Kebangsaan Kubang Teduh. Pada minggu ini saya dapat mengenalpasti satu lagi
masalah iaitu murid- murid tidak menghantar kerja rumah yang diberikan seperti
yang telah diarahkan. Masalah ini baru dikenalpasti pada minggu ini kerana sebelum
ini saya tidak pernah memberikan kerja rumah kepada murid-murid dan hanya
mengedarkan lembaran kerja untuk dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Masalah ini berlaku terhadap murid tahun 4. Punca utama yang mungkin
menyebabkan murid-murid kelas ini bersikap demikian ialah sikap sambil lewa dan
tidak minat untuk belajar yang wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka tidak
mahu menghantar latihan yang diberikan. Faktor kedua ialah mereka tidak tahu
untuk menyiapkan soalan yang diberikan. Mungking soalan yang diberikan terlalu
sukar untuk disiapkan. Menurut J.B. Watson (1878-1958) emosi manusia sentiasa
berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih
sayang.Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkah laku negatifnya yang
menyebabkan murid ini menjadi malas dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan
serta ingkar dengan arahan guru.
Tempoh Penyelesaian
7 September 2014 11 September 2014
Tindakan Susulan
Bagi mengubah sikap murid-murid kelas ini supaya sentiasa menghantar kerja
rumah yang diberikan seperti yang diarahkan tindakan segera perlu diambil. Antara
cadangan saya adalah seperti berikut:
Memberi peringatan agar menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang
diberikan mengikut arahan guru.
Denda akan dikenakan bagi pelajar yang tidak menghantar latihan atau kerja
rumah.
Murid digalakkan berbincang bersama rakan-rakan bagi menyiapkan kerja
rumah yang diberikan.
Ibubapa patut memainkan peranan penting dengan menyemak kerja rumah
yang diberikan oleh guru agar murid dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan.
Kesimpulan
Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya sentiasa
mencari idea untuk meningkatkan minat murid-murid agar sentiasa bersedia
Tarikh
:...................................................
:.....................................................
Nama :.....................................................................................
Tandatangan
Tarikh
:...................................................
:.....................................................
Nama :.....................................................................................
Tandatangan