Rawatan Air
Rawatan air merupakan proses
membuang bahan cemar daripada air
mentah bagi menghasilkan air yang
selamat untuk digunakan manusia dari
segi kimia dan bakteriologikal. Air juga
perlu diterima dari segi estetiknya, bebas
dari kekeruhan yang nyata, bau dan
warna yang tidak menyenangkan. Loji
rawatankonvensional meliputi proses-
proses berikut:
Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun,
tumbuhan akuatik dan bendasing yang
terapung akan diasingkan melalui proses
saringan. Selepas disaring, bahan
terampai yang lebih padat akan dibuang
dengan membenarkan air mengalir
melalui kebuk yang mana ia akan mendap
ke dasar.
Pengudaraan
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera
bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu
membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.
Koagulasi dan Flokulasi
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut
bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.
Sedimentasi
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang
untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.
Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan
akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini
dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.
Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan
memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara
dan air bagi memastikan kelancaran operasi.
Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan.
Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan
kapur atau abu soda.
Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.