Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS 2

JALAN DAMAR LAUT INDAH, 11900


BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.
MINIT MESYUARAT KANTIN KALI KETIGA 2014
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2014
HARI
: RABU
TEMPAT : KANTIN SKBL2
MASA
: 10 .35 PAGI
KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.

EN. NAZRI BIN ABD HAMID


PN. AMINAH BINTI IDRUS
PN. ZURAIDA BINTI HARIS
PN. HASNIZA BINTI HARUN
PN. ZAKIAH BINTI

GB
GPK 1
GPK HEM
GURU KANTIN
PENGUSAHA KANTIN SKBL2

MINIT MESYUARAT
1.Ucapan Pengerusi
1.1Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.
1.2Diharapkan semua guru dan pengusaha kantin dapat memberikan kerjasama
dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti dan kebersihan kantin dari semasa
ke semasa.
2. Ucapan GPK HEM
2.1 Meminta kerjasama semua guru untuk memantau tingkah laku dan adab
murid
semasa makan di kantin.
Tindakan : Untuk makluman semua Ajk
Kantin
3. Pengesahan Minit Mesyuarat kantin kali kedua 2014
3.1 Pencadang : Pn. Siti Rosilah bt. Md Saleh
3.2 Penyokong : Pn. Hasniza bt. Harun
4 Kebersihan , keselamatan kantin dan kemudahan kantin
4.1 Pn. Zuraida mengingatkan pihak kantin agar dapat menjaga kebersihan dan
keselamatan kantin dari segi :
1. kebersihan kemudahan
semua kemudahan kantin seperti tempat menyedia,mempamer atau
menghidang makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih
dan kemas.
Semua sinki hendaklah sentiasa bersih dan berfungsi
Bilik air dan tandas hendaklah sentiasa bersih,selamat dan berfungsi.

Tempat mengumpul sampah hendaklah sentiasa bersih dan kemas.tongtong sampah hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.
2. Kebersihan Peralatan
Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibrsihkan dengan air yang
bersih sebaik-baiknay air panas dan bahan pencuci yang sesuai.alat dan
perkakas yang bersih hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan
bersih.
Semua peralatan( contoh:- pinggan
mangkuk,piring,gelas,cawan,sudu,garfu,cerek dan pisau) yang
retak,sumbing/sompek,calar dan berkarat tidak boleh digunakan.
Kain kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan
bahan pencuci yang selamat
3. Tempat basuh tangan
Tempat basuh tangan hendaklah mencukupi dan disediakan cecair pencuci
tangan.
4. Penyelenggaraan Sisa pepejal
Sisa pepejal hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Pengusaha
kantin hendaklah menyediakan tong sampah yang sesuai dan mencukupi

Tong sampah kegunaan di dapur hendaklah


Berlapik dengan karung plastic dan bertutup
Diasingkan sampah basah dan sampah kering

Tong sampah besar hendaklah ;


Disediakan di luar bangunan kantin bagi memudahkan
urusan pihak berkuasa Tempatan
Kedudukannya tidak menimbulkan gangguan kepada pihak
lain
Diletakkan di atas lantai simen yang lengkap dengan system
perparitan
Ditutup untuk mengelakkan gangguan LILATI dan binatang
lain

Pelupusan sampah
Bagi sekolah di luarkawasan Pihak Berkuasa Tempatan, tempat
pelupusan sampah hendaklah disediakan.

5. Pakaian

Berpakaian bersih,kemas dan sopan

Memakai apron bersih dan berwarna cerah serta menyediakan


tempat penyimpanan yang bersih seperti peraturan yang telah
ditetapkan

Memakai penutup kepala yang sesuai,bersih dan mudah dibasuh

Memakai kasut bertutup


Tindakan : Pengusaha kantin

5.0 Maklumat pekerja kantin


5.1 Pihak pengusaha kantin diminta memberikan maklumat terkini berkenaan
dengan pekerja kantin.Maklumat ini penting untuk difailkan untuk rujukan
apabila diminta oleh pihak berkenaan.
Tindakan : Pengusaha kantin
6.0 Laporan kendiri harian kantin
6.1 Pihak pengusaha kantin juga diminta agar dapat memberikan kerjasama
untuk
menghantar laporan kendiri harian kantin dalam masa yang ditentukan iaitu
pada minggu terakhir setiap bulan untuk memudahkan guru kantin
membuat
laporan bulanan kepada pejabat kesihatan daerah dan PPD.
Tindakan : Pengusaha kantin
7.0 Melabelkan bahan makanan kering
7.1 Pengusaha kantin juga diminta agar dapat melabelkan bahan bahan
makanan kering yang terdapat di kantin.Ini adalah susulan diatas lawatan dan
pemantauan daripada pejabat kesihatan Daerah yang lalu. Selain itu pihak
kantin juga diminta agar menyediakan perangkap tikus untuk mengelakkan
gangguan LILATI.
Tindakan : Pengusaha kantin
8.0 Harga makanan dan minuman
8.1 Harga makanan dan minuman untuk guru dan murid hendaklah dipamerkan
mengikut harga yang telah dipersetujui.
Tindakan : Pengusaha kantin
9.0 Pengusaha Kantin
9.1 Pn. zakiah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama
yang telah diberikan oleh pihak sekolah dengan kantin.

9.2 Beliau berjanji akan cuba buat yang terbaik bagi mengekalkan prestasi dan
akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
9.3 Pn. Zakiah juga meminta budi bicara pihak sekolah agar dapat melanjutkan
kontrak perkhidmatan beliau di sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 ini
selama
setahun lagi sebagai tambahan memandangkan kontrak ini bakal tamat pada
penghujung 2014.
9.4 Permohonan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
9.5 Pn. Zuraida selaku PK HEM SKBL2 meminta Pn. Zakiah agar menyerahkan
surat
permohonan tersebut dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya.
10.0 Hal-hal lain
10.1 Pengerusi berharap semua guru dan AJK kantin dapat melaksanakan
tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.
10.2 Beliau juga berharap laporan mingguan pemeriksaan kendiri kantin dapat
dihantar kepada guru kantin setiap hujung bulan dengan kadar segera
untuk memudahkan guru kantin untuk menghantar laporan penilaian
bulanan
kebersihan kantin kepada PPPD dan Pejabat Kesihatan.
Tindakan : Pengusaha kantin
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.35 pagi.

Disediakan oieh

Disemak oleh

-----------------------------------------------------------------s/u Jawatankuasa Kantin

GPK HEM SKBL2

Anda mungkin juga menyukai