Anda di halaman 1dari 4

http://www.ugmc.bizland.com/ak-definisimotivasi.

html

Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan
cara yang lebih mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan
asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada
MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif
pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong
sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong,
maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras
mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.


Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-
tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita.
Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara
merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa
yang dihajatkan.


Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih
kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai
apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau
besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai
matlamatnya.

Oleh itu, bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap
kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang
dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk
berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha
untuk mencapai tujuan atau matlamat."
4. Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk
hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun
menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada
halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam
negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu
yang benar-benar diingini."


5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi
perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan
ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan
kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta
diyakini boleh dicapai / perolehi."

Teori Motivasi
Para ilmuan telah membentuk bermacam jenis teori yang dianggap boleh membantu untuk memahami aspek-
aspek mengerakkan yang mendorong seseorang itu belajar. di sini kita akan membincangkan beberapa jenis
motivasi yang boleh membantu iaitu :

a) TEORI KEPERLUAN BERHIERARKI

Teori keperluan berhierarki diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dalam tahun 1954. Maslow memandang
manusia sebagai haiwan yang digerakkan oleh keinginan untuk memenuhi dan memuaskan beberapa jenis
keperluan.

b) TEORI ERG

Teori ERG oleh ALderfer pula menjadikan peringkat keperluan kepada tiga sahaja iaitu :

- Keperluan kewujudan
- Keperluan petalian
- Keperluan pertumbuhan

c) TEORI PENCAPAIAN

McClelland dan rakan seperjuangan Atkinson telah mengenalpasti dan mengkaji beberapa motif manusia yang
amat sesuai dalam konteks pembelajaran. keperibadian dikatakan mempunyai 3 motif asas seperti yang
diringkaskan dalam berikut :

3 MOTIF ASAS MANUSIA MENGIKUT MODEL : McCLELLAND ATKINSON

1. Keperluan untuk pencapaian

-Keperluan untuk mencapai kejayaan diukur mengikut suatu piawai yang tertentu.

2. Keperluan untuk gabungan (affiliation)

-Keperluan untuk menjalin perhubungan peribadi dan persahabatan yang rapat dengan orang lain.

3. Keperluan untuk memperoleh

-Keperluan untuk mengawal atau mempengaruhi kelakuan orang
lain secara langsung atau tidaklangsung.

d) TEORI ATTRIBUTION

Mengikut Welner (1974) kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh 4 perkara, iaitu kebolehan, usaha, nasib
dan kesukaran tugasan pembelajaran.

e) TEORI JANGKAAN GURU

Asas teori ini ialah guru membantu membentuk persepsi diri pelajar terhadap kebolehannya melalui isyarat
perlakuan yang halus dan kurang halus.
f) TEORI KOGNITIF SOSIAL

Setiap individu menggunakan punca maklumat untuk membina persepsi dirinya terhadap kebolehannya.

Anda mungkin juga menyukai