Anda di halaman 1dari 20

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL

(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, berdaulat dan bermaruah sentiasa peka
dan mendekati cabaran supaya kemerdekaan dapat diisi dengan pencapaian yang diiktiraf
secara universal sebagai inti kepada peradaban dan kemajuan sejagat. Menurut
Luerhmann (1982) dan Naisbitt (1984), keperluan untuk memperkenalkan komputer
dalam pendidikan adalah sangat mendesak dengan harapan semua pelajar yang telah
menamatkan tempoh persekolahan di sekolah menengah adalah celik komputer.
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

memperlihatkan

kesungguhan

untuk

mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja
menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Perkembangan teknologi maklumat atau lebih dikenali dengan teknologi
komputer adalah satu kemajuan sedang berlaku. Untuk menyesuaikan diri dengan
perkembangan ini manusia perlu berubah. Jika tidak, bukan sahaja ciptaan seperti
teknologi, akan menjadi lapuk, malahan manusia itu sendiri akan ketinggalan dan
menjadi kuno (Wan Mohd Zahid, 1993).
Dalam usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik, melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu
Sains, Teknologi dan Keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, serta pengamalan
nilai, etika dan moral yang tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Nasional (PIN). Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan


modal insan minda kelas pertama dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi
melonjak ke status negara maju.
Malaysia kini , menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan
berakhlak mulia diperkenalkan . Kementerian Pelajaran Malaysia kini meneliti semula
program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan,
penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang
terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) .
Menjelang tahun 2020, negara memerlukan rakyat menguasai sekurangkurangnya peringkat asas pengetahuan dalam bidang teknologi, khususnya bidang
komputer. Ini adalah dasar kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang celik
komputer, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah khususnya
semakin bertambah baik disebabkan Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas
pembangunan modal insan minda kelas pertama dan bina upaya sebagai pendekatan
utama bagi melonjak ke status negara maju . Melalui Misi Nasional cabaran membentuk
masyarakat yang hidup berasaskan sains dan teknologi sebagai salah satu agenda penting.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Namun begitu kita tidak pasti sejauhmana pelajar sekolah masa kini bersedia menghadapi
situasi sedemikian.
Komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau hamparan
elektronik untuk mencari penyelesian kepada pelbagai masalah. Data dapat dimanipulasi
dengan mudah, diuji daripada beberapa perspektif, membuat tekaan dan menguji tekaan.
Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai idea mereka dengan
menggabungkan grafik, animasi, video dan bunyi dalam dokumen mereka. Satu premis
utama persekitaran pembelajaran multidimensi ialah untuk menganggap komputer
sebagai alat pembelajaran sama seperti kalulator digunakan untuk membuat penghitungan
dan pembaris digunakan untuk mengukur panjang garis lurus.
Pada masa ini, orang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang
luas dalam bidang komputer boleh dianggap sebagai sumber atau aset yang sangat
berharga kepada masyarakat industri. Sebaliknya manusia yang jahil atau tidak
mempunyai pengetahuan langsung terhadap komputer, boleh dikenali sebagai buta
komputer dan dianggap sebagai penghalang kemajuan sesebuah negara yang
kemajuannya berasaskan teknologi maklumat (Lim, 1995).
Pelajar yang tamat pengajiannya tanpa mendapat pendedahan yang sewajarnya
terhadap komputer juga boleh dianggap sebagai masih belum mengalami proses
pendidikan yang sempurna. Buta komputer perlu dibasmi dengan segera sebagaimana
usaha kerajaan membasmi buta huruf suatu ketika dahulu. Apabila wujud konsep
globalisasi, dunia tanpa sempadan dan konsep-konsep lain yang wujud akibat
perkembangan maklumat yang pesat, dunia perniagaan dan industri memerlukan pekerja
yang berkebolehan menggunakan teknologi komputer (Molnar, 1980).

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Sebagai menyahut kepelbagaian teknologi yang kian berkembang, Kementerian


Pendidikan Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum, telah melaksanakan
projek Literasi Komputer pada tahun 1992. Di antara objektif utama pelaksanaan
program ini ialah untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap penggunaan komputer di
samping bertujuan supaya pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai kegunaan komputer khususnya perkakasan dan perisian sesuai dengan zaman
teknologi maklumat (Kementerian Pendidikan, 1992).
Rasional mengapa projek komputer dilaksanakan ialah apabila dunia komputer sudah
berkembang maju, maka ia perlu diperkenalkan kepada pelajar. Tambahan pula, para
pendidik di serata dunia melaung-laungkan kepentingan komputer untuk pelajar di alam
persekolahan. Ibu bapa pula mula menggesa sekolah membeli komputer untuk kegunaan
anak-anak

mereka

(Rashidah,1995).

Mereka

berpendapat

eksplorasi

komputer

menggabungkan pembelajaran metakognitif dan pemikiran logikal.


Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya
mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang
memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi komputer juga bermaksud
mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh komputer serta
kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

1.3 Pernyataan Masalah


Kebolehan menggunakan komputer membolehkan seseorang memperolehi kuasa
untuk membuka pintu-pintu ke dunia pengetahuan dan ilmu baru (Abd. Latif, 2003) . Ini
disebabkan kebanyakan peralatan dan kemudahan hidup kini sudah berasaskan komputer

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

sehingga

dengan

hanya

menekan

"butang"

sahaja,

komputer

sudah

mampu

menyelesaikan masalah tugasan harian dengan baik, tepat dan teratur. Komputer sangat
sesuai untuk melakukan kerja yang banyak dan berulang, memerlukan ketepatan yang
tinggi, banyak maklumat perlu disimpan dan diperoleh semula dalam masa yang singkat
serta dapat memproses data yang banyak yang sukar dilakukan oleh manusia biasa
(Ahmad Zaki, 1989).
Sikap positif kepada literasi komputer memberi kesan kepada produktiviti sesebuah
negara. Contohnya, masyarakat Amerika Syarikat kurang berminat dengan literasi
komputer berbanding dengan masyarakat Jepun. Kesannya, kadar pengeluaran negara
Amerika Syarikat pada 1960 hingga 1977 cuma meningkat 150% berbanding negara
Jepun mencapai 390% (Idris, 1987). Implikasi daripada kenyataan ini, rakyat Malaysia
seharusnya mempunyai sikap yang positif kepada literasi komputer agar negara mencapai
kemajuan setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Kajian yang telah dijalankan oleh Clement (1981) mendapati bahawa pelajar maktab
secara keseluruhannya mempunyai sikap yang positif terhadap komputer. Bagi mereka,
belajar komputer sangat berfaedah dan memberi pengalaman yang menyeronokkan.
Kajian oleh Koohang (1981) juga menunjukkan bahawa pelajar yang lebih cerdik
memberi reaksi yang positif terhadap komputer berbanding pelajar yang kurang cerdik.
Di Malaysia, walaupun kerajaan telah melaksanakan program Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ke 9, kita tidak pasti secara
terperinci dan menyeluruh sejauh manakah pelajar telah menguasai teknologi komputer
ini secara berkesan. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji tahap literasi komputer di

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

kalangan pelajar tingkatan 2 yang mengambil subjek Pra-Vokasional ( Kemahiran Hidup


Bersepadu ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur, Johor.

1.4 Kerangka Konsep

Prestasi

Minat

Pelajar

Komputer

Interaktif

Visual

Audio

Rajah 1: Kerangka Konseptual Literasi Komputer

Internet

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

1.5 Matlamat Kajian


1.5.1

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah;
a) Kajian ini menyelidik tahap literasi komputer di kalangan pelajar.
b) Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan penggunaan komputer
dengan minat .
c) Untuk mengenal pasti respon pelajar terhadap pembelajaran menggunakan
teknologi komputer.
d) Kajian ini menyelidik masalah pelajar dalam penguasaan komputer.

1.5.2

Persoalan Kajian
a) Sejauhmanakah tahap pengetahuan asas pelajar tingkatan 2 dalam bidang
komputer?
b) Apakah sikap pelajar yang mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu
terhadap komputer?
c) Apakah pelajar tingkatan 2 yang mengambil subjek Kemahiran Hidup
Bersepadu menghadapi masalah dalam penguasaan Teknologi Komputer?
d) Sejauhmanakah
pelajar?

1.5.3

Hipotisis Kajian

penggunaan komputer dapat mempertingkatkan prestasi

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Berdasarkan persoalan kajian, beberapa hipotesis kajian turut diuji :

Ho. 1 :

Tiada perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan yang telah


menguasai literasi komputer.

Ho 2 :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan


pencapaian pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran teknologi
komputer berbanding kaedah tradisional.

1.6 Kepentingan Kajian


Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM
dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap
pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini
akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guruguru tentang keberkesanan penggunaan Teknologi Komputer

dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu..


Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guruguru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan teknologi komputer . Kepada pihak
PPD dan JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkasa dan melaksanakan
pembelajaran menggunakan teknologi komputer di sekolah-sekolah khususnya untuk
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan mata pelajaran lain amnya.
Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul
pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan Teknologi Komputer .

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

1.7 Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan ke atas sampel kajian yang kecil di sebuah sekolah
menengah di Johor. Populasi dipilih secara rawak berkumpulan mengikut yang ditetapkan
oleh pihak pentadbir sekolah berkenaan seramai 30 orang pelajar kelas tingkatan 1.
Memandangkan kajian ini dijalankan dalam masa yang terhad iaitu selama (10) jam dan
tidak melebihi 6 minggu, Kajian ini hanya dapat mengenalpasti beberapa masalah dan
perhubungan yang terbatas. Kajian ini merupakan soal selidik terhadap pelajar dan
menggunakan teknik analisis data sahaja. Kajian ini juga terbatas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor.Tempat kajian dipilih
berdasarkan kekangan masa dan pengurusan.

1.8 Definisi Istilah

Meningkatkan
Meninggikan kedudukan, memperhebatkan, meninggikan ke tahap
yang lebih tinggi. ( Kamus Dewan Edisi Kedua )

Pencapaian
Prestasi, apa yang dicapai atau diperolehi. ( Kamus Dewan ). Pencapaian dalam
kajian ini merujuk kepada prestasi atau yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan
pos.

Pelajar Tingkatan Dua


Pelajar yang belajar dalam tingkatan dua peringkat menengah rendah.

Komputer

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Komputer adalah alat yang digunakan untuk mengolah informasi

menurut

prosedur yang telah dirumuskan.

Literasi Komputer
Tahu menggunakan dan mengendalikan komputer (Kamus Dewan Edisi Empat)

Literasi Komputer
Dalam kajian ini, literasi komputer ini merangkumi dua komponen.

Dua

komponen tersebut ialah komponen pengetahuan terhadap komputer dan


komponen kemahiran terhadap komputer.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup


Mata pelajaran Kemahiran Hidup ditakrifkan sebagai kemahiran-kemahiran asas
berfungsi yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka
bertindak mengendalikan kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan
perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Bersifat inovatif, inisiatif
dan berdikari dalam pelbagai keadaan ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).

1.9 Ringkasan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan pelajar dan keberkesanan
penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu

KBSM tingkatan dua. Para pelajar akan dapat

melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif selaras dengan kemahiran-kemahiran

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

yang ingin diterapkan oleh kerajaan ke atas para pelajar sesuai dengan maksud kemahiran
hidup itu sendiri iaitu ilmu untuk kehidupan seharian.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Pengajaran Subjek Kemahiran Hidup adalah seperti mengajar mengenai sesuatu
kemahiran asas untuk hidup. Mata pelajaran KH yang diajar di sekolah menengah rendah
khasnya bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat asas
bagi membantu pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih produktif dalam
dunia teknologi yang semakin hari semakin rumet dan sentiasa mengalami pembaharuan
terutama dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan serta peningkatan dalam
penggunaan ICT.
Rosnani Jusoh (2000) mengatakan bahawa literasi komputer perlu dimiliki oleh
setiap individu kerana ia sudah dianggap sebagai kemahiran asas dalam kehidupan.
Pelajar-pelajar berhak mendapat bimbingan yang sebanyak mungkin untuk mencapai apa
yang disifatkan sebagai arif komputer.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Foo dan Chan (2000) menyatakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap
individu dalam milenium yang baru ialah literasi teknologi maklumat.

Dengan

perubahan ini, cara pengendalian pendidikan di seluruh dunia akan juga berubah
disebabkan oleh penggunaan teknologi maklumat ini.

2.1 Pembelajaran Teknologi Komputer .


Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak yang akan
menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru mengajar, cara murid belajar
dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan dikendalikan.
Contohnya, Thomas Edison menerajui pemikiran bahawa sebarang pelajaran yang diajar oleh
guru dapat diajar melalui filem (Heinich, Molenda, Russell & Smaldino, 1996). Beliau mendakwa
filem akan merevolusikan pendidikan. Selepas pelancaran Sputnik pula, sekolah didedahkan kepada
projektor overhed. Andaiannya, projektor overhed dapat memperjelaskan dan memperbaiki mesej
yang disampaikan oleh guru. B.F. Skinner (Department of Education, 1960) memperkenalkan
pengajaran terancang ke sekolah dan mendakwa ia adalah penawar masalah dalam pendidikan. Bork
(1987) kebelakangan ini pula mendakwa mikrokomputer dapat memperbaiki cara pelajar belajar di
sekolah. Setiap dakwaan ini berdasarkan perkakasan teknologi pendidikan (projektor overhead dan
komputer) ataupun perisian (pengajaran terancang).
Namum ramai penyelidik (Clark, 1983,1994; Morrison, 1994; Ross & Morrison, 1989) telah
menunjukkan bahawa teknologi atau media tidak memberi kesan kepada pembelajaran, yang lebih
penting adalah strategi pengajaran spesifik yang direkabentuk dan diimplementasi oleh guru atau
perekabentuk pengajaran yang menentukan keberkesanan pembelajaran.

2.2 Tinjauan kajian lepas.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses


dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa
mereka. Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan
membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema
dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan
individu melangkau maklumat yang diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau
telah memperkenalkan pembelajaran penemuan.
Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang
dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum
ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek
dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat
secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

Menurut Zahari (1992) , Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar
serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan
akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih
berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi
atau kaedah pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan
Byrd, 1994)
Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam
setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu
berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun
sehingga mencapai apa yang dicita - citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan
berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia
boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri.
Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin
kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu
berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghasilkan produk
yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat.
Menurut Parkay dan Hardcastle ( 1990 ), guru perlu mahir dan berkebolehan
dalam tiga bentuk pengetahuan iaitu pengetahuan mata pelajaran, pengetahuan teori
pendidikan dan pengetahuan kemahiran ( kaedah ) mengjar untuk mewujudkan situasi
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.3 Ringkasan
Berdasarkan

kajian

literature,

pemilihan

kaedah

pengajaran

banyak

mempengaruhi pemahaman dan pencapaian prestasi pelajar. Kaedah pengajaran dan


pembelajaran menggunakan teknologi komputer dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi
melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang
perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk
mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan
Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang
digunakan untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga
keperingkat penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan utuk menentukan
peningkatan pretasi dan minat pelajar di samping permasalahan yang dihadapi oleh
pelajar.

3.1 Reka bentuk kajian.


Menurut Chua yan Piaw ( 2006), kajian deskriptif merupakan statistik yang
digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variable. Statistik diskriptif menggunakan
petunjuk-petunjuk seperti min, sisihan piawai, median, mod, taburan normal dan skor z
untuk menyatakan ciri-ciri variable.
Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu
bidang yang belum atau kurang diterokai.Best dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa
kajian deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga
menjelaskan keadaan atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku,
keberkesanan dan corak yang dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian
deskripsi melibatkan data dalam usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian
dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna
untuk menilai sikap, maklumat demografi, suasana dan prosedur.
Pengkaji membuat ujian pos dan soal selidik bertujuan untuk menghuraikan ciriciri variable dan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal.
3.2 Populasi dan sample

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Kajian ini dijalankan ke atas 40

pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor. Mereka terdiri daripada 20
lelaki dan 20 perempuan. Jumlah sample diambil daripada 1 kelas yang sama.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat
pelajar, 1 kertas ujian pos dan 4 borang soal selidik. Borang maklumat pelajar
mengandungi maklumat tentang latar belakang sample kajian. Maklumat yang
dikehendaki meliputi nama , jantina bangsa dan anggaran pendapatan isi rumah. Kertas
ujian pos pula mengandungi 20 soalan objektif. Susunan soalan bagi ujian pos akan
diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya.
3.4 Prosedur Analisis Data
Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan,
penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang diperolehi adalah bahan
mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna. Data
data yng diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical For Social Science
(SPSS) For Windows Release 10.0. Penganalisis data dibuat berdasarkan hasil ujian post
dan soal selidik. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min dan peratusan
untuk dibuat perbandingan terhadap peningkatan prestasi dan minat pelajar sebelum dan
selepas kajian. Perbandingan juga dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan di dalam
kumpulan responden.
3.5 Ringkasan
Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan
yang diperolehi. Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk
membuat kajian termasuklah rekabentuk kajian,populasi dan sampel , instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan analisis data. Data- data yang diperolehi boleh

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

membantu pengkaji bagi menentukan keberkesanan penggunaan teknologi kumputer


dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan data kajian adalah berdasarkan kepada
dapatan yang akan dipaparkan dan dibincangkan dalam Bab IV nanti.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

RUJUKAN
Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd ( 1996 ).
Pelaksaan KBSM dalam Mata pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial Di
Sekolah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.
Abu Zahari Abu Bakar ( 1992 ).Psikologi Pendidikan untuk Guru. Petaling Jaya:
Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Best, J.W dan Khan, J.V 9 ( 1998 ) Reseach In Education. 8th ed. M.A: Ally and Bacon.
Brunner ( 1960 ). The Process of Education. Masachusetts : Havard University Press
Cambridge.
Burden, P,r. dan Byrd, D.M. ( 1994 ). Methods For Effective Teaching. Masachusetts
Allyn and Bacon.
Crow, D.L and Crow, A ( 1983 ).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala
Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka
Gray. L.R ( 1996 ). Educatioal Reseach : Competencies For Anylysis And Application.
5th ed. New Jersey: Prentice Hall. Inc.
Jemaah Nazir Sekolah.(1996 ). Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Mohd Majid Konting ( 1994 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Zamri Sabran ( 1994 ).Pengajaran Kajian Tempatan K.B.S.R, Penerbitan Pelangi
Sdn Bhd.
Nik Azis Nik Pa. (1992) . Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP
Omardin ( 1999 ). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Parkay, W.W dan Hardcastle, B ( 1990 ) Becoming A Teacher : Acepting The Challage
Of A Profesion. Massscusetts : Allyn and Bacon.

LITERASI KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 YANG MENGAMBIL SUBJEK PRA-VOKASIONAL


(KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU) DI SMK DATO PENGGAWA TIMUR, PASIR GUDANG.

Anda mungkin juga menyukai