Anda di halaman 1dari 6

SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

1


Al- Khawarizmi

Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi atau juga dikenali
sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.
Dilahirkan di Bukhara dan telah wafat di antara tahun 220 dan
230M. Zaman Kegemilangan pada tahun 780-850M. Mendapat
gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-
Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi atau al-
Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai
Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai
Aurym atau Augrim.
Di antara hasil karya dan sumbangan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum.
2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai
algebra.
5. Al-Amal bi Usturlab
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
Archimedes 287 212 sm

Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun
212 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom.
Tentera Rom tidak mengetahui siapa sebenarnya. Beliau
kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah
Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau
telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai
Bapa Kalkulus.
Pencapaian beliau yang terkenal ialah
Hukum Hidrostatik Archimedes
Mencipta Takal
Skru Archimedes
Menemui pi

SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

2

Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn
Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di
Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-
Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec
1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni,
Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi,
astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun
sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori
putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga
telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan
arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.
Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km

.Al-Battani (850-929)


Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu
Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di
Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga
pemerintah Syria.
Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan
matematik Islam yang tersohor.
Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap
yang tinggi dan merupakan orang pertama yang
menghasilkan jadual cotangents.






SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

3

Omar Khayyam (1 048-1131)
Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar
Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048
dan meninggal dunia pada 4 Dec 1131. Khayyam
sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan
terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.
Beliau pernah membuat percubaan untuk
mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra
termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga
menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa
masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian
geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian
daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan
sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan
oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah
mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang
digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula,
beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai
cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Khayyam berjaya
memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
Al Khazin (900-971)
ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada
tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran.
Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli
astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Al-
Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di
bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960M,
Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-
Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat
gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar
yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah
garisan Khatulistiwa di bumi.Selepas pengukuran
dilakukan, al-Khazin berkata: Saya menggunakan cincin
yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.

SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

4

Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safaih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya
yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.
Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada
waktu Perang Dunia Kedua.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada
ahli Matematik, al-Khujandi.
Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk
semua nombor x, y, z.
Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.
Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh
Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam
yang bukan berpusatkan bumi.
Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut
beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi

Rene Descartes Perancis, 1596-1650

Beliau adalah pencipta bagi
cabang matematik geometri
koordinat. Menurut beliau,
adalah mencukupi untuk
melukis suatu garis lurus jika
penjangnya diketahui. Graf
dilukis pada paksi Cartesan
mengandungi satu set
pasangan tertib (x,y). Beliau
dikatakan mendapat idea
mengenai koordinat ketika
beliau sedang terbaring dan
memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Rumus-Rumus Berkaitan Geometri Koordinat

Euclides menulis 13 jilid buku tentang geometri. Dalam buku-bukunya
ia menyatakan aksioma (pernyataan-pernyataan sederhana) dan
membangun semua dalil tentang geometri berdasarkan aksioma-
aksioma tersebut. Contoh dari aksioma Euclides adalah, Ada satu dan

SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

5

hanya satu garis lurus garis lurus, di mana garis lurus tersebut melewati dua titik. Buku-buku
karangannya menjadi hasil karya yang sangat penting dan menjadi acuan dalam pembelajaran
Ilmu Geometri.
Bagi Euclides, matematika itu penting sebagai bahan studi dan bukan sekedar alat
untuk mencari nafkah. Ketika ia memberi kuliah geometri pada raja, baginda bertanya, Tak
adakah cara yang lebih mudah bagi saya untuk mengerti dalam mempelajari geometri?.
Euclides menjawab, Bagi raja tak ada jalan yang mudah untuk mengerti geometri. Setiap
orang harus berpikir ke depan tentang dirinya apabila ia sedang belajar.



Phytagoras Yunani , 582 493 SM

Meskipun Phytagoras adalah seorang ahli filsafat namun ia
juga mempelajari musik dan ilmu-ilmu lain. Ia lahir di Yunani
dan kemudian ke Mesir dan Babylonia untuk belajar.
Phytagoras terkenal dengan dalilnya yang menerangkan
bahawa dalam suatu segitiga siku-siku, kuadrat sisi mirip sama
dengan jumlah kuadrat sisi-sisi yang lain. Segitiga siku-siku
yang sisi-sisinya berbanding 3 : 4 : 5 merupakan dasar dari
bukti matematik untuk perhitungan sudut-sudut dalam
segitiga a
2
+ b
2
= c
2
dan pertama kali digunakan oleh ahli
perentang tali di Mesir untuk tanah dengan tali-tali bersimpul.
Menurut hikayat, ia menemukan bukti itu ketika ia sedang mengamati susunan lantai
bersegitiga di rumah salah seorang kawannya.

Blaise Pascal Perancis, 1623-1662
Blaise Pascal adalah seorang ahli matematik, fisika, teologi
sekaligus pujangga. Pascal menjadi sangat tertarik pada
matematik khususnya geometri ketika berumur 6 atau 7 tahun.
Ketika itu ayahnya membuang buku-buku matematiknya karana
ia percaya bahawa anak kecil seharusnya tidak mempelajari
buku yang susah dan kompleks. Namun Pascal tetap
mempelajarinya secara sembunyi. Pada usia 12 tahun tanpa
memperoleh bantuan orang lain ia menemukan bahawa jumlah
semua sudut-sudut pada suatu segitiga selalu 180. Ia memberitahu hal tersebut kepada

SUMBANGAN TOKOH TERKENAL DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

6

ayahnya dan menerangkannya dengan jelas. Ayahnya tertegun sehingga akhirnya
mengizinkan anaknya terus belajar matematik dengan bebas. Pada usia 19 tahun Pascal sudah
menemukan suatu mesin hitung yang menggunakan roda-roda gigi. Dalam bidang fisik dia
menemukan prinsip tentang tekanan dalam zat cair yang kemudian prinsip ini telah diabadikan
sesuai dengan namanya. Ia juga meninggalkan suatu ungkapan yang terkenal, Manusia
adalah lalang yang lemah, akan tetapi ia adalah lalang yang berpikir.


Galileo Galilei Italia, 1564-1642

Galileo mempelajari matematik, fizik dan astronomi. Dulu
orang percaya bahawa kecepatan benda jatuh tergantung
pada berat benda yang dijatuhkan tersebut. Dalam teori
tersebut disebutkan bahawa jatuhnya benda yang lebih berat
akan lebih cepat daripada benda yang lebih ringan. Galileo
membantah teori tersebut dengan dasar keyakinan bahawa
kecepatan jatuhnya sebuah benda tidak tergantung pada
beratnya. Ia membuktikannya dengan menjatuhkan dua buah
logam yang satu lebih berat dari yang lain dari atas Menara
Pisa yang senget.

Anda mungkin juga menyukai