KERJA
Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan
perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua
jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan
dan Ainon Mohd ,1994:238 ).
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja
merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa
kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja
tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata
kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata
kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam
ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk
menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja
terbahagi kepada dua:
Kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata
nama untuk melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami,
memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

43

memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di
dalam bilik air.
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di
dalam bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar
jalan raya.
Jalan raya sedang diperlebar oleh
pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah
itu hukuman mati mandatori.
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman
mati mandatori oleh Tuan Hakim.

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau
penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang
di bawah ini.
Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
i. KKTT tanpa pelengkap
ii. KKTT berpelengkap

44

KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan
keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

KKTT Berpelengkap

Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata
adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur
pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut
hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang
mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT
mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui
frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.


45

Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara
telah terlupa akan nama rakannya
sudah bertambah kukuh -
sudah beransur sembuh -
telah bersuamikan - orang kaya
telah berpayungkan - daun pisang

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut
telah membincangkan perkara
akan memperbesar rumah
sedang menggilap kasut
hendak menunggang motosikal

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.

1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. ()


46

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak adiknya. ()

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. ()

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. ()

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. ()

6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()











47

10. Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu
Terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu.
Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat
bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan
kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan (
2008: 150 ). Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana
boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 )
manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata
kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan
makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair
2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan.
Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 ) menyatakan bahawa kata kerja
ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata ganda berentak,kata
ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:222 ).
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk
akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem
bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu
perbuatan yang dilakukan.


10.1 Kata Kerja Tunggal
Kata kerja tunggal ialah kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan. Kata kerja
tunggal
ini mampu wujud sebagai predikat walau tanpa kehadiran imbuhan pada perkataan.
Kata kerja tunggal juga mempunyai sifat sebagai tak transitif.





48

Contoh Kata Kerja Tunggal :

ada ikut
balik jaga
pulang keluar
datang lahir
gagal mara
hancur terbang

Contoh penggunaan kata kerja tunggal :
1. Helikopter itu terbang di angkasa.
2. Kumpulan askar itu pun mara.
3. Afiq dan Anwar lahir di Kuala Lumpur.

Info : hanya terdapat SATU perkataan kata kerja tunggal dalam bahasa
Melayu berbentuk akronim iaitu berdikari yang mana ia diwujudkan daripada
singkatan berdiri atas kaki sendiri.

10.2 Apakah Kata Kerja Terbitan
Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:248 ) kata kerja terbitan ialah kata
sifat,kata kerja transitif,dan kata kerja sendi yang boleh menjadi kata dasar untuk
menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan
bahawa terdapat tiga imbuhan yang membentuk kata kerja transitif,iaitu per-.-
kan,dan -i. Setiap daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun
bergabung.
Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:151 ) medefinisikan sebagai kata
kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan
terbitan.
Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan kata kerja terdiri daripada
awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....-

49

kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan
akhiran kan,-i dan an.
Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang imbuhan samada
daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan kata-kata
ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal bukan daripada kata kerja. Kebanyakan
kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif namun ada juga yang bertindak sebagai
kata kerja terbitan pasif.

Kata kerja terbitan awalan

Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-
,mempeR-,dan dipeR-.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk
kata kerja aktif,sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat
bentuk varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008:151 ).

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan
kepada bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i. memasak - Ibu memasak nasi
ii. menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat
kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menuju sasaran, contohnya :
mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.

( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
dan akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada
dua bahagian iaitu
( a ) hidup sebagai,contohnya:

50

menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
( b ) menjadi,contohnya:
membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk sembahyang.

Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan
ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik Safiah Karimet al. 2008:161 ).
Manakala menurut Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan awalan ber- boleh
berupa kata kerja tak transitif atau kata kerja yang
menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila
awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r maka
dua r tadi akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
ber + rantai = berantai
ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata
kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna mengikut
golongan kata yang bergabung dengannya. Awalan beR- boleh membawa
makna melakukan perbuatan,mengenai diri sendiri,perbuatan bersalingan,keadaan
yang sudah sedia berlaku,membawa
maknamempunyai,makna memakai,mengerjakan sesuatu,membawa
maknamenghasilkan,meminta bantuan,berada dalam
keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,danberoleh.
Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata dasar yang
berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu
bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak ternampak
jatuh terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r tersebut akan
digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu kata kerja aktif dan kata
kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja
tak transitif.
( a ) kata kerja transitif

51

terlihat Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitif
terjatuh - Ali terjatuh dari katil
Bagi kata kerja pasif pula ialah:
terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan tersedia.

Awalan di- akan membentuk kata kerja pasif,contohnya;
jahit dijahit
Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus
untuk awalan di-.

Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu
bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai
awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. 2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan
kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd (
1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak berubah.
Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba memperhamba
Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar - memperlebar.
JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa maknamenjadikan,menjadikan
lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.

Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasif. ( Nik Safiah Karim et
al 2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper-
contohnya:
halus diperhalus
Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu dijadikan,dijadikan
lebihatau bertambah dan terdapat sesuatu


52

Akhiran kata kerja.

Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu ,iaitu
i. -kan
ii. i
2 Akhiran kan.
Akhiran kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis ayat
sahaja,iaitu
( a )dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua contohnya:
tuliskan saya tolong tuliskan untuk artikel itu.
( b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan,contohnya:
pastikan pastikan lampu dipadam.
Akhiran kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan
jadidan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.

. Akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran i wujud hanya dalam dua bentuk,iaitu
( a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua,contohnya:
sertai Majlis itu akan saya sertai.
( b ) dalam ayat suruhan,contohnya:
sayangi tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi maknamenyebabkan
jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

Apitan kata kerja

Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua
bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan
apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi ( Nik Safiah Karimet al. 2008:190 ).
Kata kerja apitan terdiri daripada : meN-...-kan,beR-...-kan,beR-...-an,di-...-
kan,memper-...-kan,memper-...-I,meN-...-I,di-...-I,ke-...-an,diper-...-kan,diper-...-i.
( i ) Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...-kan,meng-
...-kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung dengan

53

apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...-kan terdiri
daripada dua jenis, iaitu;
( a ) yang menerima satu objek,contohnya:
Abu melontarkan lembing kepada Ali.
( b ) yang menerima dua objek, contohnya:
Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat
sesuatu,menyebabkan jadi,dan manfaat.
( ii ) Pada dasarnya hanya satu sahaja imbuhan beR-...-kan iaitu ber-...-kan.
Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan
membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap,contohnya:
( a ) beratapkan Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu sebagaimana
contoh diatas,
beratapkan memberi makna menjadikan atap.
( iii ) Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif,kata tugas
dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-imembentuk kata
kerja transitif yang terdiri daripada dua jenis,iaitu:
( a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
menjahiti - Ibu menjahiti kami sepasang baju.
( b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi Saya menolongi makcik membaiki motor.

Sisipan kata kerja
Dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun
demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang
mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses
pengimbuhan ( Nik Safiah Karim et al.2008:217 ). Mengikut
Arbak Othman ( 1984:7 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang tersisip di tengah kata.
Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan pemakaian
dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa
ini,imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya
amat jarang. Bahkan Abdullah Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan sisipan
tidak lagi produktif kerana bilangannya yang sedikit.

54

Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata kerja
terbitan,iaitu sisipan -el-,-er-, dan em-. Contohnya,
guruh gemuruh
sabut serabut
getar geletar
contoh ayat :
Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan diadakan.
10.3 Kata Kerja Majmuk
Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang
imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan
gulung tikar.
Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu
domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah,
membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri,
menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.

10.4 Kata Kerja Ganda
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada
sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
1. kata ganda seluruh baring-baring, jalan-jalan, pandang-pandang
2. kata ganda semua
3. kata ganda separa (separuh)-
4. kata ganda bersajak atau berima sedu-sedan, compang-camping
5. kata ganda berimbuhan. pukul- memukul, tumbuk-menumbuk








55

11. KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau
perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang,
buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring,
gemersik

56

Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi
sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata
penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir
sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan
penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas
terlalu, paling, agak,
begitu
sekali, benar, nian, betul amat, sangat, sungguh
Contoh ayat:
Pokok di belakang
rumah Rahman terlalu
rendang.
Masakan ibunya
paling sedap.
Lukisan itu agak
cantik.
Contoh ayat:
Kelakuan budak-budak
itu nakal sekali.
Rumah di atas bukit itu
cantik betul.
Pemandangan di situ
indah nian.
Contoh ayat:
Pakaian pemuda itu
amat kemas.
Pakaian pemuda itu
kemas amat.
Sungai itu dalam
sangat.
Sungai itu sangat
dalam.

1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif yang diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
Contoh : Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
Saya gemar akan lagu-lagu Melayu Asli. ()
Kami benci sikapnya itu. (X)
Kami benci akan sikapnya itu. ()








57

12. Pembentukan Kata Adjektif
Kata adjektif tunggal terdiri daripada satu perkataan. Contohnya : terang,
pendek, gemuk.
Kata adjektif terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan awalan,
sisipan, akhiran dan apitan.
Kata adjektif ganda bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh
(besar-besar, cantik-cantik.)
Kata adjektif majmuk rangkaian 2 kata dasar atau lebih yang membawa
makna tertentu. (merah jambu, hijau daun)


Kata Adjektif Terbitan
i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan keadaan
perbandingan
atau keadaan paling.
Contoh:
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)

Apabila kata adjektif sudah berawalan ter maka tidak perlu disertai oleh
kata penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik. ()
Ali mendapat markah paling baik. ()

Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak
boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. ()

ii. Imbuhan Awalan se-

58

Awalan se- dapat menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai
memberikan
pengertian sama dengan.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)

Kata adjektif awalan se- membawa makna sama dengan maka tidak perlu diikuti
dengan kata sendi dengan
Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya. ()

iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna
menyerupai sifat atau sama seperti. Oleh itu, penggunaan kata seperti
sebelum kata adjektif apitan ke-...-an adalah salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. ()
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang dari Jordan. (X)
Pertuturan pemuda itu kearaban selepas pulang dari Jordan. ()

Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh
digandakan lagi untuk menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. ()

Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.
Rumus Ayat Contoh
sangat
amat + kata adjektif +
sekali


Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali.

59

sungguh
ter- + kata adjektif Razman merupakan murid yang terpandai di
dalam kelasnya.
paling + kata adjektif Bangunan itu paling tinggi di Malaysia.
paling + ter- + kata adjektif X Dialah paling tercantik.
paling + kata adjektif + sekali X Nora paling ayu sekali.
Ter- + amat/sangat + kata
adjektif

X


























60

13.KATA TUGAS BAHASA MELAYU
-Kelompok Dasar Kata Tugas
-Kata Praklausa
13.1 KATA TUGAS BAHASA MELAYU
13.1.1 KATA TUGAS
Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata
untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang,
penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain.

13.1.2 CIRI CIRI KATA TUGAS
a) Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat.
b) Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal.
c) Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain.
d) Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas.
e) Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT.

13.1.3 KELOMPOK KATA TUGAS
Terdapat 4 kelompok Kata Tugas .
1. Kata Penyambung Ayat
2. Kata Praklausa
3. Kata Prafrasa atau Pascafrasa
4. Kata Pascakata
13.2 KATA PENYAMBUNG AYAT
Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau
penerusan.Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat
majmuk.
Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.
Tiga jenis kata hubung, iaitu:
a. kata hubung gabungan
b. kata hubung pancangan

61


a)Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara,
sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.
Dia mengelak, lantas menikam.

b)Kata hubung pancangan
- Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan
kepada klausa utama.
Contoh kata: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah,
sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala dan walaupun.
Contoh ayat:
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
Saya berkawan dengannya semenjak kecil
- Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa
pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
-Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu
klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu
ialah bahawa dan untuk.

62

Contoh ayat:
Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai

13.3 KATA PRAKLAUSA
Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek
dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya
untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa.
Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
* kata seru
* kata tanya
* kata perintah
* kata pembenar
* kata pangkal ayat
KATA SERU
DEFINISI
1. Bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.
2. Digunakan dalam ayat seruan.
CONTOH AYAT

1. Aduh, sakitnya kepalaku!
2. Cis, terimalah tikamanku!
3. Wah, cantiknya gadis itu!

4. KATA TANYA
DEFINISI
1. Digunakan untuk menanyakan sesuatu
2. Menggunakan kata tanya bila, mengapa, siapa, dan sebagainya
3. Hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat

63

CONTOH AYAT
1. Harga barang itu berapa?
2. Mengapakah kau tergamak melukai hatiku?
3. Bagaimanakah hendak menjadi suami yang baik?
4. Bilakah dia akan datang?
5. Kesihatannya sekarang bagaimana?

KATA PEMBENAR
DEFINISI
1. Perkataan untuk mengesahkan sesuatu penyataan.
2. Menggunakan kata ya, benar, betul.

CONTOH AYAT
1. Ya, itulah orangnya.
2. Benar, dialah yang mengumpat awak tadi.
3. Betul, tanyalah dia.
4. Ya, inilah rumah Cikgu Zul.
5. Betul, mereka akan berkahwin bulan depan.

KATA PERINTAH
DEFINISI
1. Menimbulkan sesuatu tindak balas.
2. Berbentuk perintah, larangan, suruhan, permintaan dan silaan.

CONTOH AYAT
1. Jangan ganggu dia lagi.
2. Usah biarkan aku berseorangan.
3. Sila ambil makanan di sana..






64


KATA PANGKAL AYAT
DEFINISI
1. Hadir di hadapan ayat
2. Menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana

CONTOH AYAT
1. Hatta istana itu pun siaplah.
2. Maka panglima pun diberi persalinan.
3. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka..



14. KATA PRAFRASA
Kata prafrasa merupakan istilah tatabahasa dalam bidang morfologi, yakni dalam
aspek golongan kata tugas. Kata tugas termasuk sebagai salah satu empat
golongan kata utama bahasa Melayu. Tiga golongan kata yang lain itu ialah kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Pra ialah bentuk awalan daripada bahasa Sanskrit. Maksud pra dari segi bahasa
ialah sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Perkataan
prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah (sekolahan dasar), dan
prasiswazah bermakna sebelum lulus sebagai siswazah.
Namun, tidak setiap perkataan yang didahului di hadapannya dengan pra membawa
maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Misalnya, kata
prasarana bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan seperti
kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan elektrik, air yang perlu bagi
pembangunan, dan prasetia bermaksud niat atau janji yang teguh.
Dalam golongan kata tugas, kata prafrasa merupakan kata yang agak besar
jumlahnya, dan kerap pula menimbulkan masalah kepada pengguna bahasa
Melayu. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu
sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Kata prafrasa ini mendukung

65

tugas-tugas seperti maksud yang terkandung dalam ayat, yakni tugas membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, membilang, dan
lain-lain
Berdasarkan tugas-tugas ini, maka kata prafrasa mengandungi sembilan subjenis,
iaitu kata bantu (telah, masih, harus), kata penguat (paling, nian, sangat), kata
penegas (-kah, -tah, juga), kata sendi nama (daripada, antara, seperti), kata arah
(atas, segi, samping), kata bilangan (dua, segala, setiap), dan kata adverba (selalu,
begitu, demikian)
Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:-
1) kata bantu
2) kata penguat
3) kata penegas
4) kata nafi
5) kata pemeri
6) kata sendi nama
7) kata arah
8) kata bilangan

Bukan sahaja jumlah subjenisnya yang banyak, tetapi jumlah perkataan dalam
setiap subjenis juga banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang
tinggi dalam bahasa Melayu.
Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks,
dan para pelajar selalunya akan keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata
pemeri.

1. Kata Bantu

Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk
memberikan maksud tertentu.
Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu:-

a. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa
lampau:-

66


*telah
*sudah
*pernah
b. Bagi perbezaan masa, iaitu masa kini:-

*sedang
*masih

c. Perbezaan bagi masa hadapan, iaitu:-
*akan
*belum

Contoh: Kami akan ke Kedah pada hujung bulan ini.

ii) Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan,
misalnya:-
hendak
mahu
harus

Contoh: 1) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
2) Kamu mesti bayar sewa rumah hari ini.
3) Kanak-kanak itu hendak makan nasi.

2) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk
menguatkan maksudnya.Kadang-kadang kata penguat boleh juga hadir di belakang
kata adjektif.
Contoh kata penguat ialah:-
paling
amat
agak


67

Contoh dalam ayat ialah:
1) Karangan Anita sangat baik.
2) Cantik sungguh lukisan ini.

3) Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
~Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:

1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
Contoh kata penegas jenis ini ialah kah, -tah, dan lah.

2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat,
Contoh kata penegas jenis ini
ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, memang.

Contoh kata penegas dalam ayat:
1. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.
2. Inilah rumah saya .

4 Kata Nafi

Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung
dalam frasa tersebut.
Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan.
Syarat-syarat penggunaan kata nafi:
i) Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau
kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1. Encik Ahmad bukan guru sukan kami.
2. Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

ii) Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri

68

daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-
ayat yang berikut:


1. Tetamu dia tidak datang.
2. Pelajar itu tidak cergas sangat.

5 Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu:

1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya:

i. Dia ialah angkasawan negara.

2. Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa adjektif
dan frasa sendi nama.
Contohnya:
a) Dengan predikat frasa sendi nam
1. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk
kampung tersebut.
b) Dengan predikat frasa adjektif
1.Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.


69

6 Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-masing
dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara perkataan yang
menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata sendi nama dalam
bahasa Melayu yang lazim digunakan.

Di Bagi Umpama Hingga
Ke Demi Sejak Antara
Dari Untuk Terhadap Dengan
Daripada Tentang Akan Dalam
Kepada Seperti Oleh Pada

7 Kata Bilangan
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan
sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa





70

Jenis Kata Bilangan contoh dalam ayat
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh
bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara
himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh,
berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan
berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa,
seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam
sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja
dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk
pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga,
seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid
Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar
yuran sekolah dengan segera.
Contoh:
1.Fatimah menerima dua kuntum bunga daripada suaminya.
2.Ibu membekalkan adik sebahagian kek batik untuk di bawa ke sekolah.

Kata Pascakata
Kata Pascakata merupakan salah satu kelompok kata tugas dalam bahasa Melayu.
Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda.
Kata yang termasuk dalam pascakata ialah:

* kata penekan
* kata pembenda

71



Dalam Bahasa Melayu,terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan,iaitu
bentuk - nya. Ia berperanan sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan
merupakan kata yang memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung
dengannya.

Contohnya seperti ini.

1. Kamu sewajarnya bergembira kerana kejayaan ini adalah untuk dirimu.
2. Sesungguhnya perkhidmatan kami merupakan perkhidmatan terbaik di
peringkat antarabangsa.
3. Keadaan ekonomi negara tahun ini nampaknya akan mendapat sambutan
daripada pelabur asing.

Perkataan seperti wajar,sungguh,umpama perlu juga dijadikan imbuhan apitan iaitu
awalan se- dan -nya. Jika awalan se- tidak dimasukkan maka ayat menjadi kurang
tegas dan berkesan
contohnya.

(salah) : Ali harusnya mendapat nasihat daripada saya dahulu.

(betul) : Ali seharusnya mendapat nasihat daripada saya dahulu

Dengan ada apitan awalan se- dan akhiran -nya,maknanya menjadi cukup tegas dan
berkesan.

Bagi kata pembenda pula, ia bermaksud bentuk kata yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada golongan kata nama sebagai KN atau FN dan
KN/FN yang terhasil itu dapat menjadi unsur dalam binaan subjek ayat.KA seperti
deras,sayang,manis, dan jatuh,datang, pergi merupakan kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap.Akhiran -nya ditambah dan perkataan ini boleh berubah menjadi kata
nama. Contoh seperti ayat-ayat dibawah ini:

72


i. Derasnya tidak dapat digambarkan
ii. Sayangnya dia bukan kepalang
iii. Datangnya tidak diundang,perginya tidak disuruh
Ayat-ayat ini boleh disongsangkan dan ia tidak menyalahi hukum tatabahasa.

i. Tidak dapat digambarkan derasnya
ii. Bukan kepalang sayangnya
iii. Tidak diundang datangnya,tidak disuruh perginya
iv. Seperti nangka busuk jatuhnya

Kata pembenda ertinya begitu luas merangkumi segalanya seperti manusia,
haiwan,bangunan dan pelbagai lagi.Dalam bahasa seharian seringkali mendengar
ayat seperti apa benda yang berdentum tu? (merujuk hal kemalangan atau apa
sahaja); Tak ada apa benda pun (merujuk hal).Ia memang sesuai di tambah akhiran
-nya sebagai kata pembenda.Sama juga kepada tatabahasa tradisional dimana
prinsip ''benda dan cerita'' merujuk kepada subjek dan predikat.Ia memang tepat
fungsinya sebagai pengisi ruang subjek ayat.















73













ANALISA
PENGGOLONGAN KATA
BAHASA MELAYU

DALAM

DOKUMEN RASMI SEKOLAH









74

DOKUMEN 1

Ruj.Kam i: SKPB/KOKO /JBA 5060
/25/09/12(1)
Tarikh : 25 September 2012
Kepada:
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Jamil,
Muar, Johor.

Tuan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN PADANG UNTUK KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Parit Bulat ingin
memohon menggunakan padang sekolah tuan untuk pihak kami menganjurkan kejohanan
sukan sekolah kami pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 4 Oktober 2012
Hari : Khamis
Masa : (8.30 pagi - 2.00ptg.)

2. Oleh itu, besarlah harapan kami agar dapat pihak tuan membenarkan kami
menggunakan kemudahan padang sekolah tuan untuk mengadakan kejohanan sukan
tersebut kerana sekolah kami tiada padang untuk tujuan tersebut.

3. Kami juga ingin memohon untuk meminjam alatan seperti dua stop watch dan bendera
merah putih.

3. Di atas kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BULAT,
W/P SERI MENANTI,
84160 SERI MENANTI,MUAR,JOHOR DARUL TAKZIM.
Kod : JBA 5060 Tel. : 06-9883510


75

DOKUMEN 2


Ruj.Kam i: SKPB/KOKO /JBA 5060
/25/09/12(1)
Tarikh : 25 September 2012

Kepada:
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa,
Muar, Johor.

Tuan,
PEGAWAI BERTUGAS PADA SUKAN TAHUNAN
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Parit Bulat ingin
memohon pihak tuan membenarkan Encik Salleh bin Hasanon bertugas semasa kejohanan
sukan sekolah kami pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 4 Oktober 2012
Hari : Khamis
Masa : (8.30 pagi - 2.00ptg.)

2. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar dapat pihak tuan membenarkan pegawai
tersebut bertugas pada kejohanan sukan tersebut kerana sekolah kami kekurangan pegawai
dan juga kerana beliau mempunyai lesen KOAM.

3. Di atas kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BULAT,
W/P SERI MENANTI,
84160 SERI MENANTI,
MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM.
Kod : JBA 5060 Tel. : 06-

76

Dokumen 3
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
SK. LKTP BELITONG
KALI PERTAMA
2013

Tarikh : 28 Disember 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Tn Hj Othman Mohd Rahim (Guru Besar)

Kehadiran :

1. Tn Hj Othman Mohd Rahim (Guru Besar)
2. En. Rubaiah Dahlan (PGB KOKO)
3. En Kahar Abdullah (PGB Pentadbiran)
4. Pn. Harlina Karim
5. En. Mohd. Nazim Ismail
6. En. Mohd. Noor Ibrahim
7. Pn. Siti Maznah Dahlan
8. Pn. Azlina Mahmood
9. Pn. Nora Hussin
10.En. Hishamudin b. Abu
11.Pn. Siti Meriam b. Ahmad
12.Pn.Salasiah Selamat (PGB HEM)

Tidak hadir :
Semua hadir

Agenda :
1.0. Bacaan Doa
Majlis dimulai dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.

Tindakan: En. Hishamudin Abu

77


2.0 Kata alu-aluan Pengerusi

2.1.Ucapan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan kerana
menghadirkan diri dalam mesyuarat guru.
2.2.Ucapan tahniah kepada guru-guru kerana telah melaksanakan tugas
masing-masing dengan baik, sejajar dengan perubahan gaji guru yang lebih baik.

3.0 Pembentangan Laporan Kokurikulum 2012

Pengerusi membentangkan laporan Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2012
dan mengucapkan syabas serta terima kasih di atas kerjasama Unit Kokurikulum
melaksanakan program-program yang dirancang sepanjang tahun 2012.

Tindakan : PGB Kokurikulum

4.0 Program Unit Kokurikulum 2013
Pengerusi meminta semua AJK memahami objektif yang digariskan oleh Unit
Kokurikulum bagi melicinkan perjalanan pengurusan Unit Kokurikulum.

Tindakan : PGB Kokurikulum

5.0 Ahli Jawatan Kuasa Unit Kokurikulum

Pengerusi membentangkan Organisasi Unit Kokurikulum 2013.

Tindakan : PGB Kokurikulum

6.0 Ahli Jawatan Kuasa Kerja Unit Kokurikulum

Pengerusi membentangkan AJK Kerja Unit Kokurikulum tahun 2013 serta
Membacakan garis panduan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
setiap unit di bawah pengurusan Unit Kokurikulum 2013.


78

5.0 Hal-hal lain

5.1 Penetapan mesyuarat kelab/persatuan/unit beruniform pada
12 Januari 2013.
5.2 Penetapan tarikh merentas desa pada 23 Februari 2013.
5.3 Penetapan tarikh sukan tahunan pada 27 Jun 2013.
5.4 Jadual dan tarikh pertandingan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan akan diedarkan setelah diterima dari PPD.

6.0 Penutup

Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
Unit Kokurikulum dan berharap agar program Unit Kokurikulum tahun ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan berjalan lancar atas rasa tanggungjawab
kepada guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Mesyuarat kokurikulum kali pertama 2013 ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,




.
(ENCIK MOHD. NAZIM B. ISMAIL)
Setiausaha Kokurikulum
SK.LKTP BELITONG
Tarikh: 5 Januari 2012







79

Penggolongan Kata Dalam Dokumen Rasmi Sekolah
Dokumen 1
Bil Dokumen 1 Jenis Penggolongan Kata
1 Sekolah Kebangsaan Parit Bulat Kata Nama Khas
2 Kepada Kata Sendi Nama
3 Tuan Kata Ganti Nama Diri Kedua
4 Guru besar Kata Nama Am
5 Pegawai Kata Nama Am
6 Pada Kata Sendi Nama
7 Untuk Kata Sendi Nama
8 Menganjurkan Kata Kerja Terbitan
9 Besarlah Kata Adjektif
10 Oleh itu Penanda Wacana
11 Membenarkan Imbuhan Apitan me..kan
12 Kami Kata Ganti Nama Diri Pertama
13 Encik Kata Panggilan
14 Kejohanan Kata Nama Am
15 Sukan Kata Nama Am
16 Kerana Kata Hubung Pancangan
17 Agar Kata Bantu Aspek
18 Besarlah...lah Kata Penegas
19 Guru Besar Kata Majmuk
20 Dua Kata Bilangan Tentu











80

Penggolongan Kata Dalam Dokumen Rasmi Sekolah
Dokumen 2
Bil Dokumen 2 Jenis Penggolongan Kata
1 Sekolah Kebangsaan Parit Jawa Kata nama khas
2 Bertugas Kata Kerja
3 Merujuk Imbuhan awalan me..
4 Beliau Kata Ganti Nama Diri Ketiga
5 Dimaklumkan Imbuhan Apitan di..kan
6 Lesen Kata Pinjaman
7 Kerjasama Kata Majmuk

























81

Dokumen 3 ( Minit Mesyuarat Guru )
Bil Kata Jenis Penggolongan Kata
1 Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong Kata Nama Khas
2 Pertama Kata Bilangan Tingkat
3 Beliau Kata Ganti Nama Diri Ke Tiga
4 Syabas Kata Seru
5 Pegawai Kata Nama Am
6 Setiap Kata Bilangan Pisahan
7 Untuk Kata Sendi Nama
8 Menganjurkan Kata Kerja Terbitan
9 Melicinkan Kata Adjektif Terbitan
10 Oleh itu Penanda Wacana
11 Murid-murid Kata Ganda Penuh
12 Kami Kata Ganti Nama Diri Pertama
13 Encik Kata Panggilan
14 Kejohanan Kata Nama Am
15 Sila Kata Perintah
16 Kerana Kata Hubung Pancangan
17 Agar Kata Bantu Aspek
18 Dan Kata Hubung
19 Setiausaha Kata Majmuk
20 Dua Kata Bilangan Tentu












82

3. Kenal pasti golongan kata berserta contoh-contoh yang terkandung
i) Surat kirim rasmi
ii) Minit Mesyuarat Guru
iii) Minit Mesyuarat Panitia

Lampiran 1 (surat kiriman rasmi)
1. Kata nama
1.1 Kata nama am
1.1.1 Kata nama am tunggal kata dasar
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Murid
Guru
Staf
Nama

Kantin
Syarikat
Pejabat

Borang
Dokumen
Wang
Anggaran


1.1.2 Kata nama am kata terbitan
Kata nama
am manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Pengetua
Pemohon




1.1.3 Kata nama am kata majmuk
Kata nama
am manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)
Guru besar
Warganegara
Jawatankuasa
Pejabat Sekolah
Sebut harga
Samput surat

83

Orang
perseorangan
Staf sokongan



Kiriman wang
Wang pos
Wang pertaruhan
Tengah hari



1.1.4 Kata nama am kata ganda
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)
Pemohon-
pemohon

Dokumen-
dokumen


1.2 Kata nama khas
1.2.1 Kata nama khas kata tunggal

Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
- Pengetua SMK
Paduka Tuan
- Balakrisnnnan A/L
Appukuttan Nair





Daerah Segamat
SMK Paduka Tuan
Januari
Disember
Malaysia
September
Ringgit Malaysia
Pejabat Pelajaran Daerah
Segamat




84

3.Kata kerja
Kata kerja tunggal Kata kerja
terbitan
Kata kerja
majmuk
Kata kerja ganda
sampai Dipelawa
Mengusahakan
Tawaran
Dihantar
Tuliskan
Disertakan
Pertaruhan
Pemohonan
Dilayan
Dipertimbangkan
Dikembalikan
Keputusan
Bantahan
Sebut harga
Terima kasih


4.Kata adjektif
Kata Adjektif tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif ganda
Dalam
Atas

Berjaya



` 5. Kata Tugas
a) Kata hubung (dan, untuk, hingga, serta,yang, atau )
b) Kata bantu ( hendak, akan)
c) Kata penegas (-lah)
d) Kata perintah ( Sila)
e) Kata pemeri (adalah)
f) Kata bilangan (dua, setiap,)
g) Kata arah (kiri, penjuru)
h) Kata sendi nama (daripada, dari, di, ke, pada)
i) Kata panggilan (tuan, puan)


85


Lampiran 2 (Surat Kiriman Rasmi)
1. Kata nama
1.1 Kata nama am
1.1.1 Kata nama am tunggal kata dasar

Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Pengakap


Sekolah


Jambori
Tempat
Tarikh


1.1.2 Kata nama am kata terbitan
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak hidup
(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Pengetua




1.1.3Kata nama am kata majmuk
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Guru Besar


Sekolah Rendah
Sekolah
Menengah








86

1.1.4 Kata nama am kata ganda
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)





1.2 Kata nama khas
Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
- Tuan Haji
Maharun bin
Ahmad
- Hamzah bin
Ahmad
Penyelia
Kokurikulum
-Timbalan Pegawai
Pelajaran Daerah




Pejabat Pelajaran Daerah
Segamat
Johor Darul Tazim
Julai
Ramadhan
Jombari Antarabangsa Johor
Hutan Bandar Putra, Kulaijaya,
Kulai, Johor
November



1.3 Kata kerja
Kata kerja tunggal Kata kerja
terbitan
Kata kerja
majmuk
Kata kerja ganda
Jemputan
Menyertai
Diarah
Merujuk
Dimaklumkan
Diadakan
Terima kasih

87

Dijemput
Disertakan
Pertanyaan


1.4 Kata adjektif

Kata Adjektif tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif ganda
Sukacita
Atas



` 1.5 Kata Tugas
i) Kata hubung (dan, untuk, hingga, seperti,)
ii) Kata bantu (akan)
iii) Kata perintah ( Sila)
iv) Kata sendi nama (dari, di,)
v) Kata panggilan (tuan)
vi) Kata ganti nama diri (saya)
vii) Penjodoh bilangan (pasukan)


Lampiran 3 (Minit Mesyuarat Guru)

1. Kata nama
1.1 Kata nama am
Kata nama am tunggal kata dasar
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Guru
Murid







88

Kata nama am kata terbitan
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)





Kata nama am kata majmuk
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)







Kata nama am kata ganda
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)















89

Lampiran 5 ( Minit Mesyuarat Panitia)
(Panitia Kajian Tempatan)
1. Kata Nama
1.1 Kata nama am
1.1.1 Kata nama am tunggal kata dasar
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Guru











Ahli
Jawatankuasa
Kelas

Kuiz
Esei
Tempat
Tarikh
Masa
Mesyuarat
Markah
Program
Jam
Gambar
Format
Tahun

1.1.2 Kata nama am kata terbitan
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Pengerusi



Soalan






90

1.1.3 Kata nama am kata majmuk
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Guru Besar


Sukatan
Pelajaran
Rancangan
Pelajaran
Bilik Mesyuarat
Soalan Objektif
Soalan Struktur

1.2 Kata nama khas
Kata nama khas kata tunggal

Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
Jamil b. Marzuki
Sadiah bte Khamis
Ahmad Suhaimi bin
Ali
Mohamad Ikhram
bin Abd. Basir



Jumaat
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun
Kajian Tempatan
Sejarah
SK LKTP Chemplak, Labis
Hari Kebangsaan


1.3 Kata kerja
Kata kerja tunggal Kata kerja
terbitan
Kata kerja
majmuk
Kata kerja ganda
Kehadiran
Ucapan
Peperiksaan
Dibekalkan


91

Perlantikan
Pengujian
Ujian
Dirancang
Ditangguhkan
Disediakan
Disahkan
Pertandingan
Pemerhatian
Keceriaan

1.4 Kata adjektif
Kata Adjektif tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif ganda
pagi

` 1.5. Kata Tugas
i) Kata hubung (dan)
ii) Kata bantu (akan)
iii) Kata pemeri (ialah)
iv) Kata sendi nama (daripada, dengan, oleh,pada)
v) Kata bilangan (semua, dua, se,
vi) Penjodoh bilangan (pasukan)
vii) Kata arah (sudut)
viii) Kata panggilan atau gelaran (Encik, Puan)

Lampiran 6 ( Minit Mesyuarat Panitia)
(Panitia Sains)








92

1. Kata Nama
1.1 Kata nama am
Kata nama am tunggal kata dasar
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Guru
Murid
Ahli





Haiwan








Panitia

Fail
Tarikh
Masa
Tempat
Format
Item
Tahun
Markah
Subjek
Instrumen
Bahan
Lego
Tajuk
Modul

1.1.2 Kata nama am kata terbitan
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am
tak hidup (bukan
institusi)
Pengerusi
Penyelaras
Soalan
Alatan
Bermotor
peperiksaan






93

1.1.3 Kata nama am kata majmuk
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak hidup
(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa





Sukatan Pelajaran
Rancangan
Pelajaran
Bilik Gerakan
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Objektif
Pembelajarn
Elemen Merentas
Kurikulum
Bahan Bantu
Mengajar
Plan-J
Ujian Bulanan
Bengkel Sains
Terminologi Sains
Carta gigi manusia
Mata pelajaran
Huraian Sukatan
Pelajaran
Rancangan Harian
Hal-hal lain
Info sains
Tengah hari





94

1.1.4 Kata nama am kata ganda
Kata nama am
manusia
Kata nama am
bukan manusia
Kata nama am
tak
hidup(institusi)
Kata nama am tak
hidup (bukan
institusi)


Program-program

1.1.5 Akronim
1. PEKA
2. KSSR
3. PLAN-J
4. UPSR

1.2 Kata nama khas
Kata nama khas kata tunggal

Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
Zaiton bt. Aiman
Habibah bt. Abu
Yusof
Noranizam bt. Azali
Rosli b. Abd Samad
Mazni bt. Rassidi



Disember
Mesyuarat Panitia Sains
Panitia Sains
SK LKTP Chemplak
Huraian Sukatan Pelajaran
KSSR


1.3 Kata kerja
Kata kerja tunggal Kata kerja
terbitan
Kata kerja majmuk Kata kerja ganda
Hadir
Aktiviti


Mengucapkan
Kehadiran
Pengurusan
Dirancang
Memberitahu
Terima kasih
Mengemaskinikan
Bekerjasama


95

Merujuk
Melancarkan
Perjalanan
Mengingatkan
Melaksanakan
Diedarkan
Diajar
Menyediakan
Kehidupan
Pengujian
Pengisian
Dicadangkan
Disediakan
Diharap
Pembelian
Belian
Disediakan
Disemak
Bermula
Analisis
Dijalankan
Menjalankan
Ditangguhkan
Perlantikan


1.4 Kata adjektif
Kata Adjektif tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif ganda
Dalam
Awal


Sebaik
Keceriaan
Sepanjang





96

` 1.5. Kata Tugas
i) Kata hubung (dan, serta, yang)
ii) Kata bantu (akan, dapat, boleh, masih, telah)
iii) Kata pemeri (ialah, adalah)
iv) Kata sendi nama (di, pada,oleh, daripada, bagi, kepada)
v) Kata bilangan (semua, ribuan)
vi) Kata naf (tidak)
vii) Kata panggilan atau gelaran (Encik, Puan)
viii) Kata penegas (lagi)















97



ANALISA
KESALAHAN
PENGGOLONGAN KATA
DALAM
DOKUMEN RASMI
SEKOLAH









98

DOKUMEN 1 (Surat Kiriman Rasmi)

Contoh Perkataan / ayat Kesalahan Pembetulan
Di atas Perkataan SK mestilah
ditulis dengan penuh
Sekolah Kebangsaan
En.
Pn.
Perkataan En. dan Pn
mestilah ditulis dengan
penuh
Encik
Puan
Perlantikan AJK Perkataan AJK hendaklah
ditulis secara penuh.
Ahli Jawatankuasa

DOKUMEN 2 (Surat Kiriman Rasmi)

Contoh Perkataan / ayat Kesalahan Pembetulan
SK. Perkataan SK mestilah
ditulis dengan penuh
Sekolah Kebangsaan
En.
Pn.
Perkataan En. dan Pn
mestilah ditulis dengan
penuh
Encik
Puan
Perlantikan AJK Perkataan AJK hendaklah
ditulis secara penuh.
Ahli Jawatankuasa











99

DOKUMEN 3 (Minit Mesyuarat Kokurikulum)

Contoh Perkataan / ayat Kesalahan Pembetulan
SK. Perkataan SK mestilah
ditulis dengan penuh
Sekolah Kebangsaan
En.
Pn.
Perkataan En. dan Pn
mestilah ditulis dengan
penuh
Encik
Puan
Perlantikan AJK Perkataan AJK hendaklah
ditulis secara penuh.
Ahli Jawatankuasa


Lampiran 4 (Minit Mesyuarat Panitia)

Contoh Perkataan / ayat Kesalahan Pembetulan
28 Dis. 2012 Perkataan Dis mestilah
ditulis dengan penuh
28 Disember 2012
10;30 Menulis masa bukan
noktah bertindih tetapi
tanda noktah
10:30
En. Jamil bin Marzuki Perkataan En. Mestilah
ditulis dengan penuh
Encik
Perlantikan AJK K.T.
tahun 2013
Perkataan AJK dan K.T
hendaklah ditulis secara
penuh.
Perlantikan Ahli
Jawatankuasa Kajian
Tempatan tahun 2013
Pengujian dibuat dua kali
setahun.Iaitu pada
Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan
Akhir Tahun
Tanda noktah antara
perkataan setahun dan
iaitu sepatuhnya
ditiadakan.
Pengujian dibuat dua
kali setahun iaitu pada
Peperiksaan
Pertengahan Tahun
dan Akhir Tahun.



100

9. REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini pada
tarikh yang sepatutnya. Sepanjang proses melaksanakan folio ini, banyak
maklumat yang saya telah peroleh mengenai apa itu Bahasa Melayu 1 Akademik
,Sebelum ini, saya hanya bercakap, membuat ayat tanpa mengetahui sebenarnya
ada pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Selain itu, saya dapat belajar membuat
aya tdengan betul. Banyak jenis ayat yang saya dapat tahu melalui kerja kursus ini.
Contohnya, ayat tunggal, ayat majmuk campuran, pancangan dan gabungan.Tidak
kurang juga, menganalisis golongan kata berdasarkan petikan. Serta banyak lagi
maklumat yang berguna tentang subjek yang amat menarik ini.
Saya telah lebih memahami dan fasih tentang Morfologi dan Sintaksis yang
merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat
kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses
pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa
keperluan ini amat penting kerana sebagai seorang guru Bahasa Melayu saya
mestilah mempunyai ilmu tentang Morfologi dan Sintaksis maka murid-murid
berupaya mengenalpasti dan menggunakan perkataan yang sesuai berdasarkan
ilmu yang diajar oleh seorang guru kerana berjaya atau gagalnya sesuatu proses
pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan seorang
guru untuk mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran Morfologi dan
Sintaksis.
Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit
kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiakan tugasan ini. Dari aspek
kesukaran pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Tun Hussein Onn,
masalahnya adalah kerana sumbernya adalah terhad. manakala dalam
pengaksesian internet, banyak laman web yang tidak dapat dibuka kerana disekat
oleh pihak institut. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa meminjam internet jalur
lebar daripada rakan untuk mencari bahan. Walaupun rasa malu tetapi saya
menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T. Secara keseluruhannya saya
berasa amat gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun ketika itu
terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera.

101

Melalui pemahaman saya, bentuk kata terbahagi kepada empat jenis iaitu
bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata ganda dan bentuk kata
majmuk. Ini bermakna bahawa kebanyakkan bahan penulisan mempunyai setiap
bentuk kata yang telah dinyatakan. Sementelahan itu, pemahaman saya mengenai
golongan kata pula ialah golongan kata merupakan perkataan dalam sesuatu
bahasa yang dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa
kriteria seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria
sintaksis dan kriteria semantick
Di samping itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk
mengulang kaji sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan
persaudaraan antara pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan
sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara
tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang
membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa
kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk
memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan
dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Melalui interaksi
antara rakan-rakan sekelas, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan
lebih dalam lagi terutamanya dari segi komunikasi interpersonal dan komunikasi
intrapersonal walaupun terdapat perbezaan antara satu sama lain.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat
kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman
saya melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan
menjadi cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu
sama lain. Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan
dalam masa yang ringkas melalui pembahagian tugasan memandangkan masa
yang ditetapkan untuk menghasilkan tugasan ini dalam tempoh yang singkat.
Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat
antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Malahan,
saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat mengetahui
kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu dan

102

seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan
yang dihasilkan.
Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi banyak kebaikan kepada diri
saya.Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, tetapi juga dapat menguji
kecekapan dan kesabaran saya disamping mengingat dan menambah sesuatu
yanag baru dan mungkin saya telah terlupa.



















103


BIBLIOGRAFI
Goay Teck Chong et.al, (2008), Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1,
Petaling
Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Hashim bin Hj. Musa. Sintaksis bahasa Melayu, suatu huraian berdasarkan rumus
struktur frasa oleh Published 1990 by Nusantara in Kuala Lumpur .

Modul Bahasa Melayu BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu, Program
Pensiswazahan Guru IPG
Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar
Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm

http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id
=1160&Itemid=493
http://www.tutor.com.my/stpm/klausa%20bebas_tak%20bebas/klausa%20beba_tak
%20bebas.htm

Anda mungkin juga menyukai