Anda di halaman 1dari 3

SKRIP BICARA BERIRAMA

SK TEMBAK
TAJUK : BAHASA PENYATU BANGSA
Ring, ring.ring,ring.ring,ring
Helloapa khabar? Nak cakap dengan siapa?
Ha, tengok ni!
Iphone
I. I apa?
I phone lah pakcik
I phone tu.mata telefon ke?
Tak dengar ni.
Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak pasti senyum sekali.
Hebatkan!
Nak tengok boleh?
Boleh
Nak pinjam?
Tak boleh!
Emm. Itulah bahasa.
Bila dengar, banyak makna.
Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
Bahasa melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat Negara ini. Masa nenek moyang lagi , bahasa melayu
berkembang menjadi bahasa lingua franca.
Lingua franca?
Yalingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang
menggunakannya.
Hebat.
Lepas merdeka, slogan bahasa jiwa bangsa dihidupkan. Bahasa melayu diangkat sebagai bahasa
kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk Negara, tak kira tua, muda, didesa atau di kota.
Gunakanlah bahasa kebangsaan kitamarilah amalkan ramai-ramai. Bahasalah menyatukan kita
semua yakinlah bahasa jiwa bangsa. (irama bahasa jiwa bangsa)
Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana semua bercakap bahasa melayu.
Tapi pada masa itubahasa pasar diutamakan.
Bahasa pasar tu apa?
Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam.
Haiya apekmau pigi mana? (lenggok laras bahasa mengikut nada orang melayu bercakap
menggunakan nada orang cina berbahasa melayu).
Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? (lenggok laras bahasa mengikut nada orang
cina bercakap bahasa melayu).
Ayoyoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka
sama awak adik manis. Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang india
bercakap bahasa melayu).
Haitu contoh bahasa pasar.
Sekarang bahasa melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Tak kira tua atau muda kecil atau besar, semuanya tahu berbahasa melayu.
Malangnyatimbul pula bahasa cacamerba.
Cuba dengar ni..
I kan nak pergi gather. Jomlah we go boringlah duduk sorang-sorang.
Inilah bahasa rojakmacam sambal belacan.
Masuk ladamasuk bawangmasuk belacanblend.
Lepas tu makan. Rasa huhhuhhuh.
Pedasnya
Ha..siapa makan cili, terasa pedasnya.
Tapisambal belacan kan sedap bila makan pedas.lepas tu nak laginak laginak lagimacam tu
juga bahasa rojak.
Makin digunakan makin sedap, sampai terlupa kita ni orang Malaysia.
Nah! Tu dia bahasa identiti bangsa.
Macam dulu-dulu nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa.
Kat selatanpuak baba dan nyonya berpantun. Di johor, kita ada ghazal.
Kat utara kaum bori berlagu boria.
Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, hidup rakyat kita jangan dimanja,
nanti bila susah badan merana.
Kat tengah pula ada orang minang
Luruihlah jalan paya kumbuoh, babelok jalan kayu jati, dima hati den indak karusoh, ayam den lapeh
eieiayam den lapeh.
Kat timur pula ada ore klate.
Dengar ye.
Demo lo ni tok srupo mulo, tok beghani hambo nok tegor, demo kherling ujong mato, demo kherling
ujong mato nyo mari anging sekat demo kayo.
Sekarang ni budi bahasa amalan kita. Jayakan kempen budi bahasa amalan mulia. Lahirkan
masyarakat berbudi bahasa, barulah terjamin kedaulatan bangsa.
Macam lagu ni
Bangsa Malaysia berhemah tinggi, ramah dan mesra elok pekerti, yang tiada dibantu yang lemah
dilindungi, bertimbang rasa hormat menghormati, budi bahasa budaya kita..
Habahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan, kita jerit ramai-ramai
1,2,3.
Gol..
1,2,3
Ole.oleoleolekita menangkita lah juara (2x)
Bersatu teguh bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga.
Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang-kala.
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, suruh mengaji dia
tak mahu.
Ingat! Bahasa lambing perpaduan bangsa. Rosak bahasa binasalah akar bangsa.
Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi.
Hidup bahasa! Negara sejahtera! Rakyat bahagia!
Skuad.luruskan barisan.! Up!
Jadi, kami anak-anak transformasi, satu Malaysia, berjanji, mengekalkan tradisi bahasa, bagsa
Malaysia, bahasa dijulang, warisan dipertahan, warga terbilang.
1 bahasa, 1 bangsa, 1 malaysia.
Lagu 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai