Anda di halaman 1dari 17

KONSEP STRATEGI

Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori
pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah
disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar
yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran
boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.


PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-
lain.


PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana
keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.
Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian
atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan
aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan,
dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai
sesuatu kemahiran.


PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu
diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian,
kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di
tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan,
kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan
pencapaian objektif yang berkesan.


PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang
tertentu.


PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIK
KOMUNIKATIF
INDUKTIF


Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu
sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin
contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba
disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir
perkaitan antara sesuatu.


Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh
yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh
guru.


Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.


DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori
yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang
didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang
umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu
memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum,
teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-
murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang
berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang
baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan
deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas
dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan
kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan
contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada
pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan
yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas
mengikut kehendak dan keperluan murid.


KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan
kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan
komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa
pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks
wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang
betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat
menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui
aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid
menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang
melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam
kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk
menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.


Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan


Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting
dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-
murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan
dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.


Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan
mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.


Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu
guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila
guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang
dilaksanakan.


Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif
menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan
murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk
menyelesaikan masalah.


Pembelajaran berasaskan aktiviti
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan
melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan
kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-
bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan
struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara
berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.




Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-
permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang
dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan
dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan
melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi


KAEDAH
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri
daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga
digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan
kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran
(Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah Penerangan
Kaedah
Natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti
yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang
menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau
kepada teori tatabahasa tertentu.
Kaedah Nahu
Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang
betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke
bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana
pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang
Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah Ajuk
Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar
secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.


Kaedah Penerangan
Kaedah
Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus
tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti
bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin
mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada
hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
Kaedah
Bahasa
Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan
cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan
rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau
mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat
dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem
bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
Kaedah
Oral-
Aural
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,
Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran
lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.




TEKNIK
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti
muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.


Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik simulasi
Teknik drama
Tujuan Teknik
Menarik minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua.




Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar
yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan
maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya
dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap
penting.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi
yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-
pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya
mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan
kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara
analitis.


Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.


Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di
kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan
tidak menimbulkan kebosanan.


Teknik Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif
iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik
(jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll)
dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan
pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping
dapat menyuburkan sahsiah murid.












BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
Berdasarkan pertimbangan
terhadap teori
pembelajaran, pendekatan
kaedah dan teknik
mengajar
Bercorak abstrak Bersifat konkrit
Lebih khusus
atau spesifik
Rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat
atau kejayaan
Satu pandangan,
pendirian, pegangan
atau falsafah bagi
melihat, memahami dan
mendekati sesuatu
perkara
Cara mengajar
yang disusun dan
dilaksanakan
untuk mengajar
kemahiran bahasa
Wujud dalam
bentuk aktiviti,
strategi atau
taktik dan
bahan atau alat
yang berkaitan
Strategi
penggabungjajalinan
kemahiran
-strategi
penyerapan nilai-nilai
murini dalam pengajaran
Pendekatan empirisis
-pendekatan rasiomalis
(mentalis
-pendekatan
komunikatif
-kaedah tubi
-kaedah terus
-kaedah dengar
dan sebut
-kaedah bersiri
-kaedah
terjemahan
-kaedah tentera
-teknik kloz
-teknik bacaan
nyaring
-teknik
bercerita
-teknik drama
-teknik korus
-teknik dialog


PENUTUP
Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam
bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab
dalam masyarakat moden dan demokratik.
Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting
dalam dunia pendidikan.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita
perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-
syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu