Anda di halaman 1dari 5

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam
menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan
dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia
memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan
hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan
pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan
matanya.
8. Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar.
9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya
dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan
jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
1. Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Taala.
3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain
dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang
yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga
mati syahid.
4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya.
5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal
orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya
hingga subuh.
2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota
nur menurut bilangan rambut dibadannya.
3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan
syaitan.
2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat
menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.





Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
1. Syeikh Abul Abas Al-Bunni menerangkan: Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-
katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya
Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
2. Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi
setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya,
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana.
3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya
(170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal
dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat
garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat
Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan
tidak akan memudharatkannya.
5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi
sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-
Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang
dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Quran).
6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar
darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000
kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a,
membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan
Rasulallah SAW.
8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan
bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qulselepas
selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yangtidak terduga.
10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah
membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir
dan batin.
11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada
tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjagakeselamatannya, memudah menerima
nasihat dan ia tidak akan bercakap dustalagi.
12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi7 kali
sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali
bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamatdaripada segala kejahatan
yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
o Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa
kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini
ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
o Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena
pembuli jalanan.
o Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar
pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan
kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan
RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala
larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam untuk menjaga
hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku dan mengambil sedikit dari
zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu
berkata, 'Lepaskan aku, sesungguhnya aku orang miskin dan ada ramai anak.' Maka aku pun
epaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bertanya kepadaku, 'Hai Abu
Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu semalam ?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia
mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku
membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa
orang itu akan kembali kerana Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakannya. Maka aku pun
mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya
berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam' Dia berkata,
'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, aku tidak akan
datang lagi selepas ini.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya,
Rasulullah bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya
menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka
aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi.' Maka pada yang ketiga
kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata:
'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan
bahwa kamu tidak akan kembali lagi, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat
dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka
bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan
mendekatimu hingga pagi.'Maka aku pun membebaskannya.

Keesokan hari, Rasulullah bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?'
Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan
memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Bagindau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya
menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata
kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu
hingga pagi.'

Maka Nabi bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta.
Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak.
Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai