Anda di halaman 1dari 1

Apa bezanya DST (Dunia Sains Teknologi) dengan Sains PPSMI ? Banyak sebenarnya.

Science PPSMI
berfokus kepada 5 tema utama : Living Thing, Force And Energy, Materials, Astronomy and
Technology. Sementara DST pula mempunyai dua elemen berbeza iaitu Sains dan TMK (Teknologi
Maklumat dan Komunikasi) Keduanya ini diajar berasingan. 48 waktu untuk Sains dan 12 waktu
untuk TMK.Walaubagaimanapun,semasa mengajar Sains terdapat satu EMK (elemen merentas
kurikulum ) dan TMK dimasukkan sebagai satu alat untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Persediaan mengajarnya juga berlainan daripada dahulu. Proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pedagogi 4 fasa (persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan).Dulu tertulis
Learning area, Learning Objectives and Learning outcomes. Sekarang cuma guna Standard
kandungan dan Standard Pembelajaran dan terdapat objektif pembelajaran. Setiap kali selesai
proses pengajaran dan pembelajaran kami kena buat PBS (penilaian berasaskan sekolah) .PBS ini
meliputi 40% markah keseluruhan dalam UPSR. Tahun 1hingga 3 menggunakan PBS sebagai
pernilaiannya. Tahun 4 hingga Tahun 6 ada subjek UPSR 60% dan PBS 40%.
Rasanya ramai mengeluh bebanan kerja yang kian bertambah. Saya secara peribadi menerima
dengan redha semua ini. Bukankah inilah corak pendidikan di negara kita, sentiasa berubah ? Kelas
yang akan saya ajar tahun hadapan adalah kumpulan pertama untuk KSSR ini dan menghadapi UPSR
60% pada tahun 2015 nanti. Persediaan bukan tahun hadapan bermula tetapi mulai sekarang. Saya
telah mengatur strategi untuk melaksanakan proses pengajaran pembelajaran ini dan ia akan saya
mulakan dari sekarang. Selepas UPSR nanti masa terluang saya akan digunakan untuk mengajar
murid-murid tahun 1 itu mendaftar email. Email sudah digunakan tahun hadapan kerana satu
kemahiran dalam TMK ialah murid-murid dapat bertukar pesanan menggunakan email sesama
mereka. Hadapi segalanya secara positif. Yang pasti saya tidak mahu menjadi negatif dan berfikiran
negatif lagi. Jika penat ,berehatlah ...itu yang akan saya lakukan. Yang pasti mengajar anak bangsa itu
satu amanah yang sangat berat. Dan saya tidak mahu menjadi orang yang berdosa dan tidak
amanah.

Anda mungkin juga menyukai