Anda di halaman 1dari 2

1.

MOTOR KASAR

Standard Kandungan : 1.3 Melakukan pergerakan motor kasar melalui aktiviti harian
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melakukan pergerakan menepuk tangan berpasangan seperti
permainan tepuk Air Pasang Pagi
Kefahaman tentang kehendak SP:
- Membuat pergerakan 2 tangan ke pelbagai arah seperti atas, bawah, kiri dan kanan.
- Membuat pergerakan tangan kanan ke pelbagai arah seperti atas, bawah, kiri dan kanan.
- Membuat pergerakan tangan kiri ke palbagai arah seperti atas, bawah kiri dan kanan.
- Melibatkan bahagian bahu, siku, pergelangan tangan dan jari
Cadangan aktiviti:
1. Menepuk meja.
2. Menepuk peha
3. Menepuk tangan mengikut rentak lagu.
4. Menepuk tangan secara selari bersama pasangan.
5. Menepuk tangan secara bersilang bersama pasangan.
6. Bermain menepuk tangan bersama pasangan mengikut rentak lagu.
__________________________________________________________________________________
Standard Kandungan : 1.4 Melakukan koordinasi mata-tangan
Standard Pembelajaran : 1.4.1 Mencampak gelung rotan ke dalam skitel
1.4.2 Melontar bola ke dalam bakul
1.4.3 Melontar bola ke dalam jaring
Kefahaman tentang kehendak SP:
- Membuat pergerakan menghayun tangan ke depan dan ke belakang.
- Membuat pergerakan membaling bola pada jarak dekat dan jauh.
- Melibatkan bahagian bahu, siku, pergelangan tangan dan jari.
Cadangan aktiviti:
1. Mencampak gelung rotan ke dalam skitel pada jarak/ arah berbeza.
2. Melontar bola kecil ke dalam bakul menggunakan kedua-dua belah tangan/ sebelah tangan.
3. Melontar bola besar ke dalam jaring menggunakan kedua belah tangan/ sebelah tangan.
Standard Kandungan : 2.2 Melakukan kemahiran asas motor halus melalui aktiviti harian
Standard Pembelajaran : 2.2.3 Membuka dan menutup botol dengan cara memutar jari
menggunakan jari.
Kefahaman tentang kehendak SP:
- Membuat aksi memutar pergelangan tangan dan jari secara bebas.
- Membuat pergerakan memutar pergelangan tangan dan jari mengikut arah dan lawan jam.
- Memutar penutup botol dengan menggunakan jari.
Cadangan aktiviti:
1. Membuat aktiviti pergerakan pergelangan tangan dan jari secara bebas.
2. Membuat pergerakan memutar pergelangan tangan dan jari.
Contoh: membuka baling kuih.
3. Memutar penutup botol dengan menggunakan jari.
Contoh : menutup dan membuka penutup botol air.
__________________________________________________________________________________

2. MOTOR HALUS

Standard Kandungan : 2.2 Melakukan kemahiran asas motor halus melalui aktiviti harian
Standard Pembelajaran : 2.2.4 Membuka penutup botol menggunakan alat

Kefahaman Tentang Kehendak SP:
- Murid boleh menggunakan jari hingga pergelangan tangan (motor halus) dan bahagian
lengan tangan untuk membuka penutup botol.

Cadangan aktiviti:
1. Regangan tangan.
2. Perkenalkan pelbagai jenis botol dan alatan pembuka botol.
3. Demonstrasi membuka penutup botol dengan menggunakan alatan.
4. Murid membuat aksi membuka penutup botol.
5. Amali membuka penutup botol dengan alatan.
6. Penerangan tentang aspek keselamatan semasa menggunakan alat.

Anda mungkin juga menyukai