Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU

17500 TANAH MERAH


KELANTAN

KERTAS CADANGAN
MAJLIS KHATAM AL-QURAN


ANJURAN:
GURU-GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
DAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

DENGAN KERJASAMA:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU

TARIKH:
PADA 25 RAMADHAN 1435H / 23 JULAI 2014

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SAIDINA OMAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi mereka yang ingin merebut
bonus pahala yang telah Allah janjikan. Bulan yang dijanjikan rahmat Allah pada
sepuluh hari yang pertama yang merupakan kunci utama hamba untuk mendapat
syurga Allah. Keampunan Allah amat diharapkan oleh hamba yang soleh sebagaimana
yang dijanjikan Allah pada pertengahan bulan ini.
Kelepasan dari seksa api neraka menjamin hambaNya menikmati Al-firdaus
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Begitu juga dengan malam al-Qadr
menjadi rebutan bagi mereka yang inginkan gandaan pahala melebihi seribu bulan.
Namun semua ini tidak memberi sebarang makna bagi mereka yang tidak
menyedari tentang keistimewaan bulan ini.
Justeru, kami guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Kota
Bharu melalui Panitia Pendidikan Islam, menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran untuk
menghidupkan amalan membaca kitab suci Al-Quran pada bulan ini. Aktiviti seperti
Tadarus Jamaie dan Tasmik telah diaturkan dan dijalankan sepanjang bulan yang
mulia ini. Oleh itu, dengan berbesar hatinya, kami ingin menganjurkan Majlis Khatam
Al-Quran sebagai acara kemuncak bagi meraikan aktiviti yang telah berlangsung
sepanjang bulan ramadhan ini.
Selain itu, Ceramah Perdana Persiapan Hari Raya akan diadakan untuk
membantu murid membuat persiapan hari raya yang akan menjelang dalam masa
beberapa hari sahaja lagi.
Penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran ini bakal mencerminkan imej Sekolah
Kebangdaan Bukit Panau sebagai sebuah sekolah yang sentiasa aktif menganjurkan
aktiviti-aktiviti kerohanian untuk manfaat warganya. Semoga kita diberi kekuatan untuk
melaksanakan program ini, agar usaha yang sedikit ini akan dinilai dan diganjarkan
pahala oleh Allah S.W.T.






2.0 OBJEKTIF

i. Menghidupkan amalan Tadarus Al-Quran dikalangan pelajar khususnya dan
warga SKBP amnya.
ii. Memberi pendedahan kepada pelajar pengertian ayat-ayat yang dibaca semasa
Majlis Tadarus Al-Quran.
iii. Memberi panduan yang betul untuk pelajar membuat persiapan hari raya
dengan betul.

3.0 MATLAMAT
Menghidupkan kemuliaan Bulan Ramadhan dengan penghayatan Al-Quran dan
memberi panduan kepada murid-murid tentang persiapan mereka untuk berhari
raya.


4.0 ANJURAN

Guru-guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
dan j-Qaf.

5.0 TARIKH PROGRAM

25 Ramadhan 1435H / 23 Julai 2014

6.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Terbuka Saidina Omar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.

7.0 SASARAN PESERTA

Semua pelajar Islam Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.
s


8.0 AKTIVITI PROGRAM

Khatam Al-Quran.
Ceramah Menanti Fajar Syawal .
Penyampaian Hadiah.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN



BIL


PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

1.


Cenderahati Penceramah

1 x RM150

RM 150.00

2.


Cenderahati Peserta

100 x RM 20

RM 2000.00

3.

Sumbangan Bersamamu

Bergantung kepada
derma murid ,guru dan
orang-orang perseorangan.


4.


Program Galakkan Berpuasa

50 x RM10

RM 500.00

5.


Backdrop

RM 100.00

6.


Cenderhati Khalifah

10 x RM 15

RM 150.00

7.


Duit Hari Raya

649 x 1.00

RM 649.00

Jumlah


RM 3549.00



10.0 CADANGAN ATURCARA MAJLIS DAN MASA


MASA

AKTIVITI

7.45 PAGI

MURID-MURID BERKUMPUL DI DEWAN
TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT
PANAU
GURU MENGAMBIL TEMPAT


8.00 PAGI

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
OLEH UST. MOHD FADLI MAT JUSOH
UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN MAJLIS
KHATAM AL-QURAN OLEH GURU BESAR
OLEH PUAN ROHANI BINTI ISMAIL


9.00 PAGI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DIMULAKAN


10.00 PAGI

CERAMAH MENANTI FAJAR SYAWAL
OLEH US. MOHD NAZRI BIN HUSSIN


11.00 PAGI


PERSEMBAHAN PEMENANG
PERTANDINGAN IMAM CILIK


11.30 PAGI

PROGRAM BERSAMAMU :
SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM /
MISKIN
HADIAH GALAKAN JOM PUASA
SAGUHATI PESERTA KHATAM
HADIAH PERTANDINGAN IMAM CILIK


12.00 TENGAHARI

MAJLIS BERSALAMAN DAN PEMBERIAN
DUIT RAYA DARIPADA GURU BESAR
KEPADA MURID-MURID


12.45 TENGAHARI

BERSURAI

11.0 SENARAI JAWATANKUASA PENGELOLA

Penaung : Puan Rohani Binti Ismail
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Panau)

Penasihat : Puan Hjh. Kamsiah Binti Hj. Harun
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Timbalan Penasihat 1 : Encik Zahari Bin Ismail
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Timbalan Penasihat 2 : Encik Mohd Nor Bin Hasan
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Puan Che Rohaizan Bt Che Shaffaii
(Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Bukit Panau)

Setiausaha I : Cik Sufiah Binti Abdul Kadir

Setiausaha II : Puan Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi

Bendahari : Puan Fazilah Bt Awang








12.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

HIASAN PENTAS
Cik Wan Hafizah Binti Wan Abd Rahim
Pn Halina Ab Hamid
Pn Maslinda Mohamad
Pn Najmon Ab Halim
Pn Fadilah Ramli

PERSIAPAN TEMPAT
Cik Nor Hanani Binti Abdul Halim
En Zakaria Derahman
En Ab Hamid B Isa
En Othman Mat Jali
En Razali B Hussin
En Zainudin Harun
Pn Nik Laily Bt Husain
Pn Hasnah Hasan
Pn Rahayu Ahmad
En Mohd Rizal Ahmad
Pn Adilah Binti Ab. Ghani
Pn Normariati Bt Mohd Noor
Pn Syazwani Bt Raseli

SIARAYA
Cik Ummi Noor Khursiah Binti Kamaruddin
En Wan Mohd Hafiz Wan Abdullah
En Mohd Hanafi B Berahim



RAKAMAN / DOKUMENTASI
Cik Ummi Noor Khursiah Binti Kamaruddin
En Wan Safian Wan Abdullah
Pn Hjh Faridah Muhd Noor

KAWALAN MURID
Cik Nurfatin Izni Binti Ibrahim Mohamed Arif
En Mat Aseri Che Ngah
En Sanuzi Deraman
En Mohd Azim Yunus
En Othman Mamat
Pn Normawati Yaacob
Pn Hjh Nur Liyana Saw Abdullah
Pn Hjh Zakiah Ahmad
Pn Fauziyah Ab Rahman
Pn Azlina Bt. Che Amat
Pn Siti Asiah Bt Ibrahim
Pn Roslina Bt Md Nor
Pn Nur Ain Bt Mohd Zain
Cik Norazwati Bt Mohd Nor
Cik Nor Akmar Bt Mohd Saidi
Guru-guru KAFA

PENGACARA MAJLIS
Pn Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi
Cik Wan Hafizah Binti Wan Abd Rahim
Cik Nor Hanani Binti Abdul Halim
Pn Rahayu Ahmad



KAIN RENTANG
Cik Sufiah Binti Abdul Kadir
Pn Che Rohaizan Che Shaffaii
En Mohd Ezani Mohamad

HADIAH / SUMBANGAN / CENDERHATI
Pn Norfarahin Binti Abd Rahman
Pn Fazilah Awang
Pn Aine Ariffin
Pn Nur Azliza Ghazali
Pn Mazura Noor
Pn Nuri Binti Ismail

PAMPLET
Pn Nurul Diyanah Binti Mohd Radzi
Pn Che Rohaizan Bt Che Shaffaii
Pn Norhayati M Arifin
Pn Rohayati Zakaria
Pn Nur Dalila Bt Zakaria

PENGURUS PENERIMA SUMBANGAN
Cik Sufiah Binti Abdul Kadir
Pn Roziani Mahmud
Pn Zaini Mamat
Pn Norasikin Husin
Pn Suhaiza Yusoff
Pn Norhayani Mohamed
Pn Roziah Daud



PENGURUS PESERTA KHATAM
Pn Fatin Amalina Binti Abd Aziz
Pn Azizah Ab Razak
Pn Siti Meriam Hamzah
Pn Hazlina Mustapha Salim
Pn Norr Hidawati Affendi
Pn Rosnah Harun
Pn Rahiza Bt. Mohd Yusof

KHALIFAH
Us Mohd Fadli Mat Jusoh
Us Wan Mohd Hafiz Wan Abdullah
Us Nor Azlam B. Ab. Rahman
Us Zulkifli B. Rofa
En Othman Mat Jali
En Mohd Rizal Ahmad
En Norman Ab Manaf
En Mohd Azim Yunus
En Md. Farod B. Mohamed Nor













13.0 PENUTUP

Sesungguhnya, peluang bulan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun.
Justeru, rebutlah masa keemasan yang Allah sediakan kepada kita di dalam bulan yang
penuh berkat ini.Semoga dengan berlangsungnya program ini, dapat memberi sesuatu
yang bermanfaat kepada pelajar khasnya dan kepada warga SKBP amnya. Kerjasama
dari semua pihak amat diperlukan demi menjayakan lagi program yang kita aturkan ini.
Melalui kerjasama daripada semua pihak, maka Majlis Khatam Al-Quran pada
tahun ini diharap dapat diadakan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan
ditetapkan. Semoga program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan
kemesraan dalam seluruh kalangan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.
Akhir kata, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Sekian, Terima Kasih

Disediakan oleh,


...................................................
( SUFIAH BINTI ABDUL KADIR )
Setiausaha I,
Majlis Khatam Al-Quran,
Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.


Disemak oleh,


..............................................................
( CHE ROHAIZAN BT CHE SHAFFAII )
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.

Disahkan dan Diluluskan oleh,


................................................
( PUAN ROHANI BT. ISMAIL )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Panau.

Bahawasanya dengan ini saya *Meluluskan/Tidak Meluluskan
program dalam kertas kerja ini.

Ulasan :


Tarikh :