Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Cuti Sekolah Tg 1 : Kajian Geografi Tempatan

TUGASAN TINGKATAN 1: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

Pelajar dikehendaki menjalankan satu kajian tentang potensi pelbagai bentuk muka
bumi terhadap aktiviti penduduk di kawasan kajian.

Kajian tersebut mesti merangkumi perkara-perkara berikut:

 Jenis bentuk muka bumi.


 Jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk.
 Potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk.
 Jadual data kajian.
 Grafik.

Nota: Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

_______________________________________________________________________
_

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan.


Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal calon yang tidak melebihi 5 kilometer
persegi.

2. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapat Kod 1:
Cemerlang, Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang tidak menulis
laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan
minimum.

3. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk


mencari dan mengumpul fakta geografi.

4. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
secara individu.

5. Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan


dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak
kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.

6. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer
pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon
Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2-0. Penggunaan komputer/foto dalam
kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.

7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.

8. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus.

9. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.

10. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus
dilaksanakan.

11. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

FORMAT PENULISAN PELAPORAN

(i) Penghargaan
Penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu saya dalam
menjalankan kajian. Ini termasuk ibu bapa, pengetua sekolah, guru grografi, responden,
pegawai-pegawai yang terlibat dan juga rakan-rakan sekumpulan.

(ii) Pendahuluan
Bahagian ini mengandungi pengenalan dan huraian secara ringkas tentang diri
anda, rakan sekumpulan, tajuk kajian, kawasan kajian dan sebagainya.

(iii) Objektif Kajian


Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa
objektif kajian.

(iv) Kawasan Kajian


Huraian tentang kawasan kajian dari segi: arah, kedudukan, jarak, ciri fizikal
kawasan dan sebab-sebab memilih kawasan tersebut.

(v) Kaedah Kajian


Menyenarai dan menghuraikan cara-cara yang digunakan semasa menjalankan
kajian. Ini termasuk pemerhatian, rujukan kepustakaan, kaji selidik dan temu bual.

(vi) Hasil Kajian


Menghuraikan kajian secara terperinci. Ini merangkumi huraian tentang:
(a) kemahiran geografi mentafsirkan jadual, graf, rajah, foto dan peta lakar
(b) kemahiran meninjau dan mengenal pasti masalah atau isu yang dikaji
(vii) Rumusan
Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Murid
mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian. Murid juga
menyebut unsur-unsur kesedaran alam sekitar dan semangat mencintai serta menghargai
kawasan sendiri.

(viii) Rujukan
Senaraikan bahan rujukan yang telah digunakan semasa kajian dijalankan.
Contohnya, buku rujukan, laman web dan orang rujukan seperti ketua kampung atau
pengerusi rukun tetangga.

(ix) Lampiran
Melampirkan semua bahan yang berkenaan dengan kajian. Borang temu bual, kaji
selidik, surat kebenaran dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai