Anda di halaman 1dari 15

Laporan perlaksanaan internship

Nama pelajar : Nor Hanani bt Abdul Halim.


Program : Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.
Nama projek/aktiviti : Majlis Khatam Al-Quran 2014.
Tempoh perlaksanaan : 23 Julai 2014 (8.30 pagi 12.45 tengah hari)
Objektif:
1) Menghidupkan amalan Tadarus Al-Quran dikalangan pelajar khususnya dan
warga SKBP amnya.
2) Memberi pendedahan kepada pelajar pengertian ayat-ayat yang dibaca semasa
Majlis Tadarus Al-Quran.
3) Memberi panduan yang betul untuk pelajar membuat persiapan hari raya
dengan betul.

Strategi perlaksanaan:
1) Melakukan perbincangan dan agihan tugas dengan rakan praktikum yang lain.
2) Kolaborasi dengan pentadbir sekolah, guru pembimbing, dan guru j-Qaf bagi
mendapatkan pandangan dan persetujuan.
3) Penyiapan kertas kerja sebagai panduan untuk melaksanakan program.
4) Membuat pemurnian kertas cadangan dengan pentadbir atasan sekolah.
5) Mendapatkan kelulusan dari Guru Besar.
6) Membuat senarai nama peserta Khatam Al-Quran.
7) Membuat surat lantikan khalifah Khatam Al-Quran.
8) Membuat surat jemputan penceramah.
9) Membuat surat memohon sumbangan.
10) Menyediakan senarai nama murid yang layak menerima sumbangan dan murid
yang berpuasa penuh untuk menerima hadiah.
11) Penyiapan pamplet.
12) Membuat taklimat tentang program yang dianjurkan untuk maklumat semua
guru.
13) Menyediakan cenderahati kepada semua peserta, khalifah dan penceramah
jemputan
14) Melaksanakan aktiviti dan setiap kerja dibantu oleh semua guru.

Refleksi:
A. Kekuatan projek/aktiviti
Di sebalik perlaksanaan Majlis Khatam Al-Quran yang telah dijalankan, beberapa
kekuatan dapat dikenal pasti. Antaranya ialah, majlis yang dilaksanakan dapat
menghidupkan amalan Tadarus Al-Quran. Setiap murid perlu membaca Al-Quran
bersama-sama guru j-Qaf sepanjang bulan Ramadhan setiap pagi sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran bermula. Oleh itu, ia dapat memberi ruang dan peluang
kepada semua murid dan warga sekolah untuk melakukan amalan yang baik sempena
menyambut bulan yang mulia ini.
Disamping itu, majlis ini adalah bagi memberi pendedahan kepada setiap murid
tentang maksud di sebalik bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca. Ini sekaligus
membantu murid untuk melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang apabila mereka memahami apa yang dibaca.
Selain itu, majlis ini juga membantu meringankan beban murid-murid yang susah
dan anak yatim dengan memberikan sedikit sumbangan sebagai persiapan bagi
menyambut lebaran. Apabila aktiviti ini dilakukan, ia sekaligus menjadi contoh teladan
kepada murid-murid yang lain tentang betapa pentingnya kita sebagai umat Islam saling
bantu membantu antara satu sama lain. Tambahan pula, hubungan silaturrahim murid-
murid dengan pihak sekolah juga dapat dieratkan.
Di samping itu, majlis ini memberikan hadiah galakan puasa kepada murid pra
sekolah dan tahun satu yang telah berpuasa penuh. Murid-murid yang berjaya ini
mampu menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk berpuasa
penuh.
Selain itu, ilmu pengetahuan sebelum menyambut bulan Syawal turut diselitkan
dimana ia membantu murid untuk mengetahui cara menyambut bulan Syawal mengikut
syariat Islam. Ilmu yang disampaikan melalu ceramah oleh penceramah jemputan
ternyata memberikan input yang berguna.
Disamping itu, majlis yang dijalankan telah mengeratkan hubungan diantara guru
pelatih dan warga sekolah. Setiap tugas yang disenaraikan dapat dilakukan bersama-
sama walaupun guru-guru sibuk dengan urusan pengajaran.
B. Kelemahan projek/aktiviti
Walaupun majlis ini telah dijalankan setiap tahun, beberapa kelemahan telah dikenal
pasti. Ini kerana sebahagian besar tugas melaksanakan majlis ini adalah dibawah
tanggungjawab kami. Antaranya, penyediaan pamplet yang tidak menepati kehendak
pihak sekolah telah menyebabkan kami perlu menyiapkannya di saat-saat akhir.
Ditambah pula, dengan tempoh masa persiapan sebelum majlis ini berlangsung adalah
singkat dan terlalu hampir dengan program kedua internship kami iaitu Program Imam
Cilik. Maka, kami terpaksa melaksanakan kerja dengan secepat mungkin sebelum
majlis berlangsung.
Selain itu, proses penghantaran surat jemputan kepada penceramah sangat lewat
iaitu sehari sebelum majlis berlangsung. Hal ini berlaku kerana kami perlu menyediakan
surat jemputan mengikut format yang sudah dibetulkan oleh kerani sekolah. Kelewatan
menyiapkan surat-surat lain seperti memohon peruntukan dan lantikan khalifah
menyebabkan kami perlu meminta kerjasama daripada guru-guru lain. Sesunggunya
kerjasama semua guru amat kami hargai.


Cadangan penambahbaikan
Oleh itu, bagi memastikan kelemahan ini tidak timbul, cadangan
penambahbaikan yang dinyatakan haruslah dilakukan. Antaranya ialah proses
menyiapkan pamplet haruslah mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kerjasama setiap guru pelatih amat penting dalam proses memastikan pamplet yang
dihasilkan mengikut kehendak pihak sekolah.
Selain itu, memastikan surat-surat yang disiapkan disemak terlebih dahulu oleh
mentor atau kerani sekolah sekurang-kurangnya seminggu sebelum surat dihantar.
Tujuannya agar tiada lagi masalah kelewatan waktu.
Kesimpulan
Majlis yang dijalankan ternyata memberi pengalaman yang berguna buat guru
pelatih dalam menjalankan majlis besar seumpama ini. Kerjasama semua pihak amat
penting agar majlis yang dirancang berjalan mengikut perancangan. Objektif dan
matlamat majlis dapat dicapai sekaligus kata-kata tahniah dan syabas diucapkan oleh
pihak sekolah.









LAPORAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014

Bagi memenuhi program internship yang dijalankan, satu program besar iaitu
Majlis Khatam Al-Quran dianjurkan pada 25 Ramadhan 1435H/23 Julai 2014 di Dewan
Terbuka Saidina Omar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Majlis ini merupakan acara
kemuncak bagi meraikan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan ramadhan ini
seperti Tadarus Jamaie dan Tasmik. Penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran dengan
kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan j-Qaf ini mencerminkan imej Sekolah
Kebangdaan Bukit Panau sebagai sebuah sekolah yang sentiasa aktif menganjurkan
aktiviti-aktiviti kerohanian untuk manfaat warganya.


Rajah 1: Majlis Khatam Al-Quran dan Program Bersamamu
Tepat pukul 7.45 pagi kesemua murid berkumpul di Dewan Terbuka Saidina
Omar. Cik NurFatin Izni Binti Ibrahim Mohamed Arif, guru pelatih Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu bertanggungjawab bagi memastikan semua murid dalam
keadaan yang terkawal. Beliau dibantu oleh mentornya iaitu, En Mat Aseri Che Ngah.
Majlis yang dijangka bermula pada pukul 8.00 pagi terpaksa dilewatkan atas faktor
masalah teknikal dan pengurusan tempat. Setelah semuanya selesai, tepat pukul 8.45
pagi majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis yang terdiri daripada tiga
bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya dan dua rakan
guru pelatih yang lain iaitu Puan Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi dan Cik Wan Hafizah
Binti Wan Abd Rahim telah menjalankan tanggungjawab ini.

Rajah 2: Semua murid berbaris mengikut kelas masing-masing

Rajah 3: Pengacara majlis yang terdiri daripada tiga orang guru pelatih
Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Fadli bin Mat
Jusoh dimulakan. Beliau merupakan salah seorang guru j-Qaf yang bertanggungjawab
mengetuai aktiviti Tadarus Jamaie dan Tasmik setiap pagi sepanjang bulan
Ramadhan. Aktiviti ini turut dibantu oleh Ustaz Wan Mohd Hafiz Wan Abdullah dan
Ustaz Zulkifli B. Rofa.

Rajah 4: Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Fadli bin Mat Jusoh
Selesai sahaja bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid iaitu Encik Zahari Bin Ismail memberikan sepatah dua kata dan merasmikan
majlis Khatam Al-Quran ini menggantikan guru besar, Puan Rohani bt Ismail yang tiada
atas urusan kerja. Beliau mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta khatam Al-
Quran dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sepanjang
berlangsungnya majlis ini. Kerjasama semua pihak bagi membantu guru-guru pelatih
amatlah dihargai dan diharapkan pengalaman menganjurkan majlis ini memberi
kebaikan sebaik sahaja ditempatkan ke sekolah yang diarahkan pada tahun hadapan.

Rajah 5: Ucapan dan perasmian oleh En Zahari bin Ismail
Seterusnya, majlis kemuncak iaitu Khatam Al-Quran dimulakan pada pukul 9.15
pagi. Seramai 107 orang peserta Khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid tahun
tiga, empat, lima dan enam bersiap sedia di atas pentas yang telah dihias oleh guru-
guru pelatih dan guru-guru j Qaf. Aktiviti ini dibimbing oleh sembilan orang khalifah
iaitu Ustaz Mohd Fadli Mat Jusoh, Ustaz Wan Mohd Hafiz Wan Abdullah, Ustaz Nor
Azlam B. Ab. Rahman, Ustaz Zulkifli B. Rofa, Encik Othman Mat Jali, Encik Mohd
Rizal Ahmad, Encik Norman Ab Manaf, Encik Mohd Azim Yunus, dan Encik Md. Farod
B. Mohamed Nor.


Rajah 6 dan 7: Peserta Khatam Al-Quran


Rajah 8 dan 9: Khalifah-khalifah Khatam Al-Quran
Kemudian, ceramah yang bertajuk Menanti Fajar Syawal disampaikan oleh
Ustaz Mohd Nazri Bin Hussin. Beliau merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah
Kebangsaan Tebing Tinggi. Semua murid gembira dan mengambil perhatian semasa
ceramah disampaikan. Intipati ceramah yang disampaikan oleh beliau antaranya ialah
kelebihan berpuasa, takbir raya, adab-adab berpuasa dan menyambut Ramadhan dan
sebagainya. Selesai sahaja ceramah disampaikan, sesi soal jawab dilakukan, murid
yang berjawab menjawab soalan yang diberikan oleh Ustaz Mohd Nazri Bin Hussin
telah mendapat duit raya. Antara soalan yang diajukan oleh beliau ialah membaca niat
puasa dan takbir raya.


Rajah 10: Penceramah jemputan
Seterusnya, bagi memeriahkan majlis, Ustaz Mohd Fadli bin Mat Jusoh, Encik
Mohd Rizal bin Ahmad, dan Encik Norman Abd Manaf telah melakukan latihan takbir
raya bersama-sama warga Sekolah Kebangsaan Bukit Panau. Kesemua murid
kelihatan teruja dan semangat sewaktu latihan ini dilakukan. Kemudian, majlis
diteruskan dengan persembahan pemenang Program Imam Cilik iaitu tempat ketiga,
naib johan dan johan pertandingan azan tahap satu dan dua. Ditambah pula
persembahan daripada johan Tilawah Al Quran.

Rajah 11: Latihan takbir raya bersama warga sekolah

Rajah 12 dan 13: Johan pertandingan azan tahap 1 dan 2

Rajah 14 dan 15: Naib Johan dan tempat ketiga pertandingan azan tahap 2

Rajah 16: Johan Tilawah Al-Quran kategori lelaki
Seterusnya, tepat pukul 11.30 pagi, aktiviti program bersamamu dimulakan.
Sebelum itu, penyampaian saguhati kepada peserta dan khalifah Khatam Al-Quran
disampaikan oleh Pn Hjh Kamsiah bt hj Harun, Penolong Kanan Pentadbiran.
Kesemua peserta dan khalifah menerima senaskah Al-Quran yang ditaja oleh pihak
sekolah. Tidak dilupa juga, penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan
iaitu Ustaz Mohd Nazri bin Hussin yang sudi menyampaikan ceramah.
Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah, aktiviti pemberian sumbangan yang
disampaikan oleh Encik Zahari bin Ismail kepada anak yatim atau miskin diteruskan.
Kesemua mereka yang terpilih terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan
dan yatim piatu bertujuan untuk membantu meringankan beban sempena menyambut
bulan Ramadhan yang mulia ini. Seterusnya, Encik Mohd Nor bin Mat Hassan
menyampaikan hadiah galakan Jom Puasa. Hadiah ini hanya diberikan khas kepada
murid Pra sekolah dan Tahun satu yang berpuasa penuh dari hari pertama sehinggalah
23 Julai 2014. Wang sebanyak RM 10.00 diberikan bertujuan menghargai mereka yang
berpuasa dan memberi semangat kepada murid-murid lain.

Rajah 17: Penyampaian sumbangan daripada Guru Besar
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang dan saguhati kepada peserta-peserta yang terlibat sewaktu Program Imam
Cilik diadakan pada 21 Julai 2014 oleh Pn Hjh Kamsiah bt Hj Harun. Kesemua peserta
adalah mereka yang melibatkan diri bagi pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan
Azan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat.
Tepat pukul 12.30 tengah hari majlis ini berakhir dengan acara bersalam-
salaman dan penyampaian ceramah pengakhiran oleh Ustaz Zulkifli bin Mat Rofa
kepada semua murid-murid.

Disediakan oleh:

_____________________________
(NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM)
Guru Pelatih IPGKSM


Disemak oleh:

_____________________________
(EN MUHAMMAD RIZAL B. AHMAD)
Mentor,
Program Internship SKBP 2014





CATATAN REFLEKSI
1. Isu/perkara yang difokus
Sepanjang perlaksanaan Majlis Khatam Al-Quran dan Program Bersamamu dijalankan,
perkara yang difokuskan ialah persiapan sebelum majlis. Perancangan persiapan perlu
dilakukan agar majlis yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama semua
pihak amat penting agar tiada perkara yang diluar jangkaan berlaku tatkala majlis
dijalankan.
2. Analisis isu/perkara yang difokus
2.1 Kekuatan
Persiapan Majlis Khatam Al-Quran dan Program Bersamamu yang dijalankan memberi
banyak kekuatan kepada guru pelatih, guru-guru, murid-murid dan pihak sekolah.
Antaranya ialah guru pelatih dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara menulis
kertas kerja yang betul sesuai dengan format yang telah ditetapkan. Kecekapan dalam
komunikasi di antara guru dan pentadbir sekolah amat penting dalam memastikan
majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, hubungan silaturrahim dapat dipupuk. Kerjasama dan sikap bantu
membantu dapat ditingkatkan bagi memudahkan proses persiapan sebelum majlis ini
berlangsung. Guru-guru di sekolah ini juga sering membantu baik dari segi tenaga
mahupun kewangan. Mereka secara suka rela membantu guru-guru pelatih walaupun
pada hakikatnya mereka sudah sibuk dengan tugasan masing-masing di sekolah.
Keakraban yang ditunjukkan menyebabkan kami tidak berasa janggal untuk melakukan
majlis dan program di sekolah ini.
Di samping itu, budaya tegur menegur dapat dilihat sepanjang majlis ini
dijalankan. Jika kami melakukan beberapa kesilapan, guru-guru di sekolah ini sedia
untuk menegur kesilapan kami bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan
lancar. Ternyata pengalaman yang banyak daripada guru-guru di sekolah ini membantu
kami sepanjang perlaksanaan majlis dan program yang dijalankan.
2.2 Kelemahan
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang majlis ini
berlangsung. Kekurangan masa telah menyukarkan kami untuk membuat persiapan
majlis mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Maka, kesannya ia kadang kala
mengganggu tugasan internship yang seterusnya.
Selain itu, kami juga turut diberikan kelas ganti yang kadang kala menganggu
tugasan internship. Kelas ganti yang terlalu banyak dalam satu hari menyebabkan kami
tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap program internship ini.
Di samping itu, proses penyiapan surat menyurat yang mengambil masa terlalu
lama. Kesannya, pihak sekolah terpaksa menghantar surat jemputan penceramah
sehari sebelum majlis ini berlangsung.
3. Cadangan penambahbaikan
Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilakukan. Antarannya ialah
tempoh masa perlaksanaan program internship haruslah dipanjangkan. Tujuannya bagi
memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk membuat persiapan yang cukup
sesuai dengan jumlah aktiviti yang telah ditetapkan.
Selain itu, pihak sekolah diharapkan tidak memberikan kelas ganti yang terlalu
banyak sehingga membebankan guru pelatih dan menganggu proses persiapan
tugasan internship. Kelas ganti wajar diberikan satu atau dua waktu dalam satu hari.
Di samping itu, surat menyurat berkaitan majlis yang dijalankan haruslah
disiapkan seminggu sebelum majlis berlangsung agar masa untuk penyemakan surat
boleh dilakukan. Sekaligus tiada lagi proses kelewatan penghantaran surat.