Anda di halaman 1dari 2

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.

1; Kasih sayang terhadap keluarga )



Definisi -> Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

Kata Kunci -> Perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap keluarga.
-> Sayang yang mendalam dan berkekalan.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Mereka Mengasihi, Kita Menyayangi

Budaya penyayang pegangan hidup berkeluarga.

1. Cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa kita.

a. Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah.
b. Meraikan hari-hari istimewa keluarga seperti harijadi, hari ibu, hari bapa, hari ulang tahun perkahwinan.
c. Mengambil berat terhadap perasaan dan keperluan mereka.
d. Sentiasa berada di samping mereka terutama apabila ibu bapa sudah uzur dan tua.

2. Sebab-sebab perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa.
a. Untuk membalas jasa dan budi mereka yang membesarkan dan mendidik kita.
b. Untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita ke dunia.
c. Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain.
d. Untuk mewujudkan keluarga yag harmoni dan bahagia.
Meraikan hari-hari istimewa keluarga.

1. Contoh-contoh hari istimewa keluarga.

a. Hari Ibu -> minggu kedua bulan Mei.
b. Hari Bapa -> minggu kedua bulan Jun.
c. Hari Lahir
d. Hari Ulangtahun perkahwinan
e. Hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Ccina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Natal, Deepavali.

2. Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga.

a. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
b. Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa.
c. Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan.


3. Cara-cara meraikan hari istimewa keluarga.

a. Mengadakan jamuan makan.
b. Memberikan hadiah
c. Menulis kad ucapan
d. Keluar berkelah / melancong.
e. Mengucapkan secara lisan

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.2 ;Hormat dan dan taat kepada anggota keluarga. )

Nilai -> Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni

Kata Kunci -> Memuliakan setiap anggota keluarga.
-> Berinteraksi dan memberi layanan yang bersopan.


Kandungan Teks ; Tajuk ~ Keluarga Harmoni, Hidup Sejahtera

Amalan hormat menghormati dapat menghindari konflik.

1. Cara-cara menghindari konflik dalam keluarga.

a. Memahami dan menghormati minat ahli keluarga.
b. Menghormati pandangan dan pendapat semua anggota keluarga.
c. Mematuhi nasihat ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua.
d. Berkelakuan sopan sesama anggota keluarga dan tidak menyinggung perasaan mereka.

2. Kepentingan amalan hormat menghormati dalam kalangan anggota keluarga.

a. Dapat memupuk perasaan dan hubungan mesra dan kasih sayang.
b. Dapat mewujudkan keluarga bahagian dan harmoni.
c. Dapat elakkan perselisihan faham.
3. Cara menunjukkan rasa hormat terhadap anggota keluarga.

a. bertanya khabar.
b. bertegur sapa.
c. ucap selamat.
d. menerima teguran dengan hati terbuka.

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.4 ;Tanggungjawab terhadap keluarga. )

Definisi -> Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

Kata Kunci -> Kewajipan yang harus dilaksanakan
-> Meningkatkan imej keluarga, melahirkan keluarga bahagia, menjaga maruah keluarga.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Hubungan Mesra, Keluarga Bahagia

Rumahku, Syurgaku (Baiti Jannati)



mulia anak-anak muda.

Usaha meningkatkan dan mengekalkan suasana kehidupan keluarga yang berkualiti.

1. Perpaduan

a. Sentiasa berinteraksi sesama ahli keluarga.
b. Saling bekerjasama dan bermuafakat antara satu sama lain.
c. Menjaga tingkah laku semasa bergaul dengan anggota keluarga.

2. Kemesraan

a. Selalu bertanya khabar dan bertegur sapa
b. Tidak mengasingkan diri tetapi sentiasa turut serta dalam aktiviti keluarga.
c. Tidak angkuh dan menunjuk-nunjuk dengan anggota keluarga.

3. Perkongsian masa suka dan duka.

a. Bersedia memberi bantuan kepada anggota keluarga yang memerlukan.
b. Mengambil berat terhadap masalah yang berlaku dalam keluarga.
c. Susah dan senang dihadapi bersama-sama.