Anda di halaman 1dari 2

DOA PEMBUKAAN MAJLIS

.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM
KEPADA NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PARA SAHABATNYA
DAN MEREKA YANG MENCONTOHINYA HINGGA HARI KIAMAT.
ALLAH HUMA YA ALLAH
PADA PAGI YANG BERKAT LAGI BERSEJARAH INI, SEMPENA SEMINAR
PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN GURU PELATIH PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN AMBILAN JANUARI 2008, KAMI MENADAH TANGAN DAN
BERSYUKUR KE HADRATMU DI ATAS NIKMAT LIMPAH KURNIAMU YANG TIDAK
TERHINGGA KE ATAS KAMI SEHINGGA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN,
DAMAI DAN HARMONI SERTA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KAMI DI
MUKA BUMI INI DAN DIPOHONKAN JADIKANLAH MAJLIS KAMI INI MAJLIS YANG
ENGKAU REDHAI DAN BERKATI.
YA LATIF YA RAHMAN
KURNIAKANLAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAHMU, BIMBINGLAH KAMI KE ARAH
KEJAYAAN, KEAMANAN, KECEMERLANGAN DAN KESEJAHTERAAN DI DALAM
PENGHIDUPAN KAMI DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT. JADIKANLAH KAMI
ORANG-ORANG YANG BERTAQWA SENTIASA MEMATUHI PERINTAHMU DAN
MENJAUHI LARANGANMU. AMPUNILAH DOSA DAN KETERLANJURAN KAMI DAN
JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERADA DI DALAM KEREDHAANMU
JUA.
YA MUNZILAL BARAKAT
BERKATKANLAH BUMI BERTUAH INI. JAYAKANLAH SEGALA USAHA YANG KAMI
ANJURKAN UNTUK MENJADIKAN KAMI BAKAL GURU YANG BERKUALITI.
MUDAH-MUDAH SEMINAR SELAMA 3 HARI INI AKAN DAPAT MEMBERI MANFAAT
DAN MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG
TUGAS SEHARIAN DISAMPING BERKONGSI PENGALAMAN KAMI YA ALLAH.
YA SATAR YA ALIM
KEPADAMU YA ALLAH KAMI POHONKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
KAMI, PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI, HINDARKANLAH NEGERI DAN NEGARA KAMI
DARI SEGALA BAHAYA BENCANA, TANAMKANLAH DI HATI KAMI SIFAT SABAR,
TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN. YA ALLAH, TERIMALAH
SEGALA KERJA DAN KHIDMAT BAKTI KAMI DENGAN SEMPURNA DAN DIKIRA
SEBAGAI AMAL IBADAT KAMI KEPADAMU JUA.
KAMI JUGA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MU DARI SEGALA PERKARA YANG
BOLEH MENCACAT CELAKAN MAJLIS KAMI DAN DARI SEGALA PERKARA YANG
MELALAIKAN KAMI DARI BERBUAT TAAT KEPADA MU. KEPADA MU JUA KAMI
SERAH SEGALA URUSAN KAMI.