Anda di halaman 1dari 13

SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

1

1.0 PERTUMBUHAN

DEFINISI PERTUMBUHAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pertumbuhan bermaksud perihal tumbuh,
perkembangan, dan tumbesaran.

POLA PERTUMBUHAN TUMBUHAN
Walau apa pun cara yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan keseluruhan
peringkat tinggi atau organnya, corak pertumbuhan yang akan diperoleh adalah
sama. Selalunya, apabila keluk pertumbuhan lawan masa diplotkan, corak
pertumbuhan yang diperoleh berbentuk sigmoid atau bentuk yang hampir serupa
dengannya.
(Sahid, 1991)
Corak kitaran hidup pertumbuhan tumbuhan tahunan dilihat berdasarkan
pertambahan berat kering. Berat kering anak benih berkurang pada peringkat awal
kerana anak benih menggunakan simpanan makanan di dalam biji. Kehilangan berat
berlaku kerana daun pertama masih belum berkembang dan mampu menghasilkan
makanan sendiri. Walaubagaimanapun, berat kering akan meningkat perlahan-lahan
dan semakin cepat sehingga mencapai aras yang tetap. Kadar pertumbuhan berat
kering ini akan kekal sehingga tumbuhan mencapai peringkat matang. Seterusnya
kadar pertumbuhan menjadi perlahan dan selepas itu berkurangan.
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

2


Gambar rajah 1: keluk pertumbuhan sigmoid

Pertumbuhan berasaskan aspek luas daun dikotiledon juga mempunyai corak
yang sama namun daun tidak menunjukkan kehilangan luas di peringkat awal
pertumbuhan. Kesemua organ tumbuhan menunjukkan kadar pertumbuhan perlahan
pada awal pertumbuhan dan kemudian akan meningkat sehingga mencapai kadar
maksimum. Selepas itu, kadar pertumbuhan mulai perlahan apabila matang dan
seterusnya terhenti apabila daun tidak lagi membesar.
Selain itu, terdapat juga pola pertumbuhan dengan had. Pola pertumbuhan ini
berlaku pada tumbuhan tahunan. Pertumbuhan tumbuhan berlaku seperti biasa.
Namun, apabila tiba musim sejuk, tumbuhan akan mati. Sebagai contoh, tumbuhan
herba, iaitu, padi dan jagung.
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

3


Gambar rajah 2: pola pertumbuhan dengan had
Walaubagaimanapun, tidak semua tumbuhan menunjukkan pola pertumbuhan
sedemikian. Ada tumbuhan yang pertumbuhannya tidak berhenti seperti pada
tumbuhan saka berkayu. Tumbuhan saka tidak pernah mencapai saiz maksimum tetapi
sebaliknya pertumbuhan terus berlaku. Sekiranya pertumbuhan tumbuhan itu diukur
setiap tahun secara berterusan, kita akan dapat lihat suatu keluk yang mempunyai
beberapa siri berbentuk sigmoid.
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

4


Gambar rajah 3: pola pertumbuhan tanpa had
Corak pertumbuhan seperti ini disebut pola pertumbuhan tidak terhad. Namun,
pola pertumbuhan seperti ini juga berlaku pada tumbuhan rendah seperti alga dan
kulat; barangkali pertumbuhan organisma-organisma ini akan terus berlaku selagi ia
hidup.









SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

5


JENIS-JENIS LENGKUNGAN PERTUMBUHAN
Lengkungan pertumbuhan diperolehi dengan menggunakan pelbagai parameter
pertumbuhan seperti perubahan jisim, panjang, tinggi atau luas permukaan yang
diplotkan melawan satu set julat masa untuk sesuatu populasi organisma atau organ.

LENGKUNGAN PERTUMBUHAN HAIWAN
Bukan semua haiwan mempunyai lengkungan pertumbuhan yang sama. Haiwan
seperti harimau, tikus, kucing dan manusia mempunyai rangka dalam dan mengalami
pertumbuhan selanjar iaitu pertumbuhan berlaku secara beransur-ansur. Pola
pertumbuhan yang akan dibentuk ialah lengkungan pertumbuhan sigmoid yang
berbentuk S. Haiwan yang mempunyai rangka luar seperti ketam, udang, kala
jengking dan serangga mengalami pertumbuhan tidak selanjar iaitu pertumbuhan
berperingkat. Lengkung pertumbuhan yang dibentuk adalah berbentuk tangga.


Lengkungan Pertumbuhan Sigmoid (Bentuk-S)
Lengkungan pertumbuhan sigmoid boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu:
1. Fasa Permulaan (M)
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

6

-Kadar pertumbuhan perlahan
-Pembahagian sel bermula tetapi tiada penambahan saiz
-Organisma mengadaptasi kepada sumber makanan yang baru
2. Fasa Eksponen (N)
- Kadar pertumbuhan paling cepat
- Sel mengalami pembahagian dan pemanjangan
- Saiz sel mengalami pertambahan saiz yang sangat cepat
3. Fasa Kematangan (O)
- Kadar pertumbuhan seterusnya menjadi malar atau tetap
- Kadar pertumbuhan dihadkan oleh faktor dalaman, contoh hormon
pertumbuhan atau faktor luaran seperti kekurangan makanan
4. Fasa Kedewasaan (P)
- Tiada kadar pertumbuhan
- Organisma mencapai kematangan
- Saiz organisma kekal tidak berubah
- Pembahagian sel berlaku untuk menggantikan sel yang rosak atau mati
5. Fasa Penuaan (Q)
- Organisma mengalami proses penuaan dan akhirnya mati
- Kadar pertumbuhan adalah negatif.


SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

7


LENGKUNGAN PERTUMBUHAN HAIWAN RANGKA LUAR
Haiwan yang berangka luar seperti serangga mempunyai rangka luar yang keras
dan tidak kenyal kerana terdiri daripada sejenis polisakarida dikenali sebagai kitin.
Rangka yang keras ini menganggu proses pertumbuhan yang selanjar. Dengan
demikian haiwan muda ini akan bersalin kulit berulang kali sehingga mencapai dewasa.
Semasa menyalin kulit rangka luar yang lama akan tanggal dan disingkirkan serta
diganti denga kulit baru yang lebih besar. Penyalinan kulit ini dikenali sebagai ekdisis
dan proses ini berlaku secara berkala. Semasa ekdisis, udara akan disedut oleh haiwan
untuk mengembangkan badannya yang sekarang diliputi oleh rangka luar yang baru,
lembut serta kenyal. Tindakan ini akan memecahkan rangka luar yang lama dan haiwan
dengan rangka luar baru akan keluar daripadanya. Rangka luar akan mengalami
pertumbuhan pesat dan mengembangkan badan haiwan sebelum rangka luar menjadi
keras. Setiap peringkat antara proses penyalinan kulit digelar instar. Lengkungan
pertumbuhan bagi jenis haiwan ini adalah berbentuk tangga.




SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

8


CORAK PERTUMBUHAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
Berapa corak pertumbuhan yang biasa ditunjukkan oleh haiwan dan tumbuhan ialah:
Pertumbuhan Allometrik: Organ yang berbeza berkembang pada kadar yang berbeza
antara satu sama lain dan dari pertumbuhan keseluruhan. Ia juga melibatkan
perubahan dalam saiz dan bentuk / ciri-ciri luar organisma. Pertumbuhan ini berlaku
pada manusia.
Menurut Kamaludin A. Rashid (2007), perkembangan embrio manusia haruslah melalui
enam langkah konsekutif, iaitu
a) Pembentukan gamet
b) Persenyawaan
c) Pembelahan
d) Gastrulasi
e) Pembentukan organ
f) Pembesaran dan pembezaan tisu.

Pertumbuhan Isometrik: Pertumbuhan di mana pelbagai organ dalam organisma
berkembang pada kadar yang sama. Lengkung pertumbuhan biasanya sigmoid.
Contohnya, ikan dan lipas.
Pertumbuhan Tak Berterusan: Menurut Y K Richard (2013), arthropod mempunyai
rangka luar yang keras menghadkan pertumbuhan. Pertumbuhan bagi setiap bahagian
badan berlaku pada kadar yang sama. Namun begitu, parameter tumbesaran panjang
digunakan didapati tidak dapat memberikan refleksi sebenar pertumbuhan organisma
jenis ini. Hal ini kerana jika parameter tumbesaran berat kering digunakan, satu
lengkungan sigmoid akan diperolehi, menunjukkan pertumbuhan bahan organik seperti
protein adalah selanjar. Contoh dalam metamorphosis ialah belalang dan rama-rama.
Pertumbuhan Terhad: Pertumbuhan ini tidak terus sepanjang hayat / sehingga mati.
Pertumbuhan berhenti / menurun apabila saiz yang maksimum dicapai. Contohnya,
pokok pea, kacang dan mamalia.
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

9

Pertumbuhan Tak Terhad: Merujuk kepada pertumbuhan tanpa henti lebih jangka
hayat yang agak panjang. Ia tidak mempunyai kadar tetap dan pertumbuhan berterusan
Conohnya, terumbu karang, pokok berganda musim berkayu.




















SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

44

3.0 TUGASAN 3: REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya telah berjaya
menyiapkan kerja kursus Hidupan dan Proses-Proses Hidupan ini tepat pada masanya.
Semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai masalah telah saya
hadapi.
Salah satu masalah tersebut ialah kekangan masa. Dalam tempoh masa sebulan
atau empat minggu, saya perlu menyiapkan sebanyak lapan kerja kursus. Saya
menghadapi masalah untuk menguruskan masa saya dengan sebaiknya. Hal ini
kerana, jadual hidup saya di IPGK Sultan Mizan sangat padat. Setiap petang saya akan
turun ke padang untuk latihan bola tampar bermula dari jam 5.30 petang hingga 7.15
petang. Tambahan lagi, saya juga terlibat dengan sebahagian aktiviti persatuan seperti
Persatuan Pelatih Islam dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Demi mengatasi
masalah ini, saya telah menyusun jadual harian saya dengan lebih sistematik. Saya
akan tidur selama empat jam sehari dan memastikan tidur saya berkualiti.
Selain itu, saya menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber rujukan
mengenai tajuk pembentangan saya. Kebanyakan rujukan adalah dalam bahasa
Inggeris. Tambahan lagi, bahan rujukan di perpustakaan IPGK Sultan Mizan adalah
terhad. Demi mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan perisian komputer untuk
menterjemah bahan rujukan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Di samping itu, saya juga telah belajar satu pengalaman baru, iaitu, cara untuk
mengajar kanak-kanak di dalam kelas. Apabila kawan-kawan saya membentangkan
tajuk pembentangan mereka, mereka mempraktikkan cara mengajar kanak-kanak di
dalam kelas. Murid-murid sekolah rendah mempunyai pelbagai ragam. Oleh itu, mereka
telah menunjukkan kepada saya bagaimana untuk mengawal keadaan para pelajar di
dalam kelas. Justeru, apabila tiba giliran untuk saya membentangkan tajuk saya di
dalam kelas, saya telah mencuba teknik pengajaran itu, yakni, tidak terlalu serius dan
mempunyai unsur-unsur kecindan.
SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

45

Tambahan lagi, untuk membuat sesi PdP menjadi lebih menarik, saya telah
mengaplikasikan kesemua teori pembelajaran yang dipelajari. Menurut teori yang
dipelajari iaitu teori kognitif, teori behavioris dan teori konstruktivis, pembelajaran akan
menjadi bermakna apabila pembelajaran aktif digunakan. Oleh itu, semasa saya
membentangkan tajuk saya, saya telah meminta penglibatan kawan-kawan semasa
PdP. Menurut Dale (1969), dalam tempoh masa dua minggu, kita lebih cenderung
untuk mengingati 90% daripada apa yang kita buat dan kita cakap. Oleh itu, sesi PdP
tidak boleh berlaku dengan mendengar syarahan daripada guru sahaja.
Oleh itu, sebagai bakal guru Sains sekolah rendah, saya perlu menggunakan
teknik mengajar yang sesuai supaya pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih
bermakna. Aktiviti PdP yang melibatkan para murid dapat membantu mereka bukan
sahaja untuk mengingat, malah untuk memahami sendiri pembelajaran itu. Teknik
pembelajaran induktif dan deduktif boleh digunakan mengikut tahap penerimaan murid-
murid. Aktiviti berkumpulan boleh dilakukan dengan mencampurkan murid-murid yang
kurang bijak dengan bijak. Hal ini boleh menggalakkan perbincangan antara sesama
mereka kerana terdapat murid-murid yang malu untuk bertanya guru mereka.
Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru, masih banyak ilmu yang perlu saya
pelajari. Segala teori yang dipelajari akan saya cuba praktikkan di dalam kelas. Hal ini
penting untuk kefahaman para murid saya nanti. Penglibatan murid-murid dalam PdP
sangat penting untuk membuatkan pembelajaran lebih bermakna.







SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

46



RUJUKAN

BUKU
Lee Soon Ching and Liew Shee Liong. (2001). Biologi STPM . Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Rashid, K. A. (2007). Biology. Kuala Lumpur: Thomson Learning .
Richard, Y. K. (2013). STPM Biology. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Sahid, I. (1991). Fisiologi Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

JURNAL
Duru, A. (2010). Experimental Teaching In Some Of Topics Geometry. Academic Journals, 584-
592.

LAMAN SESAWANG
(2014, September 4). Retrieved from Allometric vs. Isometric Growth:
http://www.ableweb.org/volumes/vol-20/1-colton/scalingtutorial/isometric.html
Pustaka, D. B. (2014, Ogos 30). Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved from Pusat Rujukan
Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pertumbuhan






SCE 3013 HIDUPAN DAN PROSES-PROSES HIDUPAN

47





LAMPIRAN