Anda di halaman 1dari 19

ISU KONTEMPORARI :

PENGGUNAAN ICT DI
KALANGAN GURU
MATEMATIK DI
SEKOLAH
AHLI KUMPULAN :
Norlia Bt Nain
Norsyuhaida Bt Sharin
Mohd Halimi Bin Harun
Noor Azamimi Binti Othman
Nor Maslianee Bt Abd Shukor
KONOLO!I I"#
$ALAM P%N$I$IKAN MA#%MA#IK
ERA KSSR DAN KSSM(2011)
Internet Web, portal guru
ERA PPSMI(2003)
CD Online Exercises
SEBELUM ERA PPSMI
CD ROM TV PENDIDIKAN
P%N!!UNAAN I"#
$ALAM P$P MA#%MA#IK
1. Internet
2. Pengajaran Berbantuan komputer
(PBK) merupakan penggunaan komputer
dalam menyampaikan bahan pengajaran
dengan melibatkan pelajar secara aktif
serta membolehkan maklum balas.

Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman, 1994)


kemasyhuran komputer menjadi popular sebagai
media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media
pembelajaran yang lain. Antara keistimewaan
komputer adalah seperti berikut:
a) Hubungan Interaktif
Komputer boleh mewujudkan hubungan antara
rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin
(1984,1996) komputer dapat mewujudkan inspirasi dan
meningkatkan minat.
b)Pengulangan

Komputer membolehkan pengguna mengulangi


pelajaran apabila perlu untuk memperkuatkan lagi
pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam
pengulangan, kebebasan dan kreativiti daripada para
pelajar amat diperlukan (Clements, 1994)
c)Maklum Balas dan Peneguhan

Media komputer membolehkan pelajar memperoleh


maklum balas terhadap pelajaran secara serta
merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan
peneguhan positif yang diberi apabila pelajar member
jawapan.
3.Penggunaan Kalkulator

Kalkulator berupaya mengira nombor perpuluhan,


pecahan dan nombor-nombor yang kompleks.

Kalkulator mempunyai kemudahan manipulasi


simbolik dalam menyelesaikan masalah -masalah
yang berkaitan dengan algebra seperti pengembangan,
pemfaktoran, kebarangkalian , integrasi dan matriks.

Kalkulator mempunyai kemudahan untuk


mempamerkan asas data dan asas formula bagi
mempercepatkan proses dalam menyelesaikan
masalah berkaitan dengan graf fungsi dan carta.
4. Perisian Geometer's Sketchpad (GSP)

Perisian Geometer's Sketchpad digunakan untuk


mengajar topik geometri dapat membantu pelajar
menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman
konsep geometri iaitu membuat visualisasi, membuat
penerokaan dan penyiasatan , membuat analisis dan
membuat deduksi secara informal.

GSP digunakan sebagai alat tunjukacara di mana


pelajar boleh melihat sendiri cara dan bagaimana
sesuatu bentuk geometri dibina dan seterusnya
menentukan sifat-sifat geometri.
5.Penggunaan Spreadsheet

Spreadsheet digunakan untuk melakukan pengiraan


yang kompleks, penjadualan, memplot dan meneroka
fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik,
menyelesaikan masalah melalui modeling, meneroka
penjelmaan geometri.

Ianya juga dapat membantu pelajar memahami secara


mendalam tentang kebarangkalian, memplotkan rajah
dan menyiasat perubahan yang berlaku apabila
koordinat-koordinat titik pada rajah berubah.
MASALAH-
MASALAH /
KEKANGAN YANG
TIMBUL / WUJUD
DARI
PENGGUNAAN
ICT DI DALAM
PENDIDIKAN
KOS &AN! #IN!!I

Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer


masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan
menurun.

Kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan


sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan
dan terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan.

Pelajar-pelajar perlu memiliki komputer sendiri untuk


mengelakkan persaingan di makmal-makmal
komputer di sekolah
KUAN! K%PAKAAN

Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga


diperlukan untuk melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer atau literasi komputer.
SOSIALISASI

Tugasan-tugasan berkomputer juga boleh menyebabkan


guru dan murid terlalu taksub terhadap komputer atau
tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan
masyarakat luar.

Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga


boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid
berkurang sekiranya guru tidak peka kepada
tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar
mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing.
'"OMPU#% PHOBIA'

Disebalik perkembangan pesat dalam pengkomputeran,


wujud juga segolongan manusia yang tidak berupaya atau
berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi
maklumat.

Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak


mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan
mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga
wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan
individu yang celik komputer.
IN#%N%#

Internet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap pengguna


Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang
ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu
adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis
kandungan-kandungan yang baik dan elok sahaja untuk
pelajar-pelajar.
CARA MENGATASI
DAN KESIMPULAN
K%MU$AHAN $I
S%KOLAH

Sesetengah sekolah masih lagi tiada akses


kepada internet dan juga kemudahan seperti
lcd,laptop dan juga kelas yang tidak sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknologi.

Pihak berwajib perlu menyediakan kemudahan


terlebih lengkap terlebih dahulu sebelum
melaksanakan sesuatu transformasi dalam
pendidikan.

Selain itu, guru-guru perlu diberi latihan serta


kursus yang bersesuaian dengan kehendak
teknologi masa kini.

Jika dilihat rata-rata guru masih lagi tidak


dapat menguasai internet dan tidak dapat
diaplikasikan di dalam kelas.

Latihan yang perlu diberi adalah seperti


membina soalan, analisis item, perisian-perisian
matapelajaran, sosial networking dan juga
laman-laman web yang bersesuaian.
P%NU#UP

Kewujudan teknologi dalam pendidikan


matematik bukan sahaja mengubah corak dan
cara guru mengajar matematik tetapi turut
mengubah kandungan matematik yang dipelajari
oleh murid. Matlamat pendidikan matematik
adalah untuk melahirkan warga yang bukan
sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa
yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia
sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan
masalah yang belum pernah mereka temui.