Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu

Peribahasa – Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Peribahasa merupakan warisan bangsa yang masih dipelihara hingga


kini. Warisan itu antaranya melentur buluh biarlah dari rebungnya
bermaksud mengajar atau mendidik seseorang dilakukan ketika ia masih
kecil. Peribahasa yang lain sama maksud denganya ialah “ tatkala lagi
rebung tiada dipatah kalau sudah menjadi aura apa gunanya ”. Maksudnya
ajarlah seseorang itu ketika belum mencapai usia dewasa. Kedua-dua
peribahasa tersebut menggambarkan bahawa pemupukan sikap atau
perlakuan hendaklah dilakukan semasa seseorang itu masih berada dalam
alam kanak-kanak.

Amalan pemupukan sikap yang baik itu jika dilakukan sesudah


seseorang itu meniti usia remaja sudah tentu kurang berkesan kerana ia
sudah terbawa-bawa dengan kebiasaan yang dilakukannya selam ini. Salah
satu contoh berhubung dengan amalan pemupukan sikap murni sejak kecil
ialah amalan menabung. Oleh sebab itu, ibu bapa bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menjanakan amalan tersebut dalam kalangan anak
mereka. Langkah ini amat wajar dipraktikkan kerana wang yang ditabungkan
sedikit demi sedikit itu lama kelamaan mennjadi banyak. Jika seseorang itu
mula menabung ketika sudah menjejak usia dewasa tidak mungkin ia akan
menyimpan wang yang banyak. Dengan itu, jelaslah jika hendak dilakukan
sesuatu perkara itu mesti dilakukan sejak awal. Bagi anak-anak pula, selain
dapat mengelakkan diri daripada sikap boros, hasil tabungan itu dapat
digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk biaya pendidikan dan mereka
dapat mengelakkan diri daripada berhutang.

Sekiranya kita perhatikan perkara lain, sebagai contoh saban hari


gejala social menular secara meluas dalam kalangan remaja. Oleh sebab itu,
langkah yang paling efektif untuk menangani penyakit social ini bergantung
kepada peranan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh ibu-bapa.
Dalam kehidupan harian, ibu-bapa memikul amanah demi membentuk
keperibadian yang mulia dalam kalangan anak-anak sejak mereka di dalam
buaian lagi. Antaranya ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama dan
moral yang sempurna kepada anak-anak. Dengan itu, nilai-nilai murni dapat
ditanam di dalam jiwa remaja sejak awal lagi. Sebaliknya jika rebung sudah
menjadi buluh yang keras maka amatlah susah bagi ibu bapa untuk
membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. Peribahasa ini
dengan jelas member ingatan kepada kita agar dapat membina jiwa murni
dalam kalangan generasi muda ketika mereka masih berada di alam kanak-
kanak.

Selain itu, maksud peribahasa ini dapat dikaitkan dengan pemupukan


amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita harus maklum
bahawa membaca bukan sahaja berupaya menambahkan ilmu pengetahuan
malahan dapat mematangkan pemikiran. Oleh sebab pembacaan
memberikan faedah yang banyak kepada seseorang maka amalan ini harus
disemai sejak seseorang itu masih kecil. Menerusi pembacaan seseorang itu
akan menjadi insane yang berkebolehan dan mendalam pengetahuannya
tentang sesuatu bidang ilmu. Dengan itu, mereka tidak mudah diperbodoh
atau diperalat oleh orang lain kerana mereka dapat berfikir secara rasional.

Disamping itu, kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dapat


disemai dalam jiwa seseorang itu sejak mereka di bangku sekolah lagi.
Pelbagai langkah dapat dijalankan untuk mencambahkan kesedaran
berhubung dengan penjagaan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar perlu
disuburkan sepanjang masa didalam jiwa kanak-kanak melalui ceramah,
pertandingan menulis esei,melukis poster dan sebagainya. Jika kesedaran
tentang penjagaan kebersihan dapat dipupuk sejak zaman kanak-kanak
maka Negara kita tidak akan berhadapan dengan masalah pencemaran yang
serius seperti yang berlaku pada hari ini. Hal yang positif akan wujud kerana
rakyat mempunyai kesedaran tentang kesan negatif yang berpunca daripada
pencemaran.

Maksud peribahasa yang dibincangkan ini boleh dikaitkan dengan


penerapan nilai-nilai agama juga. Tambahan pula, setiap orang mengakui
bahawa pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan. Pegangan yang
teguh pada ajaran agama dapat dijadikan perisai untuk menghalang
seseorang terjerumus ke dalam kancah maksiat. Oleh sebab itu, pendidikan
agama wajib disemai di dalam jiwa setiap insan sejak mereka mula
mengenal kehidupan. Menerusi pendidikan agama kita dapat melahirkan
manusia yang beriman, bermoral, bertakwa dan tinggi sahsiahnya.
Sehubungan dengan itu, ibu-bapa berperanan penting memberikan
pendidikan agama kepada anak-anak sejak anak itu berada di dalam buaian
sebelum tanggungjawab itu beralih sebahagiannya kepada guru-guru di
sekolah.
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa peribahasa
tersebut mempunyai tujuan yang murni untuk mendidik dan mengingatkan
kita tentan pelaksanaan amalan pendidikan. Seseorang itu hendaklah dididik
tentang sesuatu perkara sejak individu berkenaan masih kecil lagi. Menerusi
amalan pendidikan yang berpandukan saranan peribahasa ini, kita dapat
mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan Negara yang maju.
Sehubungan dengan manfaat daripadanya maka wajrlah peribahasa ini
dijadikan pedoman dan panduan hidup dari generasi ke generasi .