Anda di halaman 1dari 4

Bagi melengkapkan kursus HBEF 3603 ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4)

mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan
kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan
tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS anda.

Selamat Melakukan Tugasan.enlightened

___________________________________________________________

Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi P&P seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF 2503. Sesi ini akan
dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki menyediakan laporan praktikum
seperti format (template) yang disediakan.*

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar' pada bahagian Assignment (T1A1)



Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 1 Mei 2014 (5.00pm).
Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.





Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum

Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam /videokan suasana praktikum termasuk
aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Format video rakaman mestilah dalam bentuk *.flv semasa di muatnaik
(upload).



Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 1 Mei 2014 (5.00pm).
Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.





Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan

Sediakan laporan mengenai inovasi P & P seperti format berikut:

1. Refleksi P & P yang lalu

2. Objektif kajian

3. Kumpulan sasaran

4. Pelaksanaan inovasi P&P

5. Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.

6. Lampiran



Laporan ini:

Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5
Terhad kepada 12-15 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)


*Note: Pelajar boleh merujuk FORMAT LAPORAN INOVASI P&P di folder Resources



Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 29 Mei 2014
(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.





Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif.
Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat
aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan
penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja. (Font 12, Times New Roman, TIADA langkau
baris).



Peringatan:

Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 29 Mei 2014
(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A4.